KERJA KURSUS
BAHASA MELAYU PENGGAL 2
910/4 2016
UCAPAN
Arahan
kepada calon
Baca soalan dengan teliti, kemudian tulis sebuah karangan
berdasarkan soalan yang diberi. Panjang karangan hendaklah tidak kurang
daripada 600 dan tidak lebih daripada 650 patah kata. Karangan yang kurang
daripada 600 patah kata akan ditolak markahnya, manakala bahagian karangan yang
telah melebihi 650 patah kata tidak akan diperiksa.
Soalan
Pendidikan prasekolah bukan
sahaja penting untuk melahirkan golongan
pelajar yang cemerlang pada masa akan datang tetapi juga penting kepada negara. Namun begitu ada sesetengah anggota
masyarakat menganggap pendidikan
prasekolah hanyalah sebagai pusat jagaan kanak-kanak semata-mata. Sebagai
seorang pegawai di Pejabat Pendidikan Daerah, anda telah dijemput untuk
menyampaikan ucapan dalam majlis penyampaian siijil prasekolah di
tempat anda. Ucapan anda hendaklah berfokus
kepada kepentingan pendidikan prasekolah. Sediakan teks ucapan itu
selengkapnya.
Skema jawapan
Kepentingan Pendidikan prasekolah
Pendahuluan
-Ada kata alu-aluan
-Menyatakan perkembangan prasekolah
-Memberikan definisi prasekolah dan contoh
-Menyatakan tujuan dan fokus ucapan --- prasekolah mendatangkan byk faedah bukan
sahaja kepada kanak-kanak teapi juga
kepada ibu bapa, masyarakat, dan kerajaan
Kepentingan
Prasekolah
1. Mendedahkan kanak-kanak kepada alam persekolahan formal semasa berumur 4-6 tahun - cth jadual waktu, guru, disiplin, peraturan sekolah - ini boleh elakkan kejutan budaya yang menyebabkan pelajar takut memulakan alam persekolahan sebenar.
2.Membina kemahiran sosial seperti berkomunikasi dengan rakan sebaya dan orang dewasa, berinteraksi secara positif, keyakinan diri dan percaya diri.
3. Membina sahsiah murni seperti berdikari, bertanggungjawab, kerjasama, tolong-menolong, dll.
4. Membina asas pengetahuan mengenal huruf, menulis membaca dan mengira ,seperti abjad, nombor dan warna.
5. Membina kemahiran psikomotor dan kecergasan fizikal – melalui kegiatan bermain, menari, bersenam dll.
6. Membuka peluang pendapatan dan pekerjaan kepada rakyat – dapat kurangkan pengangguran. Banyak siswazah kini bekerja di pusat pendidikan prasekolah. Bayaran yang dikenakan mahal – antara RM 200-500 sebulan bergantung pada perkhidmatan yang disediakan – rama usahawan prasekolah memfranchaiskan perniagaan mereka – contoh Tadika Little Caliph. Lahir lebih ramai usahawan – kerajaan dapat cukai.

Penutup
-Patuhi format ucapan- penutup ucapan
-Menyatakan harapan, pendirian, cadangan.
No comments:
Post a Comment