Wednesday, November 2, 2011
Penyakit Angau
1. Sering termenung.
Ini merupakan tanda-tanda paling ketara bagi orang yang angau. Boleh dikatakan 24/7 asyik termenung sahaja. Kadang-kadang apabila anda berbicara dengan mereka, mereka langsung tidak mendengar perbualan anda. Hanya orang yang mengalaminya sendiri akan tahu perkara yang dimenungkan. Walau bagaimanapun kita mesti dapat mengagak bahawa pastilah orang yang dimenungkan itu ialah orang yang diminatinya, tidak mungkin orang lain. Yang menghairankan, mereka yang suka termenung akan merasakan aktiviti ini ialah sesuatu yang menyeronokkan. Mereka tidak akan mempedulikan perkara yang terjadi di sekitar mereka. Bagi menambah elemen suspens, selepas termenung untuk tempoh beberapa minit, mereka tiba-tiba akan menguntum senyuman yang tanpa diketahui puncanya.
2. Tidak lalu makan.
Apabila sudah asyik termenung sahaja, sudah pasti permakanan pun terabai bukan? Biasanya bab-bab makan dialah yang paling banyak makan, semua ditelan tanpa berfikir kesan sampingan terhadap najis yang akan dikeluarkan nanti. Namun begitu ,selepas diserang angau, secara automatiknya mereka menjadi gagah perkasa seperti juara kerana dapat menahan makan berjam-jam lamanya. Nafsu makan semakin merundum, walaupun anda hidangkan set Big Mac pun mereka tidak akan menghiraukannya. Aku bukanlah pakar permakanan, tapi aku nasihatkan supaya makanlah, nanti kalau kau orang mati, kau hendak tengokkah orang yang kau suka tu kahwin dengan orang lain?
3. Mimpi.
Orang yang diserang penyakit angau sering dilabel begini, '' Makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah ''. Tetapi lain pula yang terjadi pada aku. Dipetik daripada quote ijai, bila aku angau aku lebih sesuai dilabel '' Makan kenyang sehingga tidur, tidur lena sehingga mimpi basah, mandi wajib mesti membasahkan seluruh badan ''. Penyakit angau akan membuatkan seseorang itu teringat tentang orang yang diminatinya lalu terbawa-bawa sehingga mimpi. Mimpi berjalan berdua-duaan di suatu tempat indah diketahui tempatnya adalah mimpi klise orang angau. Mengungkapkan kata-kata cinta di bawah sinar matahari ialah saat paling romantis yang boleh dicapai dalam mimpi. Didatangi pula watak villain yang ingin memusnahkan hubungan cinta anda berdua. Saat anda berada tahap klimaks mimpi waktu anda mahu menumpaskan penyibuk tu, anda pula tersedar daripada tidur lalu menumbuk-numbuk bantal tanda protes. Anda kemudiannya cuba untuk tidur semula supaya anda dapat menamatkan segala epilog dalam mimpi anda namun tidak berjaya kerana selepas itu anda akan mimpi bertarung dengan raksasa pula.
4. Emosional.
Emosi adalah pencetus perasaan. Orang yang angau secara tiba-tiba akan menjadi terlalu sensitif. Pantang ada orang yang mahu memburuk-memburukkan orang yang disukainya, mulalah hendak menarik muka dan bertengkar. Saat itu mereka akan menjadi pelindung yang agresif dan dalam diam mereka akan mengikuti perkembangan orang yang diminatinya melalui pelbagai medium, sama ada melalui teman rapat mereka ataupun menjadi stalker bersiri di facebook.
5. Menjadi terlalu mengharap.
Salah satu tanda paling kritikal orang yang diserang angau adalah sentiasa menanti sesuatu yang tidak pasti. Misalnya anda menanti sms ataupun call daripada orang yang anda suka. Kebiasannya mereka tidak akan mengheboh-hebohkan tabiat ini kepada rakan-rakan mereka kerana khuatir mereka akan diejek. Tips aku untuk mengatasi masalah ini mudah sahaja, tiada salahnya jika anda hantar sahaja sms kepada mereka hanya sebagai kawan ataupun anda menegur mereka di mana-mana jaringan sesawang. Usah risau kerana tiada sesiapa akan mengesyaki anda. He he he..
6. Tiba-tiba menjadi semangat.
Melalui pengalaman, penyakit angau akan membuatkan seseorang itu menjadi semakin bersemangat. Andaikan anda seorang yang pemalas hendak pergi ke kelas pada pagi hari, kemudian suatu hari anda jatuh cinta dengan seorang gadis yang sekelas dengan anda, tanpa berfikir panjang, anda berubah bukan sahaja menjadi seorang lelaki yang rajin untuk ke kelas malah berubah menjadi seorang yang kuat study. Perubahan ini merupakan tanda-tanda anda diserang angau kerana sebenarnya anda mahukan perhatiannya. Dalam nada yang lain sekadar mahu menunjukkan bahawa anda seorang yang berdisiplin.
Sumber dipetik dari:http://tigalogik.blogspot.com thanks bro.
Labels:
Pengetahuan Am
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
wah~~~
ReplyDeletesemua ini untuk student saya dan sesiapa sahaja yang tak sepatutnya angau sekarang!
ReplyDelete