Tuesday, January 15, 2013



 Cara Menulis Rangka Karangan

Lumba haram menimbulkan gangguan dan ketidaktenteraman awam.

- ganggu emosi banyak pihak - disebabkan bunyi bising dan lagak samseng pelumba dan penyokong/kumpulan mereka.

- bunyi bising - tidak dapat tidur - bayi, kanak-kanak, pesakit, pekerja. ekzos dan enjin bising - kerap terjaga tidak cukup tidur.
- lagak samseng - ganggu ketenagan untuk beriadah di tempat awam - gaduh buat kecoh di tempat awam- takut juga anak terpengaruh dengan sikap buruk.

- jejaskan kualiti/mutu kehidupan.



Cara Hendak Menulis Karangan daripada  Rangka Karangan

1. Satu perenggan isi karangan ada lebih kurang 8-10 ayat yang bergantung pada jumlah perkataan dalam satu ayat. Jumlah perkataan seharusnya tidak lebih 110 patah.

2. Langkah pertama tulis idea utama. Satu ayat sudah mencukupi.

3. Langkah kedua ialah penulis mesti menghimpunkan isi sokongan untuk isi utama. Senaraikan seberapa banyak idea sokongan. Sekurang-kurangnya 2.

4. Langkah ketiga ialah penulis mesti jelaskan isi sokongan yang pertama, sekurang-kurangnya 2 ayat.

5. Langkah keempat, teruskan langkah ketiga sehingga semua isi sokongan telah dihuraikan.


Contoh:

Kesan Lumba Haram

1. Lumba haram akan menimbulkan gangguan dan ketidaktenteraman terhadap orang awam.

2. Orang awam akan menghadapi gangguan emosi kerana ketenangan mereka diragut oleh aktiviti lumba haram yang mencemarkan bunyi. Ketenangan orang awam untuk beriadah turut terganggu dengan lagak samseng pelumba haram dan penyokong mereka.

3. Banyak orang tergganggu emosi mereka kerana tidak dapat berehat atau tidur akibat bunyi bising enjin dan ekzos motosikal pelumba haram. Bayi dan kanak serta pesakit-pesakit yang tinggal berhampiran litar lumba haram, kerap terjaga dan tidak cukup tidur. Hal ini akan menjejaskan kehidupan seharian dan menjejaskan kesihatan.

4. Kegiatan lumba haram yang dijalankan di kawasan tumpuan orang awam menimbulkan ketdakselesaan kerana mereka bimbang sesuatu kejadian seperti pergaduhan atau kemalangan akan berlaku. Ibu bapa juga bimbang anak-anak mereka dipengaruhi.

5. Gangguan dan ketidaktenteraman akibat aktiviti lumba haram boleh menjejaskan mutu kehidupan orang ramai.

No comments:

Post a Comment