Thursday, January 27, 2011

Soalan Karangan Bulan Februari

Bincangkan kebaikan dan keburukan lawan web sosial seperti facebook, twitter, dan myspace kepada masyarakat dan negara.

Wednesday, January 26, 2011

Di Kedai Kopi

di warung kehidupan
yang menjanjikan untung dari modal air liur
aku menghina diri sambil gelak-gelak
meneguk secawan kopi

Karangan




Perniagaan Internet - kebaikan dan keburukan


Kebaikan


1. Kos pengendalian perniagaan lebih rendah berbanding dengan perniagaan konvensional - bayaran untuk perkhidmatan internet dan khidmat penghantaran murah. Lagipun sebahagian kos ditanggung oleh pembeli - pengiklanan dapat dilakukan dengan kos rendah melalui laman web yang sama dengan kos yang tidak bertambah-kos pelbagai seperti tenaga elektrik, sistem keselamatan bangunan, keceriaan premis perniagaan dan sebagai tidak diperlukan.


2. Pasaran lebih luas - golongan sasaran meliputi seluruh dunia - tiada had sempadan negara.


3. Tidak perlu premis perniagaan tertentu seperti dalam perniagaan yang bersifat konvensional - tak perlu kedai bermakna tidak perlu memikirkan lokasi perniagaan, kos sewa beli tapak perniagaan dan sebagainya.


4. Masa perniagaan tidak terhad - sistem perniagaan elektronik automatik boleh menerima pesanan tanpa kewujudan penjual komputer merekodkan tempahan / pembelian. Sebab itu perniagaan internet boleh dijadikan perniagaan sambilan yang menguntungkan.

Tuesday, January 25, 2011

Dua Celaka




I
mata pena yang tajam berbisa
melahirkan dosa ujub riak takabbur
kerana celakanya aku
membiarkan ia menari
lagu jahil gubahan syaitan

II
Aku ini hamba yang celaka
kerana dibawah langit subhanallah
wahyu yang kubaca berulang berlagu
bukan membangkit tawadduk cinta Pencipta

III
Mahukah kamu beringat?

Kesalahan Bahasa

1. Selain itu juga, pembakaran terbuka boleh menyebabkan jerebu. ( X )

2. Telefilem asing bukan sahaja mengandungi pelbagai unsur budaya yang bertentangan dengan budaya tempatan namun terdapat pelbagai unsur tahyul dan khurafat. ( X )

3. Dewasa kini, kemalangan bas ekpress sering berlaku. ( X )

4. Melalui sektor pertanian akan dapat mengurangkan lagi jumlah penganggur. ( X )

5. Namun, pembukaan semakin banyak hospital swasta banyak mendatangkan kebaikan kepada masyarakat dan negara. ( X )


Semua ayat di atas salah strukturnya. Bolehkah anda nyatakan sebabnya?

Monday, January 24, 2011

Punca Kemalangan Bas Ekspress





By Khir Johari A Majid · Wednesday, October 27, 2010

hak nenek moyang

dalam lautan rasis itu

dengan mulutnya yang ternganga

membaham semua yang kita panggil toleran

bahtera yang hendak diguna semuanya bocor belaka

dirodok pedangsabitkeris prasangka takut-takutan

pemberian siberok putih

marilah buangkan pedangsabitkeris itu

gantikan dengan cengal jati 1Malaysia

pasti bahtera ini

belayar deras menuju wawasan.

MySweetie

By Khir Johari A Majid · Thursday, October 28, 2010



Bulan tak pernah jemu luahkan kasihnya

di balik awan malam menggoda bintang

tangkai malam terlelap lengahkan waktu beradu

dalam ribaan angin

kita mendakap cinta.

PEMBERI REZEKI

By Khir Johari A Majid · Monday, November 1, 2010

iblis pemberi rezeki?

dengan tubuh telanjang

memberi ubat guna-guna lupa agama pada aku

yang nafsunya terkangkang

seperti jalang

yang mabuk cinta teruna

mengharumkan bunga dosa

mengembangkan gila dunia

membaja riak ujub takabbur

di celah-celah rukuk dan sujud


Baju Bahlol Kita

By Khir Johari A Majid · Tuesday, November 2, 2010

tanggalkan segera baju bahlol dan seluar bangangmu

jangan sampai ia melekat ke dalam daging-dagingmu

atau menjadi darah yang mengepam tolol

sampai kau tak bisa membeda

yang benar atau dusta.

Kuliah Yang Panjang


Kontraktor neraka
By Khir Johari A Majid · Monday, November 8, 2010

waktu kita mencampakkan syahadah

dalam longkang hawa nafsu

menarilah sang Iblis

hip ke sana hop ke sini hiphop ke sinun

dengan lagu yang mencelakai iman

kita pun berjoget

membina jalan ke neraka.

Guru Yang Cemerlang




Nak jadi guru yang cemerlang, kita perlu ada TEMI.

1. TELL - menyampaikan, beritahu

2. EXPLAIN - menerangkan, menjelaskan, menghuraikan

3. MODEL
- menjadi contoh yang baik, beri contoh yang baik, idola

4. INSPIRE
- pencetus semangat, penggalak idea, sumber inspirasi pelajar.


Tidak kira anda tergolong dalam apa-apa jenis guru sama ada yang profesional atau bukan profesional, TEMI akan jadikan anda guru yang cemerlang.

Saturday, January 22, 2011

Kasut Cinta

kasut cinta
yang kau sorokkan dalam almari sangsi dan benci
kini biarkan cantik di kakimu
melangkah semua penderitaan lalu
supaya angin boleh menyapa rindunya kembali

So You Think You Can Think



Remaja Dulu dan Sekarang




Kelemahan Calon BM 910/2 2010

Bahagian B


1. Gagal menulis idea utama dengan lengkap.

2. Mencampurkan idea utama dengan idea sokongan.

3. Meninggalkan isi sokongan.

4. Gagal menulis kesimpulan.

5. Mencampurkan idea sokongan dengan kesimpulan.

6. Olahan tidak kemas.

7. Banyak kesalahan struktur ayat.

Friday, January 21, 2011

Kelemahan Calon BM 910/2 2010



Bahagian A

1. Takut hendak menjawab soalan berformat. Soalan nombor 4, faktor yang menarik pelancong asing dan kepentingan sektor pelancongan dalam bentuk ceramah yang dielakkan oleh calon sebenarnya amat mudah.

2. Gagal menyatakan idea utama /isi utama yang tepat dan relevan.

3. Tidak menulis idea utama/isi utama dengan jelas.

4. Tidak menulis idea utama/isi utama pada ayat pertama perenggan isi. Idea utama/isi utama yang ditulis dalam ayat pertama setiap perenggan isi memudahkan pemeriksa mengesan idea utama.

5. Pelajar menulis idea sokongan/ isi sokongan sebagai idea utama/isi utama. Ini menyebabkan keseluruhan hujah dalam perenggan menjadi samar.

6. Idea utama/isi utama berulang. Hal ini demikian kerana calon menulis idea sokongan sebagai idea utama.

7. Huraian calon tidak berfokus kepada idea utama / isi sokongan. Calon kerap menghurai idea sokongan dalam SATU ayat yang ringkas dan kurang tepat, kemudian beralih kepada idea sokongan yang lain. Hal ini menyebabkan huraian menjadi kurang kemas dan kurang berfokus.

8. Contoh/bukti yang diberi tidak relevan dan bukan contoh/bukti yang boleh menguatkan sesuatu hujah.

9. Fakta yang diberi salah, tidak tepat, atau syok sendiri.

10. Terlalu banyak kesalahan frasa dan struktur ayat.

Ubat Bahasa



1. Justeru itu, kerajaan akan menghadapi masalah untuk mengurangkan kadar kemalangan di negara ini. ( X )

2. Unsur tahyul yang banyak dimasukkan dalam cerita telefilem boleh merosakkan minda dan kepercayaan masyarakat akibat daripada banyak unsur tahyul dalam cerita telefilem. ( X )

3. Jalan yang mempunyai risiko kemalangan yang tinggi, merupakan punca kejadian bas ekspres terbalik atau terbabas, seperti jalan berliku-liku, sempit, dan curam. ( X )

4.Usaha kerajaan Melaka memulihara semula bangunan bersejarah di negeri itu patut dipuji. (X)

Semua ayat di atas salah strukturnya. Bolehkah anda mengupasnya?

Wednesday, January 19, 2011

Ubat Bahasa




1. Hal ini demikian kerana dengan meningkatkan pendapatan, dapat menyelesaikan banyak masalah sosial. ( X )

2. Hal ini demikian kerana melalui pertandingan itu, dapat mencungkil bakat-bakat baru. ( X )

3. Hal ini menyebabkan berlaku perselisihan faham antara kaum. ( X )

4. Faktor yang menjadi punca yang menyebabkan perselisihan faham berlaku ialah sikap dengki dalam masyarakat kita yang semakin tebal. ( X )

5. Kebanjiran telefilem asing di negara kita meningkatkan daya saing dalam industri hiburan televisyen, seperti Boys Over Flower, Cinta Kirana, dan Broadwalk Empire. ( X )

6. Perdana Menteri menyatakan yang konsep 1Malaysia boleh menjadi realiti. ( X )


Tolong saya kesan kesalahan ini dan betulkan.

Thursday, January 13, 2011

Punca Pemerdagangan Manusia Berlaku



1. Perniagaan haram ini menghasilkan pendapatan yang lumayan walaupun risikonya tinggi - golongan yang ingin berhijrah secara haram dan dijanjikan pekerjaan sanggup membayar upah yang tinggi kepada sindiket. Sindiket juga dapat keuntungan melalui upah yang diberi oleh pelanggan.

2. Tarikan pekerjaan dan pendapatan lumayan di negara asing dalam pelbagai sektor termasuk sektor yang haram seperti pelacuran. Tolakan keluar dari negara asal - miskin, tertindas, lari undang-undang.

3. Kelemahan kawalan di sempadan negara - mudah bolos - sempadan yang panjang, pesisir pantai panjang dan terpencil, kelicikan dan kepelbagaian mekanisma penyeludupan, rasuah pegawai kerajaan.

TELEFILEM



Telefilem - persaingan yang sihat

Tidak lama dahulu apabila filem-filem Hollywood mengalami kesuraman dan kemerosotan, televisyen mengambil alih. Filem-filem untuk TV dan siri TV berjaya memberikan sesuatu yang lebih baik dan mencabar daripada filem. Kalau dulu drama TV bagai berada dalam kelas kedua bagi sebahagian pengarah dan pelakon terkenal, tetapi hari ini lebih banyak pengarah dan pelakon filem ternama bekerja dalam kedua-dua medium.

Sebut sahaja nama seperti Clint Eastwood, Robert Zemeckis, Martin Scorsese, Steven Spielberg, Mike Nichols atau John Sayles, mereka semua pernah atau masih mengarah projek drama atau filem untuk televisyen. Hal yang sama berlaku di Malaysia.

Kita melihat mereka yang telah mencipta nama di bidang filem kini mengarah untuk drama TV atau mereka yang telah berjaya dengan televisyen mengarahkan filem pula.

Hari ini pemisahan antara televisyen dan filem semakin menipis dan sukar dibezakan dari aspek disiplin kerja ataupun olahan visual. Berbanding dengan filem, televisyen bersifat pantas, demografik penonton yang lebih meluas, pulangan segera dan menguntungkan, dan yang lebih penting televisyen juga membenarkan eksperimen.

Berbanding filem yang memberikan keselesaan masa bekerja, tetapi ruang masa yang pantas dan terhad untuk televisyen menjadi hambatan, yang bagi sebahagian pengarah merupakan kelemahan televisyen.

Dengan memahami kekuatan dan hambatan kedua-dua media, tidak ada sebab mengapa televisyen tidak dimanfaatkan.

Seperti yang banyak dilakukan di negara-negara yang maju industri filemnya, televisyen merupakan pemangkin kepada eksperimen dan kemajuan industri filemnya.

Industri drama televisyen di Malaysia telah berkembang hebat sejak lebih sedekad lalu, yang menyaksikan banyak pengarah filem turut melibatkan diri mengarah drama atau telefilem.

Melihat kepada perkembangan dan hubungan antara filem dan televisyen yang begitu rapat, serta kepesatan teknologi televisyen, wajarlah juga telefilem turut dinilai dan diulas untuk faedah penonton dan juga industri ini.

Sebenarnya dalam seminggu enam stesen televisyen utama di negara ini (termasuk satu saluran Melayu Astro) menyiarkan puluhan drama Melayu.

Dari segi kuantiti, telefilem telah menjadi kuasa dan penjana utama industri filem dan televisyen negara ini. Persaingan menghasilkan drama-drama ini seharusnya boleh membantu ke arah menghasilkan yang berkualiti, mampu memberikan variasi stail dan pendekatan naratif, dan berani membuat eksperimen yang tidak terikat kepada kepentingan komersial.

Sumber: Utusan Online (30 Julai 1999)

Wednesday, January 12, 2011

langkah mengatasi pemerdagangan manusia

1. Penggubalan dan penguatkuasaan undang-undang.- Akta Penyeludupan Manusia 2008, Akta Buruh, Wanita dan Kanak-Kanak.

2. Kerjasama global dan serantau - tubuhkan agensi penguatkuasaan khusus di peringkat serantau, akses maklumat yang lebih fleksibel, perkongsian data dan idea, operasi bersama.

SILA KONGSI PENDAPAT ANDA

Pemerdagangan Manusia




Definsi -

Pemerdagangan manusia

Pemerdagangan manusia ialah perdagangan atau perniagaan yang melibatkan pergerakan atau migrasi manusia secara haram, termasuk aktiviti buruh secara sah dan secara paksa. Istilah ini digunakan dalam konteks lebih sempit oleh kumpulan advokasi untuk merujuk kepada perekrutan, pengangkutan, perlindungan, atau pengambilan manusia bagi tujuan perhambaan, pelacuran, dan buruh paksa (termasuk melalui ikatan hutang).

Pengeksploitan pemerdagangan manusia termasuk memaksa orang melakukan pelacuran atau bentuk eksploitasi seks lain, buruh paksa, hamba atau amalan yang sama seperti perhambaan. Bagi kanak-kanak, ekploitasi termasuk untuk tujuan pelacuran, pengambilan anak angkat antarabangsa yang tidak sah, perkahwinan kanak-kanak, atau pengambilan kanak-kanak sebagai tentera, pengemis dan tujuan permainan, atau untuk tujuan kegiatan keagamaan.

Boleh juga dikatakan sebagai penyeludupan manusia.

Keburukan Telefilem Asing





1. Banyak unsur budaya asing yang tidak sesuai ditonton ada dalam telefilem asing - contoh, pakaian seksi, pergaulan bebas.


2. Banyak unsur khurafat dan tahyul terutama telefilem dari Indonesia - bertentangan dengan agama.


Monday, January 10, 2011

Kesan Penyiaran Telefilem dari Luar Negara di TV Malaysia.






Pendahuluan

Telefilem - Telefilem merupakan sejenis karya cereka seperti filem juga tetapi ia khusus untuk tayangan di televisyen sahaja. Medium penggambaran telefilem pula biasanya menggunakan format video yang kemudiannya boleh dipindahkan ke bentuk filem sekiranya perlu ditayangkan di pawagam. Dari aspek penceritaan pula, telefilem kadang kala mengatasi filem cereka hanya kerana satu kelebihan iaitu kurangnya halangan dalam penceritaan di mana kepelbagaian skrip boleh dilhasilkan hasil daripada kurangnya tekanan untuk menarik penonton mengunjungi pawagam. Antara kelebihan lain telefilem berbanding filem cereka adalah kos pembikinannya yang sedikit serta kurangnya bebanan tugas disebabkan saiz penerbitan yang kecil.

Contoh telefilem yang disiarkan di TV Malaysia baik siaran berbayar atau tidak berbayar - Cinta Kirana (Indonesia), Ugly Betty(Colombia), Winter Sonata(Korea), Women of Steel(Hong Kong), dan banyak lagi.

Telefilem mendapat sambutan hangat kerana jalan cerita, pelakonnya, ditayang dalam bentuk episod, sentiasa diulang tayang, dan sebagainya.

Kehendak Soalan-
kebaikan dan keburukan telefilem apabila disiarkan dan ditonton oleh pelbagai lapisan masyarakat di negara ini.


Isi/Kebaikan

1. Penonton mempunyai banyak pilihan. Boleh memilih telefilem yang sesuai dengan selera mereka, spt sama ada drama keluarga, aksi, seram, komedi atau sebagainya.

2. Penonton mendapat pelbagai pengetahuan dari beberapa aspek seperti budaya, geografi, sejarah dan lain-lain tentang sesuatu masyarakat dan negaranya, seperti yang dipaparkan dalam telefilem tersebut. Contohnya, bahasa, pakaian, makanan, cara pergaulan, tempat menarik, cuaca, dll.

3. Mewujudkan persaingan yang sihat antara penerbit - lebih banyak telefilem bermutu dihasilkan oleh penerbit tempatan - kesan ini dapat dilihat dengan kemunculan telefilem tempatan yang berkembang dan semakin bermutu, contoh yang dapat sambutan, Adam Maya, Wira Padang Pasir, Dia Atillia, Tiramisu, dll.

Jika anda ada idea yang lain, mari kongsi bersama-sama, dan saya akan beri penilaian. Cepat!











Tajuk-Tajuk Karangan Tahun 2011



1. Kemalangan jalan raya dalam kalangan penunggang motosikal.
2. Kemalangan jalan raya yang melibatkan kenderaan berat.
3. Kemalangan jalan raya yang melibatkan kenderaan perdagangan dan pengangkutan awam.
4. Punca seks bebas dan kesannya dalam masyarakat Malaysia.
5.Langkah mencegah seks bebas dalam kalangan masyarakat.
6. Kebaikan dan keburukan pengangkutan awam.
7. Langkah meningkatkan kualiti pengangkutan awam di Malaysia.
8. Langkah menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam.
9. Vandalisme - punca dan langkah mengatasinya.
10. Langkah meningkatkan mutu perfileman di Malaysia.
11. Kesan penyiaran telefilem dari negara luar di televisyen negara kita.