Tuesday, February 2, 2010

Latihan Karangan


Item Bahagian A – Esei

Februari 2010

Punca Masalah Disiplin Pelajar

  1. Kelalaian/ kecuaian ibu bapa semasa menjalankan tanggungjawab terhadap anak-anak.

-Kurang memberi perhatian

-kurang memberi bimbingan

-kurang memberi kasih sayang

-terlalu memberi kebebasan

-terlalu memanjakan anak dengan cara yang salah

-terlalu mempercayai anak-anak.

-terlalu menyebelahi anak-anak untuk menutup kelemahan ibu bapa


2. Kurang didikan agama baik secara formal mahupun tidak formal dan gagal

menghayati dan mengamalkan didikan agama.

- pegangan agama yang rapuh dalam ahli keluarga

– nilai murni yang dituntut oleh agama bukan keutamaan sesetengah keluarga dan masyarakat

– sikap yang bertentangan dengan ajaran agama menjadi satu kebiasaan. Contohnya, pelajar yang

biasa bersikap biadap terhada ibu bapa biadap juga kepada guru.

- tidak belajar agama seperti mengaji al Quran, kelas fardu ain, dan lain-lain.

- tidak mengamalkan ajaran dan tuntutan agama seperti solat, puasa, dan sebagainya.

- berani langgar larangan Tuhan tentu juga berani langgar peraturan sekolah dan

undang-undang negara.

- kesannya pelajar gagal membezakan perbuatan yang ditegah agama dengan yang

dituntut agama. Contohnya, mereka tidak tahu bahawa vandalisme berdosa dilakukan.



3. Pengaruh rakan sebaya

-terikut-ikut dengan kemahuan kumpulan rakan sebaya

-tidak pandai/salah memilih rakan dan identiti diri

-sikap inkuiri yang terlalu tinggi menggalakkan pelajar mencuba sesuatu yang salah

-amalan gaya hidup tidak sihat golongan remaja seperti hedonisme dan hooliganisme.


4. Kelemahan pihak sekolah

-pentadbir terutama pengetua tidak tegas, terlalu takut kepada gertakan ibu bapa dan

pelajar.

-guru HEM dan Guru Disiplin yang gagal berfungsi – takut ambil tindakan tegas,

terlalu bertolak ansur, tidak dapat sokongan pengetua, tidak dapat sokongan rakan

sejawat, tidak dapat sokongan masyarakat sekitar.

- kaunselor gagal menjalankan tanggungjawab merawat emosi pelajar

- sekolah gagal mengesan masalah disiplin pada peringkat awal, misalnya gagal

mengenal pasti pelajar hard-core.

- PIBG dan sekolah tidak seiringan dalam usaha menangani disiplin pelajar.

-campurtangan ahli politik dalam urusan disiplin melemahkan semangat pengetua dan

guru.

No comments:

Post a Comment