Isi utama - Habitat yang semakin musnah
Contoh huraian :
Hidupan liar di Malaysia menghadapi ancaman kehilangan habitat yang semakin musnah. Banyak kawasan habitat haiwan liar di Malaysia seperti serangga dan mamalia telah musnah akibat pencemaran dan pembangunan. Kawasan habitat haiwan-haiwan ini yang dahulunya luas kini semakin sempit. Contohnya, kawasan paya yang ada di sekitar kawasan Tasik Cini Pahang yang menjadi habitat kepada ratusan jenis serangga burung, didapati mengecil sebanyak 1.5% pada setiap tahun akibat akibat kerja-kerja penambakan tanah untuk projek perumahan. Banyak kawasan hutan dan kawasan tanah tinggi yang menjadi tempat tinggal mamalia seperti harimau, badak sumbu, dan gajah diancam pembalakan haram dan aktiviti pertanian ladang. Kesannya, banyak haiwan liar terpaksa bersaing dengan manusia untuk mendapatkan tempat tinggal. Konflik ini selalunya dimenangi manusia. Haiwan yang kehilangan habitat berisiko mengalami pertumbuhan yang terencat dan berhadapan dengan masalah kepupusan.
Analisis Huraian :
Hidupan liar di Malaysia menghadapi ancaman kehilangan habitat yang semakin musnah. (isi utama)
Banyak kawasan habitat haiwan liar di Malaysia seperti serangga dan mamalia telah musnah akibat pencemaran dan pembangunan. (Bagaimana musnah)
Kawasan habitat haiwan-haiwan ini yang dahulunya luas kini semakin sempit. (apa berlaku)
Contohnya, kawasan paya yang ada di sekitar kawasan Tasik Cini Pahang yang menjadi habitat kepada ratusan jenis serangga burung, didapati mengecil sebanyak 1.5% pada setiap tahun akibat akibat kerja-kerja penambakan tanah untuk projek perumahan. ( mengapa sempit)
Banyak kawasan hutan dan kawasan tanah tinggi yang menjadi tempat tinggal mamalia seperti harimau, badak sumbu, dan gajah diancam pembalakan haram dan aktiviti pertanian ladang. (mengapa sempit)
Kesannya, banyak haiwan liar terpaksa bersaing dengan manusia untuk mendapatkan tempat tinggal. ( apa kesan sempit)
Konflik ini selalunya dimenangi manusia.
Haiwan yang kehilangan habitat berisiko mengalami pertumbuhan yang terencat dan berhadapan dengan masalah kepupusan. (apa kesan persaingan)
Huraikan Isi Berikut:
Isi Utama - Haiwan liar diancam masalah perburuan oleh manusia.
Haiwan liar di Malaysia juga menghadapi masalah pemburuan. Harimau, landak,tenggiling dan pelbagai spesies burung terancam kerana banyak orang memburu haiwan-haiwan ini. Pemburu memburu haiwan-haiwan ini bukan sahaja disebabkan oleh permintaan terhadap haiwan-haiwan ini sangat tinggi malahan harganya juga sangat mahal. Permintaan yang tinggi itu datangnya daripada pengusaha-pengusaha restoran makanan eksotik yang terdapat di dalam dan di luar negara. Haiwan seperti tenggiling dan landak misalnya mendapat permintaan yang tinggi daripada restoran-restoran di negara China. Banyak juga haiwan ini diseludup ke negara asing untuk dijadikan ramuan dalam ubat-ubat tradisional. Banyak organ dan anggota haiwan ini dipercayai boleh merawat pelbagai jenis penyakit. Pemburu-pemburu juga menjual kulit haiwan liar seperti kulit harimau, kulit ular sawa, dan bulu burung merak kepada pereka fesyen di seluruh dunia. Hal ini menyebabkan semakin banyak haiwan ini diburu oleh pemburu-pemburu haram di seluruh negara.
Analisis Huraian Isi
Haiwan liar di Malaysia juga menghadapi masalah pemburuan.( isi utama)
Harimau, landak,tenggiling, dan pelbagai spesies burung terancam kerana banyak orang memburu haiwan-haiwan ini. (Haiwan apa dan mengapa)
Pemburu memburu haiwan-haiwan ini bukan sahaja disebabkan oleh permintaan terhadap haiwan-haiwan ini sangat tinggi malahan harganya juga sangat mahal. ( mengapa buru)
Permintaan yang tinggi itu datangnya daripada pengusaha-pengusaha restoran makanan eksotik yang terdapat di dalam dan di luar negara. ( siapa minta)
Haiwan seperti tenggiling dan landak misalnya mendapat permintaan yang tinggi daripada restoran-restoran di negara China. ( haiwan apa diminta)
Banyak juga haiwan ini diseludup ke negara asing untuk dijadikan ramuan dalam ubat-ubat tradisional. ( mengapa minta)
Banyak organ dan anggota haiwan ini dipercayai boleh merawat pelbagai jenis penyakit. (mengapa buat ubat)
Pemburu-pemburu juga menjual kulit haiwan liar, seperti kulit harimau, kulit ular sawa, dan bulu burung merak kepada pereka fesyen di seluruh dunia. (mengapa minta)
Hal ini menyebabkan semakin banyak haiwan ini diburu oleh pemburu-pemburu haram di seluruh negara. ( apa kesudahannya)
Cuba huraikan isi berikut dan buat analisis seperti contoh yang diberi.
Langkah untuk mengatasi ancaman yang dihadapi oleh haiwan liar adalah dengan menjalankan pelbagai kempen untuk menyelamatkan haiwan liar.
Hantarkan jawapan anda melalui email: khirjohariamajid@gmail.com
faham dan mudah untuk difahami
ReplyDelete