Wednesday, May 4, 2011

Analisis Bahasa

TIADA negara mahu terbabit dalam kancah menjual dan memperdagangkan manusia sebab ia akan dipandang jijik dan bertentangan dengan hak kebebasan manusia. Namun, dinegara tertentu, kegiatan penyeludupan manusia tetap berlaku. Disebabkan kedudukan geografi dan kemakmuran ekonomi yang menjadi tumpuan rakyat asing, Malaysia menjadi mangsa keadaan. Negara ini dijadikan transit kegiatan haram itu. Malaysia sudah sekian lama menjadi destinasi pendatang dari Indonesia, Thailand, Filipina, Kemboja, Vietnam, Myanmar, China, India, Nepal, Bangladesh, Pakistan, Afrika dan lain-lain negara untuk mencari rezeki. Keadaan ini menyebabkan Malaysia terdedah kepada kegiatan penyeludupan manusia oleh sindiket antara bangsa.


Jawapan rumusan para 1 itu mengandungi kesalahan bahasa. Beri analisis anda.

No comments:

Post a Comment