Wednesday, September 6, 2017
Sunday, January 17, 2016
KERJA KURSUS
BAHASA MELAYU PENGGAL 2
910/4 2016
UCAPAN
Arahan
kepada calon
Baca soalan dengan teliti, kemudian tulis sebuah karangan
berdasarkan soalan yang diberi. Panjang karangan hendaklah tidak kurang
daripada 600 dan tidak lebih daripada 650 patah kata. Karangan yang kurang
daripada 600 patah kata akan ditolak markahnya, manakala bahagian karangan yang
telah melebihi 650 patah kata tidak akan diperiksa.
Soalan
Pendidikan prasekolah bukan
sahaja penting untuk melahirkan golongan
pelajar yang cemerlang pada masa akan datang tetapi juga penting kepada negara. Namun begitu ada sesetengah anggota
masyarakat menganggap pendidikan
prasekolah hanyalah sebagai pusat jagaan kanak-kanak semata-mata. Sebagai
seorang pegawai di Pejabat Pendidikan Daerah, anda telah dijemput untuk
menyampaikan ucapan dalam majlis penyampaian siijil prasekolah di
tempat anda. Ucapan anda hendaklah berfokus
kepada kepentingan pendidikan prasekolah. Sediakan teks ucapan itu
selengkapnya.
Skema jawapan
Kepentingan Pendidikan prasekolah
Pendahuluan
-Ada kata alu-aluan
-Menyatakan perkembangan prasekolah
-Memberikan definisi prasekolah dan contoh
-Menyatakan tujuan dan fokus ucapan --- prasekolah mendatangkan byk faedah bukan
sahaja kepada kanak-kanak teapi juga
kepada ibu bapa, masyarakat, dan kerajaan
Kepentingan
Prasekolah
1. Mendedahkan kanak-kanak kepada alam persekolahan formal semasa berumur 4-6 tahun - cth jadual waktu, guru, disiplin, peraturan sekolah - ini boleh elakkan kejutan budaya yang menyebabkan pelajar takut memulakan alam persekolahan sebenar.
2.Membina kemahiran sosial seperti berkomunikasi dengan rakan sebaya dan orang dewasa, berinteraksi secara positif, keyakinan diri dan percaya diri.
3. Membina sahsiah murni seperti berdikari, bertanggungjawab, kerjasama, tolong-menolong, dll.
4. Membina asas pengetahuan mengenal huruf, menulis membaca dan mengira ,seperti abjad, nombor dan warna.
5. Membina kemahiran psikomotor dan kecergasan fizikal – melalui kegiatan bermain, menari, bersenam dll.
6. Membuka peluang pendapatan dan pekerjaan kepada rakyat – dapat kurangkan pengangguran. Banyak siswazah kini bekerja di pusat pendidikan prasekolah. Bayaran yang dikenakan mahal – antara RM 200-500 sebulan bergantung pada perkhidmatan yang disediakan – rama usahawan prasekolah memfranchaiskan perniagaan mereka – contoh Tadika Little Caliph. Lahir lebih ramai usahawan – kerajaan dapat cukai.

Penutup
-Patuhi format ucapan- penutup ucapan
-Menyatakan harapan, pendirian, cadangan.
Monday, February 4, 2013
Tuesday, January 22, 2013
Minit Mesyuarat
Cadangan Idea untuk Minit Mesyuarat Majlis Jamuan Akhir Tahun
4.1.2 Huraikan perbincangan tentang persembahan hiburan/selingan semasa jamuan.
Tindakan AJK Persembahan
4.1.3 Huraikan perbincangan tentang penyediaan jamuan - termasuk menu
Tindakan: Setiausaha
5.2 Loo Po Yo mencadangkan beberapa bahagian dewan sekolah dibersihkan secara gotong
Minit Mesyuarat Jawatankuasa
Majlis Jamuan Akhir Tahun Kelab Karate praU SMK Datuk Menteri\
Bil2/2013
________________________________________________________________________
Tarikh : 22 Januari 2013
Hari : Rabu
Masa : 2:00 petang - 4:00 petang
Tempat : Bilik Datok Khir
Yang Hadir
1. Norafidah binti Shahran - Pengerusi
2. Mohd Shafie bin Oppa - Naib Pengerusi
3. Ah Tee Mah - Setiausaha
4. Bhawani a/p Lisen - Bendahari
5, Supiah Lili bin Bas - AJK
6. Shah Khir Khan - AJK
7. Ameerul Haziq bin Aiman - AJK
Yang Turut Hadir
1. Pn Mala binti Md Apandi - Jurulatih Kelab Karate SMK Datuk Menteri
Yang Tidak Hadir (dengan kenyataan)
1. Loo Po Yo
2. Ermy Alina Chicarito binti Armi Hasrin
Yang Tidak Hadir (tanpa kenyataan)
1. Who Che Leng
1.0 Ucapan Pengerusi
1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih dan kesyukuran beliau kerana AJK dapat hadir ke
mesyuarat terserbut. Beliau menghargai sikap komited AJK terhadap persatuan. Dua AJK yang
tidak hadir adalah disebabkan oleh mereka sedang menyertai Kejohanan Karate Dunia di
Istanbul.
1.2 Pengerusi memohon AJK supaya lebih berani untuk mengemukakan pendapat semasa
mesyuarat dan bukannya menjadi 'pak turut'. Hal ini demikian kerana ada khabar angin
mengatakan seorang dua AJK tidak bersetuju dengan keputusan mesyuarat dan meluahkannya
di luar mesyuarat.
1.3 Pengerusi menggesa AJK bertindak pantas terhadap segala keluhan dan aduan ahli-ahli kelab.
Tindakan: Makluman
Tindakan: Makluman
2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat
Minit mesyuarat Jawatankuasa Jamuan Akhir Tahun Kelab Karate SMK Datuk Menteri
Bil 1/2013 diterima dan disahkan tanpa bantahan.
Tindakan: Makluman
3.0 Perkara Berbangkit
3.1 Cadangan tarikh, masa dan tempat jamuan - dipersetujui pengetua - beliau minta AJK jumpa
pengurus dewan untuk membuat tempahan - pengetua tertarik dengan program persatuan.
Tindakan : Makluman
3.2 Bendahari melaporkan bahawa 100% ahli kelab telah menyelesaikan sumbangan sebanyak
RM50.00 seorang sebagai bayaran untuk jamuan tersebut. Guru -guru praUniversiti pula telah
menyumbangkan RM 1000.00 seorang. Pihak kelab mengucapkan ribuan terima kasih.
Tindakan : Makluman
4.0 Perbincangan Aktiviti
4.1 Program Jamuan Akhir Tahun Kelab Karate SMK Datuk Menteri
4.1.1 Huraikan perbincangan tentang cenderamata.
4.1.1 Huraikan perbincangan tentang cenderamata.
Tindakan: AJK Cenderamata
4.1.2 Huraikan perbincangan tentang persembahan hiburan/selingan semasa jamuan.
Tindakan AJK Persembahan
4.1.3 Huraikan perbincangan tentang penyediaan jamuan - termasuk menu
Tindakan: Setiausaha
4.2 Laporan Kewangan
4.2.1 Laporan bendahari tentang penyata kewangan kelab - rumusan penyata kewangan - baki RM3000.00.
Tindakan: Makluman
4.2.2 Mesyuarat menerima penyata kewangan yang dibentangkan .

5.0 Hal- hal lain
5.1 Surat jemputan kepada tetamu - boleh diedarkan - dapatkan pengesahan kehadiran tetamu baik
melalui surat atau telefon -dibuat untuk mudah pengurusan cenderamata, tempat letak kereta, dan makanan.
Tindakan: Setiausaha
5.2 Loo Po Yo mencadangkan beberapa bahagian dewan sekolah dibersihkan secara gotong
royong sehari sebelum jamuan - minta bantuan ahli dan pekerja kontraktor kebersihan sekolah.
Tindakan: AJK Kebersihan dan Semua
Ahli Kelab
Tindakan: AJK Kebersihan dan Semua
Ahli Kelab
6.0 Penangguhan Mesyuarat
Mesyuarat Jawatankuasa Majlis Jamuan Akhir Tahun Kelab Karate ditangguhkan tepat pukul
4:30 petang dan mesyuarat seterusnya akan diadakan pada bulan Mac 2013.
Disediakan oleh, 28 Januari 2013
........................................
( AHH TEE MAH )
Setiausaha
Kelab Karate
SMK Datuk Menteri
Cadangan Isi Untuk Minit Mesyuarat Jamuan Akhir Tahun praUniversiti SMK Datuk Menteri
A. Hal Berbangkit
1. Tarikh asal tunda - bertindih dengan majlis lebih penting di peringkat sekolah ( nyatakan) - Pengetua cadangkan tarikh baharau (nyatakan).
2. Pengacara jemputan - berjaya dapat - namanya.....- bekas murid - free
B. Perbincangan Aktiviti
1. Tarikh baharu jamuan - dapatkan persetujuan pentadbir - jangan berganjak lagi kerana pengacara free pada minggu pertama Disember.
2. Menentukan penyedia makanan - menu cadangan - kos.
3. Menentukan aktiviti sepanjang jamuan -- cabutan bertuah, karaoke, kotak beracun.
4. Laporan Kewangan.
C. Hal-hal Lain
1. Penajaan - satu jawatankuasa kecil penajaan dibentuk - tugasnya dan tujuannya - senaraikan nama AJK tersebut.
2. Keselamatan dan keselesaan tetamu dan pelajar dan tetamu - lampu di tempat letak kenderaan pastikan berfungsi - kipas berfungsi - tandas bersih - maklum waktu tamat majls kepada ibu bapa penjaga yang hendak jemput anak.

Tuesday, January 15, 2013
Cara Menulis Rangka Karangan
Lumba haram menimbulkan gangguan dan ketidaktenteraman awam.
- ganggu emosi banyak pihak - disebabkan bunyi bising dan lagak samseng pelumba dan penyokong/kumpulan mereka.
- bunyi bising - tidak dapat tidur - bayi, kanak-kanak, pesakit, pekerja. ekzos dan enjin bising - kerap terjaga tidak cukup tidur.
- lagak samseng - ganggu ketenagan untuk beriadah di tempat awam - gaduh buat kecoh di tempat awam- takut juga anak terpengaruh dengan sikap buruk.
- jejaskan kualiti/mutu kehidupan.
Cara Hendak Menulis Karangan daripada Rangka Karangan
1. Satu perenggan isi karangan ada lebih kurang 8-10 ayat yang bergantung pada jumlah perkataan dalam satu ayat. Jumlah perkataan seharusnya tidak lebih 110 patah.
2. Langkah pertama tulis idea utama. Satu ayat sudah mencukupi.
3. Langkah kedua ialah penulis mesti menghimpunkan isi sokongan untuk isi utama. Senaraikan seberapa banyak idea sokongan. Sekurang-kurangnya 2.
4. Langkah ketiga ialah penulis mesti jelaskan isi sokongan yang pertama, sekurang-kurangnya 2 ayat.
5. Langkah keempat, teruskan langkah ketiga sehingga semua isi sokongan telah dihuraikan.
Contoh:
Kesan Lumba Haram
1. Lumba haram akan menimbulkan gangguan dan ketidaktenteraman terhadap orang awam.
2. Orang awam akan menghadapi gangguan emosi kerana ketenangan mereka diragut oleh aktiviti lumba haram yang mencemarkan bunyi. Ketenangan orang awam untuk beriadah turut terganggu dengan lagak samseng pelumba haram dan penyokong mereka.
3. Banyak orang tergganggu emosi mereka kerana tidak dapat berehat atau tidur akibat bunyi bising enjin dan ekzos motosikal pelumba haram. Bayi dan kanak serta pesakit-pesakit yang tinggal berhampiran litar lumba haram, kerap terjaga dan tidak cukup tidur. Hal ini akan menjejaskan kehidupan seharian dan menjejaskan kesihatan.
4. Kegiatan lumba haram yang dijalankan di kawasan tumpuan orang awam menimbulkan ketdakselesaan kerana mereka bimbang sesuatu kejadian seperti pergaduhan atau kemalangan akan berlaku. Ibu bapa juga bimbang anak-anak mereka dipengaruhi.
5. Gangguan dan ketidaktenteraman akibat aktiviti lumba haram boleh menjejaskan mutu kehidupan orang ramai.
Monday, January 14, 2013
Kesan Gejala Perlumbaan Motosikal Secara Haram
Pendahuluan
-maksud perlumbaan motosikal secara haram/gambaran/ konsep/skop yang dikatakan sebagai perlumbaan haram.
-huraikan isu dengan gambaran semasa/ bersama dengan contoh atau fakta yang relevan
-menimbulkan kesan negatif
-pelbagai langkah yang berkesan perlu diambil.
Kesan negatif
1. Mereka yang terlibat dengan perlumbaan haram mudah terjerumus dalam kegiatan jenayah, seperti pergaduhan, perjudian, pengambilan dadah, seks bebas, dan sebagainya. (Huraikan contoh-contoh yang diberi)
2.Mengganggu ketenteraman awam dengan membuat bising dan berlagak samseng.
3.Mengancam keselamatan pengguna jalan raya yang lain seperti bersikap agresif semasa berlumba, bertindak ganas jika dihalang, menunggang secara berbahaya, melanggar peraturtan jalan raya dan sebagainya. (Huraikan setiap contoh itu)
4.Menyusahkan diri sendiri dan membahayakan diri sendiri - kecederaan parah, kecacatan, dan menjejaskan aktiviti harian serta boleh menyebabkan kematian.
5.Imej pihak berkuasa seperti polis dan JPJ tercalar kerana kegagalan mereka mengatasi isu lumba haram. Mereka dituduh tidak prihatin, tidak cekap, makan gaji buta, rasuah dan sebagainya. (Huraikan dan jelaskan contoh yang diberi)
Langkah
1, Mengetatkan undang-undang dan meningkatkan penguatkuasaannya. Gubal undang-undang yang lebih ketat ( hukuman lebih berat, denda tinggi, rampas motor pelumba dan penonton ) dan tingkatkan operasi membanteras lumba haram ( sekatan jalan, risikan, rondaan, kempen dan sebagainya).
2. Kempen kesedaran untuk cegah lumba haram ( Kempen Antilumba Haram - jelaskan matlamat, sasaran dan medium kempen).
3.Pembinaan litar untuk perlumbaan untuk galakkan minat berlumba secara sah, selamat dan bermanfaat. ( Huraikan contoh itu).
Penutup
Beri pendirian anda tentang isu ini ( marah, suka, benci, seronok dll)
Nyatakan harapan anda.
Nyatakan kemusykilan anda.
Nyatakan cadangan secara umum ( bukan senaraikan semula langkah yang telah ditulis).

Thursday, June 21, 2012
Wednesday, May 23, 2012
Seorang Gadis Di Bawah Pokok
di bawah sebatang pohon kesepian
seorang gadis muda dengan sebatang pena yang berdakwatkan kecewa
menulis kisah hidupnya
yang tiada berwarna
dia minum secangkir rindu yang ditawarkan temannya
di atas meja keyakinan
yang sudah patah kakinya
di atas sisa kertas emosi
coretan bahagianya
tenggelam timbul
dalam lautan cta-cita...

Wednesday, May 9, 2012
Keganasan Rumah Tangga
1. Post Psychology History - sejarah penderaan dan keganasan rumah tangga yang dialami golongan yang melakukan keganasan itu - balas dendam - sakit mental.
2.Tekanan emosi/gangguan emosi - boleh mengubah personaliti - baik jadi jahat, pendiam jadi agresif dll. - lepaskan tekanan pada isi rumah dan harta benda - boleh melarat jika tekanan tidak diredakan - contoh tekanan - kerja, kewangan/ekonomi, cinta, pelajaran dsb.
3. Hubungan rumah tangga yang kurang bahagia - selalu krisis dan konflik - taraf berbeza, cinta tiga segi, hasutan orang ketiga, cemburu buta, kahwin paksa/terpaksa - perkahwinan bukan berdasarkan agama dan kasih sayang boleh mencetuskan keganasan rumah tangga.
4. Suami/isteri terlibat dengan gaya hidup tidak sihat - aktiviti tidak bermoral - judi, arak, pelacuran, kekasih gelap, dadah - selalu hilang pertimbangan akibat kesan aktiviti buruk itu - contoh mabuk - pukul isteri/suami/anak/isi rumah lain.
5.Keengganan memmbuat laporan- mangsa dan masyarakat tidak lapor keganasan - ada sebab tertentu - cth. sayang dengan rumah tangga, takut, faktor anak-anak, ( bagi masyarakat pula- tidak mahu campur, takut, banyak kerenah birokrasi yang memakan masa dan wang mereka)
Pendera akan terus mendera.
Tuesday, April 24, 2012
Kesalahan Bahasa Hari Ini
1. Tetapi hati penyajak berasa sedih.
( tetapi ialah kata hubung yang tidak boleh hadir sebagai kata pangkal ayat )
2. Moone terlalu sedih semasa berada di kota kerana kehidupannya yang susah di kota.
( penggunaan kata yang redundan/bertindih iaitu frasa nama " di kota" merosakkan struktur ayat)
3. Sedang dia masih mampu makan dan minum.
( ayat yang terdiri daripada klausa ini jelas tidak membawa apa-apa maksud - subjek dan predikatnya tidak jelas)
4. Seperti menunggu saat kematiannya.
(sama dengan kesalahan no 3)
5. Walaupun dia sudah lama tidak pulang dan mencium tangan ibunya.
( ayat tergantung - kata hubung yang digunakan pada pangkat ayat iaitu 'walaupun" sepatutnya mempunyai pasangan iaitu "namun" - tanpa pasangannya, ayat itu tidak habis ditulis/tergantung )
6. Walaupun saya sangat hodoh , hati saya baik.
( pasangan untuk kata hubung pasangan tidak ditulis- "walaupun + namun")

Monday, April 23, 2012
Ayat Yang Dijamin Salah Strukturnya
A. Semua ayat yang bermula dengan perkataan di bawah:
1. Oleh kerana ...
2. Selain daripada itu...
3. Sehubungan itu...
4. Selain dari itu...
5. Manakala...
6. Malah...
7. Malahan...
8. Namun...
9. Oleh demikian...
10. Justeru...
11. Justeru itu...
12. Sebaliknya...
B. Ayat tiada subjek - kerap kali bermula dengan kata hubung/kata sendi
1. Dengan ini, tidak dapat meningkatkan prestasi pelajar.
2. Dengan meningkatkan pendapatan rakyat, dapat mengatasi masalah kemiskinan.
3. Dengan tumbukan yang padu, berjaya menumbangkan lawan.
4. Melalui cara ini, dapat meningkat perpaduan negara.
5. Melalui pendapatan tersebut, dapat melangsaikan hutang mereka.
6. Melalui kempen , boleh mengurangkan masalah kemalangan jalan raya.
7. Bagi mengurangkan risiko tanah runtuh, hendaklah ditanam pokok.
8. Bagi meningkatkan pendapatan, bolehlah menambah aktiviti ekonomi.
C Ayat tiada predikat - kerap kali berlaku akibat penggunaan kata hubung relatif YANG. Ayat tergantung. Subjek sahaja ditulis.
1. Pelancongan yang meningkatkan pendapatan rakyat.
2. Kemalangan yang boleh mengorbankan nyawa.

Saturday, April 21, 2012
Analisis Bahasa
Analisis Bahasa
1.
Kehebatan karya yang Usman Awang hasilkan sejak
beberapa dekad menyebabkan beliau diiktiraf sebagai sasterawan negara.
2.
Kepekaan golongan muda untuk menepis
gejala-gejala yang boleh merosakan akhlak dan sahsiah mereka adalah merupakan elemen
ke arah kesejahteraan negara.
3.
Guru adalah golongan yang penting sebagai agen
transformasi di sekolah mahupun di luar sekolah.
4.
Untuk mencapai kejayaan dalam pelajaran,
mestilah berusaha dengan bersungguh-sungguh dan mengelakkan daripada melakukan
perkara yang bodoh.
5.
Hal ini demikian kerana dengan bersukan bukan
sahaja dapat menghindarkan berbagai penyakit-penyakit tetapi akan merasa sihat
dan segar.
6.
Semasa menyertai program lawatan itu mereka
mendapatkan pelbagai faedah.
7.
Pilihanraya membuktikan yang demokrasi masih
kukuh di negara kita.
8.
Kejayaan pasukan boling padang merangkul
kejuaraan dunia ialah kejayaan pertama kali sukan tersebut di peringkat antara
bangsa.
9.
Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa kerajaan
akan menamatkan darurat di negara ini pada 12hb. Jun, 1960.
10.
Rakyat yang bersatu- padu akan dapat memacu
ekonomi negara.
11.
Perpaduan yang sedia ada hendaklah diperkukuhkan
supaya berkekalan.
12.
Farahin mengatakan bahawa sampai bila pun dia
tidak akan memaafkan Kumar yang gagal menunaikan janji untuk meminangnya.
13.
Taufik berjaya mencapai angka jualan sebanyak 1
billion selepas lima tahun berniaga.
14.
Lia yakin akan berjaya jika Nizam sentiasa ada
disisi.
15.
Alimah dan Afiqah makan semua makanan yang ada
di atas meja itu sekaligus.
Wednesday, April 18, 2012
Puisi Untuk Pendosa
aku binatang jalang
tersepit di kelangkang nafsu
kerap kali melacurkan iman
demi dunia yang tolol.
aku binatang jalang
mahu meruntuh
dosa yang bergunung
dengan air mata yang kutadah
dari doa nasuha.
pegang erat tanganku, nasuha
jari jemariku belum kuat lagi
menepis bohong dunia!
tersepit di kelangkang nafsu
kerap kali melacurkan iman
demi dunia yang tolol.
aku binatang jalang
mahu meruntuh
dosa yang bergunung
dengan air mata yang kutadah
dari doa nasuha.
pegang erat tanganku, nasuha
jari jemariku belum kuat lagi
menepis bohong dunia!
* Binatang jalang- kata-kata yang kupinjam dari saudara Chairil Anwar
Puisi Untuk Isteriku
Senyummu adalah bahagiaku
Ceriamu adalah dambaku
Gelisahmu adalah kebimbanganku
Air matamu adalah kesedihanku
Kau pelipur lara dukaku
Kau pengiring suka citaku
Bersama kita dalam hari-hari keberkahan
Ikatan ini berawal dari hati, atas nama cinta
Jalinan ini bermula dari rasa, atas nama sayang
Pertautan ini berasal dari angan, atas nama rindu
Sungguh ini adalah cinta, sayang, dan rindu..

Tuesday, April 10, 2012
Nuklear - Manfaat dan Kesan Buruk
Manfaat
1. Meningkatkan kecekapan bidang perubatan cth:
- CAT scan, laser, sinar -x - digunakan untuk diagnosis penyakit atau kecedaraan dalaman.
- Kobalt 60 - rawatan kanser
- Radioisotop fosforus - rawatan tumor otak
Tanpa nuklear bidang perubatan akan kekal menghadapi masalah merawat penyakit kronik. Penggunaan nuklear meningkatkan taraf kesihatan dan taraf hidup manusia.
2.Memajukan bidang pertanian.
- Penemuan GMF (Geneticaly Modified Food) - ditemui dengan kaedah nuklear - menghasilkan tanaman yang tahan penyakit, meningkatkan produktiviti, tahan cuaca.
- sinar gamma dapat memandulkan serangga perosak.
- berguna dalam R&D pertanian - cth dapat mengesan pengambilan baja oleh tumbuh-tumbuhan.
3. Membantu kelangsungan dan kemajuan industri.
- mengesan kebocoran paip bawah tanah
- mengesan kehausan enjin.
- pelancaran satelit dan klemajuan telekomunikasi
4.Tenaga alternatif.
- alternatif kepada petroleum dan arang batu - lebih murah
- logi tidak perlukan kawasan yang luas
- tenaga yang dihasilkan lebih efisen - berguna untuk industri berat.,
5. Memodenkan pertahanan.
- kapal selam tenaga nuklear lebih lama dapat menyelam, laju
- kapal pengangkut
- senjata nuklear - berguna untuik pertahanan negara daripada ancaman asing.
Kesan Buruk
1. Bahan radioaktif mengancam kesihatan manusia.
- risiko kemalangan/ bencana alam atau bencana nuklear bolah menyebabkan kebocoran radioaktif- manusia, haiwan, dan tumbuh-tumbuhan terdedah kepada radiasi.
- radiasi menjejaskan kesihatan semua benda hidup
- manusia boleh mati akibat penyakit kronik yang berpunca daripada radiasi. seperti kanser
- mutasi genetik - ini menyebabkan kecacatan
- tanah-tanih yang tercemar dengan radiasi - tidak berguna lagi.
2. Perlumbaan senjata nuklear.
- dunia diancam peperangan senjata kimia dan bom atom
- senjata nuklear memusnahkan dunia dalam skala besas - dikenali sebagi WMD ( Weapon of Mass Destruction)
- ini ancaman kepada tamadun dan kelangsungan hidup manusia sejagat.
Saturday, April 7, 2012
Bagaimana Hendak Memajukan Bidang Pertanian
1. Pemodenan dalam semua peringkat pertanian - penanaman/penternakan, penuaian, pemasaran - inovasi, penjenteraan, sistem ladang dll.
2. Mempelbagaikan jenis pertanian - teroka bidang tani/ternakan baharu.
3. Peningkatan kuantiti dan kualiti - R&D - ubahsuai genetik - tahan penyakit, sesuai untuk semua iklim dan cuaca.
4. Meningkatkan penyediaan faktor-faktor pengeluaran pertanian seperti modal, tanah, buruh, dan pengurusan,
5. Menyelesaikan masalah pasaran = meneroka pasaran baharu.
6. Memajukan industri asas tani/industri hiliran - dapat tingkatkan permintaan dan menggalakkan aktiviti pertanian.
**Setiap idea utama tersebut mempunyai pelbagai isi sokongan - yang penting calon mesti fokus kepada idea utama itu apabila menghuraikannya. Saya akan beri contoh huraian dalam entri akan datang. Selamat mengarang.

Alih Bentuk Teks - Sajak
NEGERI BERTUAH INI
Negeri bertuah ini
Tanah air tercinta
Di sini aku dilahirkan
Di sini aku dibesarkan
Di sini taat setia dicurahkan.
Tanah air tercinta
Di sini aku dilahirkan
Di sini aku dibesarkan
Di sini taat setia dicurahkan.
Negeri bertuah ini
Warisan nenek moyang
Kaya dengan budaya
Kaya dengan adat dan suku
Air setitik menjadi tasik
.Tanah sekepal menjadi gunung
Rakyat dididik hidup muafakat
Bijak dijadikan panglima
Alim dijadikan imam.
Warisan nenek moyang
Kaya dengan budaya
Kaya dengan adat dan suku
Air setitik menjadi tasik
.Tanah sekepal menjadi gunung
Rakyat dididik hidup muafakat
Bijak dijadikan panglima
Alim dijadikan imam.
Negeri bertuah ini
Pernah terjajah dan dijajah
Demi maruah bangsa dan tanah air tercinta
Rakyat bangun menentang
Darah tumpah merata.
Pernah terjajah dan dijajah
Demi maruah bangsa dan tanah air tercinta
Rakyat bangun menentang
Darah tumpah merata.
Contoh Jawapan Alih Bentuk Teks
Penyajak dilahirkan dan dibesarkan di negeri/tanah air yang bertuah dan tercinta. Negeri nenek moyang kaya dengan budaya, adat, dan suku. Air setitik menjadi tasik manakala tanah sekepal menjadi gunung. Rakyat dididik untuk hidup secara bermuafakat. Rakyat yang bijak dijadikan panglima manakala yang alim dijadikan imam. Negeri bertuah ini pernah terjajah dan dijajah. Rakyat bangun untuk menentang penjajahan, Darah mereka tumpah merata-rata.
Tips :
1. Fahami maksud rangkap
2. Tentukan plot supaya anda senang mengenal pasti idea/isi sajak.
3. Tulis ayat berdasarkan pemahaman anda terhadap idea/isi - JANGAN mengulas atau mentafsir idea/isi.
4. Gantinama diri pertama = gantikan dengan PENYAJAK
Monday, April 2, 2012
Kebaikan dan Keburukan Nuklear
BIDANG
|
KEGUNAAN
|
CONTOH BAHAN
|
Perindustrian
|
Mengesan kebocoran paip bawah tanah
|
Radioisotop iodin
|
Pertanian
|
Mengkaji kesan resapan nutrien oleh tumbuhan
|
Fosforus-32
|
Perubatan
|
Membunuh sel barah
|
Kobalt-60
|
Arkeologi
|
Menentukan umur bahan purba (teknik ini dinamakan
"Pentarikhan Karbon")
|
Karbon-14
|
Domestik
|
Tenaga elektrik
|
Stesen janakuasa
|
KESAN AKIBAT
|
KESAN
|
Kemalangan
|
Alam sekitar
tercemar, maut, kanser, kemandulan
|
Pencemaran
|
Alam sekitar
tercemar, kanser, kehidupan akuatik terjejas
|
Peperangan
|
Pembinaan senjata
pemusnah yang besar
|
Subscribe to:
Posts (Atom)