Thursday, April 22, 2010


kalau kau mencari aku di pangkal kehidupan
kau akan temui sebuah kolam kegagalan

dulunya
aku terjang madah guruku kerana nafsu nafsi
kubenamkannya
dalam kolam remajaku.

kedegilan yang bergunung- ganang
gelapnya memanjang panjang
yang terlihat mata
seronok riang ria
kebenaran guruku
terpadam

oleh air kolam dungu

yang gelap dan busuk.

No comments:

Post a Comment