Thursday, May 5, 2011

Analisis Bahasa

Jawapan Analisis Bahasa ( Soalan 3 Mei 2011 )

Tiada negara mahu terbabit dalam kancah menjual dan memperdagangkan manusia sebab ia akan dipandang jijik dan bertentangan dengan hak kebebasan manusia. Namun, dinegara tertentu, kegiatan penyeludupan manusia tetap berlaku. Disebabkan kedudukan geografi dan kemakmuran ekonomi yang menjadi tumpuan rakyat asing, Malaysia menjadi mangsa keadaan. Negara ini dijadikan transit kegiatan haram itu. Malaysia sudah sekian lama menjadi destinasi pendatang dari Indonesia, Thailand, Filipina, Kemboja, Vietnam, Myanmar, China, India, Nepal, Bangladesh, Pakistan, Afrika dan lain-lain negara untuk mencari rezeki. Keadaan ini menyebabkan Malaysia terdedah kepada kegiatan penyeludupan manusia oleh sindiket antara bangsa

Jawapan

Ayat

Kesalahan

Sebab Kesalahan

Pembetulan

1

sebab

‘sebab’ bukan kata hubung keterangan , ‘sebab’ ialah kata nama. Kata hubung keterangan yang sepatutnya digunakan ialah ‘kerana’

kerana

2

Namun di.....berlaku.

Kesalahan seluruh ayat kerana binaan struktur ayat adalah salah. Namun merupakan kata hubung yang tidak boleh dijadikan kata pangkal ayat.

Namun begitu, Namun demikian....

2

dinegara

Kata sendi nama di dieja terpisah dengan kata nama

di negara

3

dan lain-lain negara

Kesalahan hukum d-m

dan negara-negara lain

4

Antara bangsa

Kata nama majmuk yang dianggap mantap ejaannya dieja dengan satu perkataan

antarabangsa

No comments:

Post a Comment