Tuesday, April 20, 2010

Jawapan Analisis Bahasa
14 April 2010 (Rabu)

1.Berusaha mendapatkan. Kata kerja transitif ‘berusaha’, mesti menerima kata hubung hubung ‘untuk’ sebelum kata kerja (Berusaha untuk mendapatkan)
1.Di balai polis dan mahkamah. Kesalahan frasa sendi nama. Sendi nama ‘di’ tidak boleh mengalami pengguguran bagi kata nama yang kedua dalam frasa. (di balai polis dan di mahkamah)
2.Oleh kerana. Kata sendi nama ‘oleh’ sepatutnya hadir di hadapan kata nama, bukannya kata hubung keterangan. (Oleh sebab…)
2.Kedua ibu bapa. Kata bilangan himpunan yang membawa maksud bilangan jamak, haruslah menerima gandaan. (kedua-dua ibu bapa)
2. Pada masa kini. Berlaku kesalahan unsur lewah kerana kata nama ‘kini’ sudah menunjukkan masa. (pada masa ini).
3. Bukan sahaja..tetapi. Kata hubungan pasangan bagi ‘bukan sahaja’ tidak tepat. …(bukan sahaja…malah/ bukan sahaja…tetapi juga)
4. Setiap buah keluarga. Kata bilangan pisahan tidak boleh hadir di hadapan kata penjodoh bilangan. (Setiap keluarga…)
4. Sungguh gembira sangat. Berlaku kesalahan lewah kerana kata penguat hadapan dan belakang telah digunakan dalam frasa yang sama. (…sungguh gembira..,/
gembira sangat…)
4. Yang beliau masak. Kesalahan struktur ayat pasif ganti nama diri ketiga. …yang dimasak oleh beliau.
5. merasa… Kesalahan kosa kata. Kata kerja “merasa’ bukan menunjukkan perasaan …(berasa…)
5. bila… Penggunaan kata tanya dalam ayat penyata adalah satu kesalahan/ Kata tanya ‘bila, tidak boleh dijadikan kata hubung. (…apabila…)
6. Walaupun…hitam lagi…. Kata hubung ‘walaupun’ sepatutnya menerima pasangannya iaitu ‘namun'. (Walaupun…namun hitam lagi…)

No comments:

Post a Comment