Tuesday, August 17, 2010

Latihan Rumusan

Latihan 1
Senaraikan INTIPATI yang terdapat dalam petikan ini.


SELAIN menentukan pencapaian seseorang pelajar, peperiksaan perlu dirangka supaya menjadi sebahagian kaedah menggalakkan pembelajaran, penyuburan budaya ilmu dan pemantapan budaya inovasi. Banyak kajian merumuskan bahawa peperiksaan untuk tujuan penanda aras pencapaian semata-mata tidak dapat mendorong minda dan minat pelajar untuk bersifat kreatif dan inovatif.

JAWAPAN

inti 1.

Peperiksaan perlu dirangka bagi menggalakkan pembelajaran, menyuburkan budaya ilmu dan memantapkan budaya inovasi selain menentukan pencapaian.

inti 2

Minat dan minda pelajar untuk menjadi kreatif dan inovatif tidak terdorong jika peperiksaan menentukan aras pencapaian semata-mata.

* Petikan ini merupakan pendahuluan bagi sebuah petikan yang panjang. Sifat perenggan pertama/pendahuluan ialah intinya padat dan sukar diringkaskan


Latihan 2

Senaraikan INTIPATI dalam petikan ini.


Sehubungan dengan itu, Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) menganjurkan bengkel pengurusan senario selama dua hari bermula 3 Ogos lalu untuk mendapatkan pandangan pakar dan pihak berkepentingan. Hal ini selari dengan inisiatif Kerajaan Malaysia untuk mengkaji kaedah pelaksanaan sistem penilaian pendidikan, terutama pada peringkat sekolah.

inti 1 - Pandangan pakar dan pihak berkepentingan perlu diperoleh.
inti 2 - untuk mengkaji kaedah pelaksanaan sistem penilaian pendidikan
inti 3 - terutama di sekolah

No comments:

Post a Comment