Soalan 1 : Tuan, bagaimanakah sepatutnya saya mengalih bahasa ayat-ayat berikut?
1. Maka akan sultan itu murkalah ia lantas terus bersiram.
2. Akan puteri yang ketujuh orang itu pun santaplah ayapan yang dihidangkan orang.
Jawapan :
1. Sultan itu murka lantas terus pergi bersiram. ( laras bahasa istana mesti dikekalkan).
2. Ketujuh-tujuh orang puteri itu santap ayapan/ makanan yang dihidangkan. ( laras bahasa istana dikekalkan manakala kata nama bagi apa-apa objek /benda dalam bahasa klasik boleh dikekalkan).
Soalan 2 : Cikgu, apakah imbuhan 'me' yang sepatutnya digunakan untuk perkataan 'ya'?
Jawapan :
Semua perkataan bahasa Melayu yang terdiri daripada satu suku kata akan menerima imbuhan 'menge'. Oleh itu ' ya' akan menjadi 'menge', cap - mengecap, lap - mengelap, syor mengesyor, had - mengehad
Wednesday, June 30, 2010
Thursday, June 24, 2010
Latihan Esei
Soalan 1.
Isu kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) ke negara ini kian membimbangkan. Huraikan masalah-masalah yang wujud akibat kehadiran PATI dan kemukakan langkah yang wajar dilaksanakan untuk menangani tersebut.
Pendahuluan :
-konsep pendatang asing tanpa izin
-kemasukan secara haram tanpa pengesahan diri yang sah
-kemasukan PATI semakin meningkat walaupun pelbagai langkah telah dijalankan
Isi :
Masalah :
IS1 :Menggugat keselamatan rakyat dan negara
-peningkatan kes jenayah
-penduduk berasa tidak selamat dan hidup dalam ketakutan
IS2 :Mewujudkan pelbagai masalah sosial
-kegiatan mengemis
-penempatan setinggan / menceroboh kawasan hutan untuk mendirikan rumah
-penyakit berjangkit/berbahaya seperti Hepatitis B, batuk kering dll.
IS3 :Merugikan masyarakat dan negara
-kos semasa tempoh penahanan dan penghantaran semula pesalah ke negara asal
-ada majikan lebih suka mengambil PATI sebagai pekerja
-PATI terlibat dalam perniagaan -peluang rakyat tempatan terjejas
IS4 :Menjejaskan imej negara.
-memberikan gambaran yang negatif di mata negara luar
-menggambarkan kelemahan pentadbiran negara
Langkah :
IS5 :Meningkatkan kerjasama dengan negara-negara jiran
-mengeratkan hubungan diplomatik
-mengadakan rundingan untuk menyelesaikan masalah kemasukan PATI dari negara masing-masing.
IS6 :Meningkatkan kawalan di sempadan negara
-pegawai imigresen dan pegawai kastam harus menjalankan pemeriksaan dengan rapi.
-pemeriksaan dijalankan di sempadan Malaysia-Thai, Malaysia-Indonesia dan Malaysia-Filipina.
IS7 -Mengadakan operasi menangkap PATI secara besar-besaran
-kerjasama semua agensi penguatkuasa undang-undang negara (PDRM, Imigresen, RELA dll)
Kesimpulan :
-kehadiran PATI tidak boleh dipandang ringan
-semua pihak mesti berganding bahu untuk membanteras golongan ini sebelum terlambat
Soalan 2.
Penerapan sains sukan dalam kalangan atlet dan jurulatih amat penting untuk meningkatkan mutu sukan negara. Berikan pendapat anda.
Pendahuluan :
-konsep sains sukan
-bersesuaian dengan perubahan semasa
-penting untuk meningkatkan mutu sukan negara
Isi :
Kepentingan :
IS1 :Kaedah saintifik dalam menghasilkan atlet terbaik
-berdasarkan anatomi manusia
-penggunaan alat/teknologi moden
-psikologi (kekuatan mental)
IS2 :Pemilihan jenis sukan berdasarkan keadaan fizikal dan kekuatan otot atlet.
-bola sepak, olahraga, badminton dll.
IS3 :Sistem pemakanan seimbang dan memenuhi keperluan atlet
-jenis makanan dan kuantiti mengikut jenis sukan
-tempoh pertandingan
IS4 :Penggunaan ubat-ubatan dan vitamin yang diluluskan mampu meningkatkan prestasi atlet
IS5 :Jurulatih dapat merancang dan melaksanakan latihan dengan lebih berkesan
-mengikut tahap (sebelum, semasa dan selepas pertandingan)
-teknik / strategi
IS6 :Peningkatan prestasi atlet dapat dinilai berdasarkan data yang terkumpul.
-tindakan susulan dapat dilaksanakan
Cara menerapkan :
IS7 :Semua jurulatih dan atlet perlu memiliki pengetahuan sains sukan
-menghantar jurulatih/atlet mengikuti kursus berkaitan sains sukan
-mewajibkan jurulatih memiliki sijil yang diiktiraf berkaitan sains sukan, bukan dilantik berdasarkan pengalaman sahaja.
IS8 :Penerapan sains sukan wajar dilaksanakan dari peringkat sekolah rendah.
-kurikulum mata pelajaran PJK perlu digubal / ditambah baik mengikut keperluan semasa.
Kesimpulan ;
-sokongan daripada setiap pihak mampu menjayakan matlamat ini.
-keberkesanan langkah ini akan memberikan manfaat kepada kita
Soalan 3.
Isu keracunan makanan dalam kalangan murid di sekolah semakin kerap dilaporkan oleh media massa. Anda sebagai pegawai kesihatan diminta untuk menyediakan laporan tentang punca-punca masalah tersebut dan menyarankan langkah-langkah mengatasinya.
Pendahuluan :
-isu keracunan makanan semakin meningkat
-gejala ini membimbangkan masyarakat
-tahap kebersihan makanan di sekolah masih dipersoalkan oleh pelbagai pihak
-punca-punca harus dikenal pasti manakala langkah yang berkesan penting untuk mengatasi masalah ini
Isi :
Punca :
IS1 :Pengusaha kantin sekolah/asrama kurang bertanggungjawab
-lebih mementingkan keuntungan
-lebihan makanan yang tidak habis telah dijual/ dihidangkan kembali oleh pengusaha
IS2 :Kebersihan diri pekerja
-pakaian
-fizikal
-tahap kesihatan
IS3 :Penyediaan makanan tidak sempurna
-bahan tidak dibersihkan dengan baik.
-sistem penyimpanan makanan
-bahan tamat tarikh luput
-bahan telah tercemar
-peralatan memasak yang tidak bersih
IS4 :Persekitaran yang tidak bersih
-kawasan memasak/kantin (lantai) yang kotor
-kantin berhampiran dengan tempat pembuangan sampah (lalat)
-sistem perparitan yang tidak sempurna (tersumbat-bau busuk)
IS5 :Kurang pemantauan daripada pihak bertanggungjawab.
-pihak sekolah
-inspektor kesihatan
-penilaian tahap kebersihan
Langkah :
IS6 :Pemantauan secara berterusan oleh pihak sekolah
-secara berjadual
-secara mengejut
IS7 :Mengenakan kompaun kepada pengusaha
IS8 :Menggantung dan membatalkan lesen/tender pengusaha
-menyita dan menutup operasi kantin buat sementara waktu sehingga tahap piawaian dicapai.
-jika kes berulang, lesen akan dibatalkan.
Kesimpulan :
-kesedaran semua pihak terutama pengusaha kantin/ asrama penting untuk mengatasi masalah ini.
Soalan 4
Pada tahun ini, Malaysia akan menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-52, namun penguasaan bahasa Malaysia dalam kalangan rakyat masih belum boleh dibanggakan. Jelaskan punca masalah ini dan kemukakan cadangan untuk mengatasinya.
Pendahuluan :
-di bawah Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan, bahasa Melayu telah termaktub sebagai bahasa kebangsaan. Dalam tempoh 52 tahun, rakyat sepatutnya sudah dapat menguasai bahasa ini. Walau bagaimanapun, senario ini adalah berbeza.
Isi :
IS1 :Rakyat bersikap acuh tak acuh terhadap kepentingan penggunaan bahasa Malaysia yang betul.
IS2 :Tanggapan negatif rakyat terhadap kemampuan bahasa Malaysia sebagai bahasa ilmu dan komunikasi.
IS3 :Pengaruh media massa
Langkah :
IS4 :Sebarang dasar yang digubal oleh kerajaan perlu mengambil kira kepentingan bahasa Malaysia dalam jangka panjang.
IS5 :Mengadakan kempen kesedaran dan membangkitkan semangat patriotik untuk terus memartabatkan bahasa Malaysia.
IS6 :Peranan dan tanggungjawab media massa
IS7 :Peranan penting DBP
Kesimpulan :
-Rakyat perlu lebih bertanggungjawab apabila menggunakan bahasa Malaysia dalam pelbagai urusan harian.
-langkah memartabatkan bahasa Malaysia memerlukan kerjasama dan sokongan daripada semua lapisan masyarakat.

PERINGATAN
PANDUAN RINGKAS ALIH BENTUK TEKS (BAHAGIAN C)
JENIS-JENIS LARAS
JENIS-JENIS LARAS
•Bahasa Melayu Klasik
•Dialog (laras sastera kreatif)
•Iklan
•Undang-undang
•Puisi (moden dan klasik)
Laras yang paling popular dan kerap digunakan dalam kertas soalan ialah laras sastera kreatif/ dialog dan laras bahasa Melayu klasik.
Untuk tujuan mengalih bentuk teks sastera kreatif kepada bentuk laras biasa, pelajar hendaklah mengetahui asas-asas mengalih bentuk teks, antaranya ialah dengan menukarkan semua cakap ajuk kepada cakap pindah.
Oleh itu, perkara-perkara di bawah hendaklah dititikberatkan oleh pelajar bagi menghasilkan alih bentuk teks yang tepat.
1. Semua kata tanya seperti apa, siapa, bila, di mana, ke mana, bagaimana, kenapa, dan mengapa hendaklah ditukarkan kepada:menanyakaningin mengetahuin inginkan kepastian/ingin mendapat kepastian ingin tahu sebab
2. Pelajar-pelajar juga boleh mempelbagaikan ayat dengan menggunakan frasa-frasa seperti•Menyatakan bahawa•Menjelaskan bahawa•Tambahnya lagi•Jelasnya lagi•Menerangkan bahawa
3. Pelajar mestilah menggunakan perkataan penuh bagi kependekan kata seperti nak, tak, dah, tu, tapi dsb.
4. Kata-kata larangan seperti jangan, usahlah, tak tidak boleh dimasukkan dan digantikan dengan perkataan melarang, menafikan dsb.
5. Pelajar juga hendaklah menukarkan konsep masa seperti:•hari ini - hari tersebut/ itu•masa ini / kini - masa itu•Sekarang - pada masa itu•Sini - di situ•Begini - begitu/ demikian•Semalam - pada malam sebelum itu•kelmarin - pada hari sebelum itu
6. Jangan buat ulasan atau laporan.
7. Jangan sesekali menyusun isi dan menokok tambah cerita.
Jawaban Alih Bahasa Klasik : Hang Tuah
Pada suatu ketika ada seorang pemuda yang bernama Hang Tuah. Dia anak Hang Mahmud.
Mereka tinggal di Sungai Duyung. Pada masa itu penduduk Sungai mendapat berita bahawa Raja Bintan sangat baik dan sopan kepada semua rakyat baginda.
Ketika Hang Mahmud mendapat berita itu mengajak isterinya yang bernama Dang Merdu untuk pergi ke Bintan. Hang Mahmud memberitahu isterinya bahawa Bintan merupakan sebuah negeri yang besar. Hang Mahmud juga mengatakan bahawa oraang miskin seperti mereka lebih baik pergi ke Bintan agar mereka mudah mendapat pekerjaan.
Pada sebelah malamnya, Hang Mahmud telah bermimpi bulan turun dari langit. Cahaya bulan itu penuh di atas kepala Hang Tuah. Hang Mahmud terbangun lantas mengangkat dan mencium anaknya. Seluruh tubuh Hang Tuah berbau seperti bau wangian.. Pada waktu siangnya, Hang Mahmud menceritakan mimpinya kepada isteri dan anaknya. Setelah mendengar kata-kata suaminya Dang Wangi terus memandikan dan melulurkan anaknya. Setelah itu Dang Merdu memakaikan anaknya dengan kain, baju dan ikat kepala serba putih.
Dang Merdu memberi Hang Tuah makan nasi kunyit dan telur ayam. Dia juga menjemput beberapa orang yang alim untuk mendoakan keselamatan Hang Tuah. Setelah selesai, Dang Merdu memeluk anaknya. Hang Mahmud memberitahu isterinya bahawa mereka mesti menjaga anak mereka dengan sebaik-baiknya, dan melarang Hang Tuah bermain di tempat yang jauh

Tuesday, June 22, 2010
Hikayat Hang Tuah
Latihan Alih Bentuk Bahasa
Pada suatu ketika ada seorang pemuda yang bernama Hang Tuah, anak Hang Mahmud. Mereka bertempat tinggal di Sungai Duyung. Pada saat itu, semua orang di Sungai Duyung mendengar kabar tentang Raja Bintan yang baik dan sopan kepada semua rakyatnya.
Ketika Hang Mahmud mendengar kabar itu, Hang Mahmud berkata kepada istrinya yang bernama Dang Merdu,”Ayo kita pergi ke Bintan, negri yang besar itu, apalagi kita ini orang yang yang miskin. Lebih baik kita pergi ke Bintan agar lebih mudah mencari pekerjaan.”
Lalu pada malam harinya, Hang Mahmud bermimpi bulan turun dari langit. Cahayanya penuh di atas kepala Hang Tuah. Hang Mahmudpun terbangun dan mengangkat anaknya serta menciumnya. Seluruh tubuh Hang Tuah berbau seperti wangi-wangian. Siang harinya, Hang Mahmud pun menceritakan mimpinya kepada istri dan anaknya. Setelah mendengar kata suaminya, Dang Merdu pun langsung memandikan dan melulurkan anaknya.
Setelah itu, ia memberikan anaknya itu kain,baju, dan ikat kepala serba putih. Lalu Dang Merdu memberi makan Hang Tuah nasi kunyit dan telur ayam, ibunya juga memanggil para pemuka agama untuk mendoakan keselamatan untuk Hang Tuah. Setelah selesai dipeluknyalah anaknya itu.
Lalu kata Hang Mahmud kepada istrinya,”Adapun anak kita ini kita jaga baik-baik, jangan diberi main jauh-jauh.”

Hantar jawapan anda ke khirjohariamajid@gmail.com
Salah Tuuu...
1. Dewasa ini, isu kemerosotan akhlak dalam kalangan remaja begitu hangat dibicarakan, namun usaha yang benar-benar proaktif belum dilakukan.
- Dewasa ini....namun...
- Kata hubung namun sepatutnya hadir bersama-sama pasangannya.
- Walaupun dewasa ini...,namun
2. Kejohanan bola sepak Piala Dunia di Afrika Selatan telah berjaya memperkenalkan vuvuzela ke seluruh dunia dan pada masa kini, negara tersebut telah mendapat kontrak bernilai 1 billion untuk mengeksportnya ke luar negara.
- pada masa kini
- pertindihan maksud bagi kata nama yang membawa maksud 'masa' / unsur lewah dalam frasa nama 'pada masa kini' kerana 'masa' dan ' kini' membawa maksud yang sama.
- pada masa ini / kini
3. Alternatif lain yang boleh dilakukan adalah dengan membeli kereta terpakai. Tetapi ada beberapa perkara yang perlu di ambil kira.
- alternatif lain
- pertindihan maksud berlaku/ Ada unsur lewah kerana 'alternatif" sudah membawa maksud 'pilihan lain'.
- alternatif / pilihan lain
- Tetapi ada...
- kata hubung 'tetapi' yang membawa maksud perbandingan tidak boleh digunakan sebagai kata pangkal ayat.
- Ada beberapa.../ ...terpakai , tetapi.....

Monday, June 21, 2010
Salah Tuuu
1. Mang Kok menyatakan yang dia sudah mengalami kesakitan di kakinya sejak dua hari yang lalu.
- Ayat komplemen sepatutnya menerima kata hubung pancangan komplemen 'bahawa'.
-...menyatakan bahawa..
2. Tong Sam Pah juga turut menanam semula getah melalui projek tanam semula getah di kampung Memboosuk.
- juga turut
- berlaku pertindihan makna dalam frasa/ wujud unsur lewah dalam frasa
- juga menanam / turut menanam
- menanam semula
- katam kerja transitif aktif mesti diikuti oleh objek/ objek mesti hadir selepas kata kerja transitif aktif.
- menanam getah semula
3. Khir Tsabalala adalah merupakan pemain bola sepak Malaysia yang terburuk sekali.
- adalah merupakan
- 2 kata pemeri tidak boleh digunakan serentak.
- ialah pemain / merupakan pemain.
- terburuk sekali
- kesalahan kata darjah penghabisan
- terburuk / buruk sekali

Friday, June 4, 2010
Taat
Kalau murid selalu taat
ilmunya berkat tidak berkarat
apabila disoal, jawab tak cacat
dirinya yakin selalu beringat
gurunya suka, mengajar tak penat.
ilmunya berkat tidak berkarat
apabila disoal, jawab tak cacat
dirinya yakin selalu beringat
gurunya suka, mengajar tak penat.
Jangan Lakukan Semasa Menghurai Isi Karangan
1. Isi utama/Fakta utama tidak relevan.
2. Isi utama/fakta utama ditulis pada bahagian tengah atau akhir huraian.
3. Isi sokongan tidak relevan dengan isi utama dan isu yang dikemukakan.
4. Isi sokongan berulang-ulang, cuma ayat yang berbeza.
5. Syok sendiri, fakta bukan fakta yang universal.
6. Tiada bukti dan hujah yang kukuh.
7. Kurang 50 pp.

Perkara Yang Dikehendaki Dalam Isi Karangan
1. Isi utama/ Fakta utama yang relevan dengan konsep atau isu yang dikemukakan oleh soalan.
( sebaik-baiknya dikemukakan dalam ayat pertama).
2. Isi sokongan / Fakta sokongan yang relevan dengan isi utama/fakta utama yang berkaitan isu
yang dikemukakan oleh soalan.
3. Ada bukti bagi mengukuhkan fakta - yang terdiri daripada pelbagai bentuk, seperti contoh,
penyataan sumber, statistik, peristiwa, dll.
4. Sokong isi utama/fakta utama anda dengan sekurang-kurang dua isisokongan/ fakta
sokongan.
5. Kurang lebih 100 pp.

Wednesday, June 2, 2010
Latihan Menghuraikan Isi Esei
Punca Kesesakan Jalan Raya di Kawasan Bandar Besar
1. Jumlah kenderaan di bandar-bandar besar sangat banyak ( mengapa sesak di bandar).
Bandar besar merupakan pusat segala aktiviti manusia dalam pelbagai bidang - ekonomi, pentadbiran, sosial, dan sebagainya( mengapa banyak )
- jumlah kenderaan pensendirian dan perdagangan lazimnya sangat banyak untuk melancarkan urusan yang dinyatakan itu. ( mengapa banyak).
- jumlah kenderaan persendirian yang berdaftar dengan JPJ lebih satu juta setiap tahun di KL. (Apa bukti)
- Taraf hidup yang tinggi dan keperluan terhadap kenderaan persendirian menyebabkan penghuni kota menggunakan kenderaan di bandar pada setiap masa( mengapa banyak)
- jumlah kenderaan pengangkutan awam seperti teksi dan bas juga banyak - KL ada lebih 50 ribu teksi.( apa bukti)
Subscribe to:
Posts (Atom)