Thursday, November 18, 2010

selamat semuanya

saya mengucapkan selamat menduduki peperiksaan kepada semua calon stpm. Semoga berjaya menjawab soalan dengan baik.

Thursday, October 28, 2010

Bulan tak pernah jemu luahkan kasihnya

di balik awan malam menggoda bintang

tangkai malam terlelap lengahkan beradu

dalam ribaan angin

kita mendakap cinta.

SABAR


Kalau kita boleh berfikir dengan waras dan menambahkan sedikit sabar

darah tidak akan menjadi panas

mata pun cantik tidak merah terjengil ganas

jantung berdegup gembira bukan ditiup taufan menggila

kalaulah kita boleh bersabar

yang lawan menjadi kawan

yang dibenci menjadi cinta


hak nenek moyang

dalam lautan rasis itu

dengan mulutnya yang ternganga

membaham semua yang kita panggil toleran

kerana jong yang diguna semuanya bocor belaka

dirodok pedangsabitkeris prasangka takut-takutan

pemberian siberok putih

marilah buangkan pedangsabitkeris itu

gantikan dengan cengal jati 1Malaysia

pasti bahtera ini

belayar deras menuju wawasan


Keberkatan ilmu hanya diperoleh jika penyampai ilmu ikhlas menyampaikan ilmunya, manakala penerima ilmu pula ikhlas menerima ilmu itu. Perkara ini samalah seumpama kita menunaikan kewajipan menunaikan tuntutan Allah seperti solat, puasa, bersedekah, dan amalan-amalan lain. Tanpa keikhlasan tiadalah pahala. Apabila kita kembali kepada Maha Pencipta kelak, amalan yang dilakukan akan mengiringi kita ke kubur, malangnya amalan yang tidak ikhlas seperti solat dan puasa yang dilakukan kerana takut atau malu kepada manusia itu tidak mengikut kita ke liang lahad kerana tiada pahala yang diperoleh daripada amalan itu.Sebaliknya, amalan yang dilakukan dengan ikhlas menyebabkan pahala amalan itu berlumba-lumba mengikut kita ke liang lahad. Pahala amalan yang ikhlas itu akan melapangkan kubur, menjadi benteng seksa kubur dan meneranginya.

Orang yang menuntut ilmu tetapi bermain-main sewaktu belajar, menguji gurunya, ponteng, biadap, dan tidak taat, bolehlah dianggap tidak ikhlas menuntut ilmu.Penuntut ilmu itu tidak akan mendapat keberkatan daripada ilmu itu.Oleh sebab itulah kadang-kadang kita perhatikan ada sesetengah penuntut kelihatan bersungguh-sungguh belajar tetapi tidak berjaya menjawab soalan peperiksaan dengan baik. Ddewan peperiksaan boleh diumpama kubur manakala kerusi tempat duduk calon peperiksaan umpama liang lahad.Amalan belajar yang tidak ikhlas akan mengiringi penuntut ke dewan peperiksaan tetapi keberkatannya tidak akan mengikut penuntut itu ke tempat duduknya. Oleh sebab itu kita dapati ada sesetengah calon peperiksaan berpeluh-peluh dan memicit-micit kepala cuba mengingat pelajarannya, malangnya Allah enggan memberi ilham akibat tiadanya keikhlasan semasa menuntut ilmu.

Subhanallah, marilah kita berjumpa guru dan meminta maaf dan meminta supaya dihalalkan ilmu itu. Akui kesalahan kita terhadap guru. Guru yang baik pula janganlah menyimpan dendam terhadap pelajarnya, maafkan mereka. Jangan simpan sebarang perasaan tidak senang terhadap pelajar kerana ia umpama doa celaan. Guru mestilah lebih ikhlas daripada pelajarnya.

Wednesday, October 27, 2010

FORMAT KARANGAN STPM

Format Laporan


Laporan tentang Punca-punca Pencemaran Sungai dan Langkah-langkah untuk Mengatasinya

Tajuk Laporan ( Ditulis berdasarkan Kehendak Soalan)

1.0 Pengenalan

Patuhi prinsip menulis pendahuluan yang sama dengan karangan biasa- ada 5 perkara 9 rujuk label esei)


2.0 Jawatankuasa- Opsyenal (Ditulis jika soalan menyatakan ada jawatankuasa yang dibentuk)

Pengerusi:
Naib Pengerusi;
Setiausaha:
Ahli jawatankuasa:


3.0 Kehendak Soalan . CTH:- Punca Pencemaran Sungai

3.1 Aktiviti penternakan
Aktiviti …

3.2 Pusat Pelupusan Sampah
Pencemaran sungai juga berpunca daripada ….

3.3 Aktiviti Perindusrtrian

4.0 Langkah untuk Mengatasinya

4.1 Kempen kesedaran

4.2 Penguatkuasaan undang-undang

5.0 Kesimpulan

Laporan disediakan oleh, 27 Oktober 2010
……………………………………….
Nama Dan Jawatan


-----------------------------------------------------------------------------

· Maksimum 5m format boleh ditolak.

Memorandum

MEMORANDUM

Kepada :Pihak Yang Berkenaan CTH : Menteri Pelajaran, Ketua Pengarah Kastam Malaysia, Perdana Menteri Malaysia.


Daripada: Pengerusi Badan /Organisasi yang Berkaitan

Tajuk : Bantahan terhadap Kegiatan Judi Haram dan Langkah untuk
Mengatasinya ( Ditulis berdasarkan penyataan soalan)


1 Pendahuluan

Patuhi prinsip menulis pendahuluan yang sama dengan karangan biasa ( rujuk label esei dalam blog ini)


2.0 Penyataan Kekesalan : ( Biasanya menyatakan keburukan/kelemahan sesuatu isu yang mengganggu masyarakat yang telah menyebabkan memorandum dihantar).

2.1
2.2
2.3

3.0 Usul/ Cadangan


3.1
3.2
4 Penutup

Sekian, terima kasih.

Yang Benar, 27 OKTOBER 2010
………………………………………
Nama dan Jawatan


------------------------------------------------------------------------------


** Usul mesti bersifat cadangan

· Tolak maksimum 5m daripada format

Ceramah


1. Kata alu-aluan – ikut protokol

2. Kata-kata sapaan – tuan,puan, hadirin yang dihormati, para hadirin

3. Penutup ceramah/ucapan – terima kasih dan maaf

Maksimum tolak 3m daripada format

Idea Untuk Anda

Kepincangan Keluarga

1. Hubungan suami isteri yang tegang, dingin, tidak sehaluan, mengongkong, mengalami keganasan rumahtangga dan penderaan mental dan fizikal - suami panas baran manakala isteri queen control - sering bergaduh dan bertengkar - anak tertekan - apa-apa masalah sosial akan berlaku - anak cari ketenangan di luar rumah, cari jalan menarik perhatian ibu bapa.

2. Kesibukan kerjaya dan peribadi - masa kerja lebih diutamakan berbanding dengan anak - abaikan kasih sayang dan perhatian kepada anak-anak - serah tanggungjawab kepada guru dan pembantu rumah - anak-anak mengambil kesempatan melanggar peraturan keluarga, sekolah dll.

3. Kebebasan dan Kemanjaan yang keterlaluan diberi poleh keluarga yang kononnya mengamalkan cara hidup moden dan berfikiran terbuka.

Isi Utama Yang Bersifat Universal

Bagi Kehendak Soalan Langkah Mengatasinya

1. Penguatkuasaan Undang-Undang - gubal yang baru dan lebih berat hukumannya - tingkatkan penguatkuasaan.

2. Penyelesaian melalui pendidikan formal dan tidak formal serta pendidikan agama dan pendidikan moral.

3. Kempen - luaskan liputan, tambah sasaran, propaganda yang lebih berkesan, panjangkan tempoh dan kekerapan, tambahkan daya tarikan, tambah medium penyampaian maklumat kempen.

4. Pengukuhan Institusi Keluarga sebab keluarga ialah asas pembentukan masyarakat.

Thursday, September 30, 2010

Kertas 2 BM Pahang 2010

Bahagian A

Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 650 hingga 700 patah perkataan dengan berdasarkan satu daripada tajuk-tajuk di bawah ini. [ 50 m ]

1. Sebagai Setiausaha Jawatankuasa Bertindak Bencana Alam Negeri anda diminta menyediakan satu laporan tentang punca-punca berlakunya bencana alam dan mengemukakan cadangan untuk mengatasi masalah tersebut.

Sediakan laporan itu.

2. Ramai kanak-kanak yang hilang dianggap angkara orang-orang yang tidak bertanggungjawab dan semakin terhakisnya nilai-nilai kemanusiaan.

Bincangkan punca-punca berlakunya kejadian tersebut dan cadangkan langkah- langkah untuk menanganinya.

3. Kerajaan bercita-cita untuk menjadikan negara Malaysia sebagai ‘Negara Industri’ menjelang tahun 2020. Pada pendapat anda, mampukah Malaysia menjadi sebuah negara perindustrian baru yang maju menjelang tahun 2020?

4. Filem merupakan salah satu elemen seni budaya yang diminati ramai. Huraikan peranan filem dalam masyarakat.

910/2

* Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat [Lihat Sebelah

SULIT*

Bahagian B

5. Fahami petikan di bawah ini dan kemudian rumuskan petikan ini dengan padat dan ringkas tanpa menjejaskan isi kandungannya. Rumusan hendaklah dibuat tidak lebih daripada tiga perenggan dan panjangnya antara 180 hingga 190 patah perkataan. Jumlah perkataan dalam jawapan hendaklah ditulis pada akhir jawapan. [20]

Krisis tenaga mungkin akan mengancam manusia pada masa akan datang sekiranya pergantungan ke atas tenaga berasaskan fosil berpanjangan. Sumber fosil termasuk minyak, gas, dan arang batu memerlukan masa bertahun-tahun untuk wujud di bawah permukaan bumi, sedangkan manusia tidak pernah berhenti daripada menggunakan bahan fosil tersebut. Sejak sekian lama, minyak dan bahan berasaskan hidrokarbon seperti gas dan arang batu merupakan penyumbang terbesar dalam industri tenaga di dunia.

Penggunaan bahan fosil seperti minyak lebih tertumpu kepada kenderaan, iaitu sebanyak 50 peratus berbanding penggunaan industri sebanyak 17 peratus. Masalahnya, penggunaan bahan api berasaskan hidrokarbon bukan sahaja mengancam krisis sumber tersebut pada masa akan datang tetapi juga menyebabkan manusia terpaksa menanggung risiko daripada pencemaran bahan buangan yang dihasilkan. Oleh sebab itu, manusia telah lama memikirkan untuk beralih kepada sumber tenaga lain yang boleh diperoleh secara mudah, murah, dan tidak mendatangkan masalah pencemaran.

Ada banyak sumber tenaga yang dikenali sebagai tenaga yang diperbaharui atau renewable energy (TD), antaranya tenaga solar, tenaga angin, ombak, dan biojisim (biomas). TD dan kecekapan tenaga merujuk kepada tenaga yang boleh diganti pada sepanjang masa. Teknologi penghasilan tenaga daripada sumber-sumber berkenaan sudah lama dinikmati oleh kebanyakan negara berdasarkan kemampuan kepakaran dan kewangan yang dimiliki. Malaysia tidak ketinggalan telah bergerak ke arah itu, malah telah memiliki Polisi Sumber Tenaga Kelima atau sumber tenaga diperbaharui pada tahun 1998 yang menentukan hala tuju penggunaan tenaga TD. Menurut Pengarah Pusat Pendidikan, Latihan, dan Penyelidikan Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga (CETREE) Universiti Sains Malaysia, Prof. Dr. Kamarulazizi bin Ibrahim, sumber tenaga kelima itu merujuk kepada tenaga alternatif selain minyak, gas, arang batu, dan hidro (air). Malaysia memberi tumpuan kepada penyelidikan tiga sumber penting, iaitu solar, biomas, dan angin. Menurut Prof. Dr. Kamarulazizi lagi, ada dua faktor penting yang membolehkan sumber-sumber tertentu diperbaharui, iaitu boleh dihasilkan sepanjang hayat manusia dan tidak mencemarkan alam sekitar. Oleh itu katanya, nuklear tidak dianggap sebagai TD kerana nuklear boleh mencemarkan alam sekiranya berlaku masalah pada loji nuklear, sedangkan TD boleh dianggap sebagai ‘sahabat alam’. Pada masa ini, sumber tenaga solar paling berpotensi untuk dimajukan di negara ini, dan penyelidikan mengenainya telah lama dijalankan.

910/2

* Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat [Lihat Sebelah

SULIT*

Malaysia mampu menghasilkan tenaga alternatif bagi menggantikan tenaga fosil. Sebagai contoh, tenaga elektrik dapat dihasilkan daripada tenaga solar dan tenaga biojisim. Sekiranya panel solar diletakkan di sepanjang laluan Lebuh Raya Utara Selatan, dalam tempoh lima tahun, kos subsidi daripada penggunaan tenaga elektrik dapat ditampung daripada kos pembinaan panel-panel tersebut. Selain itu, sisa bahan pepejal boleh ditukar kepada bahan bakar alternatif. Walau bagaimanapun, masih banyak perkara perlu diambil kira untuk menjadikan tenaga alternatif sebagai tenaga utama negara. Para saintis perlu mencari dan membangunkan sumber tenaga alternatif memandangkan sumber tenaga fosil akan kehabisan pada suatu hari nanti.

(Disesuaikan daripada Estidotmy, Utusan Malaysia, Rabu, 27

September 2006, halaman 4-5)

910/2

* Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat [Lihat Sebelah

SULIT*

Bahagian C

6. Alih bentuk bahasa petikan di bawah ini kepada dalam bentuk prosa biasa dengan memindahkan bentuk dialog kepada bentuk cakap pindah. [ 15 ]

“Semek!” panggilnya.

Semek muncul di pintu. Di belakangnya berdiri ibunya.

“Ada apa?” soal ibunya.

“Lading. Ladingku terlupa.”

Semek tidak menanti suruhan lanjut abangnya. Dia masuk ke dalam bilik lalu mengeluarkan sebilah lading yang panjang. Semaun menyambut lading itu. Api jamung yang garang itu menyebabkan mata lading berkedip-kedip.

“Hendak ke mana?” Ibunya menyoal meskipun dia tahu anaknya dijemput oleh Pak Senik.

“Rumah Pak Senik.”

“Jangan-jangan terpelesong ke lain?”

Semaun faham pesanan ibunya itu. Takut kalau-kalau dia memesongkan tujuan ke lain; ke rumah Dogol barangkali.

Semaun menganggukkan kepala dan terus berjalan hala ke bendang. Pemergiannya diikuti oleh dua pasang mata yang mengandung harapan. Mata Semek adiknya dan mata ibunya.

Ketibaannya disambut Pak Senik dengan memberi salam. Pak Senik lantas membuka perbualan .

“Harimau itu wajib dibunuh. Dia akan mengganas dan kampung kita tentu jadi porak-peranda kalau Pak Belang sudah turun minyak.”

(Dipetik daripada cerpen “Rentung” dalam antologi

Koleksi Terpilih Sasaterawan Negara, Shahnon Ahmad, hlm 155-156, DBP, 1995)

910/2

* Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat [Lihat Sebelah

SULIT*

7. Alih bentuk teks prosa klasik di bawah ini kepada bentuk bahasa Melayu prosa moden.

[15 ]

Maka setelah didengar oleh baginda Raja Muda akan madah Tuan Puteri itu, maka baginda segeralah turun keduanya pergi menyembah Tuan Puteri Rakna Dewi. Maka disambut tuan puteri Rakna Dewi seraya bersabda.’Ayuhai adinda, janganlah adinda bersusah hati. Pada fikiran kakanda baiklah adinda sempurnakan seperti adat raja yang besar.’ Maka sembah baginda,’Yang niat adinda demikianlah juga, mana-mana titah kakanda sekalian adinda junjunglah di atas otak batu kepala adinda, kerana adinda ini sudah sepenuh-penuh kesalahan; walaupun dibunuh ayahanda bonda, syukurlah juga; sudah untung nasib adinda; apa hendak dikatakan lagi?’ Maka sabda Tuan Puteri Bidadari Segerba, ‘Ayuhai kakanda, pada fikiran adinda pun demikianlah juga, pertama-tama kakanda orang yang sudah mengetahui khatam Quran, nahu tafsir, sah batal, halal haramnya, dosa pahala; tiada patut melalui hukuman yang jadi kesalahan itu. Jikalau begitu, silakanlah kakanda bakar kemenyan mandung jati ini hendak persilakan ayahanda bonda, dayang-dayang, inang pengasuh adinda serta kadi akan menikahkan.’

(Dipetik dan diubahsuai daripada Hikayat Raja

Muda, Pawang Ana dan Raja Haji Yahya, hlm 28, Fajar Bakti, 1983)

910/2

*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat [Lihat Sebelah

SULIT*

Bahagian D

8. Kenal pasti kesalahan bahasa dalam petikan di bawah ini. Bagi setiap kesalahan, jelaskan sebab kesalahan dan kemudian buat pembetulan. [ 15 ]

Bahasa Melayu menjadi bahasa ibunda kepada sebahagian besar penduduk di empat buah negara, yakni Malaysia, Indonesia, Brunei, dan Singapura. Selain menjadi bahasa ibunda, bahasa Melayu juga merupakan bahasa kebangsaan dan bahasa resmi di keempat-empat negara tersebut. Dalam konteks kepentingan di persada antarabangsa, bahasa Melayu kini dipelajari sebagai bahasa asing di 100 buah institusi pengajian tinggi di seluruh dunia. Justeru, didapati tidak kurang 30 buah negara yang menawarkan kursus Pengajian Melayu pada peringkat pasca siswazah. Antara negara-negara menawarkan kursus ini adalah Amerika Syarikat, Kanada, Australia, New Zealand, Perancis, China, Korea Selatan, dan Jepun.

Tuesday, September 21, 2010

Karangan

Teknik Memperoleh Markah Maksimum Untuk Bahagian Pendahuluan

1. Nyatakan penyataan soalan dengan menggunakan ayat sendiri.
2. Berikan definisi atau gambaran tentang skop isu/topik utama dengan jelas dan betul.
3. Huraikan isu/topik utama dengan tepat dan relevan - masukkan peristiwa, isu, kejadian, fenomena, berita atau apa-apa yang ada kaitan dengan isu/topik utama yang menyebabkan isu itu menjadi hangat.
4. Nyatakan kehendak soalan - tulis dua ayat jika ada dua kehendak soalan.
5. Patuhi format pendahuluan bagi karangan yang berformat.

* calon hendaklah sentiasa membuat senarai semak supaya kelima-lima perkara di atas dipatuhi.

Friday, August 27, 2010

Rumusan

Kenal Pasti Intipati dalam Petikan Ini


HARI demi hari, laporan tentang kes pembuangan bayi semakin menghiasi dada akhbar di negara ini. Statistik menunjukkan sehingga Mac 2010 sahaja, lebih daripada 400 kes pembuangan bayi telah direkodkan dalam tempoh beberapa tahun lalu. Ini bermakna isu sosial yang dikategorikan sebagai mudah terancam (vulnerable) yang berlaku dilihat tidak akan berkesudahan dan terus berpanjangan terutamanya di bandar- bandar utama di negara ini.

Intipati 1 - Pembuangan bayi makin banyak dilaporkan.

Intipati 2 - Lebih 400 direkodkan.

Intipati 3 - Isu sosial yang dikategorikan sebagai 'vulnerable' tidak akan berkesudahan/terus
berpanjangan.

Intipati 4 - Terutama di bandar besar.

* Perlu dapatkan sekurang-kurangnya 3 daripada 4 intipati

Thursday, August 19, 2010

Analisis Bahasa




1
Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia. Perpaduan ialah satu proses yang dapat menyatupadukan anggota masyarakat dan negara keseluruhannya melalui ideologi negara supaya tiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama. Ia bukan satu pendekatan yang terpisah dari dasar-dasar kerajaan yang lain, sebaliknya ia merupakan pelengkap kepada pendekatan-pendekatan yang sedia ada untuk mengukuhkan lagi perpaduan bagi menjamin kestabilan, ke arah mencapai kemajuan dan pembangunan yang lebih tinggi bagi rakyat dan negara Malaysia.

sumber bahan : Hj A. Rahman Juri.

Tuesday, August 17, 2010

Latihan Rumusan

Latihan 1
Senaraikan INTIPATI yang terdapat dalam petikan ini.


SELAIN menentukan pencapaian seseorang pelajar, peperiksaan perlu dirangka supaya menjadi sebahagian kaedah menggalakkan pembelajaran, penyuburan budaya ilmu dan pemantapan budaya inovasi. Banyak kajian merumuskan bahawa peperiksaan untuk tujuan penanda aras pencapaian semata-mata tidak dapat mendorong minda dan minat pelajar untuk bersifat kreatif dan inovatif.

JAWAPAN

inti 1.

Peperiksaan perlu dirangka bagi menggalakkan pembelajaran, menyuburkan budaya ilmu dan memantapkan budaya inovasi selain menentukan pencapaian.

inti 2

Minat dan minda pelajar untuk menjadi kreatif dan inovatif tidak terdorong jika peperiksaan menentukan aras pencapaian semata-mata.

* Petikan ini merupakan pendahuluan bagi sebuah petikan yang panjang. Sifat perenggan pertama/pendahuluan ialah intinya padat dan sukar diringkaskan


Latihan 2

Senaraikan INTIPATI dalam petikan ini.


Sehubungan dengan itu, Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) menganjurkan bengkel pengurusan senario selama dua hari bermula 3 Ogos lalu untuk mendapatkan pandangan pakar dan pihak berkepentingan. Hal ini selari dengan inisiatif Kerajaan Malaysia untuk mengkaji kaedah pelaksanaan sistem penilaian pendidikan, terutama pada peringkat sekolah.

inti 1 - Pandangan pakar dan pihak berkepentingan perlu diperoleh.
inti 2 - untuk mengkaji kaedah pelaksanaan sistem penilaian pendidikan
inti 3 - terutama di sekolah