Tuesday, June 28, 2011

Analisis Bahasa


Kaum Kadazan-Dusun merupakan nama kaum bumiputera asli yang terbesar sekali di Sabah. Salah satu teori mengatakan kaum ini asalnya dari suku Bunun di Taiwan.[1] Kaum etnik Kadazan-Dusun ini menggunakan berbagai bahasa dan dialek dengan pelbagai kebudayaan dan adat-adat resam tradisional. Terdapat 27 suku kaum di dalamnya. Di antaranya adalah Dusun Liwan, Dusun Tindal, Dusun Pahu, Dusun Lotud, Bagahak, Dusun Labuk, Dusun Kimaragang, Tagahas, Tangara, Dusun, Rungus, Orang Sungai, Kuijau, Tambanuo, dan sebagainya.

Pada mulanya Tun Fuad Stephens, Huguan Siou (Pemimpin Agung) pertama Kadazan, mencadangkan istilah Kadazan digunakan bagi menyatukan 14 suku kaum yang berkongsi kumpulan bahasa. Hal ini demikian dilakukan untuk memberikan suara yang lebih besar kepada mereka. Ini dipersetujui oleh banyak penduduk tetapi sesetengah orang Dusun mahukan atonomi lebih besar.Dengan itu istilah Kadazan-Dusun dipilih sebagai tolak-ansur.

Kumpulan etnik yang terbesar adalah suku kaum Dusun yang merupakan satu pertiga dari penduduk Sabah. Suku kaum Dusun yang tinggal di pantai barat seperti Penampang, Papar, Tuaran, Kiulu, Tamparuli, Tenghilan, Kota Belud dan juga di lembah bukit di Ranau, Tambunan, dan Keningau adalah petani tradisi yang menanam padi sawah dan huma. Sesetengah dari mereka memburu serta menangkap ikan sungai. Mereka kebanyakan mendiami di sekeliling kawasan lembah pantai barat dan kawasan pendalaman.

Lazimnya masyarakat daripada sub-etnik yang disebut di atas adalah berasal (mendiami) daripada kawasan-kawasan (daerah) tertentu umpamanya Kimaragang di daerah Kota Marudu, Lotud di daerah Tuaran, Orang Sungai di daerah Kinabatangan, Sugut, Paitan dan Pitas. Kebanyakan orang Kadazan-Dusun menganuti agama Kristian. Bagi Orang Sungai yang tinggal di daerah Pitas, mereka menganut agama Islam manakala daerah-daerah lain seperti Kinabatangan Orang Sungai turut menganut agama-agama lain. Masyarakat Lotud (Suang Lotud) turut mendiami kawasan Pantai Barat Selatan negeri Sabah terutamanya Tuaran, Tamparuli, Telipok dan dan sedikit di Kota Belud (Tempasuk). Mereka hidup secara kolektif dengan mendiami rumah panjang yang mengumpulkan beberapa keluarga, iaitu antara 150 - 200 orang. Walau bagaimanapun, pada masa kini, rumah panjang jarang dilihat dalam etnik ini. Kebanyakannya telah mengalami pembangunan fizikal dan mental.


Kenal pasti kesalahan bahasa yang terdap[at dalam petikan . Sila komen.

No comments:

Post a Comment