Thursday, March 10, 2011

Kongsi Ilmu

Seorang 'guest' meminta saya menganalisis ayat berikut:
Ai Ling sedang memberi ikan makan.
Ayat tersebut pada pendapat saya betul strukturnya kerana ayat itu ditulis menggunakan kaedah ayat songsang.
Ada beberapa ayat lain bagi memberi maksud yang sama dengan ayat itu.
1. Ai Ling sedang memberi makan ikan.
Ayat ini salah strukturnya kerana kata kerja mengalami pertindihan. Memberi (kata kerja) + makan ikan (Frasa Kerja).
2. Ai Ling sedang memberikan makanan kepada ikan.
Ayat ini betul strukturnya kerana frasa "memberikan makanan" jelas ada hubungan objek dan kata kerja transitif aktif.


wallahhualam...kalau ada jawapan dan analisis yang lebih baik, alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment