Thursday, November 17, 2011

MARI MENGULANG

Struktur ayat yang Salah

1. Shah Khir Khan seorang pelakon yang hebat di mana beliau boleh berlakon, menari, dan melakukan aksi lagak ngeri.

2. Tom Khir tidak tahu siapa pemuda yang telah menyelamatkan kudanya.

3. Chef Khir Toress menunjukkan bagaimana kek keju dibuat.

4. Banyak orang tidak tahu berapa jumlah kuda Khir Raja.

5. Ladang khinzir Tan Ah Hir yang mana terletak di Paya Mengkuang ialah ladang khinzir terbesar di Asia Tenggara.

6. Cikgu Khir tidak dapat memberi alasan mengapa dia enggan menjawab soalan Cikgu Marina.

SEGAR MINDA

Ayat

Kesalahan

Sebab Kesalahan

Pembetulan

1

sebab

‘sebab’ bukan kata hubung keterangan , ‘sebab’ ialah kata nama. Kata hubung keterangan yang sepatutnya digunakan ialah ‘kerana’

kerana

2

Namun di.....berlaku.

Kesalahan seluruh ayat kerana binaan struktur ayat adalah salah. Namun merupakan kata hubung yang tidak boleh dijadikan kata pangkal ayat.

Namun begitu, Namun demikian....

2

dinegara

Kata sendi nama di dieja terpisah dengan kata nama

di negara

3

dan lain-lain negara

Kesalahan hukum d-m

dan negara-negara lain

4

Antara bangsa

Kata nama majmuk yang dianggap mantap ejaannya dieja dengan satu perkataan

antarabangsa

Ayat

Kesalahan

Pembetulan


Sebab Kesalahan


1

Yang terbesar sekali

Terbesar / besar sekali


Kesalahann kata darjah penghabisan


2

Dari suku

Daripada suku


Sendi nama daripada digunakan untuk menunjukkan punca


3

Berbagai bahasa

Berbagai-bagai


Penanda jamak/kata bilangan yang membawa maksud himpunan perlu digandakan.


3

Pelbagai kebudayaan dan adat-adat resam

Pelbagai kebudayaan dan adat resam


Objek tidak perlu digandakan apabila menggunakan k ata bilangan yang membawa maksud jamak. Unsur lewah.


5

Di antaranya

antaranya


Frasa ‘di antaranya’ hanya digunakan untuk menunjukkan lingkungan ruang.


5

Adalah Dusun, Liwan...

Ialah Dusun, Liwan...


Kata pemeri yang hadir sebelum kata nama atau frasa nama ialah ‘ialah’


8

atonomi

autonomi


Ejaan sebenar yang mengambil perkataan Inggeris auto ialah auto bukan oto atau ato


9

Adalah suku kaum

Ialah suku kaum


Sda


10

Adalah petani tradisi

Ialah petani tradisi


Sda


11

Dari mereka

Daripada mereka


Sda


11

Memburu serta

Memburu dan


Kata hubung ‘serta’ boleh digenakan selepasmpenggunaan kata hubung ‘dan’.


12

Mendiami di sekeliling

Mendiami kawasan di sekeliling


Kata kerja transitif aktif mesti diikuti objek


15

Manakala daerah...

Manakala di daerah




17

Beberapa keluarga

Beberapa buah keluarga


Kata bilangan tidak tentu mesti menerima penjodoh bilangan.


18

Pada masa kini

Pada masa ini/kini

Lewah kerana masa dan kini membawa maksud yang sama

0 comments

SIARAN ULANGAN

Ayat

Kesalahan

Pembetulan

Sebab Kesalahan

1

Pertambahan kes-kes

Pertambahan kes

Objek tidak perlu digandakan selepas penanda jamak yang membawa maksud jamak

1

Dari kematian tragis

Daripada kematian tragis

Sendi nama daripada digunakan untuk menerangkan maksud punca, sendi nama ‘dari’ diginakan untuk menerangkan nama yang m,embawa maksud masa, tempat

1

Menunjukkan dengan jelas tidak semua ibu bapa...

Menunjukkan tidak semua ibu bapa....dengan jelas.

Kata kerja transitif aktif mesti diikuti objek.

1

Dari kejadian

Daripada kejadian

Sda

3

Justeru itu, kita tidak...

Kita tidak...

Justeru bukan penanda wacana. Tidak boleh menjadi kata pangkal ayat.

4

Bila penjenayah

Apabila penjenayah

Bila ialah kata tanya, bukan kata hubung.

5

Adalah merupakan

merupakan

Lewah. Kedua-duanya kata pemeri,

6

Namun, kejayaan...

Namun begitu,

Namun ialah kata hubung yang tidak boleh menjadi kata pangkal ayat.

7

Hanya...sahaja.

Hanya/sahaja

Lewah. Pertindihan maksud dalam ayat berlaku apabila kedua-duanya digunakan serentak.

ULANG SEKALI LAGI

BENTUK PENULISAN KATA MAJMUK YANG TELAH MANTAP

Semua perkataan dalam bahasa Melayu lazimnya dieja dan ditulis dengan dua perkataan. Walau bagaimanapun ada beberapa perkataan Melayu yang dianggap ejaannya telah mantap dan dieja serangkai atau dieja sebagai satu perkataan. Ada 15 kata nama yang dieja sebagai satu perkataan, dan ia dikenali sebagai Kata Nama Majmuk yang telah mantap. Rujuk Tatabahasa Dewan. Berikut ialah 15 perkataan kata nama itu.

1. antarabangsa
2. beritahu
3. bumiputera
4. jawatankuasa
5. kakitangan
6. olahraga
7. matahari
8. setiausaha
9. sukarela
10. suruhajaya
11. tandatangan
12. tanggungawab
13. warganeara
14. pesuruhjaya
15. kerjasama

Semua kata majmuk di atas merupakan kata nama majmuk kecuali perkataan beritahu yang merupakan kata kerja majmuk.

Walau bagaimanapun, terdapat sejumlah perkataan yang tergolong dalam golongan kata tertentu yang lazimnya dieja bercantum:

Kata nama:
peribadi, peribahasa, hulubalang, dinihari, perikemanusaan

Kata adjektif:
sukacita, dukacta

Kata sendi nama:
kepada, daripada

Kata hubung
apabila, manakala, padahal, apakala, walhal, darihal, barangkali, kadangkala
kata tanya:
bagaimana

ULANGAN


1. Shah Khir Khan mendakwa perbuatan itu dilakukan kerana satu suara yang tidak diketahui dari mana puncanya.

2. Muammar Khir mengatakan bahawa dia tidak tahu bagaimana teknik menulis penutup karangan yang baik.

3. Norismat menjelaskan bahawa dia kurang pasti faktor mengapa dia boleh terjatuh dari basikalnya.

4. Ameera bingung memikirkan masa bila Zuliana datang ke rumahnya kerana pakaian Zuliana ada di biliknya.

5. Pok Der tersingkir dalam pertandingan itu kerana tidak tahu binatang apa yang mempunyai keris di kakinya.

6. Nana menanyakan Amoyella berapa jumlah udang yang dimakan olehnya sebelum itu.

Kesalahan

Pembetulan

Sebab Kesalahan

Ini kerana masalah itu...

Hal ini demikian kerana masalah itu...

Kata hubung keterangan ‘kerana’ sepatutnya menerangkan predikat ayat, malangnya dalam itu predikat tidak ada sebelum kata hubung keterangan itu.

Bagi sesetengah pelajar, akan mendapat manfaat...

Bagi sesetengah pelajar, mereka akan mendapat manfaat...

Tiada subjek

Justeru, masyarakat akan hilang kepercayaan...

Masyarakat akan hilang kepercayaan...

Kata hubung ‘justeru tidak boleh menjadi kata pangkal ayat.

seseorang individu

Seseorang / individu

Unsur lewah

Maksima, minima, optima

Maksimum,minimum,optimum

Kata pinjaman Inggeris itu sepatutnya dieja tanpa menghilangkan sebutan asalnya.

Dia menjerit ternampak hantu.

Dia menjerit apabila ternampak hantu

Tiada kata hubung sebagai penerang kepada predikat.

Ali dan Ahmad kembali ke tempat asalnya.

Ali dan Ahmad kembali ke tempat asal mereka.

Ganti nama diri ‘nya’ tidak boleh menjadi penanda jamak bagi kata nama yang menunjukkan maksud jamak.

Hal itu sukar mereka percayai

Hal itu sukar dipercayai oleh mereka.

Binaan ayat pasif ganti nama diri ketiga tidak betul.

Hal itu sukar dipercayai oleh kami.

Hal itu sukar kami percayai.

Binaan ayat pasif ganti nama diri pertama tidak betul.

Posted by khir at 10:01 AM 0 comments http://img1.blogblog.com/img/icon18_email.gifhttp://img2.blogblog.com/img/icon18_edit_allbkg.gif

Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook

Tips Bahagian D

Kesalahan biasa tatabahasa Bahasa Melayu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Setiap bahasa mempunyai "perangkap" atau bahaya terselindung yang menyebabkan banyak penulis, baik penulis baru mahupun penulis profesional, melakukan kesilapan tatabahasa. Demikian juga dengan bahasa Melayu. Awang Sariyan berkata: "Daripada pemerhatian saya, hal ini berlaku dalam semua karya sastera (prosa) yang pernah saya baca. Hal ini membuktikan bahawa, secara sedar atau tidak, para penulis tidak dapat lepas daripada tatabahasa sebagai rumusan tentang sistem bahasanya. Penulis hanya memerlukan disiplin yang lebih untuk mengawal bahasa ketika menulis." [1]

Rencana ini mencuba menyenaraikan kesilapan yang paling biasa dilakukan oleh para penulis.

Kesalahan biasa

Kesalahan ayat

  1. Rumus ayat pasif dengan pelaku ketiga ditandai oleh awalan di :
    • Tidak ada perkara yang mereka risaukan waktu itu.
    • Ayahnya setuju walaupun melanggar syarat yang dia sendiri menetapkan.
    • Semuanya dia kenal.
    • Dia menjawab seperti disuruh-suruh oleh kuasa yang dia tidak tahu dari mana puncanya.
  2. Jawapan sepatutnya:
    • Tidak ada perkara yang 'dirisaukan (perkataan "oleh" jika tidak diletakkan juga betul)'mereka waktu ini.
    • Ayahnya setuju walaupun melanggar syarat yang 'ditetapkan oleh dia'.
    • Semuanya dikenal oleh dia'.
    • Dia menjawab seperti disuruh-suruh oleh kuasa yang'tidak tahu oleh dia'dari mana puncanya.
  3. Kata ganti diri pertama dengan kata kerja pasif disisipkan kata lain:
    • Bola ini 'ditendang oleh saya'.
    • Makanan ini kamu telah makan' ?
    • Segala perubahan yang berlaku 'kita akan menghadapi' sama-sama.
  4. Jawapan sepatutnya:
    • Bola ini saya tendang' .
    • Makanan ini 'telah kamu makan' ?
    • Segala perubahan yang berlaku 'akan kita hadapi' sama-sama.

“Perkara yang diterangkan mesti mendahului “penerang”:

1.

    • Contoh ayat : Kakak saya sedang memasak gulai nangka. Dia menyenduk seketul nangka gulai dan menyuruh saya merasanya.
    • (Dalam frasa nama *gulai nangka*, unsur yang diterangkan ialah gulai. Dalam frasa nama *nangka gulai* , unsur yang diterangkan ialah nangka. )
    • Salah:
    • Cili sos
    • Mini perpustakaan
    • Zaleha Restoran
    • Jaya Klinik
    • Betul:
    • Sos cili
    • Perpustakaan mini
    • Restoran Zaleha
    • Klinik Jaya

Kesalahan frasa dan kata

Kesalahan umum dari segi Kata jamak

1.

    • Salah:
    • mereka-mereka
    • semua kereta-kereta
    • para-para pelajar
    • empat orang abang-abang
    • Betul:
    • mereka
    • semua kereta
    • para pelajar
    • empat orang abang

Kesalahan umum dari segi Kata penguat

1.

    • Salah:
    • paling indah sekali
    • Betul:
    • sangat tinggi
    • sungguh jauh
    • paling indah
    • amat menakutkan /amat menakutkan sekali / sangat menakutkan sekali / sungguh menakutkan sekali

Kata adjektif dan imbuhan “ter” tanpa penguat

1.

    • Salah:
    • Sani mendapat markah yang tertinggi sekali / tersungguh tinggi.
    • Hassan ialah peserta yang termuda sekali dalam pertandingan itu.
    • Betul:
    • Sani mendapat markah yang tertinggi .
    • Hassan ialah peserta yang termuda / teramat muda / tersangat muda dalam pertandingan itu.

Kesalahan umum dari segi Kata hubung

1.

    • Salah:
    • Sally sedang membaca bila saya tiba di rumahnya.
    • Badannya besar kecuali kakinya kecil.
    • Betul:
    • Sally sedang membaca apabila saya tiba di rumahnya.
    • Badannya besar tetapi kakinya kecil.

Kesalahan umum dari segi Kata bilangan

1.

    • Salah:
    • Sekolah itu telah menjalan berbagai aktiviti semasa “Minggu Penyayang”.
    • Beribu peniaga tidak membayar cukai pendapatan.
    • Setengah remaja suka membuang masa di pasar raya.
    • Betul:
    • Sekolah itu telah menjalankan berbagai-bagai aktiviti semasa “Minggu Penyayang”.
    • Beribu- ribu peniaga tidak membayar cukai pendapatan.
    • Setengah- setengah remaja suka membuang masa di pasar raya.

Kesalahan umum dari segi Kata Sendi

i - Dari

1.

    • Salah:
    • Umar telah berpindah daripada sekolah ini bulan lalu.
    • Daripada hari ini, saya akan belajar bersungguh-sungguh.
    • Betul:
    • Umar telah berpindah dari sekolah ini bulan lalu.
    • Dari hari ini, saya akan belajar bersungguh-sungguh.

ii - Daripada

1.

    • Salah:
    • Tilam itu dibuat dari getah asli.
    • Sukarmi lebih tinggi dari abangnya.
    • Tinggal di rumah lebih baik dari tinggal di asrama.
    • Betul:
    • Tilam itu dibuat daripada getah asli.
    • Sukarmi lebih tinggi daripada abangnya.
    • Tinggal di rumah lebih baik daripada tinggal di asrama.

iii - Pada

1.

    • Salah:
    • Saya selalu pergi ke ibu kota di Hari Kebangsaan.
    • Di petang semalam , saya pergi ke perpustakaan awam.
    • Kita mestilah menumpukan taat setia dengan negara.
    • Betul:
    • Saya selalu pergi ke ibu kota pada Hari Kebangsaan.
    • Pada petang semalam , saya pergi ke perpustakaan awam.
    • Kita mestilah menumpukan taat setia pada negara.

iv - Di

1.

    • Salah:
    • Saya dilahirkan diSarawak.
    • Ayah awak bekerja dimana ?
    • Betul:
    • Saya dilahirkan di Sarawak.
    • Ayah awak bekerja di mana ?

Kesalahan umum dari segi Penjodoh bilangan

1.

    • Salah:
    • Setiap orang pelajar.
    • Sesetengah orang rakyat.
    • Seluruh buah negeri.
    • Semua ekor binatang.
    • Beberapa pelajar.
    • Betul:
    • Setiap pelajar.
    • Sesetengah rakyat.
    • Seluruh negeri.
    • Semua binatang.
    • Beberapa orang pelajar.

Kesalahan umum dari segi Kata ganti diri

1.

    • Salah:
    • Pencuri itu telah ditangkap. Beliau dibawa ke balai polis.
    • Kau tinggal di mana ?” tanya Siva kepada gurunya.
    • Betul:
    • Pencuri itu telah ditangkap. Dia dibawa ke balai polis.
    • Cikgu tinggal di mana ?” tanya Siva kepada gurunya.

Kesalahan umum dari segi Kata adjektif

1.

    • Salah:
    • Masakan yang dihidangkan oleh ibunya benar lazat.
    • Pemandangan di pantai yang nian indah itu mempesonakannya.
  1. Betul:
    • Masakan yang dihidangkan oleh ibunya 'lazat benar.
    • Pemandangan di pantai yang indah nian itu mempesonakannya.

Kesalahan umum dari segi Kata kerja transitif

1.

    • Salah:
    • Ibu sedang jahit baju kurung.
    • Ayah selalu cuci keretanya.
    • Betul:
    • Ibu sedang menjahit baju kurung.
    • Ayah selalu mencuci keretanya.

Kesalahan umum dari segi Ayat pasif

1.

    • Salah:
    • Cerpen itu telah dikarang oleh saya.
    • Latihan itu mesti dibuat oleh kau.
    • Betul:
    • Cerpen itu telah saya karang.
    • Latihan itu mesti kaubuat.

Kesalahan umum dari segi Kata tanya

1.

    • Salah:
    • Kamu berasal dari manakah ?
    • Apa nama pengawas itu ?
    • Bila ayah akan pulang ?
    • Binatang peliharaan awak bernama siapa ?
    • Betul:
    • Kamu berasal dari mana ?
    • Siapakah nama pengawas itu ?
    • Bilakah ayah akan pulang ?
    • Binatang peliharaan awak bernama apa

1.

    • Salah:
    • Kucing itu tidur dibawah meja.
    • Amin mendapat tempat ke tiga dalam acara itu.
    • Ke tua mereka seorang yang bertanggungjawab.
    • Ibubapa mestilah menunjukkan tauladan yang baik kepada anak-anak.
    • Orangtua itu mewasiatkan harta pesakanya kepada anaknya yang bongsu.
    • Betul:
    • Kucing itu tidur di bawah meja.
    • Amin mendapat tempat ketiga dalam acara itu.
    • Ketua mereka seorang yang bertanggungjawab.
    • Ibu bapa mestilah menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak.
    • Orang tua itu mewasiatkan harta pusakanya kepada anaknya yang bongsu.

Kesalahan umum dari segi Kata Ganti Diri

1.

    • Kata ganti diri ialah kata yang digunakan untuk mengganti kata nama orang.
    • Kata ganti diri tidak boleh digunakan untuk benda atau binatang. Misalnya:
    • Kucing itu mati. la dilanggar lori. (salah)
    • Kucing itu mati dilanggar lori. (betul)
    • Kata beliau boleh digunakan hanya untuk orang yang dihormati seperti ibu bapa, guru, menteri atau orang tua-tua, dan bukan kanak-kanak. Misalnya:
    • Beliau ditangkap kerana mengedarkan dadah. (salah)
    • Dia ditangkap kerana mengedarkan dadah. (betul)
    • Semua kata ganti tidak boleh digandakan atau diulang menjadi kamu-kamu, anda-anda, mereka-mereka, dan sebagainya. Misalnya:
    • Mereka-mereka yang bersalah akan dihukum. (salah)
    • Mereka yang bersalah akan dihukum. (betul)
    • Kata ganti ia dan nya tidak boleh digabungkan menjadi ianya. Misalnya:
    • Jika tidak dirawat, mungkin ianya akan lumpuh. (salah)
    • Jika tidak dirawat, mungkin ia akan lumpuh. (betul)
    • Kata ganti diri seperti beta, baginda, dan patik digunakan hanya dalam hubungan dengan kerabat diraja saja.

Kesalahan umum dari segi Kata Bilangan

1.

    • Kata bilangan ialah kata yang pada umumnya digunakan untuk menghitung benda, misalnya satu, dua, dan seterusnya, atau beberapa, semua, dan sebagainya.
    • Kata bilangan tak tentu setengahsetengah, kata bilangan pisahan tiaptiap, dan kata bilangan himpunan keduadua, dan sebagainya tidak boleh disingkatkan sewenangwenangnya. Lihatlah contoh #* Kesalahan dan pembetulan yang berikut:

(a)*Setengah orang tidak suka akan durian. (salah)

Setengah-setengah orang tidak suka akan durian. (betul)

(b)*Tiap pelajar harus berdisiplin. (salah)

Tiap-tiap pelajar harus berdisiplin. (betul)

(c)*Kedua orang itu anggota polis. (salah)

Kedua-dua orang itu anggota polis. (betul)

(d)*Berbagai usul dikemukakannya. (salah)

Berbagai-bagai usul dikemukakannya.(betul)

1.

    • Kata bilangan tak tentu para pula tidak boleh diulang menjadi parapara. Lihatlah contoh kesalahan dan pembetulan yang berikut:

Para-para peserta sedang berbaris.(salah)
Para peserta sedang berbaris. (betul

1.

    • Kata bilangan tentu seperti satu, dua, tiga, dan seterusnya tidak boleh didekatkan sekaligus dengan kata bilangan pecahan. Lihatlah contoh kesalahan dan pembetulan yang berikut:

(a) Sudah dua suku jam dia menunggu. (salah)

Sudah dua jam suku dia menunggu. (betul)

(b) Harganya tiga setengah ringgit. (salah)

Harganya tiga ringgit setengah. (betul)

Kesalahan umum dari segi Penjodoh Bilangan

1.

    • Penjodoh bilangan digunakan bersama-sama dengan kata bilangan.
    • Walau bagaimanapun, penjodoh bilangan tidak perlu digunakan ,bersamasama dengan kata bilangan seperti para, segala, sekalian, seluruh, semua, sebahagian, setengahsetengah, dan sebilangan. Misalnya:

(a) Para orang pelajar (salah)

Para pelajar (betul)

(b) segala ekor binatang (salah)

segala binatang (betul)

(c) sekalian orang peserta (salah)

sekalian peserta (betul)

(d) seluruh buah negari (salah)

seluruh negeri (betul)

(e) semua orang gadis (salah)

semua gadis (betul)

Kesalahan umum dari segi Kata Sendi

1.

    • Kata sendi ialah kata yang digunakan bersamasama dengan frasa nama untuk menghubungkan frasa nama itu dengan katakata lain dalam ayat.
    • Sebagai kata yang merangkaikan frasa nama dengan kata adjektif dan kata kerja tak transitif, kata sendi tidak boleh dilenyapkan. Misalnya:

(a) Ravi suka durian. (salah)

Ravi suka akan durian. (betul)

(b) Kami lalu jalan itu supaya cepat sampai. (salah)

Kami lalu di jalan itu supaya cepat sampai. (betul)

(c) Abang sudah pergi pejabat.(salah)

Abang sudah pergi ke pejabat. (betul)

(d) Kita mesti hormat guru. (salah)

Kita mesti hormat akan/kepada/ terhadap guru. (betul)

(e) Saya bertemu Ali di pasar pagi tadi. (salah)

Saya bertemu dengan Ali di pasar pagi tadi. (betul)

1.

    • Elakkan penggunaan kata sendi yang diberikan dalam kurungan.

(a) Para pelancong dari Jepun. (bukan *daripada) (b) Ucapan itu daripada Encik Jamal. (bukan *dan) (c) Ali lebih tinggi daripada Ahmad. (bukan *dari) (d) Bekas itu dibuat daripada plastik. (bukan *dari) (e) Buku ini terdiri daripada tiga bahagian. (bukan *dari) (f) Pada waktu petang, saya membantu ayah. (bukan * di) (g) Buku itu ada pada Sheila. (bukan *dengan) (h) Pasu itu terhempas ke tanah. (bukan *di) (i) Encik Azman sudah berpindah ke Kelang. (bukan * di) (j) Buku itu sudah saga pulangkan kepada pustakawan. (bukan *ke) (k) Isa tertarik oleh kejelitaan gadis itu. (bukan * dengan) (l) Kami mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang saudara-saudari berikan. (bukan * diatas)