Wednesday, June 22, 2011

Latihan Alih Bentuk Teks Klasik

Para 1

Setelah beberapa hari ia duduk di rumah Jibor, maka Siti Saidah pun terlalu sangat berahinya akan Sabor dengan seribu daya menahan berahinya, tiada juga bertahan, makin bernyala-nyala. Maka apabila malam, Siti Saidah pun menyuruh orang menghiasai tempat Sabor tidur di atas geta gading bertatahkan ratna mutu manikam itu. Maka Sabor pun naik tidur di atas geta gading juga dan Jibor pun tidurlah dengan isterinya.

Para 2

Pada malah itu Siti Saidah pun sangat keluh kesah, tiadalah boleh tidur daripada sangat berahinya akan Sibor, tiadalah cintanya yang lain melainkan Sabor juga siang malam. Maka Siti Saidah itu ada bermukah dengan jauhari, siang dan malam tiada berkeputusan perbuatannya itu. Akan Jibor itu pun sekali-kali tiada ia tahu akan perbuatan isterinya itu dengan jauharinya itu.

Para 3


Setelah ia melihat rupa paras Sabor, akan jauhari pun ia lupalah, melainkan Saborlah pula dikasihi sayangnya yang tersurat di dalam mata hatinya. Setelah datanglah kepada dua puluh hari Sabor duduk di rumah Jibor saudaranya itu, maka Siti Saidah pun bertambah-tambah berahinya seperti majnun lakunya, telah tiada tertahan hatinya.

(dipetik daripada Prosa Klasik “Sabor” dalam antologi Kerusi, DBP)

Contoh Jawapan

Para 1

Siti Saidah berasa sangat berahi terhadap Sabor selepas Sabor tinggal beberapa hari tinggal di rtumah Jibor. Siti Saidah tidak dapat menahan perasaan berahinya walaupun dia berusaha menahannya dengan seribu daya. Perasaan berahinya sebaliknya semakin kuat. Pada sebelah malamnya, Siti Saidah mengarahkan/menyuruh orang menyediakan tempat tidur Sabor di atas geta gading yang dihiasi dengan permata yang cantik. Sabor tidur di atas geta gading itu manakala Jibor tidur dengan isterinya.

No comments:

Post a Comment