Tuesday, April 24, 2012

Kesalahan Bahasa Hari Ini

1. Tetapi hati penyajak berasa sedih.
( tetapi ialah kata hubung yang tidak boleh hadir sebagai kata pangkal ayat )


2. Moone terlalu sedih semasa berada di kota kerana kehidupannya yang susah di kota.
( penggunaan kata yang redundan/bertindih iaitu frasa nama " di kota" merosakkan struktur ayat)


3. Sedang dia masih mampu makan dan minum.
( ayat yang terdiri daripada klausa ini jelas tidak membawa apa-apa maksud - subjek dan predikatnya tidak jelas)


4. Seperti menunggu saat kematiannya.
(sama dengan kesalahan no 3)


5. Walaupun dia sudah lama tidak pulang dan mencium tangan ibunya.
( ayat tergantung - kata hubung yang digunakan pada pangkat ayat iaitu 'walaupun" sepatutnya mempunyai pasangan iaitu "namun" - tanpa pasangannya, ayat itu tidak habis ditulis/tergantung )


6. Walaupun saya sangat hodoh , hati saya baik.
( pasangan untuk kata hubung pasangan tidak ditulis- "walaupun + namun")

Monday, April 23, 2012

Ayat Yang Dijamin Salah Strukturnya

A. Semua ayat yang bermula dengan perkataan di bawah:


1. Oleh kerana ...
2. Selain daripada itu...
3. Sehubungan itu...
4. Selain dari itu...
5. Manakala...
6. Malah...
7. Malahan...
8. Namun...
9. Oleh demikian...
10. Justeru...
11. Justeru itu...
12. Sebaliknya...


B. Ayat tiada subjek - kerap kali bermula dengan kata hubung/kata sendi


1. Dengan ini, tidak dapat meningkatkan prestasi pelajar.
2. Dengan meningkatkan pendapatan rakyat, dapat mengatasi masalah kemiskinan.
3. Dengan tumbukan yang padu, berjaya menumbangkan lawan.
4. Melalui cara ini, dapat meningkat perpaduan negara.
5. Melalui pendapatan tersebut, dapat melangsaikan hutang mereka.
6. Melalui kempen , boleh mengurangkan masalah kemalangan jalan raya.
7. Bagi mengurangkan risiko tanah runtuh, hendaklah ditanam pokok.
8. Bagi meningkatkan pendapatan, bolehlah menambah aktiviti ekonomi.


C Ayat tiada predikat - kerap kali berlaku akibat penggunaan kata hubung relatif  YANG. Ayat tergantung. Subjek sahaja ditulis.


1. Pelancongan yang meningkatkan pendapatan rakyat.
2.  Kemalangan yang boleh mengorbankan nyawa.

Saturday, April 21, 2012

Analisis Bahasa


Analisis Bahasa
1.       Kehebatan karya yang Usman Awang hasilkan sejak beberapa dekad menyebabkan beliau diiktiraf sebagai sasterawan negara.
2.       Kepekaan golongan muda untuk menepis gejala-gejala yang boleh merosakan akhlak dan sahsiah mereka adalah merupakan elemen ke arah kesejahteraan negara.
3.       Guru adalah golongan yang penting sebagai agen transformasi di sekolah mahupun di luar sekolah.
4.       Untuk mencapai kejayaan dalam pelajaran, mestilah berusaha dengan bersungguh-sungguh dan mengelakkan daripada melakukan perkara yang bodoh.
5.       Hal ini demikian kerana dengan bersukan bukan sahaja dapat menghindarkan berbagai penyakit-penyakit tetapi akan merasa sihat dan segar.
6.       Semasa menyertai program lawatan itu mereka mendapatkan pelbagai faedah.
7.       Pilihanraya membuktikan yang demokrasi masih kukuh di negara kita.
8.       Kejayaan pasukan boling padang merangkul kejuaraan dunia ialah kejayaan pertama kali sukan tersebut di peringkat antara bangsa.
9.       Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa kerajaan akan menamatkan darurat di negara ini pada 12hb. Jun, 1960.
10.   Rakyat yang bersatu- padu akan dapat memacu ekonomi negara.  
11.   Perpaduan yang sedia ada hendaklah diperkukuhkan supaya berkekalan.
12.   Farahin mengatakan bahawa sampai bila pun dia tidak akan memaafkan Kumar yang gagal menunaikan janji untuk meminangnya.
13.   Taufik berjaya mencapai angka jualan sebanyak 1 billion selepas lima tahun berniaga.
14.   Lia yakin akan berjaya jika Nizam sentiasa ada disisi.
15.   Alimah dan Afiqah makan semua makanan yang ada di atas meja itu sekaligus.

Wednesday, April 18, 2012

waktu mereka yang sedang berkuliah
memintal tali harapan
rakus ombak yang bergulung-gulung
melemahkan genggaman

Puisi Untuk Pendosa

aku binatang jalang 
tersepit di kelangkang nafsu
kerap kali melacurkan iman
demi dunia yang tolol.

aku binatang jalang 
mahu meruntuh 
dosa yang bergunung
dengan air mata yang kutadah
dari doa nasuha.

pegang erat tanganku, nasuha
jari jemariku belum kuat lagi
menepis bohong dunia!


* Binatang jalang- kata-kata yang kupinjam dari saudara Chairil Anwar

Puisi Untuk Isteriku

Senyummu adalah bahagiaku
Ceriamu adalah dambaku
Gelisahmu adalah kebimbanganku
Air matamu adalah kesedihanku


Kau pelipur lara dukaku
Kau pengiring suka citaku
Bersama kita dalam hari-hari keberkahan


Ikatan ini berawal dari hati, atas nama cinta
Jalinan ini bermula dari rasa, atas nama sayang
Pertautan ini berasal dari angan, atas nama rindu
Sungguh ini adalah cinta, sayang, dan rindu..





Tuesday, April 10, 2012

Nuklear - Manfaat dan Kesan Buruk





Manfaat


1. Meningkatkan kecekapan bidang perubatan cth:
- CAT scan, laser, sinar -x - digunakan untuk diagnosis penyakit atau kecedaraan dalaman.
- Kobalt 60 - rawatan kanser
- Radioisotop fosforus - rawatan tumor otak
Tanpa nuklear bidang perubatan akan kekal menghadapi masalah merawat penyakit kronik. Penggunaan nuklear meningkatkan taraf kesihatan dan taraf hidup manusia.


2.Memajukan bidang pertanian.
- Penemuan GMF (Geneticaly Modified Food) - ditemui dengan kaedah nuklear - menghasilkan tanaman yang tahan penyakit, meningkatkan produktiviti, tahan cuaca.
- sinar gamma dapat memandulkan serangga perosak.
- berguna dalam R&D pertanian - cth dapat mengesan pengambilan baja oleh tumbuh-tumbuhan.


3. Membantu kelangsungan dan kemajuan industri.
- mengesan kebocoran paip bawah tanah
- mengesan kehausan enjin. 
- pelancaran satelit dan klemajuan telekomunikasi


4.Tenaga alternatif.
- alternatif kepada petroleum dan arang batu - lebih murah
- logi tidak perlukan kawasan yang luas
- tenaga yang dihasilkan lebih efisen - berguna untuk industri berat., 


5. Memodenkan pertahanan.
- kapal selam tenaga nuklear lebih lama dapat menyelam, laju
- kapal pengangkut 
- senjata nuklear - berguna untuik pertahanan negara daripada ancaman asing.

Kesan Buruk


1. Bahan radioaktif mengancam kesihatan manusia.
- risiko kemalangan/ bencana alam atau bencana nuklear bolah menyebabkan kebocoran radioaktif- manusia, haiwan, dan tumbuh-tumbuhan  terdedah kepada radiasi.
- radiasi menjejaskan kesihatan semua benda hidup
- manusia boleh mati akibat penyakit  kronik yang berpunca daripada radiasi. seperti kanser  
- mutasi genetik - ini menyebabkan kecacatan
- tanah-tanih yang tercemar dengan radiasi - tidak berguna lagi.


2. Perlumbaan senjata nuklear.
- dunia diancam peperangan  senjata kimia dan bom atom
- senjata nuklear memusnahkan dunia dalam skala besas - dikenali sebagi WMD ( Weapon of Mass Destruction)
- ini ancaman kepada tamadun dan kelangsungan hidup manusia sejagat.

Saturday, April 7, 2012

Bagaimana Hendak Memajukan Bidang Pertanian

1. Pemodenan dalam semua peringkat pertanian - penanaman/penternakan, penuaian, pemasaran - inovasi, penjenteraan, sistem ladang dll.
2. Mempelbagaikan jenis pertanian - teroka bidang tani/ternakan baharu.
3. Peningkatan kuantiti dan kualiti - R&D - ubahsuai genetik - tahan penyakit, sesuai untuk semua iklim dan cuaca.
4. Meningkatkan penyediaan faktor-faktor pengeluaran pertanian seperti modal, tanah, buruh, dan pengurusan,
5. Menyelesaikan masalah pasaran = meneroka pasaran baharu.
6. Memajukan industri asas tani/industri hiliran - dapat tingkatkan permintaan dan menggalakkan aktiviti pertanian.

**Setiap idea utama tersebut mempunyai pelbagai isi sokongan - yang penting calon mesti fokus kepada idea utama itu apabila menghuraikannya. Saya akan beri contoh huraian dalam entri akan datang. Selamat mengarang.

Alih Bentuk Teks - Sajak


NEGERI BERTUAH INI
Negeri bertuah ini
Tanah air tercinta
Di sini aku dilahirkan
Di sini aku dibesarkan
Di sini taat setia dicurahkan.
Negeri bertuah ini
Warisan nenek moyang
Kaya dengan budaya
Kaya dengan adat dan suku
Air setitik menjadi tasik
.Tanah sekepal menjadi gunung
Rakyat dididik hidup muafakat
Bijak dijadikan panglima
Alim dijadikan imam.
Negeri bertuah ini
Pernah terjajah dan dijajah
Demi maruah bangsa dan tanah air tercinta
Rakyat bangun menentang
Darah tumpah merata.

Contoh Jawapan Alih Bentuk Teks

Penyajak dilahirkan dan dibesarkan di negeri/tanah air yang bertuah dan tercinta. Negeri nenek moyang kaya dengan budaya, adat, dan suku. Air setitik menjadi tasik manakala tanah sekepal menjadi gunung. Rakyat dididik untuk hidup secara bermuafakat. Rakyat yang bijak dijadikan panglima manakala yang alim dijadikan imam. Negeri bertuah ini pernah terjajah dan dijajah. Rakyat bangun untuk menentang penjajahan, Darah mereka tumpah merata-rata.

Tips :

1. Fahami maksud rangkap
2. Tentukan plot supaya anda senang mengenal pasti idea/isi sajak.
3. Tulis ayat berdasarkan pemahaman anda terhadap idea/isi - JANGAN mengulas atau mentafsir idea/isi.
4. Gantinama diri pertama = gantikan dengan PENYAJAK

Monday, April 2, 2012


Kebaikan dan Keburukan Nuklear

BIDANG
KEGUNAAN
CONTOH BAHAN
Perindustrian
Mengesan kebocoran paip bawah tanah
Radioisotop iodin
Pertanian
Mengkaji kesan resapan nutrien oleh tumbuhan
Fosforus-32
Perubatan
Membunuh sel barah
Kobalt-60
Arkeologi
Menentukan umur bahan purba (teknik ini dinamakan "Pentarikhan Karbon")
Karbon-14
Domestik
Tenaga elektrik
Stesen janakuasa


KESAN AKIBAT
KESAN
Kemalangan
Alam sekitar tercemar, maut, kanser, kemandulan
Pencemaran
Alam sekitar tercemar, kanser, kehidupan akuatik terjejas
Peperangan
Pembinaan senjata pemusnah yang besar