Thursday, June 24, 2010

Jawaban Alih Bahasa Klasik : Hang Tuah




Pada suatu ketika ada seorang pemuda yang bernama Hang Tuah. Dia anak Hang Mahmud.
Mereka tinggal di Sungai Duyung. Pada masa itu penduduk Sungai mendapat berita bahawa Raja Bintan sangat baik dan sopan kepada semua rakyat baginda.

Ketika Hang Mahmud mendapat berita itu mengajak isterinya yang bernama Dang Merdu untuk pergi ke Bintan. Hang Mahmud memberitahu isterinya bahawa Bintan merupakan sebuah negeri yang besar. Hang Mahmud juga mengatakan bahawa oraang miskin seperti mereka lebih baik pergi ke Bintan agar mereka mudah mendapat pekerjaan.

Pada sebelah malamnya, Hang Mahmud telah bermimpi bulan turun dari langit. Cahaya bulan itu penuh di atas kepala Hang Tuah. Hang Mahmud terbangun lantas mengangkat dan mencium anaknya. Seluruh tubuh Hang Tuah berbau seperti bau wangian.. Pada waktu siangnya, Hang Mahmud menceritakan mimpinya kepada isteri dan anaknya. Setelah mendengar kata-kata suaminya Dang Wangi terus memandikan dan melulurkan anaknya. Setelah itu Dang Merdu memakaikan anaknya dengan kain, baju dan ikat kepala serba putih.
Dang Merdu memberi Hang Tuah makan nasi kunyit dan telur ayam. Dia juga menjemput beberapa orang yang alim untuk mendoakan keselamatan Hang Tuah. Setelah selesai, Dang Merdu memeluk anaknya. Hang Mahmud memberitahu isterinya bahawa mereka mesti menjaga anak mereka dengan sebaik-baiknya, dan melarang Hang Tuah bermain di tempat yang jauh

No comments:

Post a Comment