Friday, March 12, 2010

Tips Karangan dari segi Teknikal

1. Panjang tak kurang 650pp.
2. Tidak lebih 720 pp.
3. Ada 7/8 perenggan yang seimbang jumlah perkataannya.
4. Jumlah perkataan setiap perenggan antara 90- 11o/ 80-120
5. Pendahuluan mesti ada 5 perkara :
a. menyentuh penyataan soalan ( topik yang dinyatakan)
b. tulis definisi atau konsep sesuatu isu yang dinyatakan, terutama yang melibatkan peristilahan.
c. huraikan isu pokok itu dengan contoh, peristiwa, pandangan, pendapat, dll.
d. tulis penyataan soalan (punca/sebab/langkah/cadangan) - KALAU ADA DUA KEHENDAK SOAlAN, SILA TULIS DALAM DUA AYAT!
e. patuhi format pendahuluan karangan ( ceramah, laporan, memorandum)



akan bersambung...

Thursday, March 11, 2010

Kesalahan Frasa/ Ayat yang Lazim dilakukan Calon dalam Karangan

1. Antara punca-punca - Antara punca


2. Faktor yang menyebabkan kemalangan.. - Faktor kemalangan...


3. ...bukan sahaja cantik tetapi berkualiti. - ...bukan sahaja cantik tetapi juga/ malahan

berkualiti

4. Contohnya Korea Selatan dan Jepun. - Contohnya, Korea Selatan dan Jepun melarang
pembakaran terbuka.

5. Melalui cara ini, akan dapat meningkatkan pendapatan. - Melalui cara ini, rakyat dapat..... /
Cara ini dapat...

6.Dengan ini, menambahkan beban kerajaan... - Dengan ini, masalah itu menambahkan...

7. Hal ini kerana... - Halini demikian kerana...

9. Selain daripada itu.... - Selain itu...

10. Sehubungan itu... - Sehubungan dengan itu...

11. Oleh yang demikian/Oleh demikian... - Oleh hal yang demikian...

12. Justeru, semua rakyat... - Semua rakyat....

13. Malahan, rakyat perli... - Rakyat perlu/Selain itu, rakyat perlu/ Oleh hal yang demikian
rakyat perlu...

14. hakikat sebenarnya... - hakikatnya/ sebenarnya

15. mengurangkan lagi pendapatan negara ... - mengurangkan pendapatan negara lagi...

Tuesday, March 9, 2010

Kesalahan Frasa yang Lazim Dalam Karangan

1. juga turut - juga/turut
2. eksport ke luar negara - eksport
3. import dari negara luar - import
4. berkaitan dengan - berkaitan/ berkait dengan
5. berbanding perkara lain - berbanding dengan
6. hanya industri kecil sahaja - hanya industri kecil/ industri kecil sahaja
7. gagal mahupun - baik gagal mahupun
8.Dia sakit namun.. - Walaupun dia sakit namun....
9. memberitahu kepada Ali - memberitahu Ali
10. meningkatkan lagi tanaman getah - meningkatkan tanaman getah lagi

Tuesday, March 2, 2010

Budaya Menabung

Kebaikan Menabung



1. Tabungan dapat digunakan sewaktu menghadapi kecemasan/masalah yang memerlukan perbelanjaan yang besar atau memerlukan dana serta merta seperti kemalangan, sakit, bencana, dan sebagainya.

- tidak perlu meminta-minta pertolongan orang lain/ mengurang kebergantungan

- masalah dapat diselesaikan dengan segera dan mengurangkan risiko musibah yang lebih besar



2. Tabungan yang banyak boleh digunakan untuk pembiayaan aktiviti yang berkos tinggi tanpa perlu membuat pinjaman.

- rancangan untuk apa-apa aktiviti seperti pemilikan harta, hiburan, pendidikan, sosial , dan sebagai dapat dicapai dengan tabungan yang konsisten dan berdisiplin.

- pinjaman bank dikenakan kadar faedah yang tinggi dan ada unsur riba.



3. Menanam sifat berjimat cermat dalam kalangan masyarakat terutama kepada kanak-kanak.

-