Showing posts with label Rumusan. Show all posts
Showing posts with label Rumusan. Show all posts

Tuesday, June 21, 2011

Latihan Rumusan

Senaraikan Intipati Petikan Ini


Pastinya pakar pendidikan, ahli akademik, guru dan ibu bapa ternanti-nantikan pelaksanaan sistem pentaksiran ini yang tidak lagi berorientasikan peperiksaan. Pengurangan tumpuan kepada peperiksaan membolehkan pelajar mempunyai lebih banyak masa diberikan kepada mata pelajaran tertentu serta kegiatan kokurikulum, sekali gus memberi kesan positif kepada keseluruhan sistem pelajaran. Kita percaya sistem pentaksiran ini dapat mencapai matlamat negara untuk melahirkan modal insan serba boleh yang mempunyai keterampilan tinggi.





Jawapan

Pastinya pakar pendidikan, ahli akademik, guru dan ibu bapa ternanti-nantikan(dinantikan) pelaksanaan (1)Sistem pentaksiran yang tidak lagi berorientasikan peperiksaan. Pengurangan tumpuan kepada peperiksaan membolehkan (2)Pelajar mempunyai lebih banyak masa diberikan kepada mata pelajaran tertentu serta kegiatan kokurikulum, sekali gus (3)Memberi kesan positif kepada keseluruhan sistem pelajaran. Kita percaya sistem pentaksiran ini dapat mencapai matlamat negara untuk(4) Melahirkan modal insan serba boleh yang mempunyai berketerampilan tinggi.



Inti 1 - Sistem pentaksiran yang tidak berasaskan peperiksaan dinanti-natikan.

Inti 2 - Lebih banyak masa pelajar ditumpukan pada mata pelajaran tertentu dan kegiatan kokurikulum.

Inti 3 - Sistem pelajaran menerima kesan positifnya

Inti 4 - Modal insan yang berketramopilan dapat dilahirkan

Tuesday, May 10, 2011

Latihan Rumusan 10 Mei 2011

KEPUTUSAN peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 kelmarin menceritakan tahap pencapaian akademik pelajar peringkat menengah di negara ini. Daripada 364,046 calon mengambil peperiksaan, 1.99 peratus (6,277 pelajar) memperoleh gred cemerlang (1.6 peratus 2008). Ini dianggap pencapaian hebat. Secara keseluruhan, jumlah calon mendapat sijil bertambah 16,603 walaupun peratusan kekal 90.8 peratus iaitu sama seperti 2008. Namun, pencapaian akademik itu diharap turut menggambarkan pencapaian kualiti sahsiah pelajar. Apabila masih berlaku pelbagai kes gejala sosial dan jenayah membabitkan pelajar, ia turut dikaitkan dengan kesan pendidikan pada pembentukan disiplin serta pemantapan sahsiah.


Memang tepat apabila Kementerian Pelajaran memberi semula tumpuan kepada pencapaian sukan dan penyertaan pelajar dalam kegiatan kokurikulum apabila menilai keseluruhan prestasi pelajar sekarang. Semua aktiviti dalam dua kegiatan itu memberi impak besar kepada penyuburan minda, emosi dan sikap yang menjadi elemen dalam satu proses pembinaan sahsiah mulia. Apabila sistem pendidikan kini turut menekankan aspek sukan dan kokurikulum maka satu pandangan daripada Majlis Permuafakatan PIBG Kebangsaan perlu diberi perhatian.

Badan itu mencadangkan, tumpuan sama perlu diberi kepada pembentukan disiplin pelajar. Antara caranya, kerajaan meneliti dan menggubal semula sukatan mata pelajaran Pendidikan Islam serta Pendidikan Sivil dan Moral (dan Pendidikan Modal untuk murid sekolah rendah). Selain mendedahkan asas agama, sukatan kedua-dua mata pelajaran itu perlu sarat dengan nilai didikan yang mampu diserap pelajar sepanjang proses pembinaan kerangka sahsiah mereka menjelang remaja sebelum memasuki alam dewasa. Kesan pendidikan bermutu bukan dipaparkan semata-mata dengan sijil, tetapi dibuktikan dengan cara hidup pelajar terbabit yang lebih bermoral dan berakhlak.

Kejayaan sistem pendidikan juga berkait rapat dengan penyertaan ibu bapa dalam proses membina insan (mendidik anak) secara langsung di rumah atau tidak langsung di sekolah. Adalah bijak apabila mereka aktif dalam Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) untuk berkomunikasi secara dua hala dan bukan bertindak menjadi ahli ‘Persatuan Ibu Bapa Belasah Guru’. Jika ibu bapa berkonflik dengan guru atau institusi pendidikan maka ia memberi kesan besar kepada anak (pelajar).

Ringkasnya, ketika semua pihak menekankan aspek IQ dalam menyukat tahap diri seseorang, maka aspek penyuburan EQ (emotional quotient) juga perlu diselaraskan. Sama juga dengan keperluan membangunkan SQ (spiritual quotient) yang membabitkan penyuburan akidah, sikap dan nilai murni yang dirangkum dalam istilah pembinaan sahsiah tidak boleh terkecuali atau diabaikan sama sekali.

Terakhir, FQ (family quotient) adalah satu lagi tonggak menentukan masa depan pelajar dengan bersendikan pencapaian akademik, berakhlak dan insan yang stabil emosinya. Kejayaan merangkumkan kehebatan keempat-empat elemen ini maka tanpa ragu lagi akan melahirkan anak sekali gus pelajar lulusan SPM; kemudian memasuki institusi pengajian tinggi sebelum keluar menjadi ahli masyarakat yang mampu menyertai pembangunan negara serta ada sumbangan baktinya untuk bangsa, agama dan negara.

Jawapan akan disiarkan pada 13 Mei 2011

Wednesday, May 4, 2011

Jawapan Rumusan Para 1

Para 1

TIADA negara mahu terbabit dalam kancah menjual dan memperdagangkan manusia kerana ia akan dipandang jijik dan bertentangan dengan hak kebebasan manusia. Namun, dinegara tertentu, kegiatan penyeludupan manusia tetap berlaku. Disebabkan kedudukan geografi dan kemakmuran ekonomi yang menjadi tumpuan rakyat asing, Malaysia menjadi mangsa keadaan. Negara ini dijadikan transit kegiatan haram itu. Malaysia sudah sekian lama menjadi destinasi pendatang dari Indonesia, Thailand, Filipina, Kemboja, Vietnam, Myanmar, China, India, Nepal, Bangladesh, Pakistan, Afrika dan banyak lagi untuk mencari rezeki. Keadaan ini menyebabkan Malaysia terdedah kepada kegiatan penyeludupan manusia oleh sindiket antarabangsa.

Tuesday, May 3, 2011

Latihan Rumusan

TIADA negara mahu terbabit dalam kancah menjual dan memperdagangkan manusia kerana ia akan dipandang jijik dan bertentangan dengan hak kebebasan manusia. Namun, di negara tertentu, kegiatan penyeludupan manusia tetap berlaku. Disebabkan kedudukan geografi dan kemakmuran ekonomi yang menjadi tumpuan rakyat asing, Malaysia menjadi mangsa keadaan. Negara ini dijadikan transit kegiatan haram itu. Malaysia sudah sekian lama menjadi destinasi pendatang dari Indonesia, Thailand, Filipina, Kemboja, Vietnam, Myanmar, China, India, Nepal, Bangladesh, Pakistan, Afrika dan banyak lagi untuk mencari rezeki. Keadaan ini menyebabkan Malaysia terdedah kepada kegiatan penyeludupan manusia oleh sindiket antarabangsa.


Baru-baru ini, Amerika Syarikat dalam laporan Pemerdagangan Manusia 2009 meletakkan Malaysia sebagai satu daripada 17 negara yang mempunyai rekod buruk dalam kegiatan pemerdagangan manusia. Laporan itu menyatakan, walaupun Malaysia menguatkuasakan Akta Antipemerdagangan Orang 2007, penguatkuasaannya dilihat terhad bagi kes pelacuran, manakala kes pemerdagangan manusia dalam sektor pekerjaan dan isu pelarian Myanmar yang didakwa diperdagangkan ke Thailand dikatakan tidak diberi perhatian. Bagaimanapun, kerajaan tidak berdiam diri dan berusaha sedaya upaya untuk menangani masalah ini melalui kerjasama dengan beberapa negara lain. Terbaru ialah persetujuan Malaysia dan Australia memantapkan kerjasama bagi membanteras kegiatan penyeludupan manusia antara kedua-dua negara, terutama dalam aspek pencegahan awal dan perkongsian maklumat risikan yang lebih kerap.

Perkara itu adalah antara yang dibincang dan dipersetujui dalam pertemuan antara Datuk Seri Najib Razak dengan rakan sejawatnya dari Australia, Kevin Rudd, di Putrajaya, kelmarin. Susulan itu, ketua pasukan keselamatan kedua-dua negara akan mengadakan perbincangan untuk mencari kaedah lebih baik mencegah kegiatan terbabit, termasuk meningkatkan keberkesanan operasi dan pemantauan yang lebih berkesan. Kuala Lumpur sudah memberi jaminan kepada Canberra bahawa Malaysia akan melakukan yang terbaik untuk menyekat kemasukan pendatang tanpa izin ke negara berkenaan dari sini. Isu kebanjiran pendatang tanpa izin menjadi kebimbangan Australia sejak kebelakangan ini kerana ramai pendatang dari Afghanistan, Iran, Iraq, Pakistan dan Sri Lanka dikatakan masuk ke negara itu dengan menggunakan Malaysia sebagai pangkalan permulaan bagi laluan jalan laut menerusi Indonesia. Laporan menyebut Australia sudah memintas dan menahan 15 bot pendatang tanpa izin baru-baru ini, manakala Malaysia menahan lebih 100 pendatang di perairan negara dan sesetengah kegiatan itu dikesan selepas bot yang membawa mereka karam di perairan negara.

Apa pun, kita berharap semua negara bekerjasama terutama negara jiran seperti Singapura, Thailand, Filipina dan Indonesia termasuk bertukar maklumat risikan serta rondaan lebih ketat di perairan masing-masing bagi mengekang kegiatan penyeludupan manusia itu.

Friday, April 29, 2011

Minda Pengarang: Wanita luar bandar perlu latihan khusus tingkat pendapatan
2010/12/10

PARA 1

PERANAN wanita hari ini dalam membangunkan negara sama pentingnya dengan lelaki. Sebab itulah kerajaan tidak pernah sama sekali mendiskriminasi wanita di negara ini kerana mereka juga mempunyai peranan penting dalam memberi sumbangan terhadap pembangunan negara.

PARA 2

Dalam apa juga program kerajaan, wanita tidak pernah dipinggirkan. Kewujudan kementerian khusus untuk wanita iaitu Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ialah bukti kerajaan tidak mengabaikan peranan wanita, sebaliknya mengiktiraf sumbangan mereka.
Hakikatnya, negara tidak mungkin menjadi maju dan aman seperti yang dikecapi hari ini tanpa kerjasama dan usaha gigih yang dimainkan wanita. Kewujudan sebuah keluarga bahagia adalah elemen asas dalam pembentukan sebuah masyarakat dan negara sejahtera yang sebahagian besar peranan itu digerakkan oleh wanita. Oleh itu, adalah penting kerajaan memberi perhatian serius kepada wanita terutama yang tinggal di luar bandar bagi memastikan mereka tidak terus ketinggalan.

PARA 3

Sejak kebelakangan ini bukan sahaja ramai wanita yang berjaya, malah sesetengahnya mengatasi lelaki. Di institusi pengajian tinggi (IPT) juga kita dapati peratusan pelajar wanita jauh melebihi pelajar lelaki. Nisbahnya sekarang sudah mencapai hampir 70:30. Begitu juga dalam kebanyakan jabatan dan agensi kerajaan, banyak wanita menjawat jawatan penting termasuk sebagai ketua jabatan. Kita percaya jika wanita terus diberi peluang dan bersaing secara terbuka mereka akan menjadi lebih maju.


PARA 4

Itulah antara matlamat kerajaan seperti ditegaskan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahu melahirkan lebih ramai wanita berkemahiran sekali gus meningkatkan pendapatan dan mengeluarkan mereka daripada belenggu kemiskinan. Timbalan Perdana Menteri ketika menyampaikan ucap utama pada Sidang Kemuncak Wanita 2010 kelmarin, yakin wanita dapat membantu kerajaan mengharungi persaingan ekonomi global jika mereka diberi kemahiran yang bersesuaian.

PARA 5

Seiring dengan misi negara untuk mencapai status negara maju menjelang 2020, sewajarnya pembangunan wanita dalam bidang ekonomi, sosial dan politik diperkasakan. Penyertaan wanita dalam tenaga kerja di negara ini berjaya ditingkatkan daripada 44.7 peratus pada 1995 kepada 46.4 peratus pada 2009 dan sasaran sehingga 55 peratus menjelang akhir Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10).


PARA 6

Selain meningkatkan penyertaan wanita dalam pasaran tenaga kerja, menambah bilangan wanita pada peringkat pembuat dasar serta menyediakan program sokongan kepada wanita teraniaya dan ibu tunggal perlu dilaksanakan sebagai satu usaha berterusan. Sasaran untuk meletakkan kira-kira 30 peratus wanita sebagai pembuat keputusan dan dasar dalam kerajaan hampir tercapai berikutan komitmen kerajaan untuk terus mengiktiraf kebolehan mereka.
Bagi wanita yang tinggal di luar bandar terutama di kampung, satu program latihan khusus perlu dilaksanakan bagi membantu mereka meningkatkan pendapatan. Langkah itu sejajar dengan usaha kerajaan untuk memperkenalkan pelbagai skim meningkatkan potensi dan kemahiran wanita luar bandar supaya mereka mampu menyertai sektor pekerjaan bagi menambah pendapatan keluarga.

PARA 7

Menyediakan mereka dengan kemahiran bersesuaian dapat memastikan kehidupan mereka lebih terjamin. Kita percaya semua usaha kerajaan itu termasuk untuk melahirkan 4,000 usahawan wanita menjelang 2012 di luar bandar dapat direalisasikan.


Jawapan Rumusan akan diberi selepas pelajar memberi jawapan sama ada melalui email atau comment. Jawab para demi para.

Thursday, April 21, 2011

Jawapan Rumusan Para 5

PARA 5

Kedua-dua kementerian perlu membuat unjuran yang lebih tepat bagi memenuhi permintaan guru opsyen berkenaan di semua sekolah. Jika unjuran semasa bagi memenuhi kuota pengambilan guru opsyen berkenaan hanya 50 orang, adalah pengambilan guru pelatihtidak wajar dibuat melebihi daripada unjuran berkenaan. Sewajarnya guru pelatih itu ditawarkan opsyen lain yang dikenal pasti berlaku kekurangan, sebelum mereka diterima masuk menjalani latihan. Kita berharap jawatankuasa bersama antara dua kementerian terbabit dapat mencari kaedah dan penyelesaian terbaik agar masalah lebihan guru tidak berulang pada masa depan.

Wednesday, April 20, 2011

Jawapan Rumusan Para 4

PARA 4

Kita percaya, tentunya ada guru yang kecewa dan hilang semangat kerana terpaksa mengajar subjek yang bukan menjadi kepakaran mereka. Jika dipaksa mengajar bidangyang tidak diminati, ia bukan saja boleh menghilangkan semangat guru terbabit, malah prestasi pelajar juga akan turut terjejas.Penjelasan Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi bahawa lebihan guru terbabit bukan membabitkan guru yang sedang berkhidmat, sedikit sebanyak memberi gambaran sebenar kedudukan masalah itu. Lebihan guru itu berlaku sebenarnya disebabkan penempatan untuk mengajar belum dibuat. Graduan bagi opsyen Sains dan Matematik itu belum ditawarkan penempatan berikutan lebihan penawaran guru subjek terbabit di seluruh negara. Justeru, kita harap Jawatankuasa Bersama Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi yang diwujudkan dapat mencari penyelesaian bagi menangani masalah itu.



Senaraikan intipati yang relevan untuk idea-idea yang telah ditandakan untuk anda.

Tuesday, April 19, 2011

Jawapan Rumusan Para 3

PARA 3

Disebabkan guru subjek berkenaan berlebihan, ada antara mereka terpaksa mengajar subjek lain yang tiada kena-mengena dengan opsyen mereka ketika menjalani latihan. Guru yang memiliki kepakaran mengajar subjek Fizik, Kimia dan Biologi diarah mengajar subjek lain seperti Pendidikan Islam, Pendidikan Jasmani dan Bahasa Inggeris, sudah tentu menimbulkan masalah dari segi keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Keadaan itu juga pastinya mengecewakan ibu bapa yang mengharapkan anak mereka diajar oleh guru yang mahir dan pakar dalam subjek tertentu.

Intipati

1. Guru terpaksa mengajar subjek yang bukan opsyen mereka.
2. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran akan timbul
3. akan mengecewakan ibu bapa
4. apabila guru diarahkan mengajar subjek yang lain. 3/4

Monday, April 18, 2011

Jawapan Rumusan Para 2

PARA 2

Usaha dilakukan ialah menambah pengambilan guru pelatih membabitkan dua bidang berkenaan. Akhirnya, kekurangan guru dua subjek berkenaan dapat diatasi sepenuhnya. Bagaimanapun, agak mengejutkan apabila akhbar ini kelmarin melaporkan terdapat pula lebihan kira-kira 26,000 guru di seluruh negara, terutama yang mengajar berkenaan. Bilangan yang ramai itu masing-masing dua subjek membabitkan 14,000 guru Sains dan 12,000 lagi guru Matematik. Keadaan itu jika tidak ditangani segera boleh menyebabkan pembaziran tenaga kerana kepakaran guru terbabit tidak dimanfaatkan secara optimum. Selepas guru berkenaan mendapat latihan khusus bagi mengajar subjek berkenaan, malangnya kemahiran mereka tidak digunakan sepenuhnya bagi mengajar dua mata pelajaran yang dianggap penting itu.

Sila senaraikan intipati berdasarkan isi petikan yang telah dimerahkan dan ditebalkan. Hantar melalui email khirjohariamajid@gmail.com

Jawapan Rumusan Para 1

ADUAN mengenai kekurangan guru di sekolah bukan suatu yang asing. Apabila masalah itu timbul, ia menjejaskan pengajaran dan pembelajaran di sekolah, dan membebankan guru lain. Suatu ketika dulu, kekurangan guru sering ditimbulkan terutama yang membabitkan subjek kritikal, khususnya Sains dan Matematik. Bagi mengatasi masalah itu, pelbagai langkah dan pendekatan diambil Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi.

Idea Utama

Intipati
1- kekurangan guru bukan isu asing
2- menjejaskan pengajaran dan pembelajaran
3- membebankan guru lain
4- terutama yang membabitkan mata pelajaran kritikal/sains dan matematik.
5- pelbagai langkah diambil untuk mengatasinya. 3/5

Saturday, April 16, 2011

Rumusan

PARA 1

ADUAN mengenai kekurangan guru di sekolah bukan suatu yang asing. Apabila masalah itu timbul, ia bukan saja menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah, malah turut membebankan guru lain. Suatu ketika dulu, kekurangan guru sering ditimbulkan terutama membabitkan subjek kritikal, khususnya Sains dan Matematik. Bagi mengatasi masalah itu, pelbagai langkah dan pendekatan diambil Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi.

PARA 2

Usaha dilakukan ialah menambah pengambilan guru pelatih membabitkan dua bidang berkenaan. Akhirnya, kekurangan guru dua subjek berkenaan dapat diatasi sepenuhnya. Bagaimanapun, agak mengejutkan apabila akhbar ini kelmarin melaporkan terdapat pula lebihan kira-kira 26,000 guru di seluruh negara, terutama yang mengajar berkenaan. Bilangan yang ramai itu masing-masing dua subjekmembabitkan 14,000 guru Sains dan 12,000 lagi guru Matematik. Keadaan itu jika tidak ditangani segera boleh menyebabkan pembaziran tenaga kerana kepakaran guru terbabit tidak dimanfaatkan secara optimum. Selepas guru berkenaan mendapat latihan khusus bagi mengajar subjek berkenaan, malangnya kemahiran mereka tidak digunakan sepenuhnya bagi mengajar dua mata pelajaran yang dianggap penting itu.

PARA 3

Disebabkan guru subjek berkenaan berlebihan, ada antara mereka terpaksa mengajar subjek lain yang tiada kena-mengena dengan opsyen mereka ketika menjalani latihan. Guru yang memiliki kepakaran mengajar subjek Fizik, Kimia dan Biologi diarah mengajar subjek lain seperti Pendidikan Islam, Pendidikan Jasmani dan Bahasa Inggeris, sudah tentu menimbulkan masalah dari segi keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Keadaan itu juga pastinya mengecewakan ibu bapa yang mengharapkan anak mereka diajar oleh guru yang mahir dan pakar dalam subjek tertentu.


PARA 4

Kita percaya, tentunya ada guru yang kecewa dan hilang semangat kerana terpaksa mengajar subjek yang bukan menjadi kepakaran mereka. Jika dipaksa mengajar bidang yang tidak diminati, ia bukan saja boleh menghilangkan semangat guru terbabit, malah prestasi pelajar juga akan turut terjejas.Penjelasan Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi bahawa lebihan guru terbabit bukan membabitkan guru yang sedang berkhidmat, sedikit sebanyak memberi gambaran sebenar kedudukan masalah itu. Lebihan guru itu berlaku sebenarnya disebabkan penempatan untuk mengajar belum dibuat. Graduan bagi opsyen Sains dan Matematik itu belum ditawarkan penempatan berikutan lebihan penawaran guru subjek terbabit di seluruh negara. Justeru, kita harap Jawatankuasa Bersama Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi yang diwujudkan dapat mencari penyelesaian bagi menangani masalah itu.

PARA 5

Kedua-dua kementerian perlu membuat unjuran yang lebih tepat bagi memenuhi permintaan guru opsyen berkenaan di semua sekolah. Jika unjuran semasa bagi memenuhi kuota pengambilan guru opsyen berkenaan hanya 50 orang, adalah tidak wajar pengambilan guru pelatih dibuat melebihi daripada unjuran berkenaan. Sewajarnya guru pelatih itu ditawarkan opsyen lain yang dikenal pasti berlaku kekurangan, sebelum mereka diterima masuk menjalani latihan. Kita berharap jawatankuasa bersama antara dua kementerian terbabit dapat mencari kaedah dan penyelesaian terbaik agar masalah lebihan guru tidak berulang pada masa depan.

Sumber: Berita Harian

Senaraikan Intipati Bagi Setiap Para. Jawab soalan melalui email khirjohariamajid@gmail.com

Wednesday, April 13, 2011

Skema Jawapan Rumusan : IU dan IS ( Salah laku) pelajar

SKEMA JAWAPAN RUMUSAN

Idea Utama

1. Kes salah laku dan jenayah yang membabitkan pelajar
sekolah bukan perkara baharu.
2. Media melaporkan banyak pelajar sudah disabitkan kesalahan dan menerima hukluman.
3. Kejadian guru ditumbuk pelajarnya yang bergaduh merupakan satu lagi kes yang
membabitkan pelajar.

Isi 1 -
1.Punca sebenar pelajar mencederakan guru tidak diketahui.
2. Walaupun isu ini tidak serius seperti di negara lain ia tidak boleh dibiarkan berterusan
3. hingga tidak dapat dikawal.

rumusan

KES salah laku termasuk pergaduhan hingga kepada pembabitan dalam kejadian jenayah membabitkan pelajar bukan perkara baru. Sudah banyak kes seumpama ini dilaporkan menerusi media. Tidak kurang juga pelajar yang didapati bersalah dan menerima hukuman sebagai pesalah juvana. Khamis lalu media memaparkan satu lagi kes salah laku membabitkan pelajar berusia 14 tahun. Dalam kejadian itu, seorang guru wanita retak tulang hidung akibat ditumbuk pelajar Tingkatan Dua, di Sekolah Menengah Dato Jaafar Hassan, Bukit Keteri, Kangar. Kejadian itu berlaku selepas guru itu menegur pelajar berkenaan yang bergaduh di pekarangan sekolah.

Apabila berlaku kes sebegini, kita tertanya-tanya apakah punca sebenar sehingga menyebabkan seorang pelajar tergamak mencederakan gurunya sendiri di kawasan sekolah. Walaupun isu pelajar bertindak kasar terhadap guru di negara ini tidak seteruk seperti kejadian di sesetengah negara lain, namun kita tidak boleh membiarkannya terus berlaku sehingga keadaan menjadi tidak terkawal. Justeru, adalah wajar semua pihak memberi perhatian serius perkembangan tidak sihat ini dan mencari jalan menanganinya secara berkesan.

Sumber : Berita Harian

Saturday, January 22, 2011

Kelemahan Calon BM 910/2 2010

Bahagian B


1. Gagal menulis idea utama dengan lengkap.

2. Mencampurkan idea utama dengan idea sokongan.

3. Meninggalkan isi sokongan.

4. Gagal menulis kesimpulan.

5. Mencampurkan idea sokongan dengan kesimpulan.

6. Olahan tidak kemas.

7. Banyak kesalahan struktur ayat.

Friday, August 27, 2010

Rumusan

Kenal Pasti Intipati dalam Petikan Ini


HARI demi hari, laporan tentang kes pembuangan bayi semakin menghiasi dada akhbar di negara ini. Statistik menunjukkan sehingga Mac 2010 sahaja, lebih daripada 400 kes pembuangan bayi telah direkodkan dalam tempoh beberapa tahun lalu. Ini bermakna isu sosial yang dikategorikan sebagai mudah terancam (vulnerable) yang berlaku dilihat tidak akan berkesudahan dan terus berpanjangan terutamanya di bandar- bandar utama di negara ini.

Intipati 1 - Pembuangan bayi makin banyak dilaporkan.

Intipati 2 - Lebih 400 direkodkan.

Intipati 3 - Isu sosial yang dikategorikan sebagai 'vulnerable' tidak akan berkesudahan/terus
berpanjangan.

Intipati 4 - Terutama di bandar besar.

* Perlu dapatkan sekurang-kurangnya 3 daripada 4 intipati

Tuesday, August 17, 2010

Latihan Rumusan

Latihan 1
Senaraikan INTIPATI yang terdapat dalam petikan ini.


SELAIN menentukan pencapaian seseorang pelajar, peperiksaan perlu dirangka supaya menjadi sebahagian kaedah menggalakkan pembelajaran, penyuburan budaya ilmu dan pemantapan budaya inovasi. Banyak kajian merumuskan bahawa peperiksaan untuk tujuan penanda aras pencapaian semata-mata tidak dapat mendorong minda dan minat pelajar untuk bersifat kreatif dan inovatif.

JAWAPAN

inti 1.

Peperiksaan perlu dirangka bagi menggalakkan pembelajaran, menyuburkan budaya ilmu dan memantapkan budaya inovasi selain menentukan pencapaian.

inti 2

Minat dan minda pelajar untuk menjadi kreatif dan inovatif tidak terdorong jika peperiksaan menentukan aras pencapaian semata-mata.

* Petikan ini merupakan pendahuluan bagi sebuah petikan yang panjang. Sifat perenggan pertama/pendahuluan ialah intinya padat dan sukar diringkaskan


Latihan 2

Senaraikan INTIPATI dalam petikan ini.


Sehubungan dengan itu, Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) menganjurkan bengkel pengurusan senario selama dua hari bermula 3 Ogos lalu untuk mendapatkan pandangan pakar dan pihak berkepentingan. Hal ini selari dengan inisiatif Kerajaan Malaysia untuk mengkaji kaedah pelaksanaan sistem penilaian pendidikan, terutama pada peringkat sekolah.

inti 1 - Pandangan pakar dan pihak berkepentingan perlu diperoleh.
inti 2 - untuk mengkaji kaedah pelaksanaan sistem penilaian pendidikan
inti 3 - terutama di sekolah

Thursday, August 5, 2010

Jawapan Rumusan Hukum Jabat Tangan





Perenggan 1


Tidak dapat dinafikan isu berjabat tangan antara lelaki dan wanita bukan mahram adalah kontroversi yang tidak berkesudahan. Sudah tentu siapa sahaja akan berada dalam dilema apabila seorang wanita menghulurkan tangan untuk berjabat tangan. Lebih-lebih lagi sekiranya (saudara) wanita/ (lelaki) tersebut adalah sanak saudara seperti ipar, bapa tiri, sepupu atau saudara mara sebelah isteri yang kebanyakannya bukan mahram. Malah persoalan berjabat tangan ini begitu sensitif bagi orang Islam Malaysia sehingga kredibiliti dan digniti seorang agamawan atau pemimpin Islam boleh tergugat kerana berjabat tangan dengan yang bukan mahram. Justeru itu, penting untuk kita membahaskan isu ini dengan teliti agar dapat menjernihkan kekeliruan ini.



Semua perkataan yang digelapkan merupakan intipati ayat/maklumat perenggan 1. Tulis semula intipati itu dengan ayat yang betul dan selaras dengan maksud asal teks.


Monday, July 19, 2010

Rumusan

Latihan Merumus Karangan

Sejak kewujudan manusia, pendidikan sudah bermula. Melalui pendidikan, manusia membina tamadun, kemajuan, dan meningkatkan taraf hidup. Pendidikan menjadi nadi kehidupan manusia dari dahulu, sekarang, dan akan datang. Pengertian pendidikan tidak dilihat dari satu sudut semata-mata, tetapi mencakupi aspek persekolahan formal, latihan, dan proses pembentukan sahsiah. Pada masa yang sama, semua proses berkenaan saling berkait secara berterusan.

JAWAPAN

Pendidikan bermula sejak kewujudan manusia. (1) Manusia membina tamadun/kemajuan dalam hidup (2) yang menjadi nadi kehidupan mereka / manusia. (3) Pendidikan mencakupi aspek persekolahan, latihan dan pembentukan sahsiah (4) yang saling berkait. (5)

**
Calon perlu mendapatkan sekurang-kurangnya 3 daripada 5 intipati yang disenaraikan.
Jika jumlah perkataan telah melebihi, potong bahagian intipati yang kurang penting.

bahan sumber : bmstpm.blogspot

Monday, February 8, 2010

Latihan Rumusan

Latihan 1

Masa cuti anak-anak boleh juga diisi dengan membawa anak-anak ke pusat sumber.Ibu bapa boleh menggalakkan anak-anak meneruskan aktiviti membaca biarpun bukan membaca buku-buku pelajaran.Bukakan minda anak-anak dengan aktiviti pembacaan kerana terdapat banyak buku pengetahuan di pusat sumber.

Latihan 2

Ibu bapa juga boleh membawa anak-anak ke kedai-kedai buku untuk mendapatkan pelbagai bahan bacaan. Dalam pasaran terlalu banyak buku yang boleh dibaca oleh anak-anak.Buku-buku baik motivasi ,buku tentang hobi, buku ‘know how’ mahupun buku novel sekalipun akan merangsangkan otak anak-anak untuk berfikir.Apa salahnya membeli satu atau dua buku untuk anak-anak. Sedikit wang daripada wang perbelanjaan untuk membeli buku adalah lebih baik dan menggalakkan anak-anak membaca. Tentunya hal ini mendatangkan banyak manfaat kepada anak-anak.

Latihan 3

Di samping itu, bagi ibu bapa yang mampu, bawalah anak-anak pergi melancong pada waktu cuti ini. Lagipun sekali-sekala tidak salah kita memanjakan anak-anak.Bawalah anak-anak ke tempat-tempat yang mereka sukai.Selain memberi peluang anak-anak melihat tempat orang dan menghayati keindahan alam, kita juga memebri peluang anak-anak mengalami pengalaman-pengalaman baru.. Kerajaan memang menggalakkan rakyat negara kita pergi melancong terutamanya waktu cuti-cuti sekolah. Dengan membawa anak-anak pergi bercuti, secara tidak langsung kita telah menyambut seruan kerajaan dan memberi sokongan kepada Kempen Cuti-cuti Malaysia

Latihan 4

Bagi yang tinggal di bandar, ibu bapa boleh membawa anak-anak balik ke kampung,Anak-anak pasti gembira berjumpa datuk nenek dan saudara mara. Suasana kehijauan dan keindahan kampung halaman dapat mencergaskan minda anak-anak. Melalui pengalaman-pengalaman ini akan mematangkanlah fikiran mereka lagi. Berceritakanlah kepada anak-anak pengalaman-pengalaman kita sewaktu membesar di kampung.Tunjukkanlah tempat-tempat yang pernah meninggalkan kenangan manis sewaktu kita kecil-kecil dulu.Kemungkinan anak-anak lebih menghargai kehidupan dan kesenangan yang mereka kecapi ketika ini.Lagipun, bercuti di kampung juga banyak membantu dalam mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan .
Bagi yang tinggal di kampung pula, bawalah anak-anak ke bandar-bandar besar.Berilah mereka peluang untuk melihat pembangunan pesat dan kehidupan moden di bandar yang mungkin tidak mereka kecapi di kampung atau desa.Pergilah melancong ke Bandaraya Kuala Lumpur. Kuala Lumpur penuh dengan tempat-tempat pelancongan. Menara Berkembar Petrnas. Petrosains dan Menara Kuala Lumpur adalah antara tempat-tempat yang boleh dilawati.

Latihan 5

Janganlah jadikan kesibukan bekerja sebagai alasan untuk tidak memenuhi keinginan anak-anak untuk melancong. Sebaik-baiknya ambillah cuti. Luangkanlah masa untuk anak-anak.Anak-anak lebih bermakna dan berharga daripada wang. Sememangnya wang itu penting untuk keperluan hidup kita tetapi kita perlu mengutamakan anak-anak.. Anak-anak memang mengharapkan ibu bapa meluangkan masa bersama-sama mereka pada waktu cuti sekolah ini. Waktu inilah anak-anak memerlukan lebih perhatian dan kasih sayang ibu bapa Jangan biarkan mereka bosan bersendirian. Kemungkinan untuk mereka terjebak dalam masalah sosial adalah tinggi

Latihan 6

Kalaupun tidak mampu membawa anak-anak melancong, luangkan masa untuk membawa anak-anak berjalan-jalan ke taman-taman rekreasi yang berdekatan. Banyak aktiviti seperti berjoging, berbasikal atau bersukan yang boleh kita lakukan bersama-sama anak-anak. Manfaat masa bersama-sama anak-anak untuk berseronok dan bergurau senda.. Inilah masanya ibu bapa dapat mewujudkan kemesraan dalam kalangan ahli keluarga.Peluang untuk mengeratkan kasih sayang dan ikatan kekeluargaan sebaik-baiknya digunakan sepenuhnya.
Andai ibu bapa tidak mampu untuk membawa anak-anak ke mana-mana. sekalipun, masih ada banyak aktiviti yang dapat dilakukan bersama-sama anak-anak di rumah.. Sekiranya kita pandai memanfaat waktu yang ada di rumah, rumah akan menjadi tempat yang paling sesuai untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan.Jadikanlah rumahku syurgaku buat anak-anak.
Ibu bapa boleh mengisi masa cuti sekolah dengan mentarbiahkan anak-anak menjadi muslim yang sejati. Peluang untuk mendekatkan anak-anak kepada Allah seharusnya tidak kita sia-siakan. Waktu cuti inilah waktu yang paling sesuai untuk kita melaksanakan pemurnian solat anak-anak.Hal ini penting untuk memastikan bahawa anak-anak menjaga solat mereka, baik dari segi bacaan dalam solat ataupun dari segi kekusyukan dan keikhlasan dalam bersolat.

Latihan 7

Selain pengisian ilmu keagamaan, apabila bercuti kita boleh mengajak anak-anak melakukan kerja-kerja rumah bersama-sama kita.Latih mereka untuk membantu kita di rumah.Bagi anak-anak lelaki, bapa boleh mengajarkan kemahiran-kemahiran seperti bertukang atau melakukan kerja-kerja yang lebih berat.Aktiviti mengecat rumah bersama anak-anak boleh dilakukan pada waktu cuti.Ataupun setidak-tidaknya kita boleh membaiki atap atau pagar rumah kita. Bagi anak-anak peermpuan pula, ibu boleh mengajar anak-anak perempuan mereka menguruskan rumah. Memasak, mengemas rumah, menyidai kain dan menghiasi halaman rumah juga boleh dilakukan. Secara tidak langsung kita memberikan pendidikan tidak formal kepada anak-anak.

Latihan 8

Selain itu, seluruh ahli keluarga juga boleh melakukan aktiviti bergotong royong membersihkan kawasan halaman rumah atau membersihkan kenderaan hatta motosikal atau basikal sekalipun tidak mengapa. Sekali sekala tidak salah ibu bapa membasuh basikal sekolah anak-anak. Yang penting aktiviti itu dilakukan bersama-sama dan dalam. suasana yang menyeronokkan dan suasana yang ceria.Ibu bapa perlu kreatif dalam mewujudkan keseronokan dan kegembiran dalam membuat kerja-kerja rumah bersama-sama anak-anak.
Ibu bapa boleh mengaplikasikan bentuk pertandingan seperti “ game show”yang kita biasa tonton di televisyen Tak salah kiranya baju atau seluar kotor ketika membuat kerja-kerja tersebut..Brezze kan ada! Bergurau senda dan ketawa bersama-sama anak-anak merupakan satu terapi yang baik buat diri kita dan anak-anak.Jalinan kasih sayang dan kemesraan dalam kalangan ahli keluarga dapat ditingkatkan secara tidak langung.

Latihan 9

Ibu bapa perlu menggelakkan diri daripada memenuhi aktiviti-aktiviti yang disarankan tadi dengan teguran yang kasar dan nada marah pada setiap kesalahan atau kesilapan yang dilakukan oleh anak-anak Ketika membantu kita membuat kerja-kerja rumah, tidak mustahil anak-anak melakukan kesilapan. Ibu bapa harus sedar bahawa anak-anak dalam proses pembelajaran dan kemungkinan melakukan kesilapan itu adalah sesuatu yang normal. Lagipun kemungkinan juga perkara yang dilakukan merupakan pengalaman baru mereka. Logik kiranya mereka membuat kesilapan. Yang penting ialah mereka belajar daripada kesilapan tersebut. Keseronokan membantu ibu bapa di rumah akan hilang sekiranya asyik ditegur dan dimarahi oleh ibu bapa..

Latihan 10

Aktiviti menonton televisyen bersama-sama anak-anak merupakan satu tindakan yang amat digalakkan. Melalui tindakan ini, secara tidak langsung ibu bapa dapat mengawasi dan memantau siaran-siaran yang ditonton oleh anak-anak. Ibu bapa juga boleh menyewa CD filem yang digemari oleh anak-anak.Berikan teguran pada sesuatu perkara negatif yang dipaparkan dalam filem tersebut. Berilah komen atau penjelasan ataupun alasan yang logik mengapa perkara tersebut tidak wajar mereka ikuti. Selain menonton televisyen, ibu bapa juga boleh melayari internet bersama-sama anak-anak.Peluang ini boleh digunakan oleh ibu bapa untuk memberikan input yang berguna kepada anak-anak.Tunjukkan laman-laman web yang berfaedah kepada anak-anak untuk menambah pengetahuan mereka. Ajari anak-anak cara melayarilah internet untuk mencari maklumat-maklumat yang berguna.


Latihan 11

Anak-anak terutamanya yang remaja amat memerlukan perhatian dan kasih sayang ibu bapa.Sewajarnya kita menggunakan peluang pada waktu cuti ini untuk bersama-sama anak-anak, memberi perhatian dan mengeratkan ikatan kekeluargaan. Jangan biarkan anak semakin jauh daripada kita.Anak-anak terutama yang remaja akan mudah dipengaruhi oleh rakan-rakan sebaya dan terdorong melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah seperti melepak ataupun lumba haram.Janganlah pada kemudian hari kita hanya menunding jari kepada anak-anak lantaran terjebak dalam masalah-masalah sosial sedangkan kita sendiri yang menjadi puncanya.

Wednesday, October 14, 2009

Rumusan Stpm

Tips.

Asas Merumus

1. Baca sekali untuk mengenal pasti topik dan idea / buah fikiran pengarang/ pendapat pengarang tentang topik.
2. Tentukan fokus pengarang, contoh, punca, kesan, langkah berkaitan topik.
3. Rumusan ialah gabungan kemahiran memaham petikan, menulis wacana/karangan, dan meringkaskan karangan. Oleh sebab itu, topik yang diketengahkan WAJIB difahami, jika tidak difahami, calon akan mengambil maklumat yang salah daripada petikan. Yang perlu diambil ialah BUAH FIKIRAN pengarang.
4. Semua ayat asasnya ada idea kecuali ayat yang:
a. Jelas menyenaraikan contoh sebagai penerangan dan tidak dikupas.
Oleh hal yang demikian, ayat yang ada perkataan ' contoh', tidak
semestinya tiada idea.
b. Jelas merupakan ayat yang mengulang idea sebelumnya.
5. Tanamkan dalam fikiran bahawa idea/buah fikiran pengarang tidak mungkin terhasil daripada satu ayat. Idea terhasil daripada beberapa ayat.
6. Dalam satu perenggan mungkin ada 1 atau 2 idea atau lebih. Pastikan anda kesan idea-idea dan huraian dalam ayat-ayat yang dibaca.
7. Ambil sekurang-kurangnya SATU PERKATAAN PENTING yang menggambarkan idea pengarang dari setiap ayat yang dibaca. Ini mengelakkan anda tertinggal isi.
8. Anda akan dapati, petikan hanya menyenaraikan 5/6 isi daripada sejumlah perkataan yang banyak itu!
9. Idea utama ada dalam perenggan 1. Jangan mengada-ngada nak cari tempat lain.
10. Kesimpulan ada dalam perenggan akhir.
11. Satu idea paling kurang ada 2 intipati baik dalam idea utama, isi sokongan, mahupun kesimpulan.

bersambung, dah penat......