Monday, March 7, 2011

Hutang Dulu Bayar Kemudian

Baguskah Berhutang?
1. Ada barang yang harganya mahal dan tidak mampu dibeli secara tunai. Antara barangan itu ialah tempat kediaman, premis perniagaan, kenderaan, mesin-mesin, dan barangan seumpamanya. Jika tiada sistem hutang dulu bayar kemudian banyak masalah sosial dan ekonomi akan berlaku. Contohnya, ramailah rakyat yang tidak berumah, lumpuhlah sesetengah perniagaan, sektor komoditi yang perlukan teknologi lembab berkembang akibat penggunaan peralatan tradisional, produktiviti pelbagai sektor menjadi rendah kerana kurang modal. Pengguna pula menikmati barangan dan perkhidmatan secara ansuran.
2. Menggalakkan pembelian - ini merancakkan ekonomi - menyokong kemunculan perniagaan dan usahawan baru.
3. Untung besar walaupun risiko hutang lapuk - kadar faedah ditentukan oleh peniaga

Tak baikkah Hutang?
1. Kadar rakyat yang muflis meningkat - hutang kad kredit dan pinjaman sewa beli meningkat - kemelesetan atau krisis ekonomi yang boleh berlaku tanpa dijangka mendedahkan seseorang yang berhutang kepada muflis.
2. Menjejaskan kesejahteraan institusi keluarga - budaya hutang melahirkan masyarakat kebendaan - mengabaikan keperluan asas keluarga yang lebih mustahak seperti kesihatan dan pendidikan - tumpuan lebih diberikan kepada kemewahan hidup walaupun sebenarnya mereka tiada kemampuan - banyak masa dihabiskan untuk mencari pendapatan tambahan semata-mata nak bayar hutang - kebajikan,perhatian, dan bimbingan kepada ahli keluarga dibaikan - wujud pelbagai masalah sosial - malang lagi hutang secara haram dengan along - menghilangkan diri, keluarga terbiar.
3. Meningkatkan jenayah - menipu dan mencuri, pecah amanah, rasuah meningkat - nak bayar hutang.

No comments:

Post a Comment