Saturday, April 24, 2010

FORMAT LAPORAN

Tajuk Laporan

1.0 Pendahuluan
2.0 Senarai Jawatankuasa ( Hanya disenaraikan jika soalan ada menyatakan sebuah badan/jawatankuasa telah dibentuk).


3.0 Kehendak Soalan Yang Pertama - Contoh : Punca Jenayah Seksual


3.1 Isi pertama

3.2 Isi Kedua

3.3 Isi Ketiga


4.0 Kehendak Soalan Yang Kedua - Contoh: Langkah Mengatasi Jenayah Seksual


4.1 Isi Pertama

4.2 Isi Kedua

4.3 Isi Ketiga


5.0 Penutup



Laporan disediakan oleh


.................................................T/T Tarikh

( Nama Penulis Laporan dan Jawatan)



** Nisbah Isi bagi soalan yang ada 2 kehendak soalan mesti seimbang. Nisbah 1: 4, 4: 1 tidak dibenarkan. Markah untuk jawapan yang nisbah isinya tidak seimbang adalah lebih rendah.

1 comment:

  1. punca masalah displin pelajar

    1.kurang kasih sayang ibu bapa
    Masalah ini semakin meruncing ekoran kurangnya kasih sayang dan perhatian ibubapa era globalisasi ini. Ibubapa lebih mengutamakan kerjaya mereka sehingga alpa tanggungjawab mereka mendidik anak yang dahagakan kasih sayang mereka. Akibatnya, pelajar terbabit mencari jalan keluar dengan melakukan tindakan-tindakan disiplin yang bertujuan untuk menarik perhatian ibubapa mereka. Sesungguhnya, kelalaian ibubapalah yang menyebabkan masalah disiplin menjadi-jadi.

    2.media massa
    Sementara itu kemunculan media massa turut mendorong masalah ini memuncak dengan drastik. Kelakuan yang tida senonah yang mereka saksikan telah menimbulkan rasa untuk mencuba pula dalam hati pelajar. Kebanyakan masalah disiplin dikatakan satu cubaan meniru kelakuan yang telah mereka tonton sebelum ini. Jadi, disiplin mempunyai kaitan rapat dengan kejadian disiplin pelajar yang terus merosot itu.

    3.rakan sebaya
    Rakan sebaya turut menjadi punca masalah disiplin pelajar menjadi-jadi. Pelajar sering menganggap rakan sebaya mereka sebagai rakan yang sebenar. Rakan yang mendengar dan sanggup berkorban untuk mereka berbanding ibubapa yang gagal menjalankan tanggungjawab mereka. Ringkasnya, rakan sebaya yang negatif akan memastikan disiplin pelajar itu akan turut merosot dengan drastiknya.

    cara mengatasi masalah displin pelajar

    1.ibu bapa perlu luangkan masa bersama anak-anak.
    Kemelut ini mudah dibendung jika ibubapa terlebih dahulu sanggup menngorbankan masa mereka. Ibubapa hendaklah mengutamakan masa depan anak mereka daripada kejayaan peribadi mereka dalam kerjaya. Ibubapa harus memberi ruang kepada anak untuk menjadi manusia yang berhemah tinggi. Ringkasnya, ibubapa penting dalam membanteras isu disiplin ini.

    2.pihak sekolah perlu memperketatkan peraturan sekolah
    Selain itu, pihak sekolah juga hares menangani kemerosotan disiplin pelajar dengan bijak dan bersungguh-sungguh. Pihak pentadbir sekolah perlu memperketat pelaksanaan peraturan sekolah kepada mereka yang terlibat supaya menjadi teladan kepada pelajar lain dan memberi kuasa sepenuhnya kepada semua guru untuk melaksanakan peraturan sekolah. Pihak pentadbir sekolah juga mesti bekerjasama sepenuhnya dengan PIBG agar kedua-dua pihak sentiasa prihatin mengenai masalah disiplin pelajar. Di samping itu, pihak pentadbir sekolah perlu sentiasa menjalankan kempen ‘Sekolah Penyayang’, `Sekolahku Rumahku’ dan ‘Disiplin Sifar’ secara berterusan untuk menanam kesedaran dalam diri pelajar tentang betapa pentingnya disiplin kepada manusia. Guru pula harus mempunyai kesedaran yang mendalam akan tanggungjawab mereka. Guru bukan sahaja sekadar mengajar dan menghabiskan sukatan pelajaran yang diberi, sebaliknya harus peka mengenai perkembangan murid di dalam atau di luar kelas.

    ReplyDelete