Sementara pihak sekolah mengambil langkah untuk memperketatkan disiplin di kalangan pelajar, pegawai perhubungan polis harus lebih kerap melawat ke sekolah untuk berinteraksi dengan pelajar dan guru untuk mengelakkan mereka daripada terbabit dalam gangsterisme dan jenayah lain.
Hal ini membawa saya kepada isu yang sangat penting iaitu pembangunan karakter di dalam mana-mana sistem pendidikan.
Karakter adalah petanda sebenar mengenai apa yang diperlukan untuk anak dan orang dewasa sama ada untuk berjaya dalam hidup atau membuka jalan bagi generasi seterusnya untuk mempersiapkan diri untuk menghadapi cabaran dunia.
Kita semua perlu memandang serius mengenai bagaimana generasi pemimpin masa hadapan di Malaysia sedang dibangunkan. Kita perlu membina kemahiran dan karakter.
Kejayaan sistem pendidikan kita bukan saja diukur pada pencapaian akademik pelajar, ia juga perlu diukur sejauh mana sistem pendidikan kita dapat melahirkan insan yang berkualiti, memiliki integriti dan berdisiplin, berkarakter, berpengetahuan, sikap mereka terhadap pekerjaan, mampu bekerja dalam satu pasukan, serta rasa tanggungjawab dan komitmen kepada masyarakat.
Sememangnya, karakter, sikap dan nilai anak muda adalah aspek penting yang perlu kita bentuk dan pelihara.
Walaupun penting bagi kita bahawa pelajar patut mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan utama, memenangi anugerah pada pertandingan peringkat antarabangsa, tetapi sama pentingnya adalah pembangunan holistik mereka.
Kita harus memastikan pembangunan personaliti pelajar adalah seimbang sehingga mereka dapat mengambil kira aspek moral, kognitif, fizikal, sosial dan estetika.
No comments:
Post a Comment