Monday, February 8, 2010

Latihan Rumusan

Latihan 1

Masa cuti anak-anak boleh juga diisi dengan membawa anak-anak ke pusat sumber.Ibu bapa boleh menggalakkan anak-anak meneruskan aktiviti membaca biarpun bukan membaca buku-buku pelajaran.Bukakan minda anak-anak dengan aktiviti pembacaan kerana terdapat banyak buku pengetahuan di pusat sumber.

Latihan 2

Ibu bapa juga boleh membawa anak-anak ke kedai-kedai buku untuk mendapatkan pelbagai bahan bacaan. Dalam pasaran terlalu banyak buku yang boleh dibaca oleh anak-anak.Buku-buku baik motivasi ,buku tentang hobi, buku ‘know how’ mahupun buku novel sekalipun akan merangsangkan otak anak-anak untuk berfikir.Apa salahnya membeli satu atau dua buku untuk anak-anak. Sedikit wang daripada wang perbelanjaan untuk membeli buku adalah lebih baik dan menggalakkan anak-anak membaca. Tentunya hal ini mendatangkan banyak manfaat kepada anak-anak.

Latihan 3

Di samping itu, bagi ibu bapa yang mampu, bawalah anak-anak pergi melancong pada waktu cuti ini. Lagipun sekali-sekala tidak salah kita memanjakan anak-anak.Bawalah anak-anak ke tempat-tempat yang mereka sukai.Selain memberi peluang anak-anak melihat tempat orang dan menghayati keindahan alam, kita juga memebri peluang anak-anak mengalami pengalaman-pengalaman baru.. Kerajaan memang menggalakkan rakyat negara kita pergi melancong terutamanya waktu cuti-cuti sekolah. Dengan membawa anak-anak pergi bercuti, secara tidak langsung kita telah menyambut seruan kerajaan dan memberi sokongan kepada Kempen Cuti-cuti Malaysia

Latihan 4

Bagi yang tinggal di bandar, ibu bapa boleh membawa anak-anak balik ke kampung,Anak-anak pasti gembira berjumpa datuk nenek dan saudara mara. Suasana kehijauan dan keindahan kampung halaman dapat mencergaskan minda anak-anak. Melalui pengalaman-pengalaman ini akan mematangkanlah fikiran mereka lagi. Berceritakanlah kepada anak-anak pengalaman-pengalaman kita sewaktu membesar di kampung.Tunjukkanlah tempat-tempat yang pernah meninggalkan kenangan manis sewaktu kita kecil-kecil dulu.Kemungkinan anak-anak lebih menghargai kehidupan dan kesenangan yang mereka kecapi ketika ini.Lagipun, bercuti di kampung juga banyak membantu dalam mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan .
Bagi yang tinggal di kampung pula, bawalah anak-anak ke bandar-bandar besar.Berilah mereka peluang untuk melihat pembangunan pesat dan kehidupan moden di bandar yang mungkin tidak mereka kecapi di kampung atau desa.Pergilah melancong ke Bandaraya Kuala Lumpur. Kuala Lumpur penuh dengan tempat-tempat pelancongan. Menara Berkembar Petrnas. Petrosains dan Menara Kuala Lumpur adalah antara tempat-tempat yang boleh dilawati.

Latihan 5

Janganlah jadikan kesibukan bekerja sebagai alasan untuk tidak memenuhi keinginan anak-anak untuk melancong. Sebaik-baiknya ambillah cuti. Luangkanlah masa untuk anak-anak.Anak-anak lebih bermakna dan berharga daripada wang. Sememangnya wang itu penting untuk keperluan hidup kita tetapi kita perlu mengutamakan anak-anak.. Anak-anak memang mengharapkan ibu bapa meluangkan masa bersama-sama mereka pada waktu cuti sekolah ini. Waktu inilah anak-anak memerlukan lebih perhatian dan kasih sayang ibu bapa Jangan biarkan mereka bosan bersendirian. Kemungkinan untuk mereka terjebak dalam masalah sosial adalah tinggi

Latihan 6

Kalaupun tidak mampu membawa anak-anak melancong, luangkan masa untuk membawa anak-anak berjalan-jalan ke taman-taman rekreasi yang berdekatan. Banyak aktiviti seperti berjoging, berbasikal atau bersukan yang boleh kita lakukan bersama-sama anak-anak. Manfaat masa bersama-sama anak-anak untuk berseronok dan bergurau senda.. Inilah masanya ibu bapa dapat mewujudkan kemesraan dalam kalangan ahli keluarga.Peluang untuk mengeratkan kasih sayang dan ikatan kekeluargaan sebaik-baiknya digunakan sepenuhnya.
Andai ibu bapa tidak mampu untuk membawa anak-anak ke mana-mana. sekalipun, masih ada banyak aktiviti yang dapat dilakukan bersama-sama anak-anak di rumah.. Sekiranya kita pandai memanfaat waktu yang ada di rumah, rumah akan menjadi tempat yang paling sesuai untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan.Jadikanlah rumahku syurgaku buat anak-anak.
Ibu bapa boleh mengisi masa cuti sekolah dengan mentarbiahkan anak-anak menjadi muslim yang sejati. Peluang untuk mendekatkan anak-anak kepada Allah seharusnya tidak kita sia-siakan. Waktu cuti inilah waktu yang paling sesuai untuk kita melaksanakan pemurnian solat anak-anak.Hal ini penting untuk memastikan bahawa anak-anak menjaga solat mereka, baik dari segi bacaan dalam solat ataupun dari segi kekusyukan dan keikhlasan dalam bersolat.

Latihan 7

Selain pengisian ilmu keagamaan, apabila bercuti kita boleh mengajak anak-anak melakukan kerja-kerja rumah bersama-sama kita.Latih mereka untuk membantu kita di rumah.Bagi anak-anak lelaki, bapa boleh mengajarkan kemahiran-kemahiran seperti bertukang atau melakukan kerja-kerja yang lebih berat.Aktiviti mengecat rumah bersama anak-anak boleh dilakukan pada waktu cuti.Ataupun setidak-tidaknya kita boleh membaiki atap atau pagar rumah kita. Bagi anak-anak peermpuan pula, ibu boleh mengajar anak-anak perempuan mereka menguruskan rumah. Memasak, mengemas rumah, menyidai kain dan menghiasi halaman rumah juga boleh dilakukan. Secara tidak langsung kita memberikan pendidikan tidak formal kepada anak-anak.

Latihan 8

Selain itu, seluruh ahli keluarga juga boleh melakukan aktiviti bergotong royong membersihkan kawasan halaman rumah atau membersihkan kenderaan hatta motosikal atau basikal sekalipun tidak mengapa. Sekali sekala tidak salah ibu bapa membasuh basikal sekolah anak-anak. Yang penting aktiviti itu dilakukan bersama-sama dan dalam. suasana yang menyeronokkan dan suasana yang ceria.Ibu bapa perlu kreatif dalam mewujudkan keseronokan dan kegembiran dalam membuat kerja-kerja rumah bersama-sama anak-anak.
Ibu bapa boleh mengaplikasikan bentuk pertandingan seperti “ game show”yang kita biasa tonton di televisyen Tak salah kiranya baju atau seluar kotor ketika membuat kerja-kerja tersebut..Brezze kan ada! Bergurau senda dan ketawa bersama-sama anak-anak merupakan satu terapi yang baik buat diri kita dan anak-anak.Jalinan kasih sayang dan kemesraan dalam kalangan ahli keluarga dapat ditingkatkan secara tidak langung.

Latihan 9

Ibu bapa perlu menggelakkan diri daripada memenuhi aktiviti-aktiviti yang disarankan tadi dengan teguran yang kasar dan nada marah pada setiap kesalahan atau kesilapan yang dilakukan oleh anak-anak Ketika membantu kita membuat kerja-kerja rumah, tidak mustahil anak-anak melakukan kesilapan. Ibu bapa harus sedar bahawa anak-anak dalam proses pembelajaran dan kemungkinan melakukan kesilapan itu adalah sesuatu yang normal. Lagipun kemungkinan juga perkara yang dilakukan merupakan pengalaman baru mereka. Logik kiranya mereka membuat kesilapan. Yang penting ialah mereka belajar daripada kesilapan tersebut. Keseronokan membantu ibu bapa di rumah akan hilang sekiranya asyik ditegur dan dimarahi oleh ibu bapa..

Latihan 10

Aktiviti menonton televisyen bersama-sama anak-anak merupakan satu tindakan yang amat digalakkan. Melalui tindakan ini, secara tidak langsung ibu bapa dapat mengawasi dan memantau siaran-siaran yang ditonton oleh anak-anak. Ibu bapa juga boleh menyewa CD filem yang digemari oleh anak-anak.Berikan teguran pada sesuatu perkara negatif yang dipaparkan dalam filem tersebut. Berilah komen atau penjelasan ataupun alasan yang logik mengapa perkara tersebut tidak wajar mereka ikuti. Selain menonton televisyen, ibu bapa juga boleh melayari internet bersama-sama anak-anak.Peluang ini boleh digunakan oleh ibu bapa untuk memberikan input yang berguna kepada anak-anak.Tunjukkan laman-laman web yang berfaedah kepada anak-anak untuk menambah pengetahuan mereka. Ajari anak-anak cara melayarilah internet untuk mencari maklumat-maklumat yang berguna.


Latihan 11

Anak-anak terutamanya yang remaja amat memerlukan perhatian dan kasih sayang ibu bapa.Sewajarnya kita menggunakan peluang pada waktu cuti ini untuk bersama-sama anak-anak, memberi perhatian dan mengeratkan ikatan kekeluargaan. Jangan biarkan anak semakin jauh daripada kita.Anak-anak terutama yang remaja akan mudah dipengaruhi oleh rakan-rakan sebaya dan terdorong melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah seperti melepak ataupun lumba haram.Janganlah pada kemudian hari kita hanya menunding jari kepada anak-anak lantaran terjebak dalam masalah-masalah sosial sedangkan kita sendiri yang menjadi puncanya.

No comments:

Post a Comment