Friday, February 12, 2010

Selamat Pagi Mashuri

Kalau bertemu pagi-pagi
orang yang bernama Mashuri
buka mata buka hati dengar berhati-hati
kerana buah fikir orang bernama Mashuri
berisi bervisi...kadang-kadang beremosi tetapi benar sekali
jika tak pandai berkomunikasi
lebih baik menjauhkan diri.

Cita-cita orang yang bernama Mashuri
mahu mendengar mulut Melayu jadi berani
otak pandai biar semua menjadi
jangan cuma pandu helikopter sambil berdiri...
dan...
kalau jumpa orang yang bernama Mashuri
terus terang jangan sembunyi-sembunyi
ceritalah tentang teknologi
ceritalah Melayu jangan cerita tentang b*b*
hatinya kan ceria sampai tengah hari.

Cuma aku bengang perangai budak-budaknya
orang yang bernama Mashuri
perkara kecil diprovokasi
supaya orang bercakap berapi-api
buat modal blogsemarang sehari-hari...

Kau
memang hantu...
Mashuri...tapi
terima kasih dari kengkawan dan Khir Johari.

No comments:

Post a Comment