Friday, February 17, 2012

Latihan



1. Terdapat banyak pelajar yang berpura-pura baik di hadapan ibu bapanya.
2. Pemandu yang mabuk tidak dapat memberi tumpuan kepada pemanduan mereka.
3. Pinggan mangkuk-pinggan mangkuk berjenama 'Vantage' itu bukan sahaja nampak eksklusif tetapi berkualiti.
4. Mereka tidak dapat mencapai objektif aktivitinya.
5. Saya pasti program yang kerajaan lakukan akan memberi manfaat kepada rakyat.

Catatan : perkataan yang berwarna oren dalam ayat merupakan punca kesalahan berlaku. Mesra-Mesra atau comment jika ingin penjelasan.

Tuesday, February 14, 2012

Are You The One

Kata Nafi


Kata nafi ialah perkataan yang digunakan untuk menafikan sesuatu pernyataan.
Terdapat dua kata nafi, iaitu bukan dan tidak.

Kata nafi bukan digunakan untuk menafikan frasa nama dan frasa sendi nama.

Contoh ayat
Gadis kecil yang berambut keriting itu bukan anak Jiho.
Kereta Viva ini bukan untuk diri saya.


Kata nafi tidak digunakan untuk menafikan frasa kerja dan frasa adjektif.

Contoh ayat
Lawatan mereka ke Tamparuli tidak membangkitkan perasaan cemburu Haji Khir.
Jambatan Pulau Pinang tidak panjang.

Kata nafi bukan boleh hadir sebelum frasa kerja dan frasa adjektif jika ayat yang ditulis akan menghasilkan maksud perbandingan.

Budak itu bukan pandai sangat tetapi dia rajin belajar.
Anjing itu bukan garang tetapi suka bermanja.

Wednesday, February 8, 2012

Dalam Pada Itu

Frasa sendi ini kalau diikutkan hukum tata bahasa macam ada yang tidak kena dan tidak ada makna Penggunaannya bolehlah dianggap cuma kelaziman sahaja. Bagi saya frasa tersebut jelas melanggar hukum penggunaan kata sendi nama, iaitu sendi nama mesti diikuti oleh kata nama atau frasa nama.

contoh : dari Keningau, di kedai, daripada kumpulan pencinta alam, kepada perdamaian kaum tani, pada pukul lapan malam, dalam hal itu

contoh frasa yang langgar hukum - selain daripada, dalam pada, selain di

Catatan - Penjelasan atau komen dari pembaca amat dihargai.

Thursday, February 2, 2012

Kesalahan Bahasa Hari ini

1. dikenalpasti - kesalahan ejaan - penggunaan alormof/imbuhan 'di' tanpa apitan 'kan' menyebabkan ejaan TIDAK boleh ditulis satu perkataan, lagipun kata majmuk dieja dengan dua perkataan kecuali bagi kata majmuk yang dianggap telah mantap - dikenal pasti.

2. ibubapa - kesalahan ejaan - kata maqjmuk dieja dua perkataan - ibu bapa.