Tuesday, February 2, 2010

Latihan Karangan



Masalah Filem Malaysia


1.Kos pembikinan filem yang tidak mencukupi menyekat pembikinan filem yang bermutu tinggi

- tidak dapat khidmat pengarah yang terbukti dapat menghasilkan filem bermutu
- tidak dapat membeli skrip-skrip bermutu oleh penulis skrip terkenal
- tidak dapat memancing pelakon yang terbaik
- tempoh pembikinan dipendekkan -kesannya kurang penelitian, kurang penyelidikan
- peralatan murah dan teknologi rendah yang bukan terkini terpaksa digunakan kerana kos
- produser sukar dapat pembiayaan institusi kewangan kerana risiko kerugian yang tinggi

2. Pengarah filem yang benar-benar hebat, berpengetahuan tinggi dan berpengalaman menghasilkan filem box office atau mendapat pengiktirafan antarabangsa amat kurang di Malaysia.
- filem yang diarahkan pengarah tangkap muat tidak sempurna
- gagal menterjemahkan skrip ke layar perak.
- pengarah yang syok sendiri, lebih suka glamour dan tiada pendidikan formal banyak juga
diberi peluang mengarah filem.
- pengarah yang kreatif dan baik pula terikat dengan kehendak produser yang mementingkan
keuntungan.

3. Kurang pelakon berbakat
- ramai pelakon yang hanya berbekalkan kecantikan dan ketampanan serta populariti dalam
bidang lain.
- berlakon demi glamour bukan minat atau untuk meningkatkan seni
- tiada asas lakonan atau ilmu lakonan formal - gagal menjiwai watak, lakonan kaku
- kurang disiplin, banyak masalah peribadi dan gossip yang mengganggu fokus lakonan.

4. Kurang kepakaran dan peralatan teknologi tinggi.
- jurutera fotografi, bunyi, set dan sebagainya tak setanding dengan yang ada di luar negara
sebab kurang terdedah dengan teknologi tinggi.
-kesan khas,suntingan,warna, kesan bunyi masih gunakan teknologi lama yang sepuluh tahun
ke belakang berbanding yang digunakan di Hollywood, Bollywood dan Kollywood.
-tiada studio perfileman yang lengkap dan canggih.
-masih bergantung pada kepakaran dan teknologi barat sedangkan teknologi yang dipindfahkan
ialah teknologi usang.
-
-

5. Sekatan budaya dan penapisan filem yang terlalu ketat
-
-
-

6. Masalah pemasaran
-
-
-

Senaraikan Intipati Bagi Isi Nombor 5 dan 6

No comments:

Post a Comment