1. Tetapi hati penyajak berasa sedih. ( tetapi ialah kata hubung yang tidak boleh hadir sebagai kata pangkal ayat )
2. Moone terlalu sedih semasa berada di kota kerana kehidupannya yang susah di kota. ( penggunaan kata yang redundan/bertindih iaitu frasa nama " di kota" merosakkan struktur ayat)
3. Sedang dia masih mampu makan dan minum. ( ayat yang terdiri daripada klausa ini jelas tidak membawa apa-apa maksud - subjek dan predikatnya tidak jelas)
4. Seperti menunggu saat kematiannya. (sama dengan kesalahan no 3)
5. Walaupun dia sudah lama tidak pulang dan mencium tangan ibunya. ( ayat tergantung - kata hubung yang digunakan pada pangkat ayat iaitu 'walaupun" sepatutnya mempunyai pasangan iaitu "namun" - tanpa pasangannya, ayat itu tidak habis ditulis/tergantung )
6. Walaupun saya sangat hodoh , hati saya baik. ( pasangan untuk kata hubung pasangan tidak ditulis- "walaupun + namun")
A. Semua ayat yang bermula dengan perkataan di bawah:
1. Oleh kerana ... 2. Selain daripada itu... 3. Sehubungan itu... 4. Selain dari itu... 5. Manakala... 6. Malah... 7. Malahan... 8. Namun... 9. Oleh demikian... 10. Justeru... 11. Justeru itu... 12. Sebaliknya...
B. Ayat tiada subjek - kerap kali bermula dengan kata hubung/kata sendi
1. Dengan ini, tidak dapat meningkatkan prestasi pelajar. 2. Dengan meningkatkan pendapatan rakyat, dapat mengatasi masalah kemiskinan. 3. Dengan tumbukan yang padu, berjaya menumbangkan lawan. 4. Melalui cara ini, dapat meningkat perpaduan negara. 5. Melalui pendapatan tersebut, dapat melangsaikan hutang mereka. 6. Melalui kempen , boleh mengurangkan masalah kemalangan jalan raya. 7. Bagi mengurangkan risiko tanah runtuh, hendaklah ditanam pokok. 8. Bagi meningkatkan pendapatan, bolehlah menambah aktiviti ekonomi.
C Ayat tiada predikat - kerap kali berlaku akibat penggunaan kata hubung relatif YANG. Ayat tergantung. Subjek sahaja ditulis.
1. Pelancongan yang meningkatkan pendapatan rakyat. 2. Kemalangan yang boleh mengorbankan nyawa.
1.Kehebatan karya yang Usman Awang hasilkan sejak
beberapa dekad menyebabkan beliau diiktiraf sebagai sasterawan negara.
2.Kepekaan golongan muda untuk menepis
gejala-gejala yang boleh merosakan akhlak dan sahsiah mereka adalah merupakan elemen
ke arah kesejahteraan negara.
3.Guru adalah golongan yang penting sebagai agen
transformasi di sekolah mahupun di luar sekolah.
4.Untuk mencapai kejayaan dalam pelajaran,
mestilah berusaha dengan bersungguh-sungguh dan mengelakkan daripada melakukan
perkara yang bodoh.
5.Hal ini demikian kerana dengan bersukan bukan
sahaja dapat menghindarkan berbagai penyakit-penyakit tetapi akan merasa sihat
dan segar.
6.Semasa menyertai program lawatan itu mereka
mendapatkan pelbagai faedah.
7.Pilihanraya membuktikan yang demokrasi masih
kukuh di negara kita.
8.Kejayaan pasukan boling padang merangkul
kejuaraan dunia ialah kejayaan pertama kali sukan tersebut di peringkat antara
bangsa.
9.Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa kerajaan
akan menamatkan darurat di negara ini pada 12hb. Jun, 1960.
10.Rakyat yang bersatu- padu akan dapat memacu
ekonomi negara.
11.Perpaduan yang sedia ada hendaklah diperkukuhkan
supaya berkekalan.
12.Farahin mengatakan bahawa sampai bila pun dia
tidak akan memaafkan Kumar yang gagal menunaikan janji untuk meminangnya.
13.Taufik berjaya mencapai angka jualan sebanyak 1
billion selepas lima tahun berniaga.
14.Lia yakin akan berjaya jika Nizam sentiasa ada
disisi.
15.Alimah dan Afiqah makan semua makanan yang ada
di atas meja itu sekaligus.
1. Terdapatbanyak pelajar yang berpura-pura baik di hadapan ibu bapanya. 2.Pemandu yang mabuktidak dapat memberi tumpuan kepada pemanduan mereka. 3.Pinggan mangkuk-pinggan mangkuk berjenama 'Vantage' itubukan sahajanampak eksklusif tetapi berkualiti. 4. Merekatidak dapat mencapai objektif aktivitinya. 5. Saya pasti programyang kerajaan lakukan akan memberi manfaat kepada rakyat.
Catatan : perkataan yang berwarna oren dalam ayat merupakan punca kesalahan berlaku. Mesra-Mesra atau comment jika ingin penjelasan.
Frasa sendi ini kalau diikutkan hukum tata bahasa macam ada yang tidak kena dan tidak ada makna Penggunaannya bolehlah dianggap cuma kelaziman sahaja. Bagi saya frasa tersebut jelas melanggar hukum penggunaan kata sendi nama, iaitu sendi nama mesti diikuti oleh kata nama atau frasa nama.
contoh : dari Keningau, di kedai, daripada kumpulan pencinta alam, kepada perdamaian kaum tani, pada pukul lapan malam, dalam hal itu
contoh frasa yang langgar hukum - selain daripada, dalam pada, selain di
Catatan - Penjelasan atau komen dari pembaca amat dihargai.
1. dikenalpasti - kesalahan ejaan - penggunaan alormof/imbuhan 'di' tanpa apitan 'kan' menyebabkan ejaan TIDAK boleh ditulis satu perkataan, lagipun kata majmuk dieja dengan dua perkataan kecuali bagi kata majmuk yang dianggap telah mantap - dikenal pasti.
2. ibubapa - kesalahan ejaan - kata maqjmuk dieja dua perkataan - ibu bapa.
1. Oleh kerana itu - Oleh sebab itu. Sendi nama mesti diikuti oleh kata nama. 'Kerana' bukan kata nama, sebaliknya 'sebab' ialah kata nama.
2. Setiap orang pelajar - Setiap pelajar. Selepas kata bilangan pisahan tidak boleh hadir penjodoh bilangan.
3. Taat kepada kedua ibu bapa - Taat kepada kedua-dua ibu bapa. Kata bilangan himpunan mesti digandakan. Lagipun, 'kedua' bukan kata bilangan himpunan, sebaliknya 'kedua' ialah kata bilangan yang membawa maksud 'kedudukan'.
Pada prinsipnya, semua kata majmuk iaitu perkataan bahasa Melayu yang ditulis dengan menggunakan dua perkataan , seperti gambar rajah, Menteri Besar, Penolong Kanan, Naib Pengerusi, daun kering, udang galah, kasut bola, penagih kasih, kucing garong, kaki pukul, buah hati, dan sebagainya hanya akan digandakan pada unsur pertama kata.
Oleh sebab itu, kata majmuk Perdana Menteri ( yang sebenarnya berasal daripada perkataan sanskrit ) juga sepatutnya menerima prinsip yang dinyatakan.
Gandaan bagi kata majmuk Perdana Menteri ialah Perdana-Perdana Menteri. Walau bagaimanapun, adalah lebih baik pengguna bahasa Melayu menggunakan kata bilangan himpunan 'semua' jika hendak menulis ayat yang membawa maksud yang sama.
Contoh, Semua Perdana Menteri telah hadir kecuali Perdana Menteri Pulau Alokhir.
* Ada kekecualian iaitu kata majmuk yang dieja dengan menggunakan satu perkataan, hendaklah menerima gandaaan seluruh.
1. Membezakan buah yang masak dan buah yang muda - membezakan buah yang masak dengan buah yang muda.
2. ketua kampung-ketua kampung - ketua-ketua kampung - perkataan bahasa Melayu yang dieja dengan dua perkataan sepatutnya digandakan pada unsur pertama sahaja apabilam gandaan dilakukan.
3. Mengimport buruh asing - mengimport buruh - ada unsur lewah kerana pertindihan maksud 'import' dan 'asing'.
4. Setia usaha - setiausaha - walaupun dasarnya semua kata nama majmuk dieja dengan dua perkataan namun terdapat segolongan kata nama yang dieja dengan satu perkataan kerana ejaan dianggap telah mantap.
5. Warga-warga negara - warganegara-warganegara - oelh sebab kata nama warganegara dieja dengan satu perkataan, maka gandaan yang dilakukan mestilah melibatkan keseluruhan perkataan, bukan sebahagian sahaja.
* kesalahan telah dilakukan oleh pelajar, guru, dan media massa.
1. Definasi - definasi - asal perkataan Inggeris' definition', ejaan bahasa Melayu ikut bunyinya dan hukum keselarasan vokal.
2. seseorang individu - seseorang / individu, frasa begini dianggap lewah.
3. saling bantu-membantu - saling membantu / bantu membantu.
4.perangai tidak cantik - perangai tidak elok / tidak baik /tidak senonoh - kata adjektif 'cantik' tidak tepat digunakan untuk memberi gambaran tentang kelakuan.
5. fizikal mental pelajar - fizikal dan mental pelajar - kata hubung sepatutnya digunakan dua subjek tersebut.
6. memaklumkan kepada ibu bapa - memaklumkan ibu bapa - selepas kata kerja transitif aktif ' memaklumkan' sepatutnya diikuti objek.
7.bermula daripada hari Sabtu - bermula dari hari Sabtu - kata sendi nama daripada digunakan untuk merujuk punca, bagi menunjukkan masa, kata sendi nama dari sepatutnya digunakan.
8.hanya ada beberapa hari sahaja - hanya ada beberapa hari / ada beberapa hari sahaja - terdapat unsur lewah apabila diksi 'hanya' dan 'sahaja' digunakan dalam sayu ayat.
9. jalan itu merbahaya - jalan itu berbahaya - alormof/imbuhan yang tepat untuk menunjukkan maksud 'ada' ialah 'ber'.
10. kesan dan implikasi - ada unsur lewah - makna perkataan sama.
11. barisan guru-guru - barisan guru - penanda jamak dalam 'barisan' itu sepatutnya digunakan tanpa pengulangan objek.
kesalahan bahasa ini dikesan telah dilakukan oleh murid, guru, dan media massa.
Semua perkataan dalam bahasa Melayu lazimnya dieja dan ditulis dengan dua perkataan. Walau bagaimanapun ada beberapa perkataan Melayu yang dianggap ejaannya telah mantap dan dieja serangkai atau dieja sebagai satu perkataan. Ada 15 kata nama yang dieja sebagai satu perkataan, dan ia dikenali sebagai Kata Nama Majmuk yang telah mantap. Rujuk Tatabahasa Dewan. Berikut ialah 15 perkataan kata nama itu.
Setiap bahasa mempunyai "perangkap" atau bahaya terselindung yang menyebabkan banyak penulis, baik penulis baru mahupun penulis profesional, melakukan kesilapan tatabahasa. Demikian juga dengan bahasa Melayu. Awang Sariyan berkata: "Daripada pemerhatian saya, hal ini berlaku dalam semua karya sastera (prosa) yang pernah saya baca. Hal ini membuktikan bahawa, secara sedar atau tidak, para penulis tidak dapat lepas daripada tatabahasa sebagai rumusan tentang sistem bahasanya. Penulis hanya memerlukan disiplin yang lebih untuk mengawal bahasa ketika menulis." [1]
Rencana ini mencuba menyenaraikan kesilapan yang paling biasa dilakukan oleh para penulis.
Kesalahan biasa
Kesalahan ayat
Rumus ayat pasif dengan pelaku ketiga ditandai oleh awalan di :
Tidak ada perkara yang mereka risaukan waktu itu.
Ayahnya setuju walaupun melanggar syarat yang dia sendiri menetapkan.
Semuanya dia kenal.
Dia menjawab seperti disuruh-suruh oleh kuasa yang dia tidak tahu dari mana puncanya.
Jawapan sepatutnya:
Tidak ada perkara yang 'dirisaukan (perkataan "oleh" jika tidak diletakkan juga betul)'mereka waktu ini.
Ayahnya setuju walaupun melanggar syarat yang 'ditetapkan oleh dia'.
Semuanya dikenal oleh dia'.
Dia menjawab seperti disuruh-suruh oleh kuasa yang'tidak tahu oleh dia'dari mana puncanya.
Kata ganti diri pertama dengan kata kerja pasif disisipkan kata lain:
Bola ini 'ditendang oleh saya'.
Makanan ini kamu telah makan' ?
Segala perubahan yang berlaku 'kita akan menghadapi' sama-sama.
Jawapan sepatutnya:
Bola ini saya tendang' .
Makanan ini 'telah kamu makan' ?
Segala perubahan yang berlaku 'akan kita hadapi' sama-sama.
“Perkara yang diterangkan mesti mendahului “penerang”:
1.
Contoh ayat : Kakak saya sedang memasak gulai nangka. Dia menyenduk seketul nangka gulai dan menyuruh saya merasanya.
(Dalam frasa nama *gulai nangka*, unsur yang diterangkan ialah gulai. Dalam frasa nama *nangka gulai* , unsur yang diterangkan ialah nangka. )
Salah:
Cili sos
Mini perpustakaan
Zaleha Restoran
Jaya Klinik
Betul:
Sos cili
Perpustakaan mini
Restoran Zaleha
Klinik Jaya
Kesalahan frasa dan kata
Kesalahan umum dari segi Kata jamak
1.
Salah:
mereka-mereka
semua kereta-kereta
para-para pelajar
empat orang abang-abang
Betul:
mereka
semua kereta
para pelajar
empat orang abang
Kesalahan umum dari segi Kata penguat
1.
Salah:
paling indah sekali
Betul:
sangat tinggi
sungguh jauh
paling indah
amat menakutkan /amat menakutkan sekali / sangat menakutkan sekali / sungguh menakutkan sekali
Kata adjektif dan imbuhan “ter” tanpa penguat
1.
Salah:
Sani mendapat markah yang tertinggi sekali / tersungguh tinggi.
Hassan ialah peserta yang termuda sekali dalam pertandingan itu.
Betul:
Sani mendapat markah yang tertinggi .
Hassan ialah peserta yang termuda / teramat muda / tersangat muda dalam pertandingan itu.
Kesalahan umum dari segi Kata hubung
1.
Salah:
Sally sedang membaca bila saya tiba di rumahnya.
Badannya besar kecuali kakinya kecil.
Betul:
Sally sedang membaca apabila saya tiba di rumahnya.
Badannya besar tetapi kakinya kecil.
Kesalahan umum dari segi Kata bilangan
1.
Salah:
Sekolah itu telah menjalan berbagai aktiviti semasa “Minggu Penyayang”.
Beribu peniaga tidak membayar cukai pendapatan.
Setengah remaja suka membuang masa di pasar raya.
Betul:
Sekolah itu telah menjalankan berbagai-bagai aktiviti semasa “Minggu Penyayang”.
Beribu- ribu peniaga tidak membayar cukai pendapatan.
Setengah- setengah remaja suka membuang masa di pasar raya.
Kesalahan umum dari segi Kata Sendi
i - Dari
1.
Salah:
Umar telah berpindah daripada sekolah ini bulan lalu.
Daripada hari ini, saya akan belajar bersungguh-sungguh.
Betul:
Umar telah berpindah dari sekolah ini bulan lalu.
Dari hari ini, saya akan belajar bersungguh-sungguh.
ii - Daripada
1.
Salah:
Tilam itu dibuat dari getah asli.
Sukarmi lebih tinggi dari abangnya.
Tinggal di rumah lebih baik dari tinggal di asrama.
Betul:
Tilam itu dibuat daripada getah asli.
Sukarmi lebih tinggi daripada abangnya.
Tinggal di rumah lebih baik daripada tinggal di asrama.
iii - Pada
1.
Salah:
Saya selalu pergi ke ibu kota di Hari Kebangsaan.
Di petang semalam , saya pergi ke perpustakaan awam.
Kita mestilah menumpukan taat setia dengan negara.
Betul:
Saya selalu pergi ke ibu kota pada Hari Kebangsaan.
Pada petang semalam , saya pergi ke perpustakaan awam.
Kita mestilah menumpukan taat setia pada negara.
iv - Di
1.
Salah:
Saya dilahirkan diSarawak.
Ayah awak bekerja dimana ?
Betul:
Saya dilahirkan di Sarawak.
Ayah awak bekerja di mana ?
Kesalahan umum dari segi Penjodoh bilangan
1.
Salah:
Setiap orang pelajar.
Sesetengah orang rakyat.
Seluruh buah negeri.
Semua ekor binatang.
Beberapa pelajar.
Betul:
Setiap pelajar.
Sesetengah rakyat.
Seluruh negeri.
Semua binatang.
Beberapa orang pelajar.
Kesalahan umum dari segi Kata ganti diri
1.
Salah:
Pencuri itu telah ditangkap. Beliau dibawa ke balai polis.
“Kau tinggal di mana ?” tanya Siva kepada gurunya.
Betul:
Pencuri itu telah ditangkap. Dia dibawa ke balai polis.
“Cikgu tinggal di mana ?” tanya Siva kepada gurunya.
Kesalahan umum dari segi Kata adjektif
1.
Salah:
Masakan yang dihidangkan oleh ibunya benar lazat.
Pemandangan di pantai yang nian indah itu mempesonakannya.
Betul:
Masakan yang dihidangkan oleh ibunya 'lazat benar.
Pemandangan di pantai yang indah nian itu mempesonakannya.
Kesalahan umum dari segi Kata kerja transitif
1.
Salah:
Ibu sedang jahit baju kurung.
Ayah selalu cuci keretanya.
Betul:
Ibu sedang menjahit baju kurung.
Ayah selalu mencuci keretanya.
Kesalahan umum dari segi Ayat pasif
1.
Salah:
Cerpen itu telah dikarang oleh saya.
Latihan itu mesti dibuat oleh kau.
Betul:
Cerpen itu telah saya karang.
Latihan itu mesti kaubuat.
Kesalahan umum dari segi Kata tanya
1.
Salah:
Kamu berasal dari manakah ?
Apa nama pengawas itu ?
Bila ayah akan pulang ?
Binatang peliharaan awak bernama siapa ?
Betul:
Kamu berasal dari mana ?
Siapakah nama pengawas itu ?
Bilakah ayah akan pulang ?
Binatang peliharaan awak bernama apa
1.
Salah:
Kucing itu tidur dibawah meja.
Amin mendapat tempat ke tiga dalam acara itu.
Ke tua mereka seorang yang bertanggungjawab.
Ibubapa mestilah menunjukkan tauladan yang baik kepada anak-anak.
Orangtua itu mewasiatkan harta pesakanya kepada anaknya yang bongsu.
Betul:
Kucing itu tidur di bawah meja.
Amin mendapat tempat ketiga dalam acara itu.
Ketua mereka seorang yang bertanggungjawab.
Ibu bapa mestilah menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak.
Orang tua itu mewasiatkan harta pusakanya kepada anaknya yang bongsu.
Kesalahan umum dari segi Kata Ganti Diri
1.
Kata ganti diri ialah kata yang digunakan untuk mengganti kata nama orang.
Kata ganti diri tidak boleh digunakan untuk benda atau binatang. Misalnya:
Kucing itu mati. la dilanggar lori. (salah)
Kucing itu mati dilanggar lori. (betul)
Kata beliau boleh digunakan hanya untuk orang yang dihormati seperti ibu bapa, guru, menteri atau orang tua-tua, dan bukan kanak-kanak. Misalnya:
Beliau ditangkap kerana mengedarkan dadah. (salah)
Dia ditangkap kerana mengedarkan dadah. (betul)
Semua kata ganti tidak boleh digandakan atau diulang menjadi kamu-kamu, anda-anda, mereka-mereka, dan sebagainya. Misalnya:
Mereka-mereka yang bersalah akan dihukum. (salah)
Mereka yang bersalah akan dihukum. (betul)
Kata ganti ia dan nya tidak boleh digabungkan menjadi ianya. Misalnya:
Jika tidak dirawat, mungkin ianya akan lumpuh. (salah)
Jika tidak dirawat, mungkin ia akan lumpuh. (betul)
Kata ganti diri seperti beta, baginda, dan patik digunakan hanya dalam hubungan dengan kerabat diraja saja.
Kesalahan umum dari segi Kata Bilangan
1.
Kata bilangan ialah kata yang pada umumnya digunakan untuk menghitung benda, misalnya satu, dua, dan seterusnya, atau beberapa, semua, dan sebagainya.
Kata bilangan tak tentu setengahsetengah, kata bilangan pisahan tiaptiap, dan kata bilangan himpunan keduadua, dan sebagainya tidak boleh disingkatkan sewenangwenangnya. Lihatlah contoh #* Kesalahan dan pembetulan yang berikut:
(a)*Setengah orang tidak suka akan durian. (salah)
Setengah-setengah orang tidak suka akan durian. (betul)
(b)*Tiap pelajar harus berdisiplin. (salah)
Tiap-tiap pelajar harus berdisiplin. (betul)
(c)*Kedua orang itu anggota polis. (salah)
Kedua-dua orang itu anggota polis. (betul)
(d)*Berbagai usul dikemukakannya. (salah)
Berbagai-bagai usul dikemukakannya.(betul)
1.
Kata bilangan tak tentu para pula tidak boleh diulang menjadi parapara. Lihatlah contoh kesalahan dan pembetulan yang berikut:
Para-para peserta sedang berbaris.(salah) Para peserta sedang berbaris. (betul
1.
Kata bilangan tentu seperti satu, dua, tiga, dan seterusnya tidak boleh didekatkan sekaligus dengan kata bilangan pecahan. Lihatlah contoh kesalahan dan pembetulan yang berikut:
(a) Sudah dua suku jam dia menunggu. (salah)
Sudah dua jam suku dia menunggu. (betul)
(b) Harganya tiga setengah ringgit. (salah)
Harganya tiga ringgit setengah. (betul)
Kesalahan umum dari segi Penjodoh Bilangan
1.
Penjodoh bilangan digunakan bersama-sama dengan kata bilangan.
Walau bagaimanapun, penjodoh bilangan tidak perlu digunakan ,bersamasama dengan kata bilangan seperti para, segala, sekalian, seluruh, semua, sebahagian, setengahsetengah, dan sebilangan. Misalnya:
(a) Para orang pelajar (salah)
Para pelajar (betul)
(b) segala ekor binatang (salah)
segala binatang (betul)
(c) sekalian orang peserta (salah)
sekalian peserta (betul)
(d) seluruh buah negari (salah)
seluruh negeri (betul)
(e) semua orang gadis (salah)
semua gadis (betul)
Kesalahan umum dari segi Kata Sendi
1.
Kata sendi ialah kata yang digunakan bersamasama dengan frasa nama untuk menghubungkan frasa nama itu dengan katakata lain dalam ayat.
Sebagai kata yang merangkaikan frasa nama dengan kata adjektif dan kata kerja tak transitif, kata sendi tidak boleh dilenyapkan. Misalnya:
(a) Ravi suka durian. (salah)
Ravi suka akan durian. (betul)
(b) Kami lalu jalan itu supaya cepat sampai. (salah)
Kami lalu di jalan itu supaya cepat sampai. (betul)
(c) Abang sudah pergi pejabat.(salah)
Abang sudah pergi ke pejabat. (betul)
(d) Kita mesti hormat guru. (salah)
Kita mesti hormat akan/kepada/ terhadap guru. (betul)
(e) Saya bertemu Ali di pasar pagi tadi. (salah)
Saya bertemu dengan Ali di pasar pagi tadi. (betul)
1.
Elakkan penggunaan kata sendi yang diberikan dalam kurungan.
(a) Para pelancong dari Jepun. (bukan *daripada) (b) Ucapan itu daripada Encik Jamal. (bukan *dan) (c) Ali lebih tinggi daripada Ahmad. (bukan *dari) (d) Bekas itu dibuat daripada plastik. (bukan *dari) (e) Buku ini terdiri daripada tiga bahagian. (bukan *dari) (f) Pada waktu petang, saya membantu ayah. (bukan * di) (g) Buku itu ada pada Sheila. (bukan *dengan) (h) Pasu itu terhempas ke tanah. (bukan *di) (i) Encik Azman sudah berpindah ke Kelang. (bukan * di) (j) Buku itu sudah saga pulangkan kepada pustakawan. (bukan *ke) (k) Isa tertarik oleh kejelitaan gadis itu. (bukan * dengan) (l) Kami mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang saudara-saudari berikan. (bukan * diatas)