Monday, June 20, 2011

Jawapan Alih Bentuk Bahasa

PERKEMBANGAN pesat (1) teknologi maklumat dan penggunaan gajet serba moden lagi canggih sejak akhir-akhir ini bukan saja merubah cara manusia berkomunikasi menjadikannya lebih pantas biar pun di mana berada, malah ia juga mampu (2) merubah gaya hidup mereka. Satu daripada perubahan ketara yang berlaku sehingga menjadi satu fenomena terutama di kalangan generasi muda kini ialah (3) penggunaan bahasa singkatan SMS dan sembang siber. Memandangkan ia sudah (4) menjadi amalan kehidupan seharian golongan muda, penggunaan bahasa singkatan SMS dan sembang siber didapati semakin (5)mempengaruhi kehidupan dan urusan harian mereka terutama pelajar termasuk dalam menyiapkan tugasan sekolah dan tesis pada peringkat pengajian tinggi.

Cuba anda tulis semula inti tersebut dalam bentuk karangan yang lebih padat dan ringkas. Hantar jawapan anda untuk disemak.

2 comments:

  1. saya cuba ni ckgu~ huhu

    perkembangan teknologi maklumat dan penggunaan gajet moden telah merubah cara manusia berkomunikasi dan merubah gaya hidup. penggunaan bahasa singkatan SMS dan sembang siber semakin menjadi amalan kehidupan seharian golongan muda yang telah mempengaruhi kehidupan mereka.

    ckgu tolg semak>> tq.,

    ReplyDelete