Thursday, August 25, 2011

MENGENALI AYAT SONGSANG BAHASA MELAYU

Nawi bin Ismail


Sebagai guru yang barangkali dianggap berpengalaman dalam pengajaran dan pemelajaran (p & p) Bahasa Melayu (BM), penulis kerap diajukan kemusykilan tatabahasa oleh rakan-rakan guru. Kebiasaannya, pertanyaan sedemikian lebih banyak timbul menjelang peperiksaan. Baru-baru ini beberapa orang guru dan pelajar telah mengemukakan pertanyaan seperti yang berikut.





· Boleh atau tidak ayat dimulakan dengan “untuk”, “ dengan” dan “sambil”?


· Dahulu, ayat tidak boleh dimulakan dengan “untuk”, “dengan”, dan “sambil”.


Sekarang dah boleh ke?


· Cikgu saya menyatakan bahawa ayat tidak boleh dimulakan dengan “untuk” atau “dengan” tetapi ada pula guru yang kata boleh. Yang mana betul?



Perkara asas dalam ketiga-tiga soalan di atas hampir sama. Soalan tersebut secara tidak langsung memberikan gambaran tentang kekeliruan pengguna bahasa Melayu tentang ayat. Akibatnya, ada yang menyatakan bahawa tatabahasa bahasa Melayu selalu berubah. Makalah ini akan memberikan penjelasan tentang kemusykilan tersebut agar pembaca tidak lagi keliru dan tidak membuat andaian yang bukan-bukan tentang tatabahasa bahasa Melayu.

Mengikut buku Tatabahasa Dewan, ayat boleh terbentuk dalam susunan biasa dan boleh juga dalam susunan songsang. Dalam susunan songsang, unsur-unsur dalam konstituen predikat yang biasanya hadir selepas subjek dipindahkan ke hadapan subjek. Sila baca ayat yang berikut.



1. Baju kurung itu untuk ibu saya. 2. Mereka perlu berusaha untuk cemerlang.


Ayat di atas dibina dalam susunan biasa, iaitu subjek mendahului predikat. Sekiranya disongsangkan, terhasillah ayat yang berikut.



1.a Untuk ibu saya baju kurung itu. 2.a Untuk cemerlang mereka perlu berusaha.



Bukankah ayat seperti 1.a dan 2.a sudah lumrah digunakan dalam bahasa Melayu? Bacalah ayat yang berikut dan telitilah binaan ayat tersebut apabila disongsangkan.




Bil.



Susunan biasa



Susunan songsang



1.


2.



3.



4.



5.



6.



7.



8.



Pelajar itu sungguh berdisiplin.


Bungkusan itu daripada bapa Ali.



Nasib pemuda itu amat malang.



Encik Malek dari tanah seberang.



Pengetua masih belum tiba.



Mereka akan ke luar negara.



Datuk sedang membaca akhbar.



Saya berpegang pada janjinya.



Sungguh berdisiplin pelajar itu


Daripada bapa Ali bungkusan itu.



Amat malang nasib pemuda itu.



Dari tanah seberang Encik Malek.



Masih belum tiba pengetua.



Akan ke luar negara mereka.



Sedang membaca akhbar datuk.



Pada janjinya saya berpegang.




Walaupun ada antara ayat seperti ayat 1 hingga 8 di atas jarang digunakan oleh sesetengah pengguna bahasa Melayu, tidaklah bermakna struktur ayat itu salah.


Dalam bahasa Melayu, pelajar juga mempelajari ayat majmuk gabungan, ayat majmuk pancangan dan ayat majmuk campuran. Ayat majmuk pancangan terbahagi kepada tiga, iaitu ayat majmuk pancangan relatif (ayat relatif), ayat majmuk pancangan komplemen (ayat komplemen) dan ayat majmuk pancangan keterangan (ayat keterangan). Contoh ayat relatif adalah seperti yang berikut.



9. Ali membaca buku yang baru dibelinya. 10. Mereka bersembunyi di tempat yang kotor itu.



Kedua-dua ayat tersebut menggunakan kata hubung relatif yang. Dalam bahasa Melayu, perkataan yang bukan sahaja digunakan sebagai penanda relatif tetapi digunakan juga sebagai pengganti nama yang digugurkan daripada frasa nama + yang.



11. Buku yang tebal itu buku kawan saya. 12. Mereka yang rajin belajar akan cemerlang.





Dalam ayat 11 dan 12 “buku” dan “mereka” boleh digugurkan untuk membentuk ayat yang berikut.



11.a Yang tebal itu buku kawan saya. 12.a Yang rajin belajar akan cemerlang.



Ayat komplemen menggunakan kata hubung bahawa dan untuk seperti yang berikut.



13. Pengetua menyatakan bahawa bangunan itu akan dirobohkan.


14. Bahawa bangunan itu akan dirobohkan tidak benar.



15. Untuk kami memenangi peraduan itu agak sukar.



16. Agak sukar untuk kami memenangi peraduan itu.



Selain itu, terdapat sembilan jenis ayat keterangan seperti dalam contoh yang berikut.



17. Pelajar itu cemerlang kerana dia tekun belajar. (musabab)



18. Budak-budak itu bersorak sehingga suaranya serak. (akibat)



19. Razali akan ke universiti sekiranya mendapat tawaran. (syarat)



20. Pelajar belum tiba ketika bumbung dewan itu runtuh. (waktu)



21. Seman masih belajar walaupun sudah berumur. (pertentangan)



22. Rakyat bersatu supaya keamanan negara terjamin. (harapan)



23. Pelancong ke pulau itu dengan menaiki bot laju. (cara)



24. Dewan itu dibina untuk kegunaan penduduk kampung. (tujuan)



25. Pendatang itu kebingungan bagai rusa masuk kampung. (perbandingan)



Ayat di atas dapat ditulis mengikut susunan songsang, seperti yang berikut.



17.a Kerana dia tekun belajar, pelajar itu cemerlang.


18.a Sehingga suaranya serak, budak-budak itu bersorak.



19.a Sekiranya mendapat tawaran, Razali akan ke universiti.



20.a Ketika bumbung dewan itu runtuh, pelajar belum tiba.



21.a Walaupun sudah berumur, Seman masih belajar.



22.a Supaya keamanan negara terjamin, rakyat bersatu.



23.a Dengan menaiki bot laju, pelancong ke pulau itu.



24.a Untuk kegunaan penduduk kampung, dewan itu dibina.



25.a Bagai rusa masuk kampung, pendatang itu kebingungan.



Setelah membaca dan memahami bentuk ayat di atas, sila bina ayat yang berikut mengikut susunan songsang.



26. Suraya menyanyi sambil menari.


27. Kakak memotong daging dengan pisau tajam.



28. Pelajar itu ke sekolah dengan mengayuh basikal.



29. Orang tua itu menaiki tangga rumahnya dengan berhati-hati.



30. Salmah menyampaikan pidatonya dengan suara yang lantang




Berdasarkan penjelasan ini, nyatalah bahawa bentuk ayat di atas banyak digunakan dan tidak menyalahi


tatabahasa bahasa Melayu. Apabila perkara ini dikemukakan kepada guru, terdapat juga guru yang mengakui bahawa


ayat-ayat sedemikian tidak menyalahi tatabahasa tetapi penggunaannya tidak digalakkan kerana dikatakan kurang


menarik. Alasan tersebut tidak boleh digunakan dalam konteks ini. Dengan hal yang demikian, amatlah tidak wajar


sekiranya ayat songsang disalahkan kerana ayat-ayat tersebut tetap menepati binaan ayat bahasa Melayu.



Terdapat juga pengguna bahasa Melayu yang tersilap menerima penjelasan daripada pihak-pihak tertentu tentang


kesalahan ayat, seperti yang berikut.



31.* Kepada pemenang peraduan mengarang diminta untuk melaporkan diri kepada pihak urus setia.



32.* Bagi mengatasi masalah itu memerlukan sokongan daripada semua pihak.




33.* Dengan mengemukakan berbagai-bagai sijil semasa temu duga masih gagal mendapat pekerjaan.



34.* Tatkala hujan turun dengan lebatnya pada petang itu.



35.* Untuk menyelesaikan masalah yang ditimbulkan oleh pendatang asing di tempat itu.



Ayat 31 hingga 35 memang tidak tepat dan ada yang menyatakan bahawa ketidaktepatan itu disebabkan


oleh penggunaan kepada, bagi, dengan, tatkala, dan untuk di awal ayat. Sebenarnya, bentuk itu salah


kerana tidak lengkap sama ada tiada subjek atau berupa keterangan semata-mata. Bentuk itu hendaklah


dibetulkan seperti yang berikut.


31.a Kepada pemenang peraduan mengarang, mereka diminta untuk melaporkan diri kepada pihak urus


setia.



32.a Bagi mengatasi masalah itu, pihak kerajaan memerlukan sokongan daripada semua pihak.



33.a Dengan mengemukakan berbagai-bagai sijil semasa temu duga, Roslan masih gagal mendapat


pekerjaan.



34.a Tatkala hujan turun dengan lebatnya pada petang itu, ribut petir berlaku.



35.a Untuk menyelesaikan masalah yang ditimbulkan oleh pendatang asing di tempat itu, beberapa


tindakan diambil.



Rujukilah buku tatabahasa untuk mendapat penjelasan lanjut tentang ayat songsang. Sekiranya timbul masalah, berbincanglah dengan mereka yang berpengetahuan.


Bahan diperoleh daripada Tn Hj Nawi Ismail

Wednesday, August 17, 2011

Punca Keganasan Rumah Tangga




1. Post Psychology History - sejarah penderaan dan keganasan rumah tangga yang dialami golongan yang melakukan keganasan itu - balas dendam - sakit mental.

2.Tekanan emosi/gangguan emosi - boleh mengubah personaliti - baik jadi jahat, pendiam jadi agresif dll. - lepaskan tekanan pada isi rumah dan harta benda - boleh melarat jika tekanan tidak diredakan - contoh tekanan - kerja, kewangan/ekonomi, cinta, pelajaran dsb.

3. Hubungan rumah tangga yang kurang bahagia - selalu krisis dan konflik - taraf berbeza, cinta tiga segi, hasutan orang ketiga, cemburu buta, kahwin paksa/terpaksa - perkahwinan bukan berdasarkan agama dan kasih sayang boleh mencetuskan keganasan rumah tangga.

4. Suami/isteri terlibat dengan gaya hidup tidak sihat - aktiviti tidak bermoral - judi, arak, pelacuran, kekasih gelap, dadah - selalu hilang pertimbangan akibat kesan aktiviti buruk itu - contoh mabuk - pukul isteri/suami/anak/isi rumah lain.

5.Keengganan memmbuat laporan- mangsa dan masyarakat tidak lapor keganasan - ada sebab tertentu - cth. sayang dengan rumah tangga, takut, faktor anak-anak, ( bagi masyarakat pula- tidak mahu campur, takut, banyak kerenah birokrasi yang memakan masa dan wang mereka)
Pendera akan terus mendera.


keganasan Rumah Tangga

Apakah keganasan rumah tangga?

Keganasan rumah tangga bermaksud perlakuan keganasan terhadap pasangan atau bekas pasangan, serta ahli keluarga yang tinggal bersama pendera. Ia terdiri daripada serangan fizikal dan ganguan seksual, keganasan pertuturan (maki hamun dan cacian), ugutan, gangguan/pengabaian emosi dan kewangan. Keganasan rumah tangga,kebiasaannya berulang dan menjadi mangsa lebih teruk dan berterusan walaupun selepas penceraian.

Ini adalah disebabkan pendera ingin terus berkuasa dan mahu mengawal mangsa. Kebanyakan pendera adalah golongan lelaki dan mangsa adalah wanita atau kanak-kanak.

Apakah bentuk keganasan rumah tangga?

Bentuk-bentuk keganasan rumahtangga :

  • Fizikal
  • Pertuturan
  • Psikologi
  • Emosi / perasaan

Apakah kesan kesihatan akibat keganasan rumahtangga?

Berikut adalah beberapa kesan-kesan kesihatan disebabkan keganasan rumahtangga -

  • Kecederaan pada anggota badan :
    • Seperti, lebam, luka, patah tulang yang menyebabkan kecacatan kekal dan kematian.
  • Kesan psikologi / mental :
    • Wanita yang didera oleh pasangan akan mengalami lebih kemurungan, cemas dan ketakutan dibanding dengan wanita yang tidak didera. Mereka juga lebih cenderung untuk mencederakan diri sendiri atau menbunuh diri
    • Mangsa juga lebih dikaitkan dengan tabiat merokok, pengambilan alkohol berlebihan dan penyalahgunaan dadah.

Adakah saya dikalangan mangsa keganasan?

Berikut adalah soalan-soalan sama ada anda dan pasangan anda berada dalam masalah keganasan rumahtangga. Jika kebanyakan jawapan "YA", anda adalah golongan mangsa dera.

  • Perasaan dalaman anda : Perasaan takut, benci diri sendiri dan keadaan terdesak
    • Adakah anda sentiasa ketakutan terhadap pasangan anda?
    • Adakah anda mengelak suatu perkara meransang pasangan anda menjadi marah?
    • Adakah anda merasa anda tidak dapat melakukan sesuatu yang betul atau disukai oleh pasangan anda?
    • Adakah anda merasa tidak berguna dan patut di hukum?
    • Adakah anda merasa tidak lagi menyayangi pasangan anda?
    • Adakah anda rasa tidak lagi menghormati pasangan anda?
    • Adalah anda rasa anda yang tidak waras dan bersikap keterlaluan terhadap pasangan anda?
    • Pernahkah anda merasa ingin menyingkirkan pasangan hidup anda?
    • Pernahkah anda mengharapkan pasangan anda mati?
    • Adakah anda terasa terancam?
    • Adakah anda bimbang pasangan mengambil anak-anak anda?
    • Adakah anda merasa perbuatan keganasan rumahtangga adalah biasa dalam perkahwinan?
  • Tingkahlaku pasangan anda
    • Adakah pasangan anda sukar di fahami ?
    • Adakah pasangan anda mempamerkan kelakuan baik diantara kejadian keganasan ?
    • Adakah pasangan anda seorang pemarah ?
    • Pernahkah pasangan anda mengugut anda ? Secara lisan atau fizikal? Untuk mencederakan atau membunuh anda?
    • Pernahkah pasangan anda mengugut mengambil anak-anak anda ?
    • Pernahkah dia mencederakan anda secara fizikal?
    • Pernahkah pasangan anda mengugut di tempat kerja ?
    • Adakah pasangan anda merosakkan harta / peralatan rumah ?
    • Adakah pasangan anda memisahkan anda daripada keluarga dan kawan kawan anda ?
    • Pernahkah pasangan anda mengawal perbelanjaan penggunaan telefon atau kereta ?
    • Adakah pasangan anda suka mengongkong dan cemburu, selalu mengesyaki anda mempunyai perhubungan lain ?
    • Adakah pasangan anda melarang anda dari keluar rumah ?
    • Adakah pasangan anda mengeluarkan kata-kata kesat terhadap anda ?
    • Adakah pasangan anda memalukan dan mengutuk anda dihadapan orang lain ?
    • Adakah pasangan anda tidak mengindahkan atau merendahkan pandangan dan pendapat yang anda beri ?
    • Adakah pasangan anda menyalahkan anda diatas keganasannya ?
    • Adakah pasangan anda tidak menghormati wanita ?
    • Adakah pasangan anda menganggap anda sebagai objek seks ?

Apakah tanda seseorang itu mungkin menjadi mangsa keganasan rumahtangga?

Anda atau sesiapa sahaja boleh mengesyaki keganasan berlaku sekiranya anda menyaksikan kawan-kawan anda mempunyai tanda-tanda berikut :-

    • Lebam, luka atau bengkak dibadan dengan alasan disebabkan "kemalangan"
    • Kemurungan dan kerap menangis
    • Kerap menghilang diri
    • Kerap datang lambat
    • Kerap menerima gangguan panggilan telefon semasa bekerja
    • Takut terhadap pasangan
    • Tumpuan dan prestasi kerja merosot
    • Menyisihkan diri
    • Mempunyai masalah kewangan

Jika anda mangsa keganasan rumahtangga, atau mengetahui seseorang itu menjadi mangsa keganasan, dimana anda boleh dapatkan bantuan?

Jangan berdiam diri dan kongsi masalah anda dengan orang lain, anda mesti hentikan keganasan ini. Sayangi diri dan kehidupan anda. Anda berhak menikmati kehidupan yang bahagia.
INGAT anda tidak keseorangan; apa yang perlu anda buat adalah untuk mendapatkan bantuan, kami disini untuk membantu anda : -

  • Ibu dan ayah anda
  • Kakak dan abang anda
  • Jiran anda
  • Rakan taulan anda
  • Kaunselor anda
  • Guru anda
  • Petugas di Klinik kesihatan dan Pusat Krisis Bersepadu (OSCC)

Thursday, August 4, 2011

Langkah Menjadikan Negara Pusat Pendidikan




1. Meningkatkan imej universiti tempatan baik IPT mahupun IPTA - jalankan penyelidikan yang bertaraf dunia dan berupaya menyumbang kesejahteraan sejagat - hasilkan penemuan baharu dalam pelbagai bidang misalnya perubatan dan teknologi pembuatan - sertai pameran dan pertandingan intelektual dunia dan menanginya - hal ini menarik perhatian masyarakat dunia untuk menimba ilmu di universiti di Malaysia.

2. Publisiti dan promosi - kerajaan dan universiti perlu mengkomersilkan pendidikan di Malaysia - mesti iklankan perkhidmatan pendidikan tinggi ke seluruh dunia - adakan kempen memperkenalkan universiti tempatan di luar negara - tawarkan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan yang berdaya saing dengan universiti yang ada di kawasan serantau

3. Bina lebih banyak pusat pengajian tinggi dan pelbagaikan kursus.

4. Memudahkan kemasukan pelajar luar negara - visa pelajar lebih mudah - sediakan kemudahan asas - sediakan pinjaman pendidikan -tambahkan tajaan untuk pelajar luar negara.

5. Kerjasama dengan universiti luar negara - program berkembar - pembinaan kampus cawangan di Malaysia.

Jika ada idea lain sila kemukakan