Monday, July 5, 2010

Kesan penyiaran berita sensasi seperti skandal seks, tahayul, dan sebagainya di media massa.


Ada Baik dan Buruk Berita Sensasi

1. Berita sensasi yang bersifat andaian dan tidak berdasarkan maklumat yang sahih akan menimbulkan ketidaktenteraman, syak wasangka, dan menjejaskan keharmonian masyarakat - akan menimbulkan lebih banyak fitnah dan gosip - akan menimbulkan keadaan huru-hara jika berita yang disensasikan melibatkan isu-isu yang sensitif seperti isu keagamaaan dan perkauman.

2. Menjejaskan maruah atau reputasi seseorang dan keluarganya atau organisasi yang menjadi bahan berita sensasi itu - boleh menjejaskan kerjaya.

3. Berita sensasi hanya akan mengalih fokus rakyat daripada isu penting yang sepatutnya diberi perhatian seperti masalah ekonomi, pendidikan, kesihatan dan sebagainya.

4. Menarik perhatian masyarakat terhadap sesuatu isu supaya tindakan segera boleh diambil.

5. Meningkat populariti seseorang, organisasi, ataupun tempat.

No comments:

Post a Comment