Isi Utama Yang Biasa Boleh Digunakan Dalam Karangan
A. Punca Masalah
1. Keluarga
a- Masalah Keluarga
-keluarga porak peranda kerana krisis suami isteri ( sering bergaduh, tidak sefahaman,
kecurangan) – tidak dapat beri perhatian dan bimbingan kepada ahli keluarga/anak.
b- Terlalu bebas dan kebaratan – akhlak/ perangai ibu bapa yang buruk – gagal jadi model
memanjakan anak dan menyebelahi anak.
c. Kesibukan ibu bapa – mementingkan kerjaya – kurang mendampingi ahli keluarga/anak-serah
tanggungjawab membimbing dan mendidik anak kepada pembantu rumah dan guru – tidak
ambil berat tentang anak-anak.
· Simpulkan idea dengan menghuraikan :
a. Masalah emosi yang dialami anak-anak – mereka cari penyelesaian di luar rumah yang meningkatkan risiko mereka terjebak dalam pelbagai masalah.
b. Melakukan aktiviti antisosial untuk menarik perhatian ibu bapa/menyedarkan ibu bapa.
2. Pengaruh Rakan Sebaya
a- Tertarik dengan aktiviti rakan sebaya yang dianggap menyeronokkan dan dapat menghilangkan apa-apa masalah.
b- Terpedaya dengan pujukan rakan untuk menyertai aktiviti kumpulan rakan sebaya sebagai syarat penyertaan.
c- Mahu menjadi popular dalam kalangan rakan sebaya.
d- Tersalah memilih rakan sebaya kerana tersalah memilih identiti diri.
3. Kurang Didikan Agama dan Pengetahuan Moral
a- Tidak tahu hukum-hakam agama – semua boleh dilakukan / bebas tanpa pegangan.
b- Anggap larangan agama sebagai batu penghalang kepada kebebasan dan pemodenan- agama menjadi musuh yang perlu dijauhi.
c- Tidak mengamalkan kehidupan yang berpandukan agama – hidup berkiblatkan duniawi.
No comments:
Post a Comment