Showing posts with label Alih Bahasa. Show all posts
Showing posts with label Alih Bahasa. Show all posts

Saturday, April 7, 2012

Alih Bentuk Teks - Sajak


NEGERI BERTUAH INI
Negeri bertuah ini
Tanah air tercinta
Di sini aku dilahirkan
Di sini aku dibesarkan
Di sini taat setia dicurahkan.
Negeri bertuah ini
Warisan nenek moyang
Kaya dengan budaya
Kaya dengan adat dan suku
Air setitik menjadi tasik
.Tanah sekepal menjadi gunung
Rakyat dididik hidup muafakat
Bijak dijadikan panglima
Alim dijadikan imam.
Negeri bertuah ini
Pernah terjajah dan dijajah
Demi maruah bangsa dan tanah air tercinta
Rakyat bangun menentang
Darah tumpah merata.

Contoh Jawapan Alih Bentuk Teks

Penyajak dilahirkan dan dibesarkan di negeri/tanah air yang bertuah dan tercinta. Negeri nenek moyang kaya dengan budaya, adat, dan suku. Air setitik menjadi tasik manakala tanah sekepal menjadi gunung. Rakyat dididik untuk hidup secara bermuafakat. Rakyat yang bijak dijadikan panglima manakala yang alim dijadikan imam. Negeri bertuah ini pernah terjajah dan dijajah. Rakyat bangun untuk menentang penjajahan, Darah mereka tumpah merata-rata.

Tips :

1. Fahami maksud rangkap
2. Tentukan plot supaya anda senang mengenal pasti idea/isi sajak.
3. Tulis ayat berdasarkan pemahaman anda terhadap idea/isi - JANGAN mengulas atau mentafsir idea/isi.
4. Gantinama diri pertama = gantikan dengan PENYAJAK

Wednesday, March 7, 2012

Bagaimana Alih Bentuk Prosa Klasik?

1. Arakian terkejut tapirlah akan sekalian orang yang melihat akan kelakuan lebai itu terlalulah akan mabuk berahinya pada main layang-layang itu terbahak-bahak ketawanya.

a. Abaikan perkataan 'arakian'.
b. Asingkan idea/plot ( JIKA PERLU) - dalam kes ini pengasingan idea/plot tidk perlu kerana hanya ada satu idea/plot dalam ayat.
c. Tulis ayat baharu yang mengandungi idea/plot.
d. Tulis ayat aktif - maknanya kata kerja pasif berimbuhan 'ter' dan 'di' diubah kepada kata kerja aktif berimbuhan 'me' atau 'be'.
e. Pelbagaikan ayat - gunakan pelbagai subjek dan pilih susunan ayat yang paling mudah, tanpa menjejaskan plot/idea. ( Maksud subjek ialah perkataan pertama dalam ayat aktif tersebut).

CONTOH JAWAPAN

1. Semua orang yang melihat kelakuan lebai yang asyik bermain layang-layang sambil ketawa terbahak-bahak itu, terkejut seperti tapir.

2. Kelakuan lebai yang asyik bermain layang-layang sambil ketawa terbahak-bahak itu menyebabkan semua orang yang melihatnya terkejut besar.

3. Keasyikan lebai yang bermain layang-layang sambil ketawa terbahak-bahak mengejutkan semua orang yang melihatnya.

Friday, March 2, 2012

Bagaimana Hendak Alih Bentuk Prosa Klasik?

1. Fahamkan dulu kandungan cerita - dari ayat ke ayat. Tidak faham petikan menyebabkan isi alih bentuk bahasa itu akan salah. Lagipun hal ini akan memudahkan pembinaan ayat yang ditulis ke dalam bentuk bahasa moden.

2. Pendekkan kandungan cerita/isi jika terdapat ayat yang terlalu panjang. Kenal pasti tempat berhenti yang paling sesuai bagi satu-satu ayat yang panjang. Hal ini memudahkan calon menulis ayat yang baharu.

Contoh : Adapun akan sekalian orang yang hadir itu terloponglah mulutnya masing-masing akan asyiknya melihat kelakuan Adele itu menyanyi akan dia lagu 'someone like you'//*, terlalu merdulah akan suaranya itu//*, maka ada yang menangis akan kemerduan suara Adele itu, //*demikianlah akan ceriteranya.//*


Lihat - ada empat (4) isi yang boleh digunakan unytuk membina ayat baharu yang menepati kandungan cerita. Ayat juga akan mudah ditulis.

Contoh Jawapan:1. Mulut semua orang yang hadir terlopong kerana asyik melihat Adele menyanyi lagu 'someone like you'.
2. Suaranya sangat merdu.
3. Kemerduan suara Adele itu menyebabkan ada yang menangis.
4. Begitulah ceritanya.

Nanti sambung...ok

Tuesday, January 31, 2012

Bagaimana Hendak Alih Bentuk Dialog Ini

1. Aqilah : Syyy...pelajar.
Jawapan : Aqilah mengarahkan pelajar diam.

2. Haji Bakhir : Ooo... Nina!
Jawapan : Haji Bakhir menyebut nama Nina.

3. Selena : Opocot...
Jawapan : Selena terperanjat. ( Opocot bukanlah bentuk dialog dalam erti kata sebenar. Oleh itu bentuk alih bahasa boleh bukan dalam ayat cakap pindah).

4. Adele : Lahaulawalah...
Jawapan : Adele beraqalah.

5. Delila : Subhanallah...
Jawapan : Delila melafazkan kesucian Allah.

6. Boboi : Alhamdulillah...
Jawapan : Boboi mengucapkan/melafazkan kesyukuran terhadap Allah.

7. Tonton : Innalillah...
Jawapan : Tonton mendoakan kesejahteraan kepada orang yang ditimpa musibah itu.

8. Mat Yo : Aduhh...
Jawapan : Mat Yo mengaduh.

9. Puyu : Cis...kalau kau berani makanlah.
Jawapan : Puyu mengatakan bahawa orang itu boleh makan jika orang itu berani. ( Jangan diendahkan "CIS" itu).

10. Myra : Hem..hem, banyak kau punya duit?
Jawapan : Myra berdehem. Dia ingin tahu sama ada orang itu mempunyai banyak duit atau tidak.

Wednesday, June 22, 2011

Latihan Alih Bentuk Teks Klasik

Para 1

Setelah beberapa hari ia duduk di rumah Jibor, maka Siti Saidah pun terlalu sangat berahinya akan Sabor dengan seribu daya menahan berahinya, tiada juga bertahan, makin bernyala-nyala. Maka apabila malam, Siti Saidah pun menyuruh orang menghiasai tempat Sabor tidur di atas geta gading bertatahkan ratna mutu manikam itu. Maka Sabor pun naik tidur di atas geta gading juga dan Jibor pun tidurlah dengan isterinya.

Para 2

Pada malah itu Siti Saidah pun sangat keluh kesah, tiadalah boleh tidur daripada sangat berahinya akan Sibor, tiadalah cintanya yang lain melainkan Sabor juga siang malam. Maka Siti Saidah itu ada bermukah dengan jauhari, siang dan malam tiada berkeputusan perbuatannya itu. Akan Jibor itu pun sekali-kali tiada ia tahu akan perbuatan isterinya itu dengan jauharinya itu.

Para 3


Setelah ia melihat rupa paras Sabor, akan jauhari pun ia lupalah, melainkan Saborlah pula dikasihi sayangnya yang tersurat di dalam mata hatinya. Setelah datanglah kepada dua puluh hari Sabor duduk di rumah Jibor saudaranya itu, maka Siti Saidah pun bertambah-tambah berahinya seperti majnun lakunya, telah tiada tertahan hatinya.

(dipetik daripada Prosa Klasik “Sabor” dalam antologi Kerusi, DBP)

Contoh Jawapan

Para 1

Siti Saidah berasa sangat berahi terhadap Sabor selepas Sabor tinggal beberapa hari tinggal di rtumah Jibor. Siti Saidah tidak dapat menahan perasaan berahinya walaupun dia berusaha menahannya dengan seribu daya. Perasaan berahinya sebaliknya semakin kuat. Pada sebelah malamnya, Siti Saidah mengarahkan/menyuruh orang menyediakan tempat tidur Sabor di atas geta gading yang dihiasi dengan permata yang cantik. Sabor tidur di atas geta gading itu manakala Jibor tidur dengan isterinya.

Monday, June 20, 2011

Jawapan Alih Bentuk Bahasa

PERKEMBANGAN pesat (1) teknologi maklumat dan penggunaan gajet serba moden lagi canggih sejak akhir-akhir ini bukan saja merubah cara manusia berkomunikasi menjadikannya lebih pantas biar pun di mana berada, malah ia juga mampu (2) merubah gaya hidup mereka. Satu daripada perubahan ketara yang berlaku sehingga menjadi satu fenomena terutama di kalangan generasi muda kini ialah (3) penggunaan bahasa singkatan SMS dan sembang siber. Memandangkan ia sudah (4) menjadi amalan kehidupan seharian golongan muda, penggunaan bahasa singkatan SMS dan sembang siber didapati semakin (5)mempengaruhi kehidupan dan urusan harian mereka terutama pelajar termasuk dalam menyiapkan tugasan sekolah dan tesis pada peringkat pengajian tinggi.

Cuba anda tulis semula inti tersebut dalam bentuk karangan yang lebih padat dan ringkas. Hantar jawapan anda untuk disemak.

Wednesday, June 15, 2011

Senaraikan Lima Intipati Daripada Petikan

PERKEMBANGAN pesat teknologi maklumat dan penggunaan gajet serba moden lagi canggih sejak akhir-akhir ini bukan saja merubah cara manusia berkomunikasi menjadikannya lebih pantas biar pun di mana berada, malah ia juga mampu merubah gaya hidup mereka. Satu daripada perubahan ketara yang berlaku sehingga menjadi satu fenomena terutama di kalangan generasi muda kini ialah penggunaan bahasa singkatan SMS dan sembang siber. Memandangkan ia sudah menjadi amalan kehidupan seharian golongan muda, penggunaan bahasa singkatan SMS dan sembang siber didapati semakin mempengaruhi kehidupan dan urusan harian mereka terutama pelajar termasuk dalam menyiapkan tugasan sekolah dan tesis pada peringkat pengajian tinggi.

Monday, June 13, 2011

Jawapan Alih Bentuk Bahasa - Petikan Cerpen MOMON

Latihan Alih Bahasa

Alih bentuk bahasa petikan cerpen ini ke dalam prosa biasa

Iwan sebenarnya mempunyai sahabat setia. Namanya Momon. Rumahnya masih satu kelurahan dengan rumah Iwan. Hanya beda RT. Namun, sudah hampir dua minggu Momon tidak main ke rumah Iwan.

“Ke mana, ya,Ma, Momon. Lama tidak muncul. Biasanya tiap hari ia tidak pernah absen. Selalu datang.”

“Mungkin sakit!” jawab Mama.

“Ih, iya, siapa tahu, ya, Ma? Kalau begitu nanti sore aku ingin menengoknya!” katanya bersemangat

Jawapan

Iwan sebenarnya mempunyai sahabat setia. Nama sahabatnya Momon. Rumahnya terletak dalam satu kelurahan yang sama dengan rumah Iwan. RT rumah Iwan dan Moon berbeza. Namun sudah dua minggu Momon sudah tidak datang bermain ke rumah Iwan.

Iwan ingin tahu lokasi Momon berada kerana Momon sudah lama tidak muncul/kelihatan.Menurut Iwan Momon kebiasaannya akan datang pada setiap hari dan tidak perbnah tidak hadir. Iwan mengatakan bahawa Momon selalu dating.

Mama mengatakan bahawa Momon berkemungkinan sakit. Iwan mengeyakannya. Iwan mengatakan bahawa mungkin tiada sesiapa yang tahu. Iwan memberitahu Mama bahawa dia kan menziarahi Momon pada sebelah petangnya. Iwan bersemangat

Jangan Buat Macam Ini Dalam Alih Bentuk Sajak

1. Contoh sajak : Aku melihat Hasan Mutalib menangis
menonton drama bangsanya.

Jawapan Tidak Betul : Penyajak mengatakan bahawa dia melihat Hasan Mutalib
menangis semasa menonton drama bangsanya.

Jawapan Betul : Penyajak melihat Hasan Mutalib menangis semasa menonton drama
bangsanya.

2. Contoh Sajak : Langit malam yang gelap menangis sampai ke pagi
menenggelamkan semua harapan penoreh termasuk ibuku.

Jawapan Tidak Betul : Penyajak mengatakan bahawa langit malam yang gelap
menangis....

menenggelamkan semua harapan penoreh termasuklah
ibuku


Jawapan Betul : Hujan turun pada waktu malam yang gelap memusnahkan semua harapan
penoreh, termasuklah harapan ibu penyajak.

Thursday, May 19, 2011

Latihan Alih Bahasa

Alih bentuk bahasa petikan cerpen ini ke dalam prosa biasa

Iwan sebenarnya mempunyai sahabat setia. Namanya Momon. Rumahnya masih satu kelurahan dengan rumah Iwan. Hanya beda RT. Namun, sudah hampir dua minggu Momon tidak main ke rumah Iwan.

“Ke mana, ya,Ma, Momon. Lama tidak muncul. Biasanya tiap hari ia tidak pernah absen. Selalu datang.”

“Mungkin sakit!” jawab Mama.

“Ih, iya, siapa tahu, ya, Ma? Kalau begitu nanti sore aku ingin menengoknya!” katanya bersemangat

Sudah tiga kali pintu rumah Momon diketuk Iwan. Tapi lama tak ada yang membuka. Kemudian Iwan menanyakan ke tetangga sebelah rumah Momon. Ia mendapat keterangan bahwa momon sudah dua minggu ikut orang tuanya pulang ke desa. Menurut kabar, bapak Momon di-PHK dari pekerjaannya. Rencananya mereka akan menjadi petani saja. Meskipun akhirnya mengorbankan kepentingan Momon. Terpaksa Momon tidak bisa melanjutkan sekolah lagi.

“Oh, kasihan Momon,” ucapnya dalam hati,

Di rumah Iwan tampak melamun. Ia memikirkan nasib sahabatnya itu. Setiap pulang sekolah ia selalu murung.

Ada apa, Wan? Kamu seperti tampak lesu. Tidak seperti biasa. Kalau pulang sekolah selalu tegar dan ceria!” Papa menegur

Momon, Pa.

“Memangnya kenapa dengan sahabatmu itu. Sakitkah ia?”

Iwan menggeleng.

“Lantas!” Papa penasaran ingin tahu.

“Momon sekarang sudah pindah rumah. Kata tetangganya ia ikut orang tuanya pulang ke desa. Kabarnya bapaknya di-PHK. Mereka katanya ingin menjadi petani saja”.


Petikan dari seorang penulis Nusantara -Terima Kasih

Jawapan akan disiarkan minggu hadapan

Thursday, May 12, 2011

Jawapan Alih bahasa Sajak 9 Mei 2011

Dari tingkap dapur rumahnya, seorang perempuan bersamfu hijau berteriak dan bertanya sambil membungkus nien kau. Dia mengangkat tudung periuk sambil tertawa. Wap panas nasi kanji yang harum menjulang ke udara.

Dari rumah sebelah, seorang perempuan berbaju kurung dengan suaranya yang lunak memberikan jawapan sambil tersenyum. Jari-jarinya lincah mengisi ketupat. Sesekali di menyudip serunding di kuali. Baunya yang wangi membangkitkan selera.

Bunyi suara anak-anak muda yang riang kedengaran dari jauh. Pekikan dan tawa mereka terdengar di celah-celah bunyi letupan mercun. Kedua-dua ibu itu saling berpandangan dan tersenyum. Tanpa desakan ideologi politik dan kepura-puraan, hati mereka seolah-olah bersalaman dan berpelukan atas kesederhanaan dan nasib mereka yang sama.

Esoknya, kuih pau dan ketupat bertukar pinggan. Mereka saling menerima dan memberi. Dari hati, mereka mengucapkan Kong Hee dan Selamat Hari Raya.

Monday, May 9, 2011

Alih Bentuk Bahasa

Alih bentuk bahasa petikan sajak di bawah tanpa membuat ulasan atau tafsiran

Seorang perempuan bersamfu hijau
dari tingkap dapur rumahnya berteriak
dan bertanya sambil membungkus Nien Kau
lalu tertawa mengangkat tudung periuk
wap panas menjulang harum kanji nasi
Dan dari rumah sebelah terdengar suara lunak
perempuan berbaju kurung menjawab senyum
sedang jari-jarinya lincah mengisi ketupat
dan sesekali menyudip serunding di kuali
segar selera dicecah baunya yang wangi.

Dari kejauhan suara-suara muda yang riang
pekikan dan tertawa di antara letupan mercun
dan kedua ibu saling memandang dan tersenyum
tanpa seruan pura-pura dari pentas-pentas politik
hati mereka bersalaman dan saling berpelukan
atas kesederhanaan rasa dan nasib yang sama.

Esoknya kuih pau dan ketupat bertukar pinggan
mereka saling menerima dan memberikan kepunyaan
dan dari kedua telaga hati berkocak mesra
mengucapkan Kong Hee dan Selamat Hari Raya

Usman Awang
1965

( Dipetik dari Antologi Puisi Bintang Mengerdip, DBP )


Jawapan akan disiarkan pada 11 Mei 2011.

Thursday, April 14, 2011

Tips: Alih Bentuk Iklan

Jawatan Kosong Polis Di Raja Malaysia (PDRM)



Jawatan sebagai : - Konstabel

- Konstabel Tambahan

Taraf jawatan : Tetap

Jawapan

Pasukan Polis DiRaja Malaysia menawarkann jawatan sebagai konstabel tambahan. Jawatan itu bertaraf tetap.




Cara memohon:

Calon-calon hendaklah menghadiri temuduga terbuka berserta dokuman peribadi yang berikut:

Jawapan

Calon yang hendak menghadiri temu duga mesti membawa dokumen peribadi.





3 keping gambar berukuran pasport

Kad pengenalan (berserta 2 salinan fotostat)

Sijil Beranak (berserta 1 salinan fotostat)

Jawapan

Tiga keping gambar berukuran pasport, dua salinan kad pengenalan yang difotostat, dan satu salinan sijil beranak yang difotostat hendaklah dibawa.





Sijil peperiksaan, Sijil Berhenti Sekolah dan lain-lain sijil kemahiran, jika ada, (berserta 1 salinan fotostat setiap sijil)

Jawapan

Sijil peperiksaan, sijil berhenti sekolah, dan jika ada sijil kemahiran yang lain hendaklah dibawa. Setiap sijil hendaklah difotostat sebanyak satu salinan.



Baju 'T' dan seluar pendek

Alatan tulis – ( Ball point pen )

Jawapan

Baju 'T' dan seluar pendek serta peralatan untuk menulis/alat tulis mesti dibawa.



1 salinan fotostat bagi setiap perkara 3 hingga 5 di atas.

Jawapan

Satu salinan fotostat bagi setiap dokumen daripada perkara ketiga hingga kelima hendaklah disertakan/dibawa.


Kelayakan Fizikal:

Ketinggian melebihi atau sekurang-kurangnya 1.63m bagi calon lelaki dan 1.57m bagi calon wanita tanpa sepatu

Berat badan tidak kurang 50kg bagi calon lelaki dan 48kg bagi calon wanita

Ukuran dada yang biasa 81cm dan 86cm ketika menarik nafas bagi calon lelaki sahaja

Lulus ujian penglihatan untuk kedua-dua belah mata dalam ujian berasingan

Tidak buta warna dan pendengaran yang sempurna

Disahkan sihat oleh Pegawai Perubatan Kerajaan (termasuk pemeriksaan x-ray).




Jawapan untuk para akhir sila buat sendiri


Tukar bentuk iklan ini ke dalam bentuk bahasa prosa laras bahasa umum. Maksud asal mesti dikekalkan. Elakkan menulis isi yang mempunyai ciri-ciri mengulas atau mentafsir.













Monday, February 7, 2011

Alih Bahasa

Salah Tu Bro
1. Shah Khir Khan : Kamu memang degil dan suka menaikkan kemarahan aku, Bieber".

Dengan perasaan marah SKK mengatakan bahawa Bieber memang seorang yang degil dan suka menaikkan kemarahannya.
Jawapan ini ada unsur ulasan atau tafsiran pada frasa yang dihitamkan itu.

2. " Abang Khir tu mempunyai lapan buah kereta mewah, 1000 ekar ladang getah, 100 buah rumah sewa, saham , bot mewah dan bermacam-macam harta benda yang mahal", kata Kiki kepada bekas teman lelakinya.

Kiki memberitahu bekas teman lelakinya bahawa abang Khir merupakan seorang hartawan.

Jawapan ada unsur ulasan pada frasa yang dihitamkan.

Wednesday, July 28, 2010

Mai Kaji



Alih bahasa Prosa moden


Tips:

1. Ayat cakap ajuk tukar kepada ayat cakap pindah.

2. Ayat itu seharusnya ayat aktif [ gunakan sedapat yang boleh kata kerja berimbuhan ' me' yang menunjukkan perbuatan itu terhasil daripada percakapan/pertuturan].

Contoh : menyatakan, mendakwa, memberitahu, mengatakan, menuduh, meminta, menyuruh, melarang, menerangkan,menjelaskan, etc.

3. Semua ayat mestilah dalam bentuk ayat penyata, BUKAN Ayat Tanya.

4. Ayat yang terhasil dalam alih bentuk bahasa seharusnya ayat komplemen, BUKAN Ayat Relatif.

Contoh : KhirKhan mengatakan yang dia sudah makan. [x]
Khir khan mengatakan bahawa dia sudah makan. [/]

5. JANGAN gunakan kata ganti nama diri pertama dan kedua. Gunakan kata ganti nama diri ketiga sahaja.
Contoh : " Kita mesti pulang sekarang," Khirkhan bersuara.
Khirkhan mengatakan bahawa MEREKA mesti pulang.
6. Jangan gunakan sendi nama kepada selepas kata kerja tertentu, terutama
'memberitahu, menjelaskan, menerangkan'

Contoh : Khirkhan memberitahu kepada Dr Talib bahawa.....[x]

7. Konsep masa mesti dipatuhi dalam ayat cakap pindah.
Contoh :
ini - hari itu
sekarang - pada masa itu , pada waktu itu
tadi - sebelum itu
nanti - pada masa yang lain
esok - hari berikutnya/keesokan harinya
semalam - hari sebelumnya
kelmarin - dua hari berikutnya
lusa - dua hari berikutnya
bulan depan - bulan berikutnya

8. Jangan tulis ayat yang ada kata tanya.
Contoh: KhirKhan ingin tahu bagaimana hendak membuat kuih koci.[x]
Khirkhan menanyakan Linda adakah Linda sudah makan. [x]

Tips menulis ayat cakap pindah

1. Ayat Cakap Ajuk penyataan.
Formula : Subjek + Kata Kerja (imbuhan 'me') + kata hubung
komplemen 'bahawa'+ isi
Contoh : "Saya suka kamu Yati", kata Khir.
Khir + mengatakan + bahawa + dia suka Yati
* Kata hubung komplemen bahawa BUKAN sesuatu yang wajib ada, bagi sesetengah kata kerja, kata hubung itu tidak perlu digunakan.
Contoh : " Awaklah orang yang mengambil selipar saya" kata Upin kepada Rajoo.
Upin mendakwa Rajoo mengambil seliparnya.
* Bagi kata kerja 'menanyakan', 'memberitahu' , letakkan kata nama selepasnya.
Contoh : menanyakan Rajoo, memberitahu Rajoo bahawa

Ayat Cakap Ajuk Pertanyaan.

1. Buang semua kata tanya.
2. Ayat tanya yang menghasilkan jawapan pilihan 'ya' atau 'tidak' / 'sudah' atau 'belum' gunakan formula berikut.

Subjek + ingin tahu/menanyakan + sama ada + isi ...... atau

Contoh : " Awak sudah makan" tanya Khirkhan kepada Asha.

Khirkhan ingin tahu sama ada Asha sudah makan atau belum.
Khirkhan menanyakan Asha sama ada Asha sudah makan atau belum.

3. Ayat tanya yang ada kata tanya 5W1H, gunakan formula berikut.

Subjek + ingin tahu / menanyakan + ( tukar kata tanya dalam isi).

Contoh : " Mengapa awak makan, Asha? tanya Khirkhan.

Khir khan ingin tahu sebab Asha makan.
Khirkhan menanyakan Asha sebab Asha makan.

4. Setiap ayat cakap ajuk mesti ditukar kepada ayat cakap pindah. Ada calon terlupa hal ini kerana dialog seorang penutur telalu banyak. JANGAN sesekali menulis isi sahaja.

5. Tukar kata tanya ;

bagaimana - cara, kaedah, teknik

kenapa/mengapa - sebab, faktor, punca

siapa - orang/ sesiapa/ lihat teks asal, cth.. siapa ambil buku saya? tanya Cikgu Za kepada pelajar-pelajarnya... 'siapa' dalam soalan itu, tukar kepada 'pelajar'. cth jawapan.. Cikgu Za ingin tahu nama pelajar yang mengambil bukunya.

berapa - bilangan, kuantiti, jumlah

apa - perkara, hal, benda, apa-apa, jenis dll

mana - tempat, lokasi, destinasi, arah tujuan, mana-mana

Contoh:

Teks asal:

"Ke mana kaupergi, telah tiga hari tak pulang-pulang Yem?""Mencari kerja, mak. Dan sekarang saya pulang dengan membawa berita gembira," jawabnya sambil membuka bajunya yang basah"Sudahkah dapat kerja?""Sudah mak, suatu kerja yang sangat menyenangkan. Kita akan senang, akan hidup mewah. Lihatlah duit dan pakaian ini, Yem bawa untuk kita".

Jawapan Pelajar 1:
Mak bertanya kepada Yem ke manakah dia telah pergi selama tiga hari dan tidak pulang ke rumah. Yem memberitahu maknya bahawa dia pergi mencari kerja dan dia membawa pulang berita gembira sambil membuka bajunya yang basah. Emaknya bertanya kepada Yem bahawa dia sudah mendapat kerja atau belum. Yem memberitahu maknya bahawa dia sudah mendapat kerja dan kerjanya adalah sangat senang. Yem juga memberitahu ibunya bahawa mereka akan hidup senang dan mewah sambil menunjukan wang dan baju dan berkata bahawa Yem membawakannya untuk mereka berdua.


Ulasan jawapan pelajar 1:
1. Pelajar ini masih mengekalkan kata tanya "ke mana"
2. Hanya menggunakan panggilan 'mak' untuk emak Yem.
3. Kesalahan ejaan bagi perkataan "menunjukkan"
4. Menggunakan kata hubung yang tidak tepat iaitu "bahawa" (Yang tepat ialah "sama ada")
5. Sebahagian besar jawapan alih bentuk teks tidak tepat dan tidak menggambarkan ciri-ciri wacana yang baik.


Contoh jawapan Pelajar 2:
Emak ingin tahu Yam pergi ke mana setelah tiga hari tidak pulang. Yem menyatakan bahawa dia mencari kerja, dan sekarang dia pulang dengan membawa berita gembira kepada emaknya sambil Yem membuka bajunya yang basah. Emak ingin tahusama ada Yem sudah dapat kerja atau tidak. Yem memberitahu emaknya bahawa dia sudah dapat kerja dan kerja itu sangat menyenangkan. Tambah Yem lagi, kita akan senang dan akan hidup mewah. Yem meminta emaknya melihat duit dan pakaian yang dia bawa untuk dia dan emaknya.Ulasan terhadap jawapan Pelajar 2:
1. Pelajar ini masih mengekalkan kata tanya iaitu 'ke mana
2. Pelajar ini tidak menukarkan konsep masa iaitu 'sekarang' kepada "pada masa itu".
3. Penggunaan kata ganti nama yang tidak tepat iaitu "kita", sepatutnya "mereka"
4. Jawapan Pelajar 2 lebih baik daripada jawapan Pelajar 1.


Cadangan jawapan bagi soalan ini:

1. Emak Yem ingin tahu tempat Yem pergi setelah tidak pulang selama tiga hari.
2. Sambil membuka bajunya yang basah, Yem menyatakan bahawa dia pergi mencari pekerjaan.

3. Yem juga mengatakan bahawa dia pulang dengan membawa berita gembira pada waktu itu.
4. Emak Yem ingin tahu sama ada Yem sudah mendapat pekerjaan atau tidak.
5. Yem menyatakan bahawa dia sudah mendapat pekerjaan, iaitu pekerjaan yang sangat menyenangkan mereka.
6. Menurutnya lagi, mereka akan senang dan akan hidup mewah.

7. Yem menyuruh emaknya melihat wang dan pakaian yang dibawa untuk mereka.

Thursday, July 15, 2010

Perkara yang Perlu Dialih

Bil.

Perkara

Contoh

Jawapan

1

keterangan tempat

di sini, di tempat ini

di situ, di tempat itu

2

keterangan masa

kini, sekarang, ketika ini, pada masa ini, semalam, esok, kelmarin, lusa, tulat, tadi

ketika itu, pada masa itu, hari sebelumnya, dua hari sebelumnya, hari berikutnya, dua hari berikutnya, tiga hari berikutnya, sebelum waktu itu

3

Kata ganti nama diri

saya, aku, kami

dia, mereka, atau nama watak yang berkenaan

4

pertanyaan

mengapa, bila, bagaimana, berapa harga, apa, di mana, ke mana


sebab, masa, cara, harga, teknik, jumlah , bilangankaedah,langkah,destinasi, lokasi, arah tujuan, perkara, tempat, kawasan,orang, pemilik

5

kata singkat

nak, tak, tapi, mau, saja,

hendak, tidak, tetapi, mahu, sahaja


Contoh:

KHIR : Siapa pancing ikan ini?

JWP : Khir ingin tahu orang yang telah memancing ikan itu.


KHIR : Siapa ada telefon bimbit dalam kelas ini?

JWP : Khir menanyakan pelajar-pelajarnya sama ada di dalam kelas itu ada orang memiliki telefon bimbit

atau tidak.


KHIR : Ke mana awak nak pergi Jusoh sekarang?

JWP : Ingin tahu destinasi/ arah tujuan Jusoh pada waktu itu.


KHIR : Di mana awak jumpa emas ini, Nawi?

JWP : Khir ingin tahu lokasi Nawi menemui emas itu.


KHIR : Bagaimana saya nak masak nasi dagang?

JWP : Khir ingin tahu cara untuk memasak nasi dagang.


KHIR : Cit...saya tak percaya.

JWP : Khir berdecit. Dia mengatakan bahawa dia tidak percaya.


KHIR : Tadi saya jumpa hantu Pak Mat.

JWP : Khir memberitahu Pak Mat bahawa dia berjumpa hantu sebelum itu/ sebelum berjumpa Pak Mat.



BERSAMBUNG...

Tuesday, July 13, 2010

JAWAPAN ALIH BENTUK BAHASA IKLAN

Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), menawarkan jawatan kontrak sebagai Pegawai Teknologi Maklumat gred f 41. Tangga gajinya ialah P1T1 hingga P1T25 iaitu RM 1899.01 hingga 4715.35.itk adalah sebanyak RM 300, manakala ITP adalah sebanyak rm 250.00. BSH adalah sebanyak RM300.00.

Syarat-syarat untuk jawatan Pegawai Teknologi Maklumat secara kontrak ialah Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang Sains Komputer atau Teknologi Maklumat yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
Ijazah lain yang diterima adalah sama ada Ijazah Sarjana dalam bidang Sains Komputer, Teknologi Maklumat, atau Kejuruteraan Komputer daripada Institusi pengajian tinggi tempatan, atau kelayakan yang setaraf dengannya.
Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) sama ada dalam bidang Sains Komputer, Teknologi Maklumat,atau Kejuruteraan Komputer, atau kelayakan yang setaraf dengannya juga memenuhi syarat.
Kelulusan bagi mata pelajaran Bahasa Melayu termasuk ujian lisan pada peringkat spm atau kelulusan yang diiktiraf oleh kerajaan menjadi syarat untuk jawatan itu.


BERSAMBUNG...

Latihan Alih Bahasa Iklan

JAWATAN KOSONG

PERBADANAN PEMBANGUNAN PERDAGANGAN LUAR MALAYSIA (MATRADE)
MATRADE (MATRADE)

A. JAWATAN KONTRAK
1.Pegawai Teknologi
Maklumat
Gred F41
P1T1 – P1T25
RM1899.01 – RM4715.35
ITK : RM300.00
ITP : RM250.00
BSH : RM300.00

B. SYARAT-SYARAT
1. Pegawai Teknologi Maklumat, Gred F41 (Kontrak)
a) Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang Sains Komputer atau Teknologi
Maklumat yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi
tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
b) Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Komputer yang diiktiraf oleh Kerajaan
daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya; atau
c) Ijazah Sarjana dalam bidang Sains Komputer, Teknologi Maklumat atau
Kejuruteraan Komputer yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi
pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
d) Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang Sains Komputer, Teknologi
Maklumat atau Kejuruteraan Komputer yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada
institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya; dan
e) Lulus Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya
oleh Kerajaan.

C. SYARAT-SYARAT LAIN
Keutamaan diberikan kepada calon-calon yang mahir dalam menggunakan
Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris serta mempunyai kemahiran komputer.

D. TEMPOH KONTRAK
Tempoh perlantikan kepada semua calon yang dilantik secara kontrak adalah
selama 2 tahun tertakluk kepada prestasi kerja yang memuaskan.

E. KELAYAKAN
1. Terdiri dari warganegara Malaysia.
2. Calon-calon lantikan hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun
pada tarikh tutup iklan jawatan.
3. Pegawai kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah berumur kurang
dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

F. CARA MEMOHON
1. Permohonan hendaklah dibuat melalui laman web
www.jobsmalaysia.gov.my
2. Pemohon hendaklah mengisi segala butiran dengan lengkap dan berserta
gambar terbaru di dalam laman web. Sebarang permohonan yang tidak
lengkap tidak akan dilayan dan dianggap tidak berjaya.

G. TARIKH TUTUP
1. Tarikh tutup permohonan : 19 Julai 2010

H. CATATAN AM
1. Pemohon- pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas
enam (6) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap
permohonan mereka tidak berjaya. Tiada makluman bersurat akan
dikeluarkan oleh pihak MATRADE.
2. Pemohon yang mempunyai kelayakan ijazah dari Institusi Luar
Negara dan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) hendaklah
mengemukakan surat pengiktirafan pihak Jabatan Perkhidmatan
Awam (JPA).

Thursday, June 24, 2010

PERINGATAN



PANDUAN RINGKAS ALIH BENTUK TEKS (BAHAGIAN C)
JENIS-JENIS LARAS

•Bahasa Melayu Klasik

•Dialog (laras sastera kreatif)

•Iklan

•Undang-undang

•Puisi (moden dan klasik)


Laras yang paling popular dan kerap digunakan dalam kertas soalan ialah laras sastera kreatif/ dialog dan laras bahasa Melayu klasik.


Untuk tujuan mengalih bentuk teks sastera kreatif kepada bentuk laras biasa, pelajar hendaklah mengetahui asas-asas mengalih bentuk teks, antaranya ialah dengan menukarkan semua cakap ajuk kepada cakap pindah.

Oleh itu, perkara-perkara di bawah hendaklah dititikberatkan oleh pelajar bagi menghasilkan alih bentuk teks yang tepat.


1. Semua kata tanya seperti apa, siapa, bila, di mana, ke mana, bagaimana, kenapa, dan mengapa hendaklah ditukarkan kepada:menanyakaningin mengetahuin inginkan kepastian/ingin mendapat kepastian ingin tahu sebab


2. Pelajar-pelajar juga boleh mempelbagaikan ayat dengan menggunakan frasa-frasa seperti•Menyatakan bahawa•Menjelaskan bahawa•Tambahnya lagi•Jelasnya lagi•Menerangkan bahawa


3. Pelajar mestilah menggunakan perkataan penuh bagi kependekan kata seperti nak, tak, dah, tu, tapi dsb.


4. Kata-kata larangan seperti jangan, usahlah, tak tidak boleh dimasukkan dan digantikan dengan perkataan melarang, menafikan dsb.


5. Pelajar juga hendaklah menukarkan konsep masa seperti:•hari ini - hari tersebut/ itu•masa ini / kini - masa itu•Sekarang - pada masa itu•Sini - di situ•Begini - begitu/ demikian•Semalam - pada malam sebelum itu•kelmarin - pada hari sebelum itu


6. Jangan buat ulasan atau laporan.


7. Jangan sesekali menyusun isi dan menokok tambah cerita.

Jawaban Alih Bahasa Klasik : Hang Tuah




Pada suatu ketika ada seorang pemuda yang bernama Hang Tuah. Dia anak Hang Mahmud.
Mereka tinggal di Sungai Duyung. Pada masa itu penduduk Sungai mendapat berita bahawa Raja Bintan sangat baik dan sopan kepada semua rakyat baginda.

Ketika Hang Mahmud mendapat berita itu mengajak isterinya yang bernama Dang Merdu untuk pergi ke Bintan. Hang Mahmud memberitahu isterinya bahawa Bintan merupakan sebuah negeri yang besar. Hang Mahmud juga mengatakan bahawa oraang miskin seperti mereka lebih baik pergi ke Bintan agar mereka mudah mendapat pekerjaan.

Pada sebelah malamnya, Hang Mahmud telah bermimpi bulan turun dari langit. Cahaya bulan itu penuh di atas kepala Hang Tuah. Hang Mahmud terbangun lantas mengangkat dan mencium anaknya. Seluruh tubuh Hang Tuah berbau seperti bau wangian.. Pada waktu siangnya, Hang Mahmud menceritakan mimpinya kepada isteri dan anaknya. Setelah mendengar kata-kata suaminya Dang Wangi terus memandikan dan melulurkan anaknya. Setelah itu Dang Merdu memakaikan anaknya dengan kain, baju dan ikat kepala serba putih.
Dang Merdu memberi Hang Tuah makan nasi kunyit dan telur ayam. Dia juga menjemput beberapa orang yang alim untuk mendoakan keselamatan Hang Tuah. Setelah selesai, Dang Merdu memeluk anaknya. Hang Mahmud memberitahu isterinya bahawa mereka mesti menjaga anak mereka dengan sebaik-baiknya, dan melarang Hang Tuah bermain di tempat yang jauh