Tuesday, January 31, 2012

Bagaimana Hendak Alih Bentuk Dialog Ini

1. Aqilah : Syyy...pelajar.
Jawapan : Aqilah mengarahkan pelajar diam.

2. Haji Bakhir : Ooo... Nina!
Jawapan : Haji Bakhir menyebut nama Nina.

3. Selena : Opocot...
Jawapan : Selena terperanjat. ( Opocot bukanlah bentuk dialog dalam erti kata sebenar. Oleh itu bentuk alih bahasa boleh bukan dalam ayat cakap pindah).

4. Adele : Lahaulawalah...
Jawapan : Adele beraqalah.

5. Delila : Subhanallah...
Jawapan : Delila melafazkan kesucian Allah.

6. Boboi : Alhamdulillah...
Jawapan : Boboi mengucapkan/melafazkan kesyukuran terhadap Allah.

7. Tonton : Innalillah...
Jawapan : Tonton mendoakan kesejahteraan kepada orang yang ditimpa musibah itu.

8. Mat Yo : Aduhh...
Jawapan : Mat Yo mengaduh.

9. Puyu : Cis...kalau kau berani makanlah.
Jawapan : Puyu mengatakan bahawa orang itu boleh makan jika orang itu berani. ( Jangan diendahkan "CIS" itu).

10. Myra : Hem..hem, banyak kau punya duit?
Jawapan : Myra berdehem. Dia ingin tahu sama ada orang itu mempunyai banyak duit atau tidak.

4 comments:

  1. cikgu, kalau nombor 4 tu selain dari beraqalah. perkataan lain yang boleh kita pakai? perkataan beraqalah tu kan macam tak familiar

    ReplyDelete
  2. cikg, kalau no 5,6,7 tulis beristigfar boleh terima tak..?

    ReplyDelete