KARANGAN STPM
khir
1 SOALAN KARANGAN
ASPEK | CONTOH SOALAN |
Punca Faktor Sebab | 1. Huraikan punca berlakunya kejadian tanah runtuh di negara ini. 2. Jelaskan faktor Malaysia menjadi destinasi pelancong asing. 3. Kemukakan sebab golongan belia kurang berminat untuk menyertai pertubuhan sukarela. 4. Pada pandangan anda, mengapakah kejadian banjir kilat di tempat tinggal anda berlaku? |
Kesan Faedah Kepentingan Peranan | 5. Bincangkan kesan kejadian tanah runtuh kepada rakyat dan negara. 6. Jelaskan faedah perkembangan industri pelancongan kepada rakyat dan negara. 7. Huraikan kepentingan penyertaan orang ramai dalam pertubuhan sukarela. |
Peranan Langkah Usaha Cadangan | 8. Pada pendapat anda, bagaimanakah pihak-pihak tertentu memainkan peranan untuk menangani kejadian banjir kilat di tempat tinggal anda? 9. Kemukakan langkah untuk menangani kejadian tanah runtuh di negara kita berulang. 10. Jelaskan usaha yang wajar dilakukan untuk memajukan industri pelancongan di Malaysia. 11. Pada pandangan anda, bagaimanakah minat orang ramai yang kurang terhadap pertubuhan sukarela dapat ditingkatkan? |
2 ISI KARANGAN
PELANCONGAN
Jelaskan faktor Malaysia menjadi destinasi pelancong asing. | Jelaskan faedah perkembangan industri pelancongan kepada rakyat dan negara. | Jelaskan usaha yang wajar dilakukan untuk memajukan industri pelancongan di Malaysia. |
· banyak terdapat tempat yang menarik / bersejarah · rakyat Malaysia berbilang kaum · keamanan negara ini terjamin · kerajaan dan badan swasta mengadakan promosi untuk menarik pelancong asing · rakyat Malaysia peramah dan bernilai murni. | · menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat · menambahkan infrastruktur/memajukan kawasan tertentu · membantu perkembangan barangan kraf · menambahkan pendapatan negara · menaikkan imej negara pada kaca mata orang asing. | · mengenal pasti tempat pelancongan yang baharu · menyediakan kemudahan ke destinasi pelancongan yang ada · meningkatkan kempen / promosi · meningkatkan usaha untuk mengekalkan keamanan negara · menambahkan barangan kraf / seni warisan. |
3 PENDAHULUAN KARANGAN
§ Menyatakan gambaran umum tentang isu atau fokus soalan. § Tidak memasukkan isi karangan dalam pendahuluan. § Pendahuluan tidak harus terlalu panjang atau terlalu pendek. § Panjang pendahuluan, lebih kurang 80 patah perkataan. |
Pendahuluan Contoh
Tabiat gemar membaca amat penting, terutama dalam era kesejagatan kini. Hal ini demikian kerana pelbagai ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan sains, sejarah, bahasa, agama, dan isu semasa terdapat dalam bahan sedemikian. Melalui amalan ini juga, pembaca bukan sahaja dapat mengetahui perkara yang berlaku di sekeliling mereka, malah menyedari peristiwa di dunia luar. Memandangkan tabiat membaca amat penting, usaha untuk meningkatkan amalan tersebut dalam kalangan rakyat perlu dilakukan, terutama dalam kalangan anak-anak. Hal ini sesuai dengan peribahasa Melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya. |
Pendahuluan di atas dikatakan baik kerana penulis tidak memasukkan isi dalam perenggan pendahuluan. Pendahuluan tersebut juga tidak meleret-leret dan meyakinkan pembaca. Peribahasa yang dimasukkan juga sesuai. Penulisnya juga tidak melakukan kesalahan bahasa.
Andaikan anda pegawai kanan di Kementerian Pelajaran dan diminta untuk menyampaikan ceramah kepada ibu bapa dalam satu majlis di sekolah. Tajuk ceramah anda ialah “peranan ibu bapa dalam melahirkan masyarakat penyayang.” Sediakan teks ceramah anda itu. |
Pendahuluan Contoh bagi Soalan Ceramah
Assalamualikum dan salam sejahtera. Yang dihormati pengerusi majlis, Yang Berusaha En. Razak bin Abdullah, Pengetua SMK Kampung Tanjung, guru-guru, ibu bapa dan hadirin sekalian. Pada pagi ini, saya akan memperkatakan “peranan ibu bapa dalam melahirkan masyarakat penyayang.” Hadirin yang dihormati, Usaha untuk melahirkan masyarakat penyayang sering diperkatakan oleh pemimpin negara kita. Hal ini demikian kerana masyarakat yang mengamalkan nilai kasih sayang dapat hidup dalam suasana yang harmoni, aman, dan sejahtera. Di negara yang mempunyai masyarakat majmuk, seperti Malaysia, nilai tersebut amat penting, khususnya untuk mengukuhkan semangat perpaduan. Menyedari hakikat ini, usaha untuk melahirkan masyarakat penyayang hendaklah dilaksanakan. Sehubungan dengan itu, ibu bapa hendaklah memainkan peranan penting dalam merealisasikan masyarakat penyayang di bumi bertuah ini. |
4 PERSEMBAHAN ISI KARANGAN
BORANG RANGKA PERSEMBAHAN ISI KARANGAN
ISI | | HURAIAN | |
APA | BAGAIMANA | MENGAPA | LANJUTANNYA |
Langkah Kerajaan - mengadakan Kempen Cintailah Alam Sekitar | - Mengadakan forum, wawancara melalui televisyen - jemput tokoh alam sekitar - Mengadakan peraduan - esei, cerpen, lukis poster - tema alam sekitar | Meningkatkan kesedaran orang ramai – generasi muda tentang kepentingan menjaga alam sekitar | Kempen yang berkesan dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar. |
Cadangan Ibu bapa perlu mendidik anak-anak tentang faedah berjimat cermat. | - Beritahu anak-anak tentang kebaikan dan keburukan pembaziran - Kaitkan dengan agama – cerita | - Didikan awal penting melentur buluh biarlah dari rebung - Buat pemerhatian - puji / tegur anak-anak - tanam kesedaran | X |
Punca jenayah juvana Ibu bapa terlalu sibuk | X | - Banyak urusan – terlalu mengejar kebendaan – tiada masa untuk bersama dengan anak-anak - Anak-anak berasa tidak diperlukan – keluar rumah | - Rakan – tempat mengadu - Ada rakan yang merosakkan anak-anak - terjebak dalam jenayah juvana |
Faktor belia tak minat pertanian Pendapatan tidak menentu | X | - Berhadapan dengan pelbagai risiko – cuaca, serangan serangga, penyakit - Lambat mendatangkan hasil | - Belia memilih bidang lain - Bidang pertanian kurang sambutan |
Kesan kemasukan pekerja asing Kadar jenayah meningkat – kecurian, rompakan, pembunuhan | X | - Ada yang datang secara haram tidak mendapat pekerjaan - Segelintir daripada mereka pernah menjadi penjenayah di negara asal | - Kesejahteraan hidup penduduk tempatan terjejas - Timbul konflik dengan pendatang - Boleh menjejaskan kestabilan politik negara ini |
Pelajar X
Antara langkah-langkah untuk melahirkan rakyat yang bersemangat patriotisme, ialah dengan menganjurkan kempen semangat patriotisme. Kempen-kempen ini haruslah menyediakan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan semangat patriotisme, tayangan filem dan lain-lain aktiviti. Hal ini semangat patriotisme dapat diwujudkan dalam diri masyarakat pada hari ini. Kanak-kanak juga akan melahirkan semangat patriotisme dalam diri mereka. Kanak-kanak ini yang akan membangunkan negara pada masa yang akan datang. |
Contoh Persembahan
Untuk melahirkan rakyat yang bersemangat patriotik, pihak kerajaan hendaklah mengadakan Kempen Patriotisme. Sehubungan dengan itu, media elektronik, terutama televisyen wajar dimanfaatkan untuk menghebahkan perkara ini kepada orang ramai. Aktiviti lain, misalnya ceramah, forum, dan wawancara tentang semangat patriotik boleh diadakan. Tayangan filem yang berkaitan dengan semangat tersebut, seperti filem Bukit Kepong, Leftenan Adnan, dan lain-lain perlu ditambah. Pertandingan melukis poster, menulis esei, dan menghasilkan karya kreatif yang bertemakan semangat kebangsaan perlu diperluas kepada semua pihak. Aktiviti yang sedemikian dipercayai dapat meningkatkan kesedaran orang ramai tentang kepentingan patriotisme dalam diri setiap rakyat di negara ini.. |
Huraian isi di atas, mantap, jelas, bermaklumat, dan bebas daripada kesalahan bahasa. Penulisnya dapat mematuhi kaedah persembahan yang diajarkan. Perkara yang diperkatakan dalam perenggan di atas mematuhi kehendak dalam BRPIK di atas.
Isinya apa? | Mengadakan Kempen Semangat Patriotik |
Siapa yang melaksanakannya? | Pihak kerajaan |
Bagaimana kempen dijalankan? | · Mengadakan ceramah, forum, dan wawancara · Mengadakan tayangan gambar · Mengadakan pertandingan |
Mengapakah kempen diadakan? | Untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang kepentingan semangat patriotik. |
Contoh? | Filem Bukit Kepong dan Leftenan Adnan. |
Yang berikut dikemukakan dua petikan persembahan isi karangan tentang faktor Malaysia menjadi tumpuan pelancong asing. Petikan manakah yang lebih mematuhi cara persembahan seperti yang dicadangkan di atas?
Petikan A
Malaysia menjadi tumpuan pelancong asing kerana di negara ini banyak terdapat tempat yang menarik untuk dilawati. Di Malaysia, terdapat pantai yang indah untuk pelancong beristirahat. Selain itu, di sini juga terdapat pulau-pulau peranginan, tanah tinggi, dan hutan lipur yang menarik untuk dikunjungi. Keistimewaan tersebut tidak terdapat di tempat mereka. Oleh sebab itu, mereka memilih Malaysia untuk dikunjungi dan seterusnya menikmati keindahan alam ciptaan Ilahi. Mereka datang ke sini untuk bersiar-siar sambil menikmati udara pantai yang nyaman dengan suasananya yang menarik. Mereka mendapat kepuasan dan mendapat pengalaman yang tidak ternilai setelah mengunjungi Malaysia. Oleh itu, kerajaan hendaklah menjaga destinasi tersebut dengan menyediakan pelbagai kemudahan kepada pengunjung, terutama pelancong asing. |
Petikan B
Keistimewaan alam semula jadi di Malaysia menjadi daya penarik pelancong asing ke negara ini. Pulau-pulau di Malaysia, misalnya Pulau Sipadan, Pulau Redang, dan Pulau Tioman mengandungi terumbu karang yang menarik. Di sini, pelancong boleh menyelam skuba, memancing, dan bersantai di pantai. Malaysia juga memiliki Taman Negara, iaitu antara hutan hujan tropika yang tertua di dunia. Hutan tersebut menjadi santuari kepada beratus-ratus spesies burung, kupu-kupu, serangga, dan ikan. Di sini juga terdapat pokok tualang, pokok meranti, dan pokok gaharu, iaitu sumber penghasilan air wangi. Selain dapat memerhatikan hidupan liar dan burung, pelancong boleh melawat perkampungan orang asli. |
5 KESIMPULAN KARANGAN
Antara perkara yang perlu diberikan pertimbangan semasa menulis kesimpulan adalah seperti yang berikut.
· Menyimpulkan perkara yang ditulis dan memberikan pandangan
· Masukkan peribahasa, cogan kata, statistik, pendapat tokoh yang berwibawa yang berkaitan
· Bebas daripada kesalahan bahasa
KESIMPULAN SENTUH ISU SOALAN à ULAS ISI à BERIKAN PANDANGAN |
Lihatlah contoh kesimpulan karangan tentang kepentingan penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum di sekolah.
Kesimpulannya, penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dapat membantu pembentukan jati diri mereka. Melalui aktiviti tertentu, pengetahuan dan pengalaman pelajar akan bertambah. Selain itu, generasi muda yang berdisiplin dan bertanggungjawab dapat dilahirkan. Nilai-nilai tersebut amat penting untuk melahirkan modal insan yang dapat memberikan sumbangan kepada masyarakat dan negara pada masa akan datang. Oleh sebab itu, Menteri Pelajaran Malaysia, Dato’ Hishamudin Tun Hussein pernah menyatakan bahawa penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum amat penting untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek, bertepatan dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. |
No comments:
Post a Comment