Friday, January 21, 2011

Kelemahan Calon BM 910/2 2010



Bahagian A

1. Takut hendak menjawab soalan berformat. Soalan nombor 4, faktor yang menarik pelancong asing dan kepentingan sektor pelancongan dalam bentuk ceramah yang dielakkan oleh calon sebenarnya amat mudah.

2. Gagal menyatakan idea utama /isi utama yang tepat dan relevan.

3. Tidak menulis idea utama/isi utama dengan jelas.

4. Tidak menulis idea utama/isi utama pada ayat pertama perenggan isi. Idea utama/isi utama yang ditulis dalam ayat pertama setiap perenggan isi memudahkan pemeriksa mengesan idea utama.

5. Pelajar menulis idea sokongan/ isi sokongan sebagai idea utama/isi utama. Ini menyebabkan keseluruhan hujah dalam perenggan menjadi samar.

6. Idea utama/isi utama berulang. Hal ini demikian kerana calon menulis idea sokongan sebagai idea utama.

7. Huraian calon tidak berfokus kepada idea utama / isi sokongan. Calon kerap menghurai idea sokongan dalam SATU ayat yang ringkas dan kurang tepat, kemudian beralih kepada idea sokongan yang lain. Hal ini menyebabkan huraian menjadi kurang kemas dan kurang berfokus.

8. Contoh/bukti yang diberi tidak relevan dan bukan contoh/bukti yang boleh menguatkan sesuatu hujah.

9. Fakta yang diberi salah, tidak tepat, atau syok sendiri.

10. Terlalu banyak kesalahan frasa dan struktur ayat.

1 comment: