| Kesalahan | Pembetulan | Sebab Kesalahan |
| Ini kerana masalah itu... | Hal ini demikian kerana masalah itu... | Kata hubung keterangan ‘kerana’ sepatutnya menerangkan predikat ayat, malangnya dalam itu predikat tidak ada sebelum kata hubung keterangan itu. |
| Bagi sesetengah pelajar, akan mendapat manfaat... | Bagi sesetengah pelajar, mereka akan mendapat manfaat... | Tiada subjek |
| Justeru, masyarakat akan hilang kepercayaan... | Masyarakat akan hilang kepercayaan... | Kata hubung ‘justeru tidak boleh menjadi kata pangkal ayat. |
| seseorang individu | Seseorang / individu | Unsur lewah |
| Maksima, minima, optima | Maksimum,minimum,optimum | Kata pinjaman Inggeris itu sepatutnya dieja tanpa menghilangkan sebutan asalnya. |
| Dia menjerit ternampak hantu. | Dia menjerit apabila ternampak hantu | Tiada kata hubung sebagai penerang kepada predikat. |
| Ali dan Ahmad kembali ke tempat asalnya. | Ali dan Ahmad kembali ke tempat asal mereka. | Ganti nama diri ‘nya’ tidak boleh menjadi penanda jamak bagi kata nama yang menunjukkan maksud jamak. |
| Hal itu sukar mereka percayai | Hal itu sukar dipercayai oleh mereka. | Binaan ayat pasif ganti nama diri ketiga tidak betul. |
| Hal itu sukar dipercayai oleh kami. | Hal itu sukar kami percayai. | Binaan ayat pasif ganti nama diri pertama tidak betul. |
Wednesday, October 19, 2011
Revision
Labels:
Analisis Bahasa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment