1. Pengaruh rakan sebaya
2. Perasaan ingin mencuba
3. Menghadapi tekanan - merokok dapat menimbulkan keseronokan baru - salah anggap
TUGASAN ESEI
Masalah Disiplin Dalam Kalangan Pelajar yang Semakin Meningkat : Punca dan Langkah Mengatasinya
Sebagai Yang Dipertua PIBG, sediakan laporan lengkap.
ISI.
Punca
1. Pengurusan disiplin yang lemah di sekolah-sekolah - pentadbir dan guru mempunyai beberapa kelemahan- cth. takut bertindak kerana menjaga nama sekolah atau imej diri, taku disaman, takut tindak balas ibu bapa dan tindak balas pelajar - guru disiplin dan kaunselor tak sehaluan, gagal membendung masalah disiplin diperingkat awal - terlalu banyak paper work. Peraturan sekoalh tak dikuatkuasakan sepenuhnya.
2.Kelemahan Keluarga dan Masalah keluarga - tekanan akibat konflik dan krisis dalam keluarga - pelajar melepaskan tekanan di sekolah dengan memberontak, ponteng dan sebagainya untuk tarik perhatian atau hendak melupakan sementara masalah keluarga - Terlalu memanjakan anak - anak besar kepala dan bersifat kurang ajar di sekolah - ibu bapa menyalahkan guru.
3. Pengaruh media massa - banyak unsur negatif yang melibatkan remaja dan pelajar sekolah dipaparkan - budaya melawan ibu bapa dan guru, tidak menghaormati rakan dan orang lebih tua diterapkan melalui filem barat dan drama tempatan- disiarkan berulang kali media cetak sama juga- internet dan handphone pun banyak unsur tidak baik yang menjatuhkan tahap disiplin pelajar.
4. Pengaruh rakan sebaya - sifat inkuiri dan ingin cuba yang tinggi memudahkan pengaruh rakan.
5. Kurang didikan agama - melahirkan remaja yang tidak beradab dan tidak dapat mematuhi peraturan. Sudah biasa melanggar larangan agama - tidak kekok melanggar peraturan sekolah. Pegangan agama yang tidak kukuh dalam keluarga meningkatkan risiko salah laku pelajar.
Langkah Mengatasi
6. Memantapkan pengurusan Disiplin di sekolah - kurangkan beban kerja paper work guru supaya masa yang lebih banyak dapat digunakan untuk membentuk sahsiah pelajar - guru disiplin dan pentadbir mesti dilindungi undang-undang - meningkatkan kerjasama kaunselor dan guru disiplin - sekolah kena ketatkan undang-undang dan kuatkuasakannya tanpa takut PIBG mesti menyokong guru apabila sesuatu tindakan disiplin diambil.
7. Mengurangkan penyiaran unsur negatif dalam media massa- tapisan yang lebih ketat.
8. Meningkatkan pemupukan nilai agama dan moral melalui program terancang - subjek pendidikan agama dan moral mesti mendapat tambahan waktu pengajaran - kekurangan guru agama mesti diatasi dengan segera.- kegiatan kokurikulum mesti ditingkatklan di sekolah- peruntukan per kapita bagi setiap murid untuk menjalakan aktiviti koku hendaklah ditambah.