Tuesday, January 25, 2011

Kesalahan Bahasa

1. Selain itu juga, pembakaran terbuka boleh menyebabkan jerebu. ( X )

2. Telefilem asing bukan sahaja mengandungi pelbagai unsur budaya yang bertentangan dengan budaya tempatan namun terdapat pelbagai unsur tahyul dan khurafat. ( X )

3. Dewasa kini, kemalangan bas ekpress sering berlaku. ( X )

4. Melalui sektor pertanian akan dapat mengurangkan lagi jumlah penganggur. ( X )

5. Namun, pembukaan semakin banyak hospital swasta banyak mendatangkan kebaikan kepada masyarakat dan negara. ( X )


Semua ayat di atas salah strukturnya. Bolehkah anda nyatakan sebabnya?

2 comments:

  1. 1.i)selain itu juga
    ii) kesalahan frasa ayat/unsur lewah
    iii) selain itu

    2. i) bukan sahaja.....namun
    ii) kesalahan penggunaan kata hubung berpasangan
    iii) bukan sahaja..... malah

    3. i)dewasa kini
    ii) kesalahan hukum tatabahasa/ pertindihan maksud bagi kata nama yang membawa maksud 'masa'
    iii) dewasa ini

    4. i)dapat mengurangkan lagi
    ii) terdapat unsur lewah
    iii) dapat mengurangkan

    5. i)namun
    ii) penggunaan kata hubung diawal ayat

    ReplyDelete
  2. tahniah jawapan anda betul semuanya.

    ReplyDelete