Thursday, January 21, 2010

Analisis Bahasa

1. Shah Khir Khan amat sangat marah kepada kucingnya, namun dia tidak sampai hati untuk memukulnya.

2. Tan Ber Rok bukan sahaja pandai melompat dari dahan ke dahan, tetapi boleh makan dengan lahap.

3. Bung Khir teramat sayang sekali dengan Meenachi hingga dia sanggup pergi ke Mumbai dan Chennai untuk bertemu dengannya.

4. Melalui kenalannya yang tinggal di London, akan dapat meningkatkan penjualan belacan keluaran keluarganya.

5. Isteri Pak Mat Tempe merasa gembira bila mengetahui tentang pelantikan Pak Mat sebagai menteri kerana harapannya untuk bergelar datin akan tercapai.

6. Kura-kura memberitahu Cikgu Labi yang dia tidak suka menulis karangan.

Jawapan
Ayat 1.
i. amat sangat -
ii. kata penguat digunakan serentak dalam satu ayat
iii. amat marah / sangat marah

Ayat 1.
i. /\ Shah Khir Khan.....namun
ii. kata hubung "namun" tidak mempunyai pasangan
iii. Walaupun Shah Khir Khan....namun...

Ayat 2.
i. ...bukan sahaja...tetapi...
ii. kata hubung berpasangan bukan sahaja menerima pasangan yang salah
iii. ...bukan sahaja...malah

Ayat 2.
i. ...makan dengan lahap.
ii. Kata adjektif 'lahap' sepatutnya menerima kata penesas 'nya'
selepas kata kerja tak transitif yang diikuti dengan sendi nama
'dengan'
iii. ...makan dengan lahapnya.

Ayat 3.
i. ...teramat sayang sekali
ii. penggunaan kata darjah penghabisan yang salah
iii. ...teramat sayang / sayang sekali

Ayat 3.
i. ...ke Mumbai dan Chennai...
ii. sendi nama ke tidak boleh digugurkan pada kata nama "Chennai"
iii. ...ke Mumbai dan ke Chennai...

Ayat 4.
i. Melalui...di London, akan dapat...
ii. Ayat tidak mempunyai subjek
iii. Melalui kenalannya..London, dia akan dapat.....

Ayat 5.
i. ...merasa
ii. kata kerja merasa digunakan untuk menunjukkan maksud perbuatan yang menggunakan
lidah bukan emosi.
iii. ...berasa

Ayat 5.
i. ...bila
ii. kata tanya bila bukan kata hubungan dan tidak boleh digunakan dalam ayat penyata
iii. ...apabila

Ayat 5.
i. ...mengetahui tentang pelantikan
ii. kata kerja transitif mesti diikuti oleh objek
iii. ...mengetahui berita pelantikan

Ayat 6.
i. ...cikgu Labi yang dia...
ii. kata hubung komplemen 'bahawa' sepatutnya digunakan dalam ayat komplemen bukannya
kata hubung pancangan relatif.
iii. ...cikgu Labi bahawa dia....

Tahniah jika anda betul semuanya.

No comments:

Post a Comment