Thursday, September 30, 2010

Kertas 2 BM Pahang 2010

Bahagian A

Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 650 hingga 700 patah perkataan dengan berdasarkan satu daripada tajuk-tajuk di bawah ini. [ 50 m ]

1. Sebagai Setiausaha Jawatankuasa Bertindak Bencana Alam Negeri anda diminta menyediakan satu laporan tentang punca-punca berlakunya bencana alam dan mengemukakan cadangan untuk mengatasi masalah tersebut.

Sediakan laporan itu.

2. Ramai kanak-kanak yang hilang dianggap angkara orang-orang yang tidak bertanggungjawab dan semakin terhakisnya nilai-nilai kemanusiaan.

Bincangkan punca-punca berlakunya kejadian tersebut dan cadangkan langkah- langkah untuk menanganinya.

3. Kerajaan bercita-cita untuk menjadikan negara Malaysia sebagai ‘Negara Industri’ menjelang tahun 2020. Pada pendapat anda, mampukah Malaysia menjadi sebuah negara perindustrian baru yang maju menjelang tahun 2020?

4. Filem merupakan salah satu elemen seni budaya yang diminati ramai. Huraikan peranan filem dalam masyarakat.

910/2

* Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat [Lihat Sebelah

SULIT*

Bahagian B

5. Fahami petikan di bawah ini dan kemudian rumuskan petikan ini dengan padat dan ringkas tanpa menjejaskan isi kandungannya. Rumusan hendaklah dibuat tidak lebih daripada tiga perenggan dan panjangnya antara 180 hingga 190 patah perkataan. Jumlah perkataan dalam jawapan hendaklah ditulis pada akhir jawapan. [20]

Krisis tenaga mungkin akan mengancam manusia pada masa akan datang sekiranya pergantungan ke atas tenaga berasaskan fosil berpanjangan. Sumber fosil termasuk minyak, gas, dan arang batu memerlukan masa bertahun-tahun untuk wujud di bawah permukaan bumi, sedangkan manusia tidak pernah berhenti daripada menggunakan bahan fosil tersebut. Sejak sekian lama, minyak dan bahan berasaskan hidrokarbon seperti gas dan arang batu merupakan penyumbang terbesar dalam industri tenaga di dunia.

Penggunaan bahan fosil seperti minyak lebih tertumpu kepada kenderaan, iaitu sebanyak 50 peratus berbanding penggunaan industri sebanyak 17 peratus. Masalahnya, penggunaan bahan api berasaskan hidrokarbon bukan sahaja mengancam krisis sumber tersebut pada masa akan datang tetapi juga menyebabkan manusia terpaksa menanggung risiko daripada pencemaran bahan buangan yang dihasilkan. Oleh sebab itu, manusia telah lama memikirkan untuk beralih kepada sumber tenaga lain yang boleh diperoleh secara mudah, murah, dan tidak mendatangkan masalah pencemaran.

Ada banyak sumber tenaga yang dikenali sebagai tenaga yang diperbaharui atau renewable energy (TD), antaranya tenaga solar, tenaga angin, ombak, dan biojisim (biomas). TD dan kecekapan tenaga merujuk kepada tenaga yang boleh diganti pada sepanjang masa. Teknologi penghasilan tenaga daripada sumber-sumber berkenaan sudah lama dinikmati oleh kebanyakan negara berdasarkan kemampuan kepakaran dan kewangan yang dimiliki. Malaysia tidak ketinggalan telah bergerak ke arah itu, malah telah memiliki Polisi Sumber Tenaga Kelima atau sumber tenaga diperbaharui pada tahun 1998 yang menentukan hala tuju penggunaan tenaga TD. Menurut Pengarah Pusat Pendidikan, Latihan, dan Penyelidikan Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga (CETREE) Universiti Sains Malaysia, Prof. Dr. Kamarulazizi bin Ibrahim, sumber tenaga kelima itu merujuk kepada tenaga alternatif selain minyak, gas, arang batu, dan hidro (air). Malaysia memberi tumpuan kepada penyelidikan tiga sumber penting, iaitu solar, biomas, dan angin. Menurut Prof. Dr. Kamarulazizi lagi, ada dua faktor penting yang membolehkan sumber-sumber tertentu diperbaharui, iaitu boleh dihasilkan sepanjang hayat manusia dan tidak mencemarkan alam sekitar. Oleh itu katanya, nuklear tidak dianggap sebagai TD kerana nuklear boleh mencemarkan alam sekiranya berlaku masalah pada loji nuklear, sedangkan TD boleh dianggap sebagai ‘sahabat alam’. Pada masa ini, sumber tenaga solar paling berpotensi untuk dimajukan di negara ini, dan penyelidikan mengenainya telah lama dijalankan.

910/2

* Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat [Lihat Sebelah

SULIT*

Malaysia mampu menghasilkan tenaga alternatif bagi menggantikan tenaga fosil. Sebagai contoh, tenaga elektrik dapat dihasilkan daripada tenaga solar dan tenaga biojisim. Sekiranya panel solar diletakkan di sepanjang laluan Lebuh Raya Utara Selatan, dalam tempoh lima tahun, kos subsidi daripada penggunaan tenaga elektrik dapat ditampung daripada kos pembinaan panel-panel tersebut. Selain itu, sisa bahan pepejal boleh ditukar kepada bahan bakar alternatif. Walau bagaimanapun, masih banyak perkara perlu diambil kira untuk menjadikan tenaga alternatif sebagai tenaga utama negara. Para saintis perlu mencari dan membangunkan sumber tenaga alternatif memandangkan sumber tenaga fosil akan kehabisan pada suatu hari nanti.

(Disesuaikan daripada Estidotmy, Utusan Malaysia, Rabu, 27

September 2006, halaman 4-5)

910/2

* Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat [Lihat Sebelah

SULIT*

Bahagian C

6. Alih bentuk bahasa petikan di bawah ini kepada dalam bentuk prosa biasa dengan memindahkan bentuk dialog kepada bentuk cakap pindah. [ 15 ]

“Semek!” panggilnya.

Semek muncul di pintu. Di belakangnya berdiri ibunya.

“Ada apa?” soal ibunya.

“Lading. Ladingku terlupa.”

Semek tidak menanti suruhan lanjut abangnya. Dia masuk ke dalam bilik lalu mengeluarkan sebilah lading yang panjang. Semaun menyambut lading itu. Api jamung yang garang itu menyebabkan mata lading berkedip-kedip.

“Hendak ke mana?” Ibunya menyoal meskipun dia tahu anaknya dijemput oleh Pak Senik.

“Rumah Pak Senik.”

“Jangan-jangan terpelesong ke lain?”

Semaun faham pesanan ibunya itu. Takut kalau-kalau dia memesongkan tujuan ke lain; ke rumah Dogol barangkali.

Semaun menganggukkan kepala dan terus berjalan hala ke bendang. Pemergiannya diikuti oleh dua pasang mata yang mengandung harapan. Mata Semek adiknya dan mata ibunya.

Ketibaannya disambut Pak Senik dengan memberi salam. Pak Senik lantas membuka perbualan .

“Harimau itu wajib dibunuh. Dia akan mengganas dan kampung kita tentu jadi porak-peranda kalau Pak Belang sudah turun minyak.”

(Dipetik daripada cerpen “Rentung” dalam antologi

Koleksi Terpilih Sasaterawan Negara, Shahnon Ahmad, hlm 155-156, DBP, 1995)

910/2

* Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat [Lihat Sebelah

SULIT*

7. Alih bentuk teks prosa klasik di bawah ini kepada bentuk bahasa Melayu prosa moden.

[15 ]

Maka setelah didengar oleh baginda Raja Muda akan madah Tuan Puteri itu, maka baginda segeralah turun keduanya pergi menyembah Tuan Puteri Rakna Dewi. Maka disambut tuan puteri Rakna Dewi seraya bersabda.’Ayuhai adinda, janganlah adinda bersusah hati. Pada fikiran kakanda baiklah adinda sempurnakan seperti adat raja yang besar.’ Maka sembah baginda,’Yang niat adinda demikianlah juga, mana-mana titah kakanda sekalian adinda junjunglah di atas otak batu kepala adinda, kerana adinda ini sudah sepenuh-penuh kesalahan; walaupun dibunuh ayahanda bonda, syukurlah juga; sudah untung nasib adinda; apa hendak dikatakan lagi?’ Maka sabda Tuan Puteri Bidadari Segerba, ‘Ayuhai kakanda, pada fikiran adinda pun demikianlah juga, pertama-tama kakanda orang yang sudah mengetahui khatam Quran, nahu tafsir, sah batal, halal haramnya, dosa pahala; tiada patut melalui hukuman yang jadi kesalahan itu. Jikalau begitu, silakanlah kakanda bakar kemenyan mandung jati ini hendak persilakan ayahanda bonda, dayang-dayang, inang pengasuh adinda serta kadi akan menikahkan.’

(Dipetik dan diubahsuai daripada Hikayat Raja

Muda, Pawang Ana dan Raja Haji Yahya, hlm 28, Fajar Bakti, 1983)

910/2

*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat [Lihat Sebelah

SULIT*

Bahagian D

8. Kenal pasti kesalahan bahasa dalam petikan di bawah ini. Bagi setiap kesalahan, jelaskan sebab kesalahan dan kemudian buat pembetulan. [ 15 ]

Bahasa Melayu menjadi bahasa ibunda kepada sebahagian besar penduduk di empat buah negara, yakni Malaysia, Indonesia, Brunei, dan Singapura. Selain menjadi bahasa ibunda, bahasa Melayu juga merupakan bahasa kebangsaan dan bahasa resmi di keempat-empat negara tersebut. Dalam konteks kepentingan di persada antarabangsa, bahasa Melayu kini dipelajari sebagai bahasa asing di 100 buah institusi pengajian tinggi di seluruh dunia. Justeru, didapati tidak kurang 30 buah negara yang menawarkan kursus Pengajian Melayu pada peringkat pasca siswazah. Antara negara-negara menawarkan kursus ini adalah Amerika Syarikat, Kanada, Australia, New Zealand, Perancis, China, Korea Selatan, dan Jepun.

Tuesday, September 21, 2010

Karangan

Teknik Memperoleh Markah Maksimum Untuk Bahagian Pendahuluan

1. Nyatakan penyataan soalan dengan menggunakan ayat sendiri.
2. Berikan definisi atau gambaran tentang skop isu/topik utama dengan jelas dan betul.
3. Huraikan isu/topik utama dengan tepat dan relevan - masukkan peristiwa, isu, kejadian, fenomena, berita atau apa-apa yang ada kaitan dengan isu/topik utama yang menyebabkan isu itu menjadi hangat.
4. Nyatakan kehendak soalan - tulis dua ayat jika ada dua kehendak soalan.
5. Patuhi format pendahuluan bagi karangan yang berformat.

* calon hendaklah sentiasa membuat senarai semak supaya kelima-lima perkara di atas dipatuhi.