Wednesday, March 7, 2012

Bagaimana Alih Bentuk Prosa Klasik?

1. Arakian terkejut tapirlah akan sekalian orang yang melihat akan kelakuan lebai itu terlalulah akan mabuk berahinya pada main layang-layang itu terbahak-bahak ketawanya.

a. Abaikan perkataan 'arakian'.
b. Asingkan idea/plot ( JIKA PERLU) - dalam kes ini pengasingan idea/plot tidk perlu kerana hanya ada satu idea/plot dalam ayat.
c. Tulis ayat baharu yang mengandungi idea/plot.
d. Tulis ayat aktif - maknanya kata kerja pasif berimbuhan 'ter' dan 'di' diubah kepada kata kerja aktif berimbuhan 'me' atau 'be'.
e. Pelbagaikan ayat - gunakan pelbagai subjek dan pilih susunan ayat yang paling mudah, tanpa menjejaskan plot/idea. ( Maksud subjek ialah perkataan pertama dalam ayat aktif tersebut).

CONTOH JAWAPAN

1. Semua orang yang melihat kelakuan lebai yang asyik bermain layang-layang sambil ketawa terbahak-bahak itu, terkejut seperti tapir.

2. Kelakuan lebai yang asyik bermain layang-layang sambil ketawa terbahak-bahak itu menyebabkan semua orang yang melihatnya terkejut besar.

3. Keasyikan lebai yang bermain layang-layang sambil ketawa terbahak-bahak mengejutkan semua orang yang melihatnya.

No comments:

Post a Comment