Saturday, April 24, 2010



TUGASAN ESEI

Masalah Disiplin Dalam Kalangan Pelajar yang Semakin Meningkat : Punca dan Langkah Mengatasinya

Sebagai Yang Dipertua PIBG, sediakan laporan lengkap.


ISI.

Punca

1. Pengurusan disiplin yang lemah di sekolah-sekolah - pentadbir dan guru mempunyai beberapa kelemahan- cth. takut bertindak kerana menjaga nama sekolah atau imej diri, taku disaman, takut tindak balas ibu bapa dan tindak balas pelajar - guru disiplin dan kaunselor tak sehaluan, gagal membendung masalah disiplin diperingkat awal - terlalu banyak paper work. Peraturan sekoalh tak dikuatkuasakan sepenuhnya.

2.Kelemahan Keluarga dan Masalah keluarga - tekanan akibat konflik dan krisis dalam keluarga - pelajar melepaskan tekanan di sekolah dengan memberontak, ponteng dan sebagainya untuk tarik perhatian atau hendak melupakan sementara masalah keluarga - Terlalu memanjakan anak - anak besar kepala dan bersifat kurang ajar di sekolah - ibu bapa menyalahkan guru.

3. Pengaruh media massa - banyak unsur negatif yang melibatkan remaja dan pelajar sekolah dipaparkan - budaya melawan ibu bapa dan guru, tidak menghaormati rakan dan orang lebih tua diterapkan melalui filem barat dan drama tempatan- disiarkan berulang kali media cetak sama juga- internet dan handphone pun banyak unsur tidak baik yang menjatuhkan tahap disiplin pelajar.

4. Pengaruh rakan sebaya - sifat inkuiri dan ingin cuba yang tinggi memudahkan pengaruh rakan.

5. Kurang didikan agama - melahirkan remaja yang tidak beradab dan tidak dapat mematuhi peraturan. Sudah biasa melanggar larangan agama - tidak kekok melanggar peraturan sekolah. Pegangan agama yang tidak kukuh dalam keluarga meningkatkan risiko salah laku pelajar.

Langkah Mengatasi

6. Memantapkan pengurusan Disiplin di sekolah - kurangkan beban kerja paper work guru supaya masa yang lebih banyak dapat digunakan untuk membentuk sahsiah pelajar - guru disiplin dan pentadbir mesti dilindungi undang-undang - meningkatkan kerjasama kaunselor dan guru disiplin - sekolah kena ketatkan undang-undang dan kuatkuasakannya tanpa takut PIBG mesti menyokong guru apabila sesuatu tindakan disiplin diambil.

7. Mengurangkan penyiaran unsur negatif dalam media massa- tapisan yang lebih ketat.

8. Meningkatkan pemupukan nilai agama dan moral melalui program terancang - subjek pendidikan agama dan moral mesti mendapat tambahan waktu pengajaran - kekurangan guru agama mesti diatasi dengan segera.- kegiatan kokurikulum mesti ditingkatklan di sekolah- peruntukan per kapita bagi setiap murid untuk menjalakan aktiviti koku hendaklah ditambah.



1 comment:

  1. Langkah Mengatasi Masalah Disiplin Dalam Kalangan Pelajar:

    1Melalui institusi keluarga. Institusi keluarga merupakan institusi asas sebelum pelajar menjejakkan kaki ke alam persekolahan. Keluarga merupakan pihak yang bertanggungjawab memperkenalkan nilai- nilai murni dalam kehidupan anak-anak.

    2.Pihak pentadbir sekolah perlu memperketat pelaksanaan peraturan sekolah kepada mereka yang terlibat supaya menjadi teladan kepada pelajar lain dan memberi kuasa sepenuhnya kepada semua guru untuk melaksanakan peraturan sekolah. Pihak pentadbir sekolah juga mesti bekerjasama sepenuhnya dengan PIBG agar kedua-dua pihak sentiasa prihatin mengenai masalah disiplin pelajar.

    3.pihak pentadbir sekolah perlu sentiasa menjalankan kempen ‘Sekolah Penyayang’, `Sekolahku Rumahku’ dan ‘Disiplin Sifar’ secara berterusan untuk menanam kesedaran dalam diri pelajar tentang betapa pentingnya disiplin kepada manusia.

    4.Guru pula harus mempunyai kesedaran yang mendalam akan tanggungjawab mereka. Guru bukan sahaja sekadar mengajar dan menghabiskan sukatan pelajaran yang diberi, sebaliknya harus peka mengenai perkembangan murid di dalam atau di luar kelas.

    Punca Masalah Displin Dalam Kalangan Pelajar :

    1. Jenayah – berjudi, melawan guru dan pengawas, peras ugut, kongsi gelap,
    penyalahgunaan dan pengedaran dadah, memiliki senjata, mencabul kehormatan,
    mengancam pelajar, menceroboh, tunjuk perasaan dan bertaruh.

    2. Kekemasan diri – berambut dan berkuku panjang, berjanggut dan berpakaian tanpa
    mengikut peraturan sekolah.

    3. Ponteng – tidak hadir kelas, sekolah, perhimpunan, ujian dan peperiksaan

    4. Kurang sopan – kasar dan berbahasa kesat kepada guru, pengawas dan pelajar lain.

    5. Merosakkan harta – melibatkan harta sekolah, kantin, guru dan pelajar-pelajar lain

    6. Lain-lain – menyimpan, menghisap rokok dan mengganggu kelas

    ReplyDelete