Wednesday, January 27, 2010

OH YEH...


Latihan Huraian Isi.

Kemalangan yang melibatkan penunggang motosikal boleh diatasi dengan menggubal undang-undang baharu dan menguatkuasakan undang-undang keselamatan jalan raya yang lebih tegas.

huraian:

1. Mengapa undang-undang baru perlu digubal?

dan apakah contohnya?

2.Bagaimana nak kuatkuasakan undang-undang dengan lebih tegas?

3. Mengapa nak kena lebih tegas?

4. Apa yang mungkin berlaku apabila undang-undang baru digubal?

5.Siapa yang patut kuatkuasakan?

6. Bila undang-undang jalan raya patut lebih tegas?

7.Apa undang-undang dan operasi lama yang tak berkesan?

Monday, January 25, 2010

Latihan Huraian Karangan

Huraikan isi utama berikut berdasarkan soalan yang dikemukakan.

Kekurangan didikan agama dan pengamalan nilai agama merupakan punca masalah disiplin dalam kalangan pelajar. ( isi utama )

1.(Apa kurang didikan agama dan contohnya?).
2.(Apa maksud kurang pengamalan nilai agama dan contohnya?)
3.(Siapa yang menyebabkan hal ini berlaku?)
4.( Mengapa mereka jadi penyebabnya?)
5. (Di mana berlaku hal seperti itu dan contohnya?)
6.( Apa kesannya kepada pelajar dan contohnya?)
7.(Mengapa tak boleh dibiarkan?)
8.(Siapa dapat mudaratnya?)

selamat mencuba.

Thursday, January 21, 2010

Analisis Bahasa

1. Shah Khir Khan amat sangat marah kepada kucingnya, namun dia tidak sampai hati untuk memukulnya.

2. Tan Ber Rok bukan sahaja pandai melompat dari dahan ke dahan, tetapi boleh makan dengan lahap.

3. Bung Khir teramat sayang sekali dengan Meenachi hingga dia sanggup pergi ke Mumbai dan Chennai untuk bertemu dengannya.

4. Melalui kenalannya yang tinggal di London, akan dapat meningkatkan penjualan belacan keluaran keluarganya.

5. Isteri Pak Mat Tempe merasa gembira bila mengetahui tentang pelantikan Pak Mat sebagai menteri kerana harapannya untuk bergelar datin akan tercapai.

6. Kura-kura memberitahu Cikgu Labi yang dia tidak suka menulis karangan.

Jawapan
Ayat 1.
i. amat sangat -
ii. kata penguat digunakan serentak dalam satu ayat
iii. amat marah / sangat marah

Ayat 1.
i. /\ Shah Khir Khan.....namun
ii. kata hubung "namun" tidak mempunyai pasangan
iii. Walaupun Shah Khir Khan....namun...

Ayat 2.
i. ...bukan sahaja...tetapi...
ii. kata hubung berpasangan bukan sahaja menerima pasangan yang salah
iii. ...bukan sahaja...malah

Ayat 2.
i. ...makan dengan lahap.
ii. Kata adjektif 'lahap' sepatutnya menerima kata penesas 'nya'
selepas kata kerja tak transitif yang diikuti dengan sendi nama
'dengan'
iii. ...makan dengan lahapnya.

Ayat 3.
i. ...teramat sayang sekali
ii. penggunaan kata darjah penghabisan yang salah
iii. ...teramat sayang / sayang sekali

Ayat 3.
i. ...ke Mumbai dan Chennai...
ii. sendi nama ke tidak boleh digugurkan pada kata nama "Chennai"
iii. ...ke Mumbai dan ke Chennai...

Ayat 4.
i. Melalui...di London, akan dapat...
ii. Ayat tidak mempunyai subjek
iii. Melalui kenalannya..London, dia akan dapat.....

Ayat 5.
i. ...merasa
ii. kata kerja merasa digunakan untuk menunjukkan maksud perbuatan yang menggunakan
lidah bukan emosi.
iii. ...berasa

Ayat 5.
i. ...bila
ii. kata tanya bila bukan kata hubungan dan tidak boleh digunakan dalam ayat penyata
iii. ...apabila

Ayat 5.
i. ...mengetahui tentang pelantikan
ii. kata kerja transitif mesti diikuti oleh objek
iii. ...mengetahui berita pelantikan

Ayat 6.
i. ...cikgu Labi yang dia...
ii. kata hubung komplemen 'bahawa' sepatutnya digunakan dalam ayat komplemen bukannya
kata hubung pancangan relatif.
iii. ...cikgu Labi bahawa dia....

Tahniah jika anda betul semuanya.

Tuesday, January 19, 2010

Contoh Huraian Isi

Kehendak soalan - Ancaman yang dihadapi oleh hidupan liar di Malaysia
Isi utama - Habitat yang semakin musnah

Contoh huraian :

Hidupan liar di Malaysia menghadapi ancaman kehilangan habitat yang semakin musnah. Banyak kawasan habitat haiwan liar di Malaysia seperti serangga dan mamalia telah musnah akibat pencemaran dan pembangunan. Kawasan habitat haiwan-haiwan ini yang dahulunya luas kini semakin sempit. Contohnya, kawasan paya yang ada di sekitar kawasan Tasik Cini Pahang yang menjadi habitat kepada ratusan jenis serangga burung, didapati mengecil sebanyak 1.5% pada setiap tahun akibat akibat kerja-kerja penambakan tanah untuk projek perumahan. Banyak kawasan hutan dan kawasan tanah tinggi yang menjadi tempat tinggal mamalia seperti harimau, badak sumbu, dan gajah diancam pembalakan haram dan aktiviti pertanian ladang. Kesannya, banyak haiwan liar terpaksa bersaing dengan manusia untuk mendapatkan tempat tinggal. Konflik ini selalunya dimenangi manusia. Haiwan yang kehilangan habitat berisiko mengalami pertumbuhan yang terencat dan berhadapan dengan masalah kepupusan.



Analisis Huraian :

Hidupan liar di Malaysia menghadapi ancaman kehilangan habitat yang semakin musnah. (isi utama)

Banyak kawasan habitat haiwan liar di Malaysia seperti serangga dan mamalia telah musnah akibat pencemaran dan pembangunan. (Bagaimana musnah)

Kawasan habitat haiwan-haiwan ini yang dahulunya luas kini semakin sempit. (apa berlaku)

Contohnya, kawasan paya yang ada di sekitar kawasan Tasik Cini Pahang yang menjadi habitat kepada ratusan jenis serangga burung, didapati mengecil sebanyak 1.5% pada setiap tahun akibat akibat kerja-kerja penambakan tanah untuk projek perumahan. ( mengapa sempit)

Banyak kawasan hutan dan kawasan tanah tinggi yang menjadi tempat tinggal mamalia seperti harimau, badak sumbu, dan gajah diancam pembalakan haram dan aktiviti pertanian ladang. (mengapa sempit)

Kesannya, banyak haiwan liar terpaksa bersaing dengan manusia untuk mendapatkan tempat tinggal. ( apa kesan sempit)

Konflik ini selalunya dimenangi manusia.
Haiwan yang kehilangan habitat berisiko mengalami pertumbuhan yang terencat dan berhadapan dengan masalah kepupusan. (apa kesan persaingan)



Huraikan Isi Berikut:

Isi Utama - Haiwan liar diancam masalah perburuan oleh manusia.


Haiwan liar di Malaysia juga menghadapi masalah pemburuan. Harimau, landak,tenggiling dan pelbagai spesies burung terancam kerana banyak orang memburu haiwan-haiwan ini. Pemburu memburu haiwan-haiwan ini bukan sahaja disebabkan oleh permintaan terhadap haiwan-haiwan ini sangat tinggi malahan harganya juga sangat mahal. Permintaan yang tinggi itu datangnya daripada pengusaha-pengusaha restoran makanan eksotik yang terdapat di dalam dan di luar negara. Haiwan seperti tenggiling dan landak misalnya mendapat permintaan yang tinggi daripada restoran-restoran di negara China. Banyak juga haiwan ini diseludup ke negara asing untuk dijadikan ramuan dalam ubat-ubat tradisional. Banyak organ dan anggota haiwan ini dipercayai boleh merawat pelbagai jenis penyakit. Pemburu-pemburu juga menjual kulit haiwan liar seperti kulit harimau, kulit ular sawa, dan bulu burung merak kepada pereka fesyen di seluruh dunia. Hal ini menyebabkan semakin banyak haiwan ini diburu oleh pemburu-pemburu haram di seluruh negara.



Analisis Huraian Isi

Haiwan liar di Malaysia juga menghadapi masalah pemburuan.( isi utama)

Harimau, landak,tenggiling, dan pelbagai spesies burung terancam kerana banyak orang memburu haiwan-haiwan ini. (Haiwan apa dan mengapa)

Pemburu memburu haiwan-haiwan ini bukan sahaja disebabkan oleh permintaan terhadap haiwan-haiwan ini sangat tinggi malahan harganya juga sangat mahal. ( mengapa buru)

Permintaan yang tinggi itu datangnya daripada pengusaha-pengusaha restoran makanan eksotik yang terdapat di dalam dan di luar negara. ( siapa minta)

Haiwan seperti tenggiling dan landak misalnya mendapat permintaan yang tinggi daripada restoran-restoran di negara China. ( haiwan apa diminta)

Banyak juga haiwan ini diseludup ke negara asing untuk dijadikan ramuan dalam ubat-ubat tradisional. ( mengapa minta)

Banyak organ dan anggota haiwan ini dipercayai boleh merawat pelbagai jenis penyakit. (mengapa buat ubat)

Pemburu-pemburu juga menjual kulit haiwan liar, seperti kulit harimau, kulit ular sawa, dan bulu burung merak kepada pereka fesyen di seluruh dunia. (mengapa minta)

Hal ini menyebabkan semakin banyak haiwan ini diburu oleh pemburu-pemburu haram di seluruh negara. ( apa kesudahannya)


Cuba huraikan isi berikut dan buat analisis seperti contoh yang diberi.

Langkah untuk mengatasi ancaman yang dihadapi oleh haiwan liar adalah dengan menjalankan pelbagai kempen untuk menyelamatkan haiwan liar.

Hantarkan jawapan anda melalui email: khirjohariamajid@gmail.com

Monday, January 18, 2010

Ini sebahagian daripada isu yang mungkin boleh dibincangkan sepanjang tahun ini. Yang dihitamkan itu pernah keluar dalam STPM



1 PERINDUSTRIAN-Jenis-jenis-Kebaikan & keburukan penggunaan teknologi moden-Prestasi negara dalam perindustrian

2 INDUSTRI DESA-Jenis-jenis-Usaha-usaha dan tujuan memajukan industri desa-Sambutan terhadap hasil keluaran industri desa Halangan-halangan

3 PEMBALAKAN-Kesan Pembalakan-Usaha -usaha mengekalkan kawasan hutan-Isu pembalakan haram

4 TEMPAT REKREASI-Fungsi dan peranan taman rekreasi-Sambutan masyarakat terhadap taman rekreasi-Penyediaan kemudahan di taman rekreasi

5 PENSWASTAAN-Faedah - faedah penswastaan-Perkembangan penswastaan di Malaysia-Penglibatan pihak swasta dalam bidang tertentu

6 INDUSTRI PERIKANAN- Masalah yang dihadapi oleh nelayan-Penggunaan teknologi moden dalam industri perikanan-Perkembangan dan sumbangan industri perikanan

7 AGENSI KERAJAAN- Jenis-jenis agensi kerajaan-Peranan dan fungsi agensi kerajaan-Keberkesanan agensi kerajaan

8 KEMPEN-Tujuan diadakan kempen-Sambutan masyarakat terhadap kempen-Keberkesanan kempen

9 INDUSTRI PELANCONGAN-Usaha dan cara memajukan industri pelancongan-Kesan industri pelancongan kepada negara-Perkembangan industri pelancongan

10 PERUMAHAN-Masalah perumahan pada hari ini-Isu yang berkaitan dengan pemaju perumahan-Usaha mengatasi masalah perumahan

11 LEBUH RAYA-Perkembangan lebuh raya hari ini-Fungsi lebuh raya-Isu yang berkaitan dengan lebuh raya

12 PENGIKLANAN-Isu pengiklanan-Pengaruh iklan-Kesesuaian iklan

13 SUKAN-Perkembangan sukan di Malaysia-Faedah-faedah bersukan-Usaha-usaha meningkatkan mutu sukan-Sains Sukan-Masalah dalam bidang sukan

14 KEPENDUDUKAN-Isu rakyat termiskin-Migrasi dan perpindahan penduduk-Isu kepadatan penduduk-Kualiti hidup

15 BADAN KEBAJIKAN DAN SUKARELA-Penglibatan masyarakat dalam badan kebajikan-Sumbangan dan peranan badan kebajikan sukarela-Masalah-masalah yang dihadapi

16 PENCEMARAN ALAM-Punca-punca pencemaran alam-Usaha-usaha mengatasi-Kesan daripada pencemaran alam, pencemaran toksik

17 GOTONG-ROYONG-Kebaikan amalan gotong royong-Amalan gotong royong pada hari ini-Cara-cara menggalakkan gotong royong

18 SAMBUTAN HARI PERAYAAN DAN KEBESARAN-Cara-cara menyambut hari perayaan dan kebesaran-Kesan-kesan mengadakan sambutan hari perayaan-Suasana sambutan hari perayaan

19 ADAT RESAM DAN ISTIADAT-Adat resam pelbagai kaum-Fungsi dan peranan adat resam-Amalan adat resam pada hari ini

20 PENGANGGURAN-Punca-punca pengangguran-Usaha-usaha mengatasi pengangguran-Kesan daripada pengangguran

21 TENAGA KERJA ASING-Faktor-faktor kedatangan tenaga kerja asing-Usaha-usaha pengawalan tenaga kerja asing-Kebaikan dan keburukan tenaga kerja asing

22 KESEDARAN SIVIK-Usaha memupuk kesedaran sivik-Kebaikan mempunyai kesedaran sivik-Sikap masyarakat pada hari ini

23 PERPADUAN KAUM-Kepentingan dan faedah perpaduan kaum-Usaha-usaha memupuk perpaduan kaum-Perpaduan kaum pada hari ini

24 KEPENGGUNAAN-Kepentingan pendidikan kepenggunaan-Peranan dan fungsi persatuan pengguna-Masalah yang dihadapi oleh pengguna

25 HOBI DAN KEGIATAN MASA LAPANG-Jenis-jenis hobi-Fungsi dan tujuan bergiat dalam sesuatu hobi-Usaha-usaha menggalakkan masyarakat mempunyai hobi

26 WARGA TUA-Sikap masyarakat terhadap warga tua-Usaha-usaha membantu warga tua-Kebaikan membantu warga tua

27 KANAK-KANAK -Penderaan kanak-kanak, Isu kanak-kanak terbiar-Penggunaan tenaga kerja dalam kalangan kanak-kanak-Tanggungjawab masyarakat terhadap kanak-kanak

28 KESIHATAN-Kepentingan kesihatan-Cara-cara menjaga kesihatan-Tahap kesihatan rakyat-Gaya Hidup Sihat

29 MAJIKAN DAN PEKERJA-Tanggungjawab majikan terhadap pekerja-Kualiti kerja dan produktiviti-Etika kerja

30 TELEVISYEN / VIDEO / FILEM-Pengaruh terhadap masyarakat-Kesesuaian rancangan terhadap masyarakat-Fungsi dan peranannya-Cetak Rompak

31 PASAR RAYA / PASAR TANI / PASAR MALAM-Perkembangan di Malaysia-Kebaikan dan keburukannya-Sebab-sebab tempat tersebut menjadi tumpuan

32 AMALAN MEMBACA-Sikap membaca di kalangan masyarakat-Usaha memupuk minat membaca dalam kalangan masyarakat-Faedah membaca

33 PERUBATAN MODEN-Perkembangan perubatan moden-Kesan penggunaan ubat-ubat moden-Kemudahan perubatan di Malaysia

34 PERUBATAN TRADISIONAL-Peranan dan pengaruh bomoh-Perbandingan p.moden dengan p.tradisional-Keberkesanan penggunaan perubatan tradisional

35 SAINS DAN TEKNOLOGI-Kemajuan dan perkembangan-Ciptaan-ciptaan baru-Kesan sains dan teknologi

36 PENDIDIKAN-Perkembangan pendidikan di Malaysia-Masalah pendidikan di Malaysia-Kepentingan pendidikan, sekolah sukan, pendidikan tinggi swasta

37 AKTIVITI KOKURIKULUM-Jenis-jenis aktiviti kokurikulum-Kebaikan dan faedah menyertai kokurikulum aktiviti kokurikulum pelajar-Halangan pelaksanaan

38 KEBUDAYAAN-Kebudayaan pelbagai kaum di Malaysia-Konsep kebudayaan kebangsaan-Pengaruh luar dalam kebudayaan

39 NILAI-NILAI MURNI-Usaha memupuk nilai murni-Kepentingan mempunyai nilai-nilai murni-Nilai murni di kalangan masyarakat hari ini

40 KHAZANAH BUMI / HUTAN-Jenis-jenisnya-Usaha-usaha mengekalkan khazanah tersebut-Sumbangan kepada negara

41 PERLADANGAN-Isu tenaga kerja di bidang peladangan-Perkembangan dan sumbangannya kepada negara-Usaha-usaha memajukan sektor perladangan

42 PERUNDANGAN-Peranan dan fungsi undang-undang-Keberkesanan undang-undang-Jenayah di negara kita

43 PERTANIAN TRADISIONAL-Kebaikan dan keburukan pertanian tradisional-Sebab-sebab pertanian tradisional masih diamalkan-Kesesuaian pertanian tradisional pada zaman moden

44 PERTANIAN MODEN-Kebaikan dan Keburukan pertanian moden-Penggunaan teknologi moden dalam pertanianI-su pasaran dan harga hasil pertanian

45 TANAH-Masalah tanah terbiar-Penerokaan tanah secara haram-Kesan pembangunan yang pesat

46 SEMANGAT KEBANGSAAN/ PATRIOTIK-Usaha-usaha memupuk semangat kebangsaan-Kepentingan semangat kebangsaan kepada negara-Penghayatan semangat kebangsaan di
kalangan masyarakat

47 HAL-EHWAL SEMASA-Perkembangan politik tanah air-Masalah-masalah sosial di negara-Kemajuan negara dalam bidang ekonomi

48 PERMAINAN TRADISIONAL-Jenis-jenisnya-Fungsi dan peranannya pada masyarakat-Usaha bagi menghidupkan dan mengekalkannya

49 KEKELUARGAAN-Hubungan kekeluargaan sekarang-Cara-cara mengekalkan hubungan kekeluargaan-Kepentingan kekeluargaan di kalangan masyarakat-Kempen Utamakan Keluarga

50 PROJEK PERUMAHAN-Tujuan diadakan projek perumahan-Kebaikan dan keburukan projek perumahan-Jenis-jenis projek perumahan

51 KOPERASI DAN PERSATUAN-Jenis-jenis dan peranan-Fungsi dan tanggungjawab koperasi @ persatuan-Sambutan terhadap koperasi @ persatuan-Program Usahawan Muda

52 PENYAKIT BERBAHAYA -Jenis-jenisnyaCara-cara mencegahnyaPunca-punca penyakit berjangkit

53 MUZIK-Dunia muzik hari ini-Kerjaya dalam bidang muzik-Kebaikan dan keburukan muzik, peranan muzik

54 SEJARAH-Tempat-tempat bersejarah-Pemulihan tempat-tempat bersejarah-Permasalahan
dalam mengekalkan tempat -tempat bersejarah

55 PERNIAGAAN /PERDAGANGAN-Jualan murah-Barang-barang tempatan dan barang import-Kebaikan berniaga-Karnival Jualan Mega

56 AMALAN PEMAKANAN-Jenis-jenis makanan dalam kalangan masyarakat di Malaysia-Makanan seimbang-Kebersihan tempat menjual makanan

57 JIMAT CERMAT-Tujuan berjimat cermat-Cara-cara menggalakkan berjimat cermat-Faedah-faedah mengamalkan berjimat cermat

58 PENTERNAKAN IKAN AIR TAWAR-Perkembangan di Malaysia-Cara-cara menggalakkan masyarakat makan ikan-Masalah yang dihadapi oleh penternak ikan-Projek akuakultur

59 DISIPLIN PELAJAR-Tahap disiplin pelajar hari ini-Punca-punca yang menimbulkan masalah disiplin-Usaha-usaha mengatasi masalah disiplin

60 MEDIA CETAK-Jenis-jenis media cetak-Pengaruh media cetak-Peranan dan fungsi media cetak-Masa depan media cetak

61 ALAT PERHUBUNGAN DAN PENGANGKUTAN-Jenis-jenis alat pengangkutan dahulu dan sekarang-Isu berkaitan dengan kenderaan awam-Peranan dan fungsi pengangkutan

62 SEMANGAT KEJIRANAN-Pentingnya semangat kejiranan-Usaha meningkatkan semangat kejiranan-Permasalahan kejiranan hari ini

63 PROJEK PENGINDAHAN KAWASAN /KECERIAAN-Tujuan dan fungsi mengindahkan kawasan-Cara-cara mengekalkan keindahan-Permasalahan dengan pengindahan kawasan-Peranan sekolah dan pelbagai pihak

64 KESELAMATAN NEGARA-Peranan pasukan keselamatan-Keadaan keselamatan negara pada hari ini-Kerahan tenaga rakyat-Program Latihan Khidmat Negara

65 ALAM SEKITAR-Keadaan alam sekitar hari ini-Usaha-usaha mengekalkan alam sekitar-Tujuan mengekalkan keindahan alam sekitar-Kesan kemusnahan alam sekitar

66 PELABELAN-Kepentingan dan fungsi penggunaan label-Keberkesanan penggunaan label-Isu permasalahan penggunaan label

67 BENCANA ALAM-Jenis-jenis bencana alam-Punca-punca bencana alam-Usaha menghadapi bencana alam

68 SENI MEMPERTAHANKAN DIRI-Jenis-jenis seni mempertahankan diri-Perkembangan seni mempertahankan diri-Kebaikan dan keburukan seni mempertahankan diri

69 KEMUDAHAN AWAM-Jenis-jenis kemudahan awam di Malaysia-Sikap dan tanggungjawab masyarakat-Permasalahan kemudahan awam

70 BUAH-BUAHAN TEMPATAN-Kebaikan dan kelebihannya-Sambutan masyarakat terhadapnya-Usaha memajukan industri buah-buahan tempatan-Prospek pemasaran-Halangan

71 SEKOLAH-Sekolah Idaman-Kempen 3K-Hari Kantin-Anugerah Cemerlang-Ponteng sekolah-Program Peningkatan Akademik-Motivasi-Sekolah Bestari

72 INTERNET & KOMPUTER/ MULTIMEDIA-Kebaikan dan kelebihannya-Sambutan masyarakat terhadapnya-Kesan penggunaan internet-Dasar Langit Terbuka-Kafe Siber

73 KEPIMPINAN-Peranan Pemimpin-Ciri-ciri Pemimpin-Kepentingan pemimpin

74 VANDALISME @ RAGUT-Sebab-sebab Berlaku-Langkah Mengatasi-Peranan Semua Pihak-
Kesan

75 KEMALANGAN JALAN RAYA-Sebab-sebab Berlaku-Langkah Mengatasi-Peranan Semua Pihak-Kesan

76 SLOGAN-SLOGAN KERAJAAN-Definisi Slogan-Sambutan masyarakat terhadapnya-Usaha Memastikan Matlamat Tercapai