Showing posts with label Kesalahan Bahasa. Show all posts
Showing posts with label Kesalahan Bahasa. Show all posts

Wednesday, January 19, 2011

Ubat Bahasa




1. Hal ini demikian kerana dengan meningkatkan pendapatan, dapat menyelesaikan banyak masalah sosial. ( X )

2. Hal ini demikian kerana melalui pertandingan itu, dapat mencungkil bakat-bakat baru. ( X )

3. Hal ini menyebabkan berlaku perselisihan faham antara kaum. ( X )

4. Faktor yang menjadi punca yang menyebabkan perselisihan faham berlaku ialah sikap dengki dalam masyarakat kita yang semakin tebal. ( X )

5. Kebanjiran telefilem asing di negara kita meningkatkan daya saing dalam industri hiburan televisyen, seperti Boys Over Flower, Cinta Kirana, dan Broadwalk Empire. ( X )

6. Perdana Menteri menyatakan yang konsep 1Malaysia boleh menjadi realiti. ( X )


Tolong saya kesan kesalahan ini dan betulkan.

Tuesday, June 22, 2010

Salah Tuuu...




1. Dewasa ini, isu kemerosotan akhlak dalam kalangan remaja begitu hangat dibicarakan, namun usaha yang benar-benar proaktif belum dilakukan.

- Dewasa ini....namun...
- Kata hubung namun sepatutnya hadir bersama-sama pasangannya.
- Walaupun dewasa ini...,namun

2. Kejohanan bola sepak Piala Dunia di Afrika Selatan telah berjaya memperkenalkan vuvuzela ke seluruh dunia dan pada masa kini, negara tersebut telah mendapat kontrak bernilai 1 billion untuk mengeksportnya ke luar negara.

- pada masa kini
- pertindihan maksud bagi kata nama yang membawa maksud 'masa' / unsur lewah dalam frasa nama 'pada masa kini' kerana 'masa' dan ' kini' membawa maksud yang sama.
- pada masa ini / kini

3. Alternatif lain yang boleh dilakukan adalah dengan membeli kereta terpakai. Tetapi ada beberapa perkara yang perlu di ambil kira.

- alternatif lain
- pertindihan maksud berlaku/ Ada unsur lewah kerana 'alternatif" sudah membawa maksud 'pilihan lain'.
- alternatif / pilihan lain

- Tetapi ada...
- kata hubung 'tetapi' yang membawa maksud perbandingan tidak boleh digunakan sebagai kata pangkal ayat.
- Ada beberapa.../ ...terpakai , tetapi.....

Thursday, March 11, 2010

Kesalahan Frasa/ Ayat yang Lazim dilakukan Calon dalam Karangan

1. Antara punca-punca - Antara punca


2. Faktor yang menyebabkan kemalangan.. - Faktor kemalangan...


3. ...bukan sahaja cantik tetapi berkualiti. - ...bukan sahaja cantik tetapi juga/ malahan

berkualiti

4. Contohnya Korea Selatan dan Jepun. - Contohnya, Korea Selatan dan Jepun melarang
pembakaran terbuka.

5. Melalui cara ini, akan dapat meningkatkan pendapatan. - Melalui cara ini, rakyat dapat..... /
Cara ini dapat...

6.Dengan ini, menambahkan beban kerajaan... - Dengan ini, masalah itu menambahkan...

7. Hal ini kerana... - Halini demikian kerana...

9. Selain daripada itu.... - Selain itu...

10. Sehubungan itu... - Sehubungan dengan itu...

11. Oleh yang demikian/Oleh demikian... - Oleh hal yang demikian...

12. Justeru, semua rakyat... - Semua rakyat....

13. Malahan, rakyat perli... - Rakyat perlu/Selain itu, rakyat perlu/ Oleh hal yang demikian
rakyat perlu...

14. hakikat sebenarnya... - hakikatnya/ sebenarnya

15. mengurangkan lagi pendapatan negara ... - mengurangkan pendapatan negara lagi...

Tuesday, March 9, 2010

Kesalahan Frasa yang Lazim Dalam Karangan

1. juga turut - juga/turut
2. eksport ke luar negara - eksport
3. import dari negara luar - import
4. berkaitan dengan - berkaitan/ berkait dengan
5. berbanding perkara lain - berbanding dengan
6. hanya industri kecil sahaja - hanya industri kecil/ industri kecil sahaja
7. gagal mahupun - baik gagal mahupun
8.Dia sakit namun.. - Walaupun dia sakit namun....
9. memberitahu kepada Ali - memberitahu Ali
10. meningkatkan lagi tanaman getah - meningkatkan tanaman getah lagi

Monday, November 16, 2009

SALAH TU SAYANG...

1.Soalan a/b Sajak - Aku terpegun melihat bulan menangis

JWP salah : Penyajak mengatakan bahawa dia terpegun melihat bulan menangis.
JWP salah : Aku melihat bulan menangis dengan perasaan terpegun.
JWP salah : Penyajak terpegun melihat bulan menangis.( masih kreatif )
JWP salah : Penyajak terpegun melihat bulan sedang bersedih. ( masih kreatif)

JWP betul : Penyajak terpegun apabila melihat bulan seolah-olah sedang menangis.

2. Soalan a/b cerpen - " Awak memang tak tahu malu", Johanis terus membuat tuduhan.


JWP salah : Johanis mengatakan awak memang tidak tahu malu.
JWP salah : Johanis memberitahu bahawa awak memang tidak tahu malu.
JWP salah : Johanis menuduh bahawa Syabawi memang tidak tahu malu.

JWP betul : Johanis mengatakan bahawa Syabawi memang tidak tahu malu.
Johanis menuduh Syabawi memang tidak tahu malu.
Menurut Johanis, Syabawi memang tidak tahu malu.

3. Soalan a/b cerpen - "Ya, memang..." kata Syabawi.

JWP salah : Syabawi mengatakan ya.
Syabawi mememangkannya.
Syabawi mengiakannya.
Syabawi mengiyakannya.
Syabawi tidak menafikannya. (ulasan)

JWP betul : Syabawi mengeyakannya.

Monday, October 12, 2009

Tips


Ayat yang menyalahi hukum-hukum bahasa Melayu

AYAT TERGANTUNG.
Ayat tergantung ialah ayat yang tidak mempunyai subjek atau predikat. Ayat-ayat sebegini kerap ditulis oleh pelajar-pelajar terutama calon-calon STPM akibat kelemahan mereka dalam aspek tatabahasa.

1. Ayat tanpa subjek.
Contoh ayat:
Dalam buku itu menghuraikan cara-cara membuat kuih-kuih tradisional masyarakat Melayu. Sepatutnya:
Buku itu meghuraikan cara-cara membuat kuih tradisional masyarakat Melayu.

Di negara kita mempunyai banyak destinasi pelancongan yang menarik.
Sepatutnya: Negara kita mempunyai banyak destinasi pelancongan yang menarik.

2. Ayat tanpa predikat
Contoh ayat:
Tindakan pihak berkuasa dalam menangani isu rasuah dalam kalangan pegawai kerajaan. Sepatutnya: Tindakan pihak berkuasa dalam menangani isu rasuah dalam kalangan pegawai perlu disegerakan.

Golongan belia yang merupakan tunggak pembangunan negara.
Sepatutnya: Golongan belia yang merupakan tunggak pembangunan negara tidak boleh dibiarkan begitu sahaja oleh pihak kerajaan.

3. Kesalahan frasa kerja transitif - tidak diikuti oleh objek.

Contoh ayat:- Kehadiran pihak tuan akan menyerikan lagi majlis kami.
Sepatutnya: Kehadiran pihak tuan akan menyerikan majlis kami lagi.

Pemberita itu melaporkan dari Baikonur Cosmodrome, Khazastan.
Sepatutnya: Pemberita itu melaporkan berita dari Baikonur Cosmodrome, Khazastan.

4. Ayat yang bermula dengan kata hubung.
Contoh ayat:
Justeru itu, semua pelajar dilarang membawa telefon bimbit ke sekolah.
Manakala, semua peserta perlu melaporkan diri pada minggu depan.

5. Penggunaan kata tanya dalam ayat penyata.
Contoh ayat:
Pelajar itu tidak tahu mengapa dia gagal dalam ujian itu.
Mereka tidak pasti siapa yang terlibat kemalangan itu.

6. Kesalahan struktur ayat pasif.
Contoh ayat:
Perkara itu saya belum putuskan lagi. [x]
Perkara itu belum saya putuskan lagi.

Bas yang mereka naiki itu terlibat dalam kemalangan jalan raya. [x]
Bas yang dinaiki oleh mereka itu terlibat dalam kemalangan jalan raya.

7. Binaan idea ayat yang tidak berfokus.
Contoh ayat:
Langkah itu juga merupakan suatu penyelesaian bagi negara dan memupuk generasi muda ke arah Wawasan 2020.

*Maksud ayat tersebut sukar difahami kerana kata hubung gabungan 'dan' telah digunakan sewenang-wenangnya.

8. Komponen ayat yang tidak tepat.
Contoh ayat:
Kita perlu mengurangkan pengambilan makanan seperti minyak dan lemak yang berkolesterol tinggi.
Apabila bencana berlaku seperti banjir dan kemarau, banyak harta benda yang musnah.

9. Kesalahan ayat pancangan komplemen.
Contoh ayat:-
Kerajaan berusaha mengatasi masalah setinggan dalam kalangan penduduk bandar. (tiada kata hubung komplemen iaitu "untuk").
Kami yakin pasukan hoki sekolah akan memperoleh kemenangan dalam perlawanan esok. (tiada kata hubung komplemen "bahawa")

10. Kesalahan ayat pancangan relatif.
Contoh ayat:
Punca tidak kurang pentingnya dalam hal ini ialah pengaruh media massa. (Tiada kata hubung relatif "yang").
Beberapa orang disyaki menjadi anggota kumpulan ajaran sesat telah didakwa di mahkamah.




PANDUAN MENJAWAB SOALAN BAHAGIAN D (ANALISIS KESALAHAN BAHASA)
Salah satu soalan yang terdapat dalam soalan Bahasa Melayu Kertas 2 STPM ialah soalan Analisis Kesalahan Bahasa, iaitu terletak dalam Bahagian D. Dalam soalan ini, satu bahan rangsangan petikan akan dikemukakan dan di dalam petikan tersebut mengandungi beberapa kesalahan bahasa. Tujuan soalan ini dikemukakan adalah untuk menguji tahap penguasaan calon terhadap sistem bahasa Melayu terutama dari aspek morfologi dan sintaksis.

Calon dikehendaki menganalisis petikan tersebut dan mengenal pasti tiga perkara yang berikut; mengenal pasti kesalahan bahasa – 1m
menjelaskan sebab kesalahan – 1m
membuat pembetulan kesalahan – 1m
Peruntukan markah untuk bahagian ini ialah 15 markah dan calon hendaklah mengenal pasti sekurang-kurangnya 5 kesalahan bahasa dalam petikan.

Keupayaan calon untuk mendapatkan markah yang cemerlang bergantung pada penguasaan topik sistem bahasa Melayu (tatabahasa) dalam Kertas Satu iaitu tajuk Morfologi dan Sintaksis. Konsep kesalahan bahasa ialah penggunaan bahasa yang melanggar peraturan bahasa sama ada ejaan, perkataan, susunan frasa atau ayat. Jenis-jenis kesalahan bahasa boleh dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu;

1. Kesalahan ejaan:
ejaan kata asli bahasa Melayu- ejaan kata pinjaman sama ada daripada bahasa Inggeris atau bahasa-bahasa serumpun- ejaan kata majmuk (termasuk pengejaan kata majmuk yang telah mantap penggunaannya - 15 perkataan)

2. Kesalahan morfologi.
Kata sendi nama - Kata bilangan - Kata pemeri- Frasa kerja (frasa kerja transitif atau frasa kerja tak transitif)- Hukum D-M- Frasa yang lewah

3. Kesalahan sintaksis:
Ayat tergantung (ayat tiada subjek/ predikat)- Ayat pasif (ganti nama diri pertama/ kedua atau ganti nama diri ke-3)- Struktur ayat tidak tepat- Ayat yang kabur/ menyimpang makna4. Kesalahan tanda baca:- tanda sempang (-)- noktah bertindih dsb.

[sumber web blog bahasa melayu..susunan cikgu Za] tq

Saturday, October 10, 2009

Tips Peperiksaan STPM BM 910/2

Kesalahan lazim dalam karangan Bahasa Melayu STPM

1. Banyak kesalahan struktur ayat. Ada beberapa contoh struktur yang lazimnya salah tetapi dianggap betul oleh calon.

i . Dengan ini mungkin pelancongan akan menjadi sektor ekonomi utama Malaysia. [ X]
Dengan ini, pelancongan mungkin akan menjadi sektor ekonomi utama Malaysia.

ii . Melalui pelancongan, akan dapat meningkatkan pendapatan negara. [X]
Melalui pelancongan, kerajaan akan dapat meningkatkan pendapatan negara.

iii. Penggunaan ubat-ubatan yang bermutu rendah yang digunakan oleh penduduk luar
bandar mendedahkan mereka kepada kesan sampingan yang berbahaya. [X]
Penggunaan ubat-ubatan yang bermutu rendah oleh penduduk luar bandar...

iv. Justeru, kerajaan harus bertindak menguatkuasakan undang-undang lalu lintas dengan lebih tegas.[x]
Kerajaan harus bertindak.......

v. Manakala penduduk tempatan pula menganggur.
Penduduk tempatan pula menganggur.

2. Kesalahan frasa banyak berlaku dalam karangan. Kesalahan tersebut sebenarnya merosakkan struktur ayat. Banyak contoh boleh dikemukakan.

i . menyumbangkan kepada pendapatan[X]
menyumbangkan pendapatan

ii . selain daripada itu/ selain dari itu [X]
selain itu

iii. adalah kerana [x]
adalah disebabkan

iv. Oleh yang demikian [x]
Oleh hal yang demikian

v. Oleh kerana/ oleh kerana itu [x]
Oleh sebab / oleh sebab itu

vi. Hal ini kerana [X]
Hal ini demikian kerana/ hal ini disebabkan

vii. selain itu juga [X]
selain itu

viii. juga turut [X]
juga / turut

ix. hakikat sebenarnya [x]
hakikatnya / sebenarnya

x. Namun... [x]
Namun begitu/ Namun demikian

xi. menganggur tidak bekerja
xii. mengeksport barangan ke luar negara/ mengimport petroleum ke dalam negara
xiii. faktor yang menjadi punca/ faktor yang menyebabkan

* kesalahan "lewah" dianggap sebagai kesalahan struktur ayat.

3. Calon gagal menggunakan kata hubung berpasangan yang betul, cth:

i. Walaupun...+ namun
ii. Bukan sahaja...+ malah/malahan
iii. Baik... + mahupun
iv. Sama ada...+ atau

* kegagalan calon mematuhi peraturan bahasa ini akan menjejaskan struktur ayat.

Thursday, October 8, 2009

Kesalahan Bahasa dalam Bahasa Malaysia

1 . Hj. Shah Khir Khan memberitahu kepada Za yang So Sick Man demam pada hari itu.

analisis : memberitahu kepada salah kerana objek perlu hadir selepas kata kerja transitif aktif.
pembetulan: ...memberitahu Za...

analisis : yang So Sick Man salah kerana kata hubungan pancangan relatif ' yang' telah digunakan dalam ayat komplemen. Kta hubung yang sepatutnya digunakan ialah kata hubung pancangan komplemen 'bahawa'.

2. Tan Ah Hir minum dengan gelojoh.

analisis : minum dengan gelojoh salah kerana kata adjektif yang didahului oleh sendi nama 'dengan' perlu menerima kata penguat ' nya' bagi menerangkan kata kerja tak transitif 'minum'.
Tanpa kata penguat 'nya' tersebut, kata adjektif 'gelojoh' tergolong dalam kata nama, dan tentu sekali menyebabkan ayat tersebut salah dari segi semantik.

pembetulan: ...minum dengan gelojohnya

3. Malahan, Salman Khir langsung tidak mempedulikan nasihat Za.

analisis : Malahan...ayat ini salah dari segi struktur kerana kata hubung malahan tidak boleh hadir sebagai kata pangkal ayat.

pembetulan : Salman Khir...

4. Setiap orang manusia pasti pernah melakukan kesalahan.

analisis : kata bilangan pisahan 'setiap', tidak boleh diikuti oleh penjodoh bilangan.
pembetulan : setiap manusia ...

5. Meja yang berat itu tidak terangkat dengan kekuatan lelaki kurus itu.

analisis : kata kerja pasif imbuhan 'ter' tersebut sepatutnya diikuti sendi nama 'di'.
pembetulan : ...terangkat oleh

6. Khir Nani tidak peduli sama ada Fergie menurunkan semua pemain utamanya/\ dalam perlawanan galah panjang itu.

analisis : kata hubung berpasangan 'sama ada' sepatutnya menerima pasangannya, iaitu 'atau'.
pembetulan : ...sama ada.....atau pemain simpanannya

7. Kimi Raikokir/\ bertekad untuk memenangi pertandingan makan kuaci itu malah berjanji akan memecahkan rekod dunia dalam pertandingan itu.

analisis : kata hubung berpasangan malah sepatutnya menerima pasangannya ' bukan sahaja'.

pembetulan : ... bukan sahaja bertekad... malah berjanji

8. Rombongan perdagangan Malaysia yang diketuai disertai oleh ketua jabatan-ketua jabatan itu telah melawat negara Eropah.

analisis : kata nama majmuk yang dieja dengan dua perkataan menerima gandaan pada unsur pertama sahaja.

pembetulan : ketua-ketua jabatan

analisis : kata kerja tak transitif 'melawat' sepatutnya diikuti oleh sendi nama 'ke'.

pembetulan : ...melawat ke negara...