Wednesday, November 2, 2011

Penyakit Angau



1. Sering termenung.

Ini merupakan tanda-tanda paling ketara bagi orang yang angau. Boleh dikatakan 24/7 asyik termenung sahaja. Kadang-kadang apabila anda berbicara dengan mereka, mereka langsung tidak mendengar perbualan anda. Hanya orang yang mengalaminya sendiri akan tahu perkara yang dimenungkan. Walau bagaimanapun kita mesti dapat mengagak bahawa pastilah orang yang dimenungkan itu ialah orang yang diminatinya, tidak mungkin orang lain. Yang menghairankan, mereka yang suka termenung akan merasakan aktiviti ini ialah sesuatu yang menyeronokkan. Mereka tidak akan mempedulikan perkara yang terjadi di sekitar mereka. Bagi menambah elemen suspens, selepas termenung untuk tempoh beberapa minit, mereka tiba-tiba akan menguntum senyuman yang tanpa diketahui puncanya.


2. Tidak lalu makan.

Apabila sudah asyik termenung sahaja, sudah pasti permakanan pun terabai bukan? Biasanya bab-bab makan dialah yang paling banyak makan, semua ditelan tanpa berfikir kesan sampingan terhadap najis yang akan dikeluarkan nanti. Namun begitu ,selepas diserang angau, secara automatiknya mereka menjadi gagah perkasa seperti juara kerana dapat menahan makan berjam-jam lamanya. Nafsu makan semakin merundum, walaupun anda hidangkan set Big Mac pun mereka tidak akan menghiraukannya. Aku bukanlah pakar permakanan, tapi aku nasihatkan supaya makanlah, nanti kalau kau orang mati, kau hendak tengokkah orang yang kau suka tu kahwin dengan orang lain?


3. Mimpi.

Orang yang diserang penyakit angau sering dilabel begini, '' Makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah ''. Tetapi lain pula yang terjadi pada aku. Dipetik daripada quote ijai, bila aku angau aku lebih sesuai dilabel '' Makan kenyang sehingga tidur, tidur lena sehingga mimpi basah, mandi wajib mesti membasahkan seluruh badan ''. Penyakit angau akan membuatkan seseorang itu teringat tentang orang yang diminatinya lalu terbawa-bawa sehingga mimpi. Mimpi berjalan berdua-duaan di suatu tempat indah diketahui tempatnya adalah mimpi klise orang angau. Mengungkapkan kata-kata cinta di bawah sinar matahari ialah saat paling romantis yang boleh dicapai dalam mimpi. Didatangi pula watak villain yang ingin memusnahkan hubungan cinta anda berdua. Saat anda berada tahap klimaks mimpi waktu anda mahu menumpaskan penyibuk tu, anda pula tersedar daripada tidur lalu menumbuk-numbuk bantal tanda protes. Anda kemudiannya cuba untuk tidur semula supaya anda dapat menamatkan segala epilog dalam mimpi anda namun tidak berjaya kerana selepas itu anda akan mimpi bertarung dengan raksasa pula.


4. Emosional.

Emosi adalah pencetus perasaan. Orang yang angau secara tiba-tiba akan menjadi terlalu sensitif. Pantang ada orang yang mahu memburuk-memburukkan orang yang disukainya, mulalah hendak menarik muka dan bertengkar. Saat itu mereka akan menjadi pelindung yang agresif dan dalam diam mereka akan mengikuti perkembangan orang yang diminatinya melalui pelbagai medium, sama ada melalui teman rapat mereka ataupun menjadi stalker bersiri di facebook.


5. Menjadi terlalu mengharap.

Salah satu tanda paling kritikal orang yang diserang angau adalah sentiasa menanti sesuatu yang tidak pasti. Misalnya anda menanti sms ataupun call daripada orang yang anda suka. Kebiasannya mereka tidak akan mengheboh-hebohkan tabiat ini kepada rakan-rakan mereka kerana khuatir mereka akan diejek. Tips aku untuk mengatasi masalah ini mudah sahaja, tiada salahnya jika anda hantar sahaja sms kepada mereka hanya sebagai kawan ataupun anda menegur mereka di mana-mana jaringan sesawang. Usah risau kerana tiada sesiapa akan mengesyaki anda. He he he..


6. Tiba-tiba menjadi semangat.

Melalui pengalaman, penyakit angau akan membuatkan seseorang itu menjadi semakin bersemangat. Andaikan anda seorang yang pemalas hendak pergi ke kelas pada pagi hari, kemudian suatu hari anda jatuh cinta dengan seorang gadis yang sekelas dengan anda, tanpa berfikir panjang, anda berubah bukan sahaja menjadi seorang lelaki yang rajin untuk ke kelas malah berubah menjadi seorang yang kuat study. Perubahan ini merupakan tanda-tanda anda diserang angau kerana sebenarnya anda mahukan perhatiannya. Dalam nada yang lain sekadar mahu menunjukkan bahawa anda seorang yang berdisiplin.

Sumber dipetik dari:http://tigalogik.blogspot.com thanks bro.

Ini Salah



1. Shah Khir Khan mendakwa perbuatan itu dilakukan kerana satu suara yang tidak diketahui dari mana puncanya.

2. Muammar Khir mengatakan bahawa dia tidak tahu bagaimana teknik menulis penutup karangan yang baik.

3. Norismat menjelaskan bahawa dia kurang pasti faktor mengapa dia boleh terjatuh dari basikalnya.

4. Ameera bingung memikirkan masa bila Zuliana datang ke rumahnya kerana pakaian Zuliana ada di biliknya.

5. Pok Der tersingkir dalam pertandingan itu kerana tidak tahu binatang apa yang mempunyai keris di kakinya.

6. Nana menanyakan Amoyella berapa jumlah udang yang dimakan olehnya sebelum itu.

Tuesday, November 1, 2011

Quotes



Being deeply loved by someone gives you strength, while loving someone deeply gives you courage

Kebaikan 1Murid 1Sukan




1. Memupuk minat terhadap sukan dan membudayakan sukan dalam kalangan kanak-kanak serta remaja sejak di bangku sekolah.


2. Meningkatkan kesihatan dan kecergasan setiap pelajar.

3. Mencungkil potensi sukan - membentuk pelapis atlit negara - sampai ke peringkat antarabangsa

4. Menyeimbangkan jasmani,emosi ,rohani dan intelek - meningkatkan sahsiah dan nilai murni setiap pelajar.

5. Memupuk keyakinan diri dan memantapkan kebijaksanaan membahagi masa.

6. Mengoptimumkan prasarana sukan di sekolah.

7. Meningkatkan perpaduan dan silaturahim.

Friday, October 21, 2011

Mengapa semakin banyak orang menghadapi tekanan emosi?

1. Tekanan ekonomi - peningkatan kos sara hidup - bahan makanan asas, tempat tinggal, rawatan, kebajikan dan lain-lain makin mahal - hutang semakin banyak - pendapatan tidak berubah

2. Tekanan di tempat kerja - makin banyak teknologi baru - tak terkejar sesetengah pekerja - sikap majikan yang fussy dan terlalu menekan - sasaran kerja dan beban yang semakin meningkat

Bolehkah anda bantu saya mengesan punca yang lain?

Wednesday, October 19, 2011




Two weeks ago we send our daughter to piano class at our hometown for RM 90 per month, which was quite expensive - to me at least but maybe not to other people. When we decide to buy the piano, something stigmatic about learning piano among our people especially Malays, 20 years ago or more, rush to my mind. At that time people always make a jokes to parents who took their child to piano class.


" Kan bagus bawak anak belajar mengaji atau tiusyen math or English, ni belajar piano, buat hapa'.

Even my late teachers do that. But it didn't happen among non Malays that days. Chinese and Indian send their young children to piano class. The already knew the benefit of using right and left brain during piano lesson. Thats why their children are more inteligent and bright. I try to play the piano and I find it hard to use both my right and left hand at the same time. My brain let me down.
Hopefully my daughters will do better than me someday.

Revision

Kesalahan

Pembetulan

Sebab Kesalahan

Ini kerana masalah itu...

Hal ini demikian kerana masalah itu...

Kata hubung keterangan ‘kerana’ sepatutnya menerangkan predikat ayat, malangnya dalam itu predikat tidak ada sebelum kata hubung keterangan itu.

Bagi sesetengah pelajar, akan mendapat manfaat...

Bagi sesetengah pelajar, mereka akan mendapat manfaat...

Tiada subjek

Justeru, masyarakat akan hilang kepercayaan...

Masyarakat akan hilang kepercayaan...

Kata hubung ‘justeru tidak boleh menjadi kata pangkal ayat.

seseorang individu


Seseorang / individu

Unsur lewah

Maksima, minima, optima

Maksimum,minimum,optimum

Kata pinjaman Inggeris itu sepatutnya dieja tanpa menghilangkan sebutan asalnya.

Dia menjerit ternampak hantu.

Dia menjerit apabila ternampak hantu

Tiada kata hubung sebagai penerang kepada predikat.

Ali dan Ahmad kembali ke tempat asalnya.

Ali dan Ahmad kembali ke tempat asal mereka.

Ganti nama diri ‘nya’ tidak boleh menjadi penanda jamak bagi kata nama yang menunjukkan maksud jamak.

Hal itu sukar mereka percayai

Hal itu sukar dipercayai oleh mereka.

Binaan ayat pasif ganti nama diri ketiga tidak betul.

Hal itu sukar dipercayai oleh kami.

Hal itu sukar kami percayai.

Binaan ayat pasif ganti nama diri pertama tidak betul.

Tuesday, October 18, 2011

STPM Candidates - Got Time To Read?


Inilah Kita

Tips Bahagian D

Kesalahan biasa tatabahasa Bahasa Melayu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Setiap bahasa mempunyai "perangkap" atau bahaya terselindung yang menyebabkan banyak penulis, baik penulis baru mahupun penulis profesional, melakukan kesilapan tatabahasa. Demikian juga dengan bahasa Melayu. Awang Sariyan berkata: "Daripada pemerhatian saya, hal ini berlaku dalam semua karya sastera (prosa) yang pernah saya baca. Hal ini membuktikan bahawa, secara sedar atau tidak, para penulis tidak dapat lepas daripada tatabahasa sebagai rumusan tentang sistem bahasanya. Penulis hanya memerlukan disiplin yang lebih untuk mengawal bahasa ketika menulis." [1]

Rencana ini mencuba menyenaraikan kesilapan yang paling biasa dilakukan oleh para penulis.


Kesalahan biasa

Kesalahan ayat

  1. Rumus ayat pasif dengan pelaku ketiga ditandai oleh awalan di :
    • Tidak ada apa yang mereka risaukan waktu itu.
    • Ayahnya setuju walaupun melanggar syarat yang dia sendiri menetapkan.
    • Semuanya dia kenal.
    • Dia menjawab seperti disuruh-suruh oleh kuasa yang dia tidak tahu dari mana puncanya.
  2. Jawapan sepatutnya:
    • Tidak ada apa yang 'dirisaukan (perkataan "oleh" jika tidak diletakkan juga betul)'waktu ini.
    • Ayahnya setuju walaupun melanggar syarat yang 'ditetapkan oleh dia'.
    • Semuanya dikenal oleh dia'.
    • Dia menjawab seperti disuruh-suruh oleh kuasa yang'tidak tahu oleh dia'dari mana puncanya.
  3. Kata ganti diri pertama dengan kata kerja pasif disisipkan kata lain:
    • Bola ini 'ditendang oleh saya'.
    • Makanan ini kamu telah makan' ?
    • Segala perubahan yang berlaku 'kita akan menghadapi' sama-sama.
  4. Jawapan sepatutnya:
    • Bola ini saya tendang' .
    • Makanan ini 'telah kamu makan' ?
    • Segala perubahan yang berlaku 'akan kita hadapi' sama-sama.

“Perkara yang diterangkan mesti mendahului “penerang”:

    • Contoh ayat : Kakak saya sedang memasak gulai nangka. Dia menyenduk seketul nangka gulai dan menyuruh saya merasanya.
    • (Dalam frasa nama *gulai nangka*, unsur yang diterangkan ialah gulai. Dalam frasa nama *nangka gulai* , unsur yang diterangkan ialah nangka. )
    • Salah:
    • Cili sos
    • Mini perpustakaan
    • Zaleha Restoran
    • Jaya Klinik
    • Betul:
    • Sos cili
    • Perpustakaan mini
    • Restoran Zaleha
    • Klinik Jaya

Kesalahan frasa dan kata

Kesalahan umum dari segi Kata jamak

    • Salah:
    • mereka-mereka
    • semua kereta-kereta
    • para-para pelajar
    • empat orang abang-abang
    • Betul:
    • mereka
    • semua kereta
    • para pelajar
    • empat orang abang

Kesalahan umum dari segi Kata penguat

    • Salah:
    • paling indah sekali
    • Betul:
    • sangat tinggi
    • sungguh jauh
    • paling indah
    • amat menakutkan /amat menakutkan sekali / sangat menakutkan sekali / sungguh menakutkan sekali

Kata adjektif dan imbuhan “ter” tanpa penguat

    • Salah:
    • Sani mendapat markah yang tertinggi sekali / tersungguh tinggi.
    • Hassan ialah peserta yang termuda sekali dalam pertandingan itu.
    • Betul:
    • Sani mendapat markah yang tertinggi .
    • Hassan ialah peserta yang termuda / teramat muda / tersangat muda dalam pertandingan itu.

Kesalahan umum dari segi Kata hubung

    • Salah:
    • Sally sedang membaca bila saya tiba di rumahnya.
    • Badannya besar kecuali kakinya kecil.
    • Betul:
    • Sally sedang membaca apabila saya tiba di rumahnya.
    • Badannya besar tetapi kakinya kecil.

Kesalahan umum dari segi Kata bilangan

    • Salah:
    • Sekolah itu telah menjalan berbagai aktiviti semasa “Minggu Penyayang”.
    • Beribu peniaga tidak membayar cukai pendapatan.
    • Setengah remaja suka membuang masa di pasar raya.
    • Betul:
    • Sekolah itu telah menjalankan berbagai-bagai aktiviti semasa “Minggu Penyayang”.
    • Beribu- ribu peniaga tidak membayar cukai pendapatan.
    • Setengah- setengah remaja suka membuang masa di pasar raya.

Kesalahan umum dari segi Kata Sendi

i - Dari

    • Salah:
    • Umar telah berpindah daripada sekolah ini bulan lalu.
    • Daripada hari ini, saya akan belajar bersungguh-sungguh.
    • Betul:
    • Umar telah berpindah dari sekolah ini bulan lalu.
    • Dari hari ini, saya akan belajar bersungguh-sungguh.

ii - Daripada

    • Salah:
    • Tilam itu dibuat dari getah asli.
    • Sukarmi lebih tinggi dari abangnya.
    • Tinggal di rumah lebih baik dari tinggal di asrama.
    • Betul:
    • Tilam itu dibuat daripada getah asli.
    • Sukarmi lebih tinggi daripada abangnya.
    • Tinggal di rumah lebih baik daripada tinggal di asrama.

iii - Pada

    • Salah:
    • Saya selalu pergi ke ibu kota di Hari Kebangsaan.
    • Di petang semalam , saya pergi ke perpustakaan awam.
    • Kita mestilah menumpukan taat setia dengan negara.
    • Betul:
    • Saya selalu pergi ke ibu kota pada Hari Kebangsaan.
    • Pada petang semalam , saya pergi ke perpustakaan awam.
    • Kita mestilah menumpukan taat setia pada negara.

iv - Di

    • Salah:
    • Saya dilahirkan diSarawak.
    • Ayah awak bekerja dimana ?
    • Betul:
    • Saya dilahirkan di Sarawak.
    • Ayah awak bekerja di mana ?

Kesalahan umum dari segi Penjodoh bilangan

    • Salah:
    • Setiap orang pelajar.
    • Sesetengah orang rakyat.
    • Seluruh buah negeri.
    • Semua ekor binatang.
    • Beberapa pelajar.
    • Betul:
    • Setiap pelajar.
    • Sesetengah rakyat.
    • Seluruh negeri.
    • Semua binatang.
    • Beberapa orang pelajar.

Kesalahan umum dari segi Kata ganti diri

    • Salah:
    • Pencuri itu telah ditangkap. Beliau dibawa ke balai polis.
    • “Kau tinggal di mana ?” tanya Siva kepada gurunya.
    • Betul:
    • Pencuri itu telah ditangkap. Dia dibawa ke balai polis.
    • “Cikgu tinggal di mana ?” tanya Siva kepada gurunya.

Kesalahan umum dari segi Kata adjektif

    • Salah:
    • Masakan yang dihidangkan oleh ibunya benar lazat.
    • Pemandangan di pantai yang nian indah itu mempesonakannya.
  1. Betul:
    • Masakan yang dihidangkan oleh ibunya 'lazat benar.
    • Pemandangan di pantai yang indah nian itu mempesonakannya.

Kesalahan umum dari segi Kata kerja transitif

    • Salah:
    • Ibu sedang jahit baju kurung.
    • Ayah selalu cuci keretanya.
    • Betul:
    • Ibu sedang menjahit baju kurung.
    • Ayah selalu mencuci keretanya.

Kesalahan umum dari segi Ayat pasif

    • Salah:
    • Cerpen itu telah dikarang oleh saya.
    • Latihan itu mesti dibuat oleh kau.
    • Betul:
    • Cerpen itu telah saya karang.
    • Latihan itu mesti kaubuat.

Kesalahan umum dari segi Kata tanya

    • Salah:
    • Kamu berasal dari manakah ?
    • Apa nama pengawas itu ?
    • Bila ayah akan pulang ?
    • Binatang peliharaan awak bernama siapa ?
    • Betul:
    • Kamu berasal dari mana ?
    • Siapakah nama pengawas itu ?
    • Bilakah ayah akan pulang ?
    • Binatang peliharaan awak bernama apa
    • Salah:
    • Kucing itu tidur dibawah meja.
    • Amin mendapat tempat ke tiga dalam acara itu.
    • Ke tua mereka seorang yang bertanggungjawab.
    • Ibubapa mestilah menunjukkan tauladan yang baik kepada anak-anak.
    • Orangtua itu mewasiatkan harta pesakanya kepada anaknya yang bongsu.
    • Betul:
    • Kucing itu tidur di bawah meja.
    • Amin mendapat tempat ketiga dalam acara itu.
    • Ketua mereka seorang yang bertanggungjawab.
    • Ibu bapa mestilah menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak.
    • Orang tua itu mewasiatkan harta pusakanya kepada anaknya yang bongsu.

Kesalahan umum dari segi Kata Ganti Diri

    • Kata ganti diri ialah kata yang digunakan untuk mengganti kata nama orang.
    • Kata ganti diri tidak boleh digunakan untuk benda atau binatang. Misalnya:
    • Kucing itu mati. la dilanggar lori. (salah)
    • Kucing itu mati dilanggar lori. (betul)
    • Kata beliau boleh digunakan hanya untuk orang yang dihormati seperti ibu bapa, guru, menteri atau orang tua-tua, dan bukan kanak-kanak. Misalnya:
    • Beliau ditangkap kerana mengedarkan dadah. (salah)
    • Dia ditangkap kerana mengedarkan dadah. (betul)
    • Semua kata ganti tidak boleh digandakan atau diulang menjadi kamu-kamu, anda-anda, mereka-mereka, dan sebagainya. Misalnya:
    • Mereka-mereka yang bersalah akan dihukum. (salah)
    • Mereka yang bersalah akan dihukum. (betul)
    • Kata ganti ia dan nya tidak boleh digabungkan menjadi ianya. Misalnya:
    • Jika tidak dirawat, mungkin ianya akan lumpuh. (salah)
    • Jika tidak dirawat, mungkin ia akan lumpuh. (betul)
    • Kata ganti diri seperti beta, baginda, dan patik digunakan hanya dalam hubungan dengan kerabat diraja saja.

Kesalahan umum dari segi Kata Bilangan

    • Kata bilangan ialah kata yang pada umumnya digunakan untuk menghitung benda, misalnya satu, dua, dan seterusnya, atau beberapa, semua, dan sebagainya.
    • Kata bilangan tak tentu setengahsetengah, kata bilangan pisahan tiaptiap, dan kata bilangan himpunan keduadua, dan sebagainya tidak boleh disingkatkan sewenangwenangnya. Lihatlah contoh #* Kesalahan dan pembetulan yang berikut:

(a)*Setengah orang tidak suka akan durian. (salah)

   Setengah-setengah orang tidak suka akan durian. (betul)

(b)*Tiap pelajar harus berdisiplin. (salah)

   Tiap-tiap pelajar harus berdisiplin. (betul)

(c)*Kedua orang itu anggota polis. (salah)

   Kedua-dua orang itu anggota polis. (betul)

(d)*Berbagai usul dikemukakannya. (salah)

   Berbagai-bagai usul dikemukakannya.(betul)
    • Kata bilangan tak tentu para pula tidak boleh diulang menjadi parapara. Lihatlah contoh kesalahan dan pembetulan yang berikut:
   Para-para peserta sedang berbaris.(salah)
Para peserta sedang berbaris. (betul
    • Kata bilangan tentu seperti satu, dua, tiga, dan seterusnya tidak boleh didekatkan sekaligus dengan kata bilangan pecahan. Lihatlah contoh kesalahan dan pembetulan yang berikut:

(a) Sudah dua suku jam dia menunggu. (salah)

   Sudah dua jam suku dia menunggu. (betul)

(b) Harganya tiga setengah ringgit. (salah)

   Harganya tiga ringgit setengah. (betul)

Kesalahan umum dari segi Penjodoh Bilangan

    • Penjodoh bilangan digunakan bersama-sama dengan kata bilangan.
    • Walau bagaimanapun, penjodoh bilangan tidak perlu digunakan ,bersamasama dengan kata bilangan seperti para, segala, sekalian, seluruh, semua, sebahagian, setengahsetengah, dan sebilangan. Misalnya:

(a) Para orang pelajar (salah)

   Para pelajar (betul)

(b) segala ekor binatang (salah)

   segala binatang (betul)

(c) sekalian orang peserta (salah)

   sekalian peserta (betul)

(d) seluruh buah negari (salah)

   seluruh negeri (betul)

(e) semua orang gadis (salah)

   semua gadis (betul)

Kesalahan umum dari segi Kata Sendi

    • Kata sendi ialah kata yang digunakan bersamasama dengan frasa nama untuk menghubungkan frasa nama itu dengan katakata lain dalam ayat.
    • Sebagai kata yang merangkaikan frasa nama dengan kata adjektif dan kata kerja tak transitif, kata sendi tidak boleh dilenyapkan. Misalnya:

(a) Ravi suka durian. (salah)

   Ravi suka akan durian. (betul)

(b) Kami lalu jalan itu supaya cepat sampai. (salah)

   Kami lalu di jalan itu supaya cepat sampai. (betul)

(c) Abang sudah pergi pejabat.(salah)

   Abang sudah pergi ke pejabat. (betul)

(d) Kita mesti hormat guru. (salah)

   Kita mesti hormat akan/kepada/ terhadap guru. (betul)

(e) Saya bertemu Ali di pasar pagi tadi. (salah)

   Saya bertemu dengan Ali di pasar pagi tadi. (betul)
    • Elakkan penggunaan kata sendi yang diberikan dalam kurungan.

(a) Para pelancong dari Jepun. (bukan *daripada) (b) Ucapan itu daripada Encik Jamal. (bukan *dan) (c) Ali lebih tinggi daripada Ahmad. (bukan *dari) (d) Bekas itu dibuat daripada plastik. (bukan *dari) (e) Buku ini terdiri daripada tiga bahagian. (bukan *dari) (f) Pada waktu petang, saya membantu ayah. (bukan * di) (g) Buku itu ada pada Sheila. (bukan *dengan) (h) Pasu itu terhempas ke tanah. (bukan *di) (i) Encik Azman sudah berpindah ke Kelang. (bukan * di) (j) Buku itu sudah saga pulangkan kepada pustakawan. (bukan *ke) (k) Isa tertarik oleh kejelitaan gadis itu. (bukan * dengan) (l) Kami mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang saudara-saudari berikan. (bukan * diatas)

Monday, October 17, 2011

Masalah Ekonomi boleh Diselesaikan?

1. Dasar Fiskal yang lebih ketat/longgar - naik/turunkan kadar cukai - naik/turunkan kadar faedah

2. Suntikan modal/ Bantuan modal - kerajaan suntik modal dalam ekonomi - beri pinjaman - galakan FDI ( pelaburan asing.

3. Tingkatkan eksport kurangkan import - pengaliran keluar wang boleh dilakukan - ekonomi berasaskan sumber tempatan boleh merancakkan ekonomi makro.