Monday, June 21, 2010

Salah Tuuu

1. Mang Kok menyatakan yang dia sudah mengalami kesakitan di kakinya sejak dua hari yang lalu.

- Ayat komplemen sepatutnya menerima kata hubung pancangan komplemen 'bahawa'.
-...menyatakan bahawa..

2. Tong Sam Pah juga turut menanam semula getah melalui projek tanam semula getah di kampung Memboosuk.

- juga turut
- berlaku pertindihan makna dalam frasa/ wujud unsur lewah dalam frasa
- juga menanam / turut menanam

- menanam semula
- katam kerja transitif aktif mesti diikuti oleh objek/ objek mesti hadir selepas kata kerja transitif aktif.
- menanam getah semula

3. Khir Tsabalala adalah merupakan pemain bola sepak Malaysia yang terburuk sekali.

- adalah merupakan
- 2 kata pemeri tidak boleh digunakan serentak.
- ialah pemain / merupakan pemain.

- terburuk sekali
- kesalahan kata darjah penghabisan
- terburuk / buruk sekali

No comments:

Post a Comment