Monday, January 14, 2013

Kesan Gejala Perlumbaan Motosikal Secara Haram

Pendahuluan

-maksud perlumbaan motosikal secara haram/gambaran/ konsep/skop yang dikatakan sebagai perlumbaan haram.
-huraikan isu dengan gambaran semasa/ bersama dengan contoh atau fakta yang relevan
-menimbulkan kesan negatif
-pelbagai langkah yang berkesan perlu diambil.

Kesan negatif

1. Mereka yang terlibat dengan perlumbaan haram mudah terjerumus dalam kegiatan jenayah, seperti pergaduhan, perjudian, pengambilan dadah, seks bebas, dan sebagainya. (Huraikan contoh-contoh yang diberi)

2.Mengganggu ketenteraman awam dengan membuat bising dan berlagak samseng.

3.Mengancam keselamatan pengguna jalan raya yang lain seperti bersikap agresif semasa berlumba, bertindak ganas jika dihalang, menunggang secara berbahaya, melanggar peraturtan jalan raya dan sebagainya. (Huraikan setiap contoh itu)

4.Menyusahkan diri sendiri dan membahayakan diri sendiri - kecederaan parah, kecacatan,  dan menjejaskan aktiviti harian serta boleh menyebabkan kematian.

5.Imej pihak berkuasa seperti polis dan JPJ tercalar kerana kegagalan mereka mengatasi isu lumba haram. Mereka dituduh tidak prihatin, tidak cekap, makan gaji buta, rasuah dan sebagainya. (Huraikan dan jelaskan contoh yang diberi)

Langkah

1, Mengetatkan undang-undang dan meningkatkan penguatkuasaannya. Gubal undang-undang yang lebih ketat ( hukuman lebih berat, denda tinggi, rampas motor pelumba dan penonton ) dan tingkatkan operasi membanteras lumba haram ( sekatan jalan, risikan, rondaan, kempen dan sebagainya).

2. Kempen kesedaran untuk cegah lumba haram ( Kempen Antilumba Haram - jelaskan matlamat, sasaran dan medium kempen).

3.Pembinaan litar untuk perlumbaan untuk galakkan minat berlumba secara sah, selamat dan bermanfaat. ( Huraikan contoh itu).

Penutup

Beri pendirian anda tentang isu ini ( marah, suka, benci, seronok dll)
Nyatakan harapan anda.
Nyatakan kemusykilan anda.
Nyatakan cadangan secara umum ( bukan senaraikan semula langkah yang telah ditulis).


4 comments: